2 tahun lepas, November 2005, Mingguan Malaysia menemuramah saya…

mingguan.jpg

Apa makna wang pada Irfan?

Walaupun saya kata wang perkara kedua dalam hidup, tetapi saya tidak pernah ada tanggapan negatif pada wang. Sesetengah orang kata, duit banyak bukan boleh bawa masuk ke kubur. Tetapi kita kena terima hakikat dengan duit, kita boleh buat keluarga gembira selain kalau kita mati pun, wang masih berguna kerana kalau kita ada yayasan, ia masih boleh membantu kerana ia merupakan amal jariah berterusan kita.

Pernah terfikir untuk menubuhkan yayasan sendiri?

Memang ini sebahagian daripada perancangan saya. Dan saya rasa ini konsep yang sepatutnya mereka yang mampu, amalkan.

Alhamdulillah, kini saya memiliki sebuah yayasan sendiri! Setelah sekian lama saya merancang, kini terbuka lagi pintu rezeki saya dengan Yayasan Ilham Budi.

yiblogo.jpg

Panjang cerita penubuhan Yayasan Ilham Budi ini. Yayasan ini dilancarkan semula atas usaha pengasas Nizal Mohammad dan saya sebagai pengarah. Insyaallah nanti majls pelancaran semula, boleh cerita sejarah manis yayasan ini :)

Penglibatan saya dalam Yayasan ini probably one of the highlights untuk tahun ini. berbagai rancangan saya & Nizal susunkan untuk membantu masyarakat. Saya dan Nizal mempunyai passion yang serupa iaitu melihat belia-belia kita mencapai kecemerlangan diri dalam segala aspek.

Antaranya yang terdekat adalah, majlis “Bicara Ilham” sebagai pembuka aktiviti…

Untuk “Bicara Ilham” kami akan menyediakan platform dimana sesiapa sahaja dapat berkumpul dan network sesama sendiri. Kata mat salleh, Networking High-Tea. Tapi, kita tak buat macam mat salleh… kita buat Malaysian style! :) Bicara Ilham akan di hoskan oleh Nizal dan saya sendiri. Jadi, hadirin semua adalah tetamu jemputan kami!

“Bicara Ilham” dicadangkan akan dijalankan setiap bulan, dan dalam setiap perjumpaan, kita akan menjemput seorang tetamu istemewa untuk memberi talk mengenai kejayaan selama 30 minit.

Sudah pasti, tetamu istemewa adalah ikon-ikon (antaranya jutawan-jutawan) Malaysia yang dibanggakan! Sebenarnya, ramai ikon-ikon Malaysia ingin berkongsi pengalaman dan tip kejayaan kepada orang ramai, tetapi, tiada platform untuk melakukannya.

Exposure nizal & saya telah menemukan kami dengan ramai ikon-ikon yang dengan ikhlasnya ingin berkongsi strategi kejayaan dan pengalaman dengan anda semua. 

“Bicara Ilham” bertujuan untuk menjadi platform bagi mereka menyampaikan mesej kejayaan mereka dengan tujuan memberi inspirasi dan motivasi di samping berkenal dan bertukar fikiran di sesi networking.

“Bicara Ilham” pertama adalah soft-launch untuk Yayasan Ilham Budi. Bagi mereka yang berminat- saya harap ramai berminat, nanti datang beramai-ramai ok?

Harapan saya, untuk fasa awal Yayasan Ilham Budi adalah mengumpul lebih ramai belia-belia kita yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Moga platform networking ini dapat digunakan oleh orang ramai :)

Tarikh & tempat (Area KL)  untuk “Bicara Ilham” pertama akan diumumkan tak lama lagi! Ini kira teaser untuk anda ;)

Special thanks to my brother, Nizal Mohammad for making my dream a reality :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Wang & Anda - Jejak Jutawan
  • Yakin dengan diri sendiri!
  • Dua cara mengejar cita-cita
  • REALITY!: Pulang ke rahmatullah…