"Pelajari 149 Teknik dan Strategi Menjalankan dan Memaksimakan Keuntungan Perniagaan ANDA melalui Internet"*

Pakej lengkap belajar dari rumah 18 DVD dan
blue-print 149 Rahsia Perniagaan Internet didedahkan!

* Dari pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi, sebuah pakej belajar-dari-rumah khas bagi mereka yang ingin pelajari selok belok rahsia jutawan Internet melalui perniagaan di Internet!


"Tidak seperti pakar perniagaan Internet yang lain, Irfan Khairi melakukan apa yang diajarnya untuk menjana pendapatan dari rumah. Kaedah berniaga yang ditunjukkan olehnya adalah amat berkesan.

Teknik yang diajarnya telah kami gunakan untuk memberi pulangan berkali-kali ganda melalui laman web kami"

~Azizi Ali
Jutawan
Penulis terlaris buku-buku kewangan Malaysia #1

Buat kali pertama, jutawan Internet muda Irfan Khairi membongkarkan rahsia membina perniagaan di Internet melalui "Rahsia Jutawan Internet 2.0" - pakej belajar dari rumah set 18 DVD dan blue print 149 Rahsia Perniagaan Internet didedahkan. Irfan telah memperolehi pendapatan RM1,000,000 ketika berumur 25 tahun ...dan kesemuanya dilakukan dari keselesaan rumah!

Beliau menggunakan kepakaran beliau dalam mencipta/mendapatkan produk dan perkhidmatan - dan kemudian menjualkannya di Internet untuk pasaran berjuta-juta pengguna Internet di dunia.

Irfan Khairi merupakan penulis buku terlaris di pasaran "Rahsia Internet.com: Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" dan "Secrets of Internet Millionaires Revealed". Kisah beliau sering terpapar di media-media tempatan termasuk media cetak (Maskulin, Mingguan Wanita, Nur, Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Malay Mail, Harian Metro dan Kosmo) serta media penyiaran (TV1, TV2,TV3, 8TV, TV9 dan ASTRO).


Irfan Khairi, kolumnis Harian Metro setiap Jumaat, lebih 4juta pembaca!

Beliau juga kini adalah penulis segmen WANG ANDA, setiap Ahad di METRO AHAD, , majalah islamic SOLUSI terbitan Telaga Biru, serta mantan penulis segmen E-niaga bagi Dewan Ekonomi, terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, segmen motivasi MASKULIN: Takrif Terkini Lelaki Muda, segment bisnes bagi majalah muslimah popular NUR terbitan Karangkraf. Kini, Irfan Khairi menerbitkan majalah bulanannya tersendiri, Majalah IK - Inspirasi Kejayaan.

Berikut adalah masalah yang mungkin
anda hadapi...

>> Anda ingin memulakan perniagaan di Internet untuk mendapat kebebasan kewangan bersama keluarga, tetapi tidak tahu landasan yang betul oleh kerana terlalu banyak SCAM di Internet yang bertujuan untuk menipu wang anda.

>> Anda ingin memulakan perniagaan dan ingin mencari motivasi, inspirasi serta momentum untuk menolak diri anda meneruskan langkah anda sebagai usahawan yang berjaya

>> Anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, tetapi tidak tahu hendak menjalankan perniagaan apa yang menguntungkan.

>> Anda mempunyai idea produk untuk dijual di Internet tetapi takut produk atau perkhidmatan tersebut tidak mempunyai permintaan.

>> Anda ingin memulakan perniagaan di Internet tetapi perlu berhati-hati oleh kerana cara promosi yang salah akan menghancurkan peluang dan kredibiliti perniagaan anda dan amat sukar untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai! - ini menjadi lebih teruk oleh kerana, anda sendiri tidak akan perasan di manakah silap anda.

>>Anda mempunyai idea produk atau perkhidmatan yang menarik untuk diniagakan di Internet, tetapi anda tidak tahu cara yang betul menjalankan perniagaan di Internet. Sekiranya pesaing anda meniru model perniagaan anda dan menggunakan cara yang betul berniaga di Internet, ini akan mengakibatkan anda di dalam kerugian!

>>Anda ingin memaksimakan pendapatan perniagaan Internet anda menggunakan teknik dan strategi yang diguna oleh jutawan-jutawan Internet!


Irfan Khairi akan mendedahkan kaedah-kaedah berniaga di Internet untuk anda dan memberi anda daya saingan yang hebat keatas pesaing-pesaing yang lain...

Tip!

Irfan Khairi adalah penasihat perniagaan Internet yang membantu perniagaan dari rumah dan peniaga kecil-kecilan dalam menjual produk dan perkhidmatan dengan cara memperkenalkan strategi pemasaran Internet yang mudah dan murah sejak tahun 2005.

Tidak seperti penasihat yang lain, Irfan mempunyai latar belakang dari segi pendidikan dan juga telah menerbitkan buku mengenai industri ini. Beliau juga telah memperolehi pendapatan melebihi satu juta ringgit melalui perniagaan di Internet.



Chef Wan
Pertama kali Irfan Khairi di TV, Talk-show "Usik-usik bersama Chef Wan" TV9 bersama
penyanyi no#1 Malaysia, Siti Nurhaliza dan jutawan Internet no#1 Irfan Khairi
dalam perbincangan inspirasi, "Anak Melayu Jutawan".

Latar Belakang

Selepas menamatkan pendidikan di Staffordshire, University UK, Irfan Khairi telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.

Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.

Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 - tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih. Modal permulaannya... hanya RM500. Ketika itu beliau berumur 25 tahun!


Selamat Pagi Malaysia

Selamat Pagi Malaysia...... Selamat Pagi Malaysia
Irfan Khairi "live" di Selamat Pagi Malaysia, TV1

"Cara paling mudah untuk berjaya di Internet adalah dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru. Saya mengikuti jejak langkah jutawan-jutawan di Internet di seluruh dunia...

...oleh sebab itulah saya berjaya!"

-Irfan Khairi, Selamat Pagi Malaysia

Pakej Jutawan Internet 2.0 akan memaparkan strategi dan teknik efektif perniagaan Internet untuk melipatkali gandakan pendapatan perniagaan anda melalui mendapatkan lebih ramai prospek, lebih ramai pelanggan, lebih banyak jualan dan lebih tinggi keuntungan melalui Internet!

Anda akan mempelajari lebih 20 jam RAHSIA, TEKNIK dan STRATEGI Jutawan Internet seluruh dunia!

MODUL 1: Rahsia Minda Jutawan
Format: DVD Audio

Pelajari cara untuk memotivasikan diri, mendapat momentum dan tidak cepat mengalah. Mindset seorang yang berjaya adalah berbeza dengan orang yang gagal. Dengan mengetahui dan memahami mindset kejayaan, anda juga boleh mengaplikasikan cara dan kaedah minda jutawan untuk perniagaan anda sendiri.

Mengapa sering dilihat seseorang yang bekerja keras dari pagi sampai malam, tetapi masih belum berjaya mencapai kebebasan kewangan seperti mana yang diimpikan, tetapi sesetengah orang yang lain dilihat seperti amat mudah mencapai kebebasan kewangan?

Persoalan ini dan banyak lagi terjawab dalam DVD ini yang bertujuan memberi inspirasi kepada anda memupuk minda jutawan.

Irfan Khairi akan kongsikan rahsia kejayaan Irfan Khairi dirinya sendiri. Ketahui cara bagaimana dirinya memperolehi RM1,000,000 dalam masa 3 tahun, serta pelajari cara bagaimana beliau mencapai kejayaan di dalam perniagaan Internet dan juga perniagaan bukan Internet pada usia yang muda. Anda akan ketahui:

  • Cara bagaimana Irfan Khairi memulakan perniagaan Internet dan apa yang memberi inspirasi kepadanya
  • Cara menghadapi apa sahaja kegagalan dalam perniagaan dan mengubahkannya menjadi perniagaan yang berjaya
  • Teknik mendapatkan motivasi diri untuk mengambil langkah pertama dalam memulakan perniagaan 
  • Cara memupuk dan menanam momentum yang tinggi  pada diri sendiri untuk memulakan dan meneruskan perniagaan dan tidak hanya putus asa kerana terhilangnya momentum diri yang sering dialami oleh orang ramai!
  • Kaedah menetapkan matlamat dan persiapan minda yang perlu dilakukan dalam memulakan sesuatu perniagaan yang berjaya
  • Teknik membahagikan dan menguruskan masa supaya lebih teratur jadual harian melakukan perniagaan secara separuh masa
  • Cara membina keyakinan diri dan rasa ragu-ragu dalam kebolehan diri dalam memulakan langkah baru di dunia perniagaan!
  • ... dan banyak lagi!
MODUL 2: Rahsia Jutawan Internet
Format: DVD Audio

Kunci dan prinsip yang dipegang oleh jutawan- di Internet dan bukan Internet

Mereka yang berjaya di Internet dan bukan Internet memegang prinsip dan pegangan yang serupa. Teknik yang digunakan oleh mereka yang berjaya boleh digunakan semula dan menjadi model kepada sesiapa sahaja. Anda tidak perlu mencipta kaedah baru untuk berjaya. Rahsia Jutawan 2.0, Irfan akan berkongsi dengan anda apa yang anda perlu tahu untuk menjadi seorang jutawan Internet.

Seperti membina rumah yang memerlukan asas yang kukuh, supaya rumah tidak roboh, begitu juga dengan perniagaan Internet. Pastinya amat penting membina asas pengetahuan dalam perniagaan Internet yang kukuh untuk memastikan perniagaan yang dijalankan dapat bertahan dengan lama.

Asas dan juga prinsip perniagaan inilah yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan. Modul 2: Rahsia Jutawan Internet akan menerapkan konsep keseluruhan dan prinsip perniagaan Internet yang disampaikan di modul-modul yang akan datang. 

 
MODUL 3: Nak Jual Apa?
Format: DVD Audio

Bagaimana mencari produk dan perkhidmatan yang anda banggakan untuk anda jualkan di Internet dan dapat menjana pendapatan kepada anda

Ramai yang ingin memulakan perniagaan di Internet tetapi ramai yang masih tertanya-tanya apakah produk yang terbaik untuk mereka jual di Internet. Anda yang membaca ini juga mungkin mempunyai persoalan yang sama!

Dengan menjalankan perniagaan yang anda sendiri suka dan berminat, usaha anda tidak akan menjadi suatu "kerja". Anda dapat melakukan sesuatu yang anda gemar di samping dapat menjana pendapatan melalui Internet.

Ini adalah salah satu prinsip yang dipegang oleh jutawan-jutawan di dunia- do what you love and the money will come! Rahsia Jutawan Internet 2.0 bukan sahaja akan kongsikan apakah perniagaan terbaik untuk anda jalankan, tetapi juga memastikan perniagaan yang anda jalankan mempunyai permintaan yang tinggi dan pesaingan yang kurang di Internet! Dalam modul yang amat penting ini, anda akan pelajari:

  • Cara memilih produk atau perkhidmatan yang terbaik khas untuk ANDA niagakan di Internet mengikut minat, kepakaran dan pengetahuan anda!
  • Pelajari mendapatkan produk dan perkhidmatan terbaik supaya anda sering mempunyai motivasi dan momentum meneruskan perniagaan tersebut bukan untuk seminggu atau sebulan dua, tetapi untuk bertahun-tahun yang akan datang!
  • Cara memulakan perniagaan yang mempunyai  permintaan sedia ada yang amat tinggi di Internet. Dengan menggunakan satu teknik ini sahaja, anda dapat memastikan perniagaan anda akan berjaya sebelum memulakannya!
  • Teknik melihat trend perniagaan di Internet supaya perniagaan anda sentiasa terkini mengikut permintaan pasaran.
  • Teknik memilih perniagaan yang TIADA atau KURANG pesaing untuk memudahkan perjalanan anda meraih keuntungan maksima di Internet.
  • Kaedah penyelidikan melihat permintaan secara online melalui blog, forum dan juga Facebook untuk mengetahui sasaran pasaran anda sebelum anda memulakan apa sahaja perniagaan.
  • Kaedah mengintip teknik dan strategi pesaing-pesaing anda supaya anda sentiasa berada beberapa tapak dihadapan pesaing anda.
  • Strategi mengenal pasti pasaran anda yang paling sesuai yang bersedia dan tidak sabar inginkan produk dan perkhidmatan anda!
  • ... dan banyak lagi!
MODUL 4: Rahsia Usahawan Ebook
Format: DVD Audio

Produk informasi adalah produk yang amat laris di Internet!

Salah satu piihan memulakan perniagaan Internet selain daripada menjual produk fizikal dan juga perkhidmatan, adalah menjual informasi.

Ketahui teknik dan strategi bagaimana anda boleh menjadi usahawan informasi di zaman informasi ini. Ebook adalah antara produk yang paling laris di Internet oleh kerana orang ramai sering menggunakan Internet untuk mendapatkan informasi.

Selain daripada ebook merupakan produk yang laris, ia juga merupakan produk yang ideal oleh produk digital adalah mudah untuk dihasilkan, tidak memerlukan kos penghantaran yang tinggi serta margin keuntungan 100%!

Pelajari bagaimana anda boleh menjadi usahawan ebook dan menjana pendapatan melalui produk digital secara online. Anda akan pelajari:
  • Ketahui manfaat menjadi usahawan produk informasi berbentuk digital
  • Langkah pertama yang mesti anda ketahui sebelum menghasilkan ebook pertama anda
  • Tips dan teknik menulis ebook pertama anda untuk dipasarkan kepada beribu bakal-bakal pembeli di Internet!
  • Teknik bagaimana menghasilkan ebook walaupun anda tidak pandai menulis atau tidak ada masa untuk menulis- ada caranya dan dilakukan sendiri oleh Irfan Khairi!
  • Cara melindungi produk informasi anda dari di ciplak dan diedarkan secara percuma kepada kawan-kawan pembeli ebook anda
  • Ketahui dan fahami isu hakcipta produk informasi hasil anda dan bagaimana melindungi hakcipta hasil penat lelah tulisan anda dari segi undang-undang
  • Cara dan strategi memaksimakan jualan ebook anda di Internet secara PERCUMA!
  • Cara menggandakan keuntungan anda sebagai usahawan ebook yang hebat!
  • ... dan banyak lagi!
MODUL 5: Laman Yang Menjual
Format: DVD Audio

Rahsia mengubahkan pelawat laman web anda menjadi pelanggan setia anda!
Tidak kira apa sahaja yang kita jual di Internet dan tidak kira betapa hebat kita lakukan promosi secara online, sekiranya laman web yang kita miliki tidak dapat mengubahkan pelawat menjadi pelanggan, usaha kita adalah sia-sia sahaja.  


Sering menjadi isu di Internet adalah keyakinan pelanggan anda membeli daripada anda. Di modul ini, anda akan ditunjukkan teknik bagaimana cara untuk membina keyakinan kepada pelawat laman anda untuk terus memesan daripada anda tanpa ragu-ragu.

Modul ini akan mendedahkan kepada anda ciri-ciri dan isi kandungan laman web yang berjaya dan boleh mengubah lebih ramai pelawat menjadi pelanggan! Teknik ini amat penting dalam menentukan sama ada pelawat laman anda membeli daripada anda ataupun daripada pesaing anda. Anda akan pelajari:

  • Cara membina keyakinan pelawat supaya mempercayai perniagaan Internet anda dan membeli daripada anda
  • Ketahui teknik membina kredibiliti perniagaan anda walaupun anda bukan pakar dalam bidang yang dijalankan
  • Pelajari kaedah psikologi jualan di Internet untuk mengubah lebih ramai pelawat menjadi pelanggan anda. Teknik ini adalah amat penting dalam memaksimakan keuntungan perniagaan Internet anda!
  • Ketahui perkataan-perkataan dan ayat-ayat POWER yang boleh mengubah emosi pembaca supaya lebih ramai akan membeli daripada laman web anda
  • Cara menggunakan grafik dan juga imej dalam menarik perhatian psikologi pengguna Internet supaya lebih yakin membuat bayaran terus kepada anda
  • Cara menghilangkan perasaan ragu-ragu prospek anda untuk mereka hubungi dan mendapatkan produk dan perkhidmatan anda
  • Kaedah menawan pesaing anda supaya pelanggan membeli daripada anda dan bukan daripada mereka
  • ... dan banyak lagi!
MODUL 6: Formula Facebook
Format: DVD Audio

Lipatgandakan pengikut di Facebook anda dan jadikan mereka pelanggan berbayar!

Lebih dari 50% penduduk Malaysia memiliki akaun Facebook. Ini menjadikan Facebook sebagai satu platform yang amat penting dalam membina jenama dan mendapatkan lebih ramai pelanggan untuk perniagaan Internet anda.
Namun, 99.3% usahawan menggunakan teknik dan cara yang salah di Facebook mengakibatkan tidak dapat menjana keuntungan, tidak menerima banyak "LIKES" dan pengikut dan majoriti melakukan cara yang salah yang mengecam kredibiliti perniagaan sendiri - TANPA ANDA SEDARI!

Modul Formula Facebook anda mendedahkan kepada anda formula, teknik dan strategi efektif menjalankan perniagaan melalui Facebook. Anda akan pelajari:

  • Bagaimana Facebook dapat membantu perniagaan Internet anda membina jenama tanpa menggunakan sebarang kos!
  • Cara menambahkan lebih ramai "LIKES" fan followers Facebook anda dari berpuluh kepada berpuluh ribu dan beratus kepada beratus ribu!
  • Cara mengubahkan pelawat Facebook anda menjadi pembeli setia perniagaan anda
  • Teknik membina jenama perniagaan anda supaya pelanggan akan sentiasa mengingati perniagaan anda dan bukan perniagaan pesaing anda!
  • Ketahui jenis status dan posting yang menarik perhatian followers anda dan juga kawan kepada followers anda
  • Ketahui waktu, kekerapan dan keadaan yang terbaik untuk meletakkan posting di Facebook anda supaya  lebih ramai orang dapat melihat mesej perniagaan anda dan mendapat impak maksima atas setiap mesej perniagaan anda
  • Kaedah mendapat followers yang bukan sahaja kuantiti yang ramai tetapi juga berkualiti tinggi supaya lebih mudah dan kerap mereka membeli produk atau perkhidmatan anda!
  • Pelajari cara pengiklanan di Facebook yang amat efektif dalam mencapai sasaran pelanggan anda yang paling tepat
  • ... dan banyak lagi!
MODUL 7: Pengiklanan Terbaik
Format: DVD Audio

Dengan hanya mempunyai laman web sahaja, ianya tidak mencukupi. Modul ini akan menunjukkan cara bagaimana anda dapat mengiklankan laman web anda untuk mencapai beribu-ribu pengguna di Internet.

Dengan teknik yang betul dalam mempromosikan laman web anda, anda akan dapat meraih lebih ramai pelanggan sedunia.
Lebih dari 96% perniagaan di Internet gagal oleh kerana tidak tahu cara-cara promosi laman web dengan betul.

Prinsip kejayaan di Internet adalah mudah. Sekiranya anda tidak mengiklankan perniagaan anda, maka orang ramai tidak akan tahu kewujudan perniagaan anda dan pastinya tidak melawat laman web anda.

Terdapat pelbagai cara pengiklanan yang efektif di Internet sama ada cara percuma dan juga cara berbayar.

Awas, mempromosi laman web anda dengan cara yang salah seperti spaming dan menghantar junk mail bukan sahaja tidak efektif untuk mendapatkan pelanggan, tetapi ia juga akan memusnahkan kredibiliti perniagaan online anda. Anda akan pelajari:
  • Di mana tempat terbaik untuk mengiklankan perniagaan anda pada kos yang rendah tetapi amat efektif!
  • Teknik pengiklanan yang dapat menarik lebih ramai pengguna Internet yang berminat untuk melawat laman web anda dan membeli produk yang anda jual!
  • Dua jenis kaedah pengiklanan yang paling popular dan cara memaksimakan pulangannya
  • Perkataan-perkataan  ajaib yang perlu diletakkan dalam iklan anda untuk meramaikan orang klik pada iklan anda
  • Kaedah psikologi pengiklanan untuk membina minat pelanggan mendapatkan produk anda melalui iklan yang dipaparkan
  • Kaedah pengiklanan yang efektif dan pengiraan pulangan atas pelaburan supaya anda dapat memastikan keberkesanan promosi yang anda jalankan
  • Cara menarik perhatian orang ramai kepada kempen pengiklanan anda dengan lebih efektif
  • ... dan banyak lagi!
MODUL 8: Affiliate Hebat
Format: DVD Audio

Bayangkan bukan anda sahaja menjual produk dan perkhidmatan anda. Bayangkan berpuluh, beratus atau beribu pemilik laman web, blog atau Facebook lain turut mempromosikan perniagaan anda.

Dapatkah anda membayangkannya?

Inilah penangan pemasaran affiliate. Modul ini akan memperkenalkan kepada anda satu teknik canggih menjadikan perniagaan anda sebagai perniagaan affiliate yang boleh disertai oleh orang ramai.

Orang ramai akan mula menjual produk dan perkhidmatan anda untuk mendapat sedikit komisyen daripada anda atas hasil jualan mereka. Umpama anda mempunyai ramai ajen jualan memasarkan perniagaan anda dan anda hanya perlu membayar komisyen atas jualan yang terhasil.

Modul Affiliate Hebat akan menunjukkan cara bagaimana untuk menyediakan laman web anda membolehkan kaedah promosi efektif ini. Anda akan pelajari:

  • Cara memulakan perniagaan berbentuk affiliate dan membolehkan orang ramai mempromosikan perniagaan anda
  • Teknik menggalakkan lebih ramai affiliate yang berkobar-kobar menjual produk anda!
  • Strategi memaksimakan pulangan program affiliate anda
  • Cara menetapkan jumlah komisyen terbaik yang perlu diberi kepada affiliate
  • Cara pembayaran affiliate yang disukai affiliate-affiliate aktif!
  • Strategi memastikan affiliate anda terus bermotivasi dan mempunyai momentum mempromosikan perniagaan anda dan tidak hanya hangat-hangat tahi ayam!
  • Cara membantu dan mempermudahkan affiliate anda melakukan promosi dengan lebih hebat! 
  • ...dan banyak lagi!
MODUL 9: Rahsia Enjin Pencari
Format: DVD Audio

Strategi perniagaan Internet yang amat efektif adalah dengan cara membawa laman web anda ke muka surat pertama enjin pencari terutamanya Google. Sekiranya laman web anda terpampang di muka #1 Google apabila pengguna Internet melakukan carian berkenaan industri anda - anda berjaya mendapat promosi secara percuma, SAMPAII BILA-BILA!

Tidak perlu lagi anda mengeluarkan modal untuk sebarang pengiklanan seperti di TV, majalah atau akhbar oleh kerana anda tahu rahsia membawa laman web anda ke muka depan enjin pencari yang boleh menarik beribu, atau berpuluh ribu pelawat setiap hari!

Modul Rahsia Enjin Pencari merupakan topik yang terpenting dalam perniagaan Internet oleh kerana pengguna Internet hari ini rata-ratanya menggunakan enjin pencari untuk mencari produk atau perkhidmatan yang diperlukan.  Sebagai usahawan, anda perlu tahu dan aplikasikan strategi ini untuk membantu perniagaan anda mendapat pelanggan yang ramai tanpa putus! Anda akan pelajari:

  • Ketahui kaedah membawa laman web anda ke muka surat #1 enjin pencari seperti Google!
  • Cara PERCUMA dan juga cara berbayar mendapat tempat tertinggi lebih dari pesaing anda di enjin pencari
  • Ketahu cara membawa bukan sahaja laman web anda, tetapi juga imej dan video anda ke hadapan enjin pencari.
  • Strategi menamakan laman web dan perniagaan anda supaya ianya lebih mudah untuk keluar di halaman pertama enjin pencari dan mendapat klik yang tinggi dari prospek anda!
  • Teknik secara konsisten dapat memperbaiki kedudukan laman web anda di enjin pencari supaya sukar disaing oleh pesaing anda
  • Cara pengiklanan Google yang efektif dan memberi pulangan lebih atas pelaburan anda
  • Strategi menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube supaya dapat memperbaiki kedudukan laman web anda di enjin pencari. 
  • ... dan banyak lagi!
MODUL 10: YouTube Video Viral
Format: DVD Audio

Tahukah anda YouTube adalah Enjin Pencari yang #2 paling digunakan selepas Google?

Ya, oleh kerana ramai pengguna Internet menggunakan YouTube, teknik pemasaran Video adalah amat penting pada hari ini. Dalam perniagaan Internet, ianya adalah amat penting untuk mengetahui teknik dan strategi promosi terkini. Kaedah promosi 5-10 tahun lepas yang RAMAI masih menggunakannya hari ini sudah tidak lagi efektif. Kini, dengan bertambahnya persaingan di Internet, mempelajari strategi promosi perniagaan Internet anda yang paling efektif adalah semakin penting.

Pemasaran YouTube adalah antaranya.

Pemasaran video merupakan antara teknik pemasaran Internet yang kurang digunakan di Malaysia. Ianya amat luas digunakan di barat. Namun, oleh kerana inilah ianya penting untuk anda gunakannya supaya anda mendapat pasaran yang lebih besar dari pesaing anda! Pelajari pemasaran video melalui YouTube sebelum pesaing anda menggunakannya pada anda! Dalam modul ini, anda akan pelajari:

  • Cara menghasilkan video untuk tujuan pemasaran perniagaan anda yang orang ingin saksikan. Ketahui bahawa video pengiklanan seperti di iklan TV adalah tidak efektif di YouTube!
  • Kaedah meramaikan lagi penonton klip YouTube anda. Lebih ramai penonton, maka lebih besar sasaran yang anda dapat capai dalam menyampaikan mesej perniagaan anda
  • Teknik mengoptimakan klip YouTube anda supaya keluar di muka hadapan YouTube dan juga enjin pencari Google apabila orang melakukan carian
  • Tips dan teknik menghasilkan klip video yang lebih berkualiti dari segi visual dan bunyi yang lebik jelas pada kos yang rendah tanpa menggunakan perkhidmatan profesional.
  • Cara menghasilkan klip video berbentuk viral supaya sering dikongsikan di Facebook, Twitter dan media sosial lain!
  • Cara membina komuniti subscribers channel YouTube anda yang sering akan mendapat video anda
  • Teknik menjana pendapatan menggunakan video di  Internet
  • ... dan banyak lagi!

MODUL 11: Email Maksima
Format: DVD Audio

Membina databes email atau 'mailing list' prospek dan pelanggan anda adalah teknik perniagaan Internet yang amat penting. Sekiranya anda belum melakukan ini untuk perniagaan Internet anda - anda MESTI LAKUKANNYA SEKARANG!

Databes email anda adalah aset yang paling penting dalam sesuatu perniagaan Internet oleh kerana email merupakan medium utama komunikasi secara online. Cara menembusi fikiran prospek anda secara online adalah melalui pemasaran email.

Modul 11: Email Maksima mendedahkan strategi pemasaran email yang amat efektif ini. Tidak boleh dinafikan, pakar-pakar perniagaan Internet sedunia akan mengakui bahawa pemasaran email adalah strategi yang paling efektif dalam pemasaran Internet sekiranya dilakukan dengan betul. AWAS, kerana pemasaran email berbentuk spamming adalah dilarang dan hanya akan menjatuhkan kredibiliti perniagaan anda! Dalam modul ini, anda akan pelajari:

  • Cara pemasaran email yang TIDAK dikira sebagai SPAMMING dalam menjaga kredibiliti perniagaan Internet anda- sekiranya kredibiliti perniagaan anda jatuh, ianya amat sukar untuk dibina kembali!
  • Cara menghasilkan email supaya ia terus masuk ke INBOX prospek anda dan bukan ke JUNK MAIL persisian email prospek anda
  • Teknik menulis tajuk email yang efektif supaya prospek anda membuka dan membaca email anda dan tidak terus menekan DELETE seperti mana dilakukan kepada lebih 90%  pengguna Internet!
  • Teknik paling efektif menulis isi kandungan sesuatu email supaya pelanggan berminat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan anda sebelum memasuki laman web anda lagi
  • Kaedah menambahkan lagi databes email anda dengan cepat di Internet supaya anda mendapat lebih ramai prospek-prospek panas secara PERCUMA!
  • Pelajari teknik psikologi menulis email efektif supaya pembaca akan lebih cenderung mengambil tindakan atas apa sahaja yang anda tawarkan kepada mereka
  • Maksimakan pendapatan anda dengan cara membuat jualan kepada pelanggan yang tidak membeli daripada anda pada kali pertama, kedua atau ketiga. Tetapi, akan tetap beli dari anda di kemudian hari!
  • ... dan banyak lagi!
MODUL 12: Teknik Twitter
Format: DVD Audio

Kini kita berada di era komunikasi. Media sosial memainkan peranan yang amat penting dalam membina hubungan dan jenama perniagaan melalui komunikasi.

Selain daripada Facebook yang tidak dapat dinafikan lagi keberkesanannya dalam membantu perniagaan, Twitter adalah satu lagi senjata yang amat efektif mempromosikan dan mendapat lebih ramai pelanggan untuk perniagaan anda.

Walaupun twitter yang dikenali sebgai 'micro-blogging' mempunyai ruangan yang terhad dari segi teks yang dapat dikongsikan,  ianya umpama kecil-kecil cili padi.

Jangan diabaikan keberkesanan media sosial Twitter oleh kerana penggunanya yang semakin ramai dan mengabaikannya bererti anda mengabaikan sebahagian besar potensi keuntungan perniagaan Internet anda! Dalam modul ini anda akan pelajari:

  • Teknik rahsia mendapatkan pelanggan baru melalui Twitter dalam masa 30 saat sahaja! Satu teknik ini sahaja mungkin boleh menjana pendapatan kepada anda secara pantas.
  • Cara membina jenama peribadi anda menggunakan Twitter. Prospek perlu mengenali dan mengetahui anda sebelum membeli. Twitter memberi peluang memperkenalkan diri anda.
  • Kaedah meramaikan lagi followers Twitter anda dikalangan mereka yang sedia berminat dengan perniagaan anda
  • Cara menggunakan Twitter untuk mengintip pesaing anda!
  • Strategi Twitter dalam mengetahui maklum balas orang ramai terhadap produk, industri dan jenama anda sendiri
  • Cara menghasilkan akaun Twitter perniagaan yang mempunyai ramai followers yang tertunggu-tunggu setiap Twit daripada anda!
  • Cara menambahkan pelawat laman web jualan anda menggunakan Twitter secara automatik! 
  • ... dan banyak lagi!
Irfan Khairi Live DVD 1: Perniagaan Terhangat
Format: DVD Video

Irfan Khairi LIVE: Perniagaan Terhangat, akan mendedahkan apakah produk dan perkhidmatan yang TERBAIK untuk anda jual di Internet dan juga bukan Internet untuk memudahkan jalan mencapai kejayaan untuk perniagaan anda!

Memulakan perniagaan Internet pada tahun 2000, Irfan Khairi berpengalaman sehingga hari ini memulakan berbagai-bagai perniagaan Internet serta membantu beribu peserta mengenal pasti perniagaan yang terbaik dan terhangat untuk dimulakan di Internet.

Sesi Irfan Khairi di DVD ini bukan sahaja membantu anda mencari bidang perniagaan mengikut minat anda, tetapi menunjukkan cara mengenalpasti permintaan dalam bidang yang anda minati.

Dengan gaya penyampaian Irfan Khairi yang santai tetapi penuh berinfomasi, rakaman LIVE ini pastinya akan membuka mata anda kepada potensi anda sebagai usahawan Internet yang berjaya! Dirakam dihadapan lebih beratus ratus peserta!



Irfan Khairi Live DVD 2: Perniagaan Internet Tanpa Modal
Format: DVD Video

Memulakan perniagaan seringkali tidak kesampaian oleh kerana kekurangan modal. Modal juga sering menjadi alasan tidak dapat memulakan perniagaan. Tahukah anda, melalui Internet, anda boleh menjalankan perniagaan tanpa sebarang modal?

Sesi Irfan Khairi LIVE: Perniagaan Internet Tanpa Modal, pakar perniagaan Internet Irfan Khairi akan mendedahkan strategi dan kaedah memulakan perniagaan Internet dari rumah tanpa anda mengeluarkan sebarang modal!

Pelajari bagaimana ramai telah berjaya menjalankan perniagaan Internet berbentuk affiliate tanpa sebarang modal, menjual produk seperti kamera, produk kesihatan, produk elektrik, barangan kemas, permainan kanak-kanak, pakaian, wangian, alatan muzik dan apa sahaja!

Dengan kaedah perniagaan ini, anda boleh memulakan perniagaan di Internet pada bila-bila masa pun dan membina jaringan beberapa buah perniagaan Internet untuk mendapat aliran pendapatan berganda (multiple streams of income) tanpa melaburkan sebarang modal.

Tiada modal juga bererti tiada risko pada anda!

Dirakamkan dihadapan beratus hadirin di Seminar Dari Kosong Sampai Jutawan (kos seminar lebih RM1,000), Irfan Khairi mendedahkan teknik dirinya dan usahawan-usahawan Internet lain memulakan perniagaan Internet tanpa modal!




Irfan Khairi Live DVD 3: Laman Yang Menjual
Format: DVD Video

Dirakamkan di KLCC Convention Center secara LIVE, Irfan Khairi menyampaikan talk yang penuh informasi mengenai ciri-ciri laman web yang berjaya.

Pendidikan Irfan Khairi dalam bidang grafik multimedia ketika melanjutkan pelajaran ke United Kingdom mengajarnya tentang pentingnya grafik dan reka cipta dalam menarik mata orang yang melihat. Namun, pengalamannya bertahun-tahun sebagai usahawan Internet mengajarnya bahawa untuk menjual, perlu menarik hati dan emosi pelanggan.

Cara menarik hati dan emosi pelanggan adalah dengan mengetahui ciri-ciri sebuah laman web yang boleh menjual.

Pengguna Internet merupakan orang yang sering ragu-ragu dan kurang berkeyakinan untuk membuat belian secara online. Apatah lagi dengan seseorang yang tidak dikenali dan tidak berjumpa. Sesi ceramah Irfan Khairi dalam DVD ini membantu anda mengetahui tip-tip menghasilkan laman web yang boleh menarik kepercayaan pelawat dan psikologi mengubah pelawat menjadi pembeli setia anda!


Irfan Khairi Live DVD 4: Rahsia Usahawan Ebook
Format: DVD Video

Produk informasi adalah produk yang paling laris di Internet. Pelajari kaedah mencipta ebook yang berpermintaan tinggi di Internet- jana pendapatan yang berterusan dengan produk informasi anda sendiri!

Sememangnya ada cara melakukan kerja satu kali sahaja tetapi menjana pendapatan berkali-kali. Jawapannya adalah dengan menghasilkan produk informasi berbentuk ebook.

Pengalaman Irfan Khairi dalam menghasilkan buku, ebook dan juga kolumnis majalah terlaris di pasaran membuatkan beliau seorang yang arif dalam bidang penghasilan bahan informasi. Di tambah pula dengan kredibiliti Irfan Khairi sebagai pakar perniagaan Internet, Irfan bukan sahaja mendedahkan teknik menghasilkan bahan informasi (ebook) yang terhangat di pasaran, tetapi juga, akan mendedahkan cara terbaik menjual produk informasi tersebut di Internet untuk mendapat keuntungan yang maksima!

Irfan Khairi LIVE: Rahsia Usahawan Ebook memaparkan rakaman Irfan Khairi menyampaikan antara topik kegemarannya iaitu menjana pendapatan melalui hasil penulisan (juga terdapat teknik sekiranya anda tidak pandai menulis!). Dirakamkan di KLCC Convention Center melalui Seminar Revolusi Perniagaan Internet yang SOLD OUT tidak lama dulu!



Irfan Khairi Live DVD 5: Bina Jenama Perniagaan
Format: DVD Video

Pelajari strategi-strategi yang dapat memberi keuntungan kepada anda melebihi pesaing anda. Apa yang anda perlu lakukan sekiranya terdapat pesaing-pesaing baru yang cuba mengambil pasaran anda. Perniagaan Internet merupakan industri yang berkembang maju. Sekiranya anda memulakan perniagaan di Internet, sudah pasti akan terdapat pesaing yang cuba merebut peluang anda!

Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang dapat menawani dan memenangi hati pelanggan. Membina jenama adalah aspek yang amat penting dalam pemasaran dalam mencipta hubungan antara perniagaan anda dan bakal-bakal pelanggan anda.

Apabila anda berjaya membina jenama perniagaan anda di minda prospek dan pelanggan anda, perniagaan anda akan menjadi pilihan utama mereka setiapkali memerlukan. Ini pastinya akan menambahkan lagi keuntungan perniagaan anda pada kos yang minima.

Syarikat-syarikat besar seperti Air Asia, Nestle, Coca-Cola, Starbucks dan banyak lagi membelanjakan berbilion wang dalam membina jenama. Sekiranya syarikat besar mementingkan pembinaan jenama, perniagaan anda juga perlu mementingkannya! Namun, anda tidak perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar.

Dalam Irfan Khairi LIVE: Bina Jenama Perniagaan, Irfan Khairi mengkongsikan teknik dan strategi membina jenama yang amat kos efektif dan praktikal untuk diaplikasikan kepada perniagaan-perniagaan kecilan dan sederhana. Irfan Khairi LIVE: Bina Jenama Perniagaan dirakamkan secara langsung di konvensyen RAHSIA 3K di PWTC Kuala Lumpur dihadapan lebih beratus-ratu peserta berbayar. Kos menghadiri konvensyen ini sahaja adalah RM600 sehari!

Irfan Khairi Live DVD 6: Mengekalkan Kesetiaan Pelanggan
Format: DVD Video

Dalam perniagaan, ianya amat penting dalam mendapatkan pelanggan berulang. Ini kerana, kos untuk mendapatkan pelanggan baru adalah jauh lebih mahal daripada mendapatkan pelanggan berulang.

Sebagai usahawan, anda perlu memahami konsep bahawa, pelanggan sedia ada anda adalah aset yang amat berharga dalam apa jua perniagaan. Dalam DVD ini, pakar perniagaan Internet, Irfan Khairi akan berkongsikan kaedah mendapatkan pelanggan berulang, bukan sahaja sekali tetapi berkali-kali akan membeli daripada anda!

Dengan wujudnya media sosial hari ini, hubungan dan kemesraan dapat dibina antara pelanggan dan perniagaan anda. Teknik dan strategi media sosial dapat membina hubungan ini dalam mengekalkan kesetiaan pelanggan kepada jenama perniagaan anda sampai bila-bila.

Perniagaan yang hanya bergantung pada pelanggan-pelanggan baru sahaja adalah perniagaan yang gagal melihat keuntungan jangka panjang. Keuntungan jangka panjang sesebuah perniagaan adalah pada pelanggan dan belian berulang.

Rakaman DVD Irfan Khairi LIVE: Mengekalkan Kesetiaan Pelanggan,  Irfan Khairi kongsikan kaedah dan cara bagaimana anda boleh menjana keuntungan perniagaan jangka panjang dengan membina kesetiaan pelanggan supaya sering ingat dan membeli daripada anda setiap kali memerlukan perniagaan anda. Bercakap dihadapan beratus peserta berbayar di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, kos menghadiri seminar ini sahaja adalah lebih RM1,000!

"Keupayaan Irfan Khairi di dalam mengendalikan workshop rahsia internetnya semakin terserlah! Cara Irfan Khairi berkomunikasi dan teknik penyampaiannya yang begitu mudah, jujur dan bersahaja cukup efektif.

Pasti memberi kesan dan kepuasan yang mendalam kepada semua yang menyertai. Syabas!"

~Nizal Mohammad
Communications/Presentation Master Trainer

Mantan pengacara Jejak Rasul & MHI


Tahukah anda bahawa Workshop Jutawan Internet kelolaan Irfan Khairi pernah mendapat liputan BERITA UTAMA di TV?

Workshop Jutawan Internet bukan sahaja mendapat liputan BERITA UTAMA dari satu stesen televisyen, tetapi DUA! Ya, Workshop Jutawan Internet telah menerima liputan di Warta Perdana, RTM1 dan juga Channel 8 News, TV8.

Bukan lagi rahsia bahawa Workshop Jutawan Internet adalah kursus perniagaan Internet yang paling laris di Malaysia!

Irfan Khairi juga sering muncul di kaca TV untuk program seperti:

  • Hello on Two TV2 sebagai motivator kekayaan (setiap Selasa)
  • Hujung Minggu Malaysia TV1 sebagai motivator & pakar perniagaan
  • Malaysia Hari Ini TV3 sebagai tetamu
  • Selamat Pagi Malaysia RTM1 sebagai tetamu
  • Menjana Impian TV9 sebagai mentor
  • Get Set Go sebagai pengacara
  • Aura Rasa RTM1 sebagai tetamu selebriti
  • Usik-usik Chef Wan TV9 sebagai tetamu (bersama Siti Nurhaliza)
  • Hello On Two RTM2 sebagai tetamu
  • Nescafe Kick-Start Musim ke-3 & 4 sebagai hakim
  • Jangan Tidur Lagi TV3 sebagai tetamu selebriti
  • WW Astro Awani sebagai motivator kewangan & perniagaan
  • Jangan Tidur Lagi TV3 sebagai tetamu
  • Santai RTM1 sebagai tetamu
  • Awani Pagi, Astro Awani sebagai pakar perniagaan

"Bersama Irfan Khairi"  di Astro Awani

Rancangan popular "Bersama Irfan Khairi" di Radio24 93.9FM

Irfan Khairi juga telah mengendalikan program bicarawara "Jutawan! bersama Irfan Khairi" di Radio24 93.9FM. Program radio popular menemuramah ikon-ikon jutawan Malaysia termasuk Azizi Ali, Dato Dr Fadzilah Kamsah, Azman Chin, Billi Lim dan ramai lagi!

Irfan Khairi adalah personaliti TV dan radio dalam bidang perniagaan, kewangan dan juga psikologi kejayaan.

Saksikan Irfan Khairi di Buletin Utama, TV3
sempena Gerak Usahawan



Buatan Malaysia

Tidak kira sama ada anda seorang ajen insurans, ajen hartanah, jurujual (kereta, produk kesihatan atau barang keperluan), doktor, doktor gigi, peguam atau apa jua pekerjaan profesional, ataupun sememangnya anda ingin menjalankan perniagaan bertumpu di Malaysia sahaja, Rahsia Jutawan Internet 2.0 akan menunjukkan kepada anda peluang bagaimana Internet dapat digunakan dalam mencapai pasaran Malaysia- jangan lupa, pasaran tempatan terdiri daripada lebih 18 juta pengguna Internet!

Berita terkini...

Buku Secrets of Internet Millionaires Revealed oleh Irfan Khairi telah dilancarkan di Oxford, United Kingdom pada 31hb Oktober 2006 disaksikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato Abdul Rahman Bakar, Bekas Dato bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar, dan juga The Mayor of Oxford.

Ia merupakan kali pertama buku tempatan di lancarkan di United Kingdom.

*Gambar Irfan Khairi di tempat pelancaran



Siapa patut memiliki Rahsia Jutawan Internet 2.0?

Bagi mereka yang ingin mempelajari cara memulakan perniagaan yang menguntungkan di Internet, sama ada untuk memperolehi pendapatan sampingan atau pun sepenuh masa dari rumah. Juga bagi syarikat-syarikat kecil yang ingin membawa perniagaan mereka di Internet untuk mencapai pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

"Penampilan dan persembahan saudara Irfan Khairi yang tidak terlalu konservatif dan tidak terlalu teknikal memudahkan workshop ini difahami walaupun peserta bukan yang arif dalam bidang IT...

Dengan 'passion' dan sikap keterbukaan terhadap ilmu dan pendekatan yang baru, sesiapa pun boleh berjaya"

~Manan Ngah
S.M.T, A.M.T, P.P.N
Ahli muzik & Penggubah lagu


"Bidang pengacaraan & perniagaan e-dagang? sememangnya dua cabang yang jauh berbeza! Tetapi berbekalkan ilmu & pengetahuan yg dikongsi oleh Irfan Khairi, Fifi kini berjaya menjalankan kedua-duanya serentak.

Tips-tips Irfan Khairi juga amat mudah difahami & 'straight to the point', membuatkan Fifi tidak perlu menjadi pakar IT untuk memulakan perniagaan di internet..."


~Noor Hafiza Saharuddin @ Fifi

Pengacara TV3 "Bersama Mu" / Model
www.Fifi.com.my


Rahsia Jutawan Internet 2.0 adalah untuk:

  • Mereka yang bekerja fulltime dan ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah secara part time
  • Suri rumah yang ingin memulakan perniagaan sampingan dari rumah
  • Pelajar-pelajar IPTS yang ingin pendedahan kepada berniaga di Internet
  • Golongan pesara yang ingin mempelajari perniagaan Internet untuk pendapatan sampingan
  • Graduan yang masih belum bekerja dan ingin menjadikan Internet sebagai sumber pendapatan
  • Pemilik perniagaan yang ingin memperluaskan perniagaan mereka di Internet
  • Golongan profesional yang ingin mengetahui cara bagaimana Internet boleh mengembangkan profesion mereka.
  • Mereka yang sudah mencuba perniagaan di Internet tetapi tidak mendapat pulangan sepertimana yang diinginkan
  • Mereka yang ingin kebebasan bekerja di rumah bersama keluarga...

Rahsia Jutawan Internet 2.0 ini akan menunjukkan di mana dan bagai mana anda perlu memulakan sesuatu perniagaan Internet yang berjaya dan cara mempromosikan perniagaan anda dengan efektif.


"Sebagai seorang surirumah, saya tak pernah terfikir untuk mempunyai website perniagaan saya sendiri...

...Akhirnya dengan panduan yang diberikan oleh saudara Irfan Khairi, alhamdulillah
saya berjaya mewujudkan perniagaan internet saya sendiri..." klik untuk testimonial sepenuhnya!

~Azlina Abdul Aziz
www.belajarquran.com


News: Towering Malaysians

......

Irfan Khairi @ Towering Malaysians, 8TV News

"Melalui pengalaman serta mempelajari dari kesilapan sendiri dan mendalami ilmu Internet, melalui bacaan dan bertanya kepada mereka yang lebih arif, saya berjaya menemui cara yang paling berkesan untuk mendapatkan pelanggan"

-Irfan Khairi, 8TV News: Towering Malaysians




Apakah yang membezakan program ini dengan yang lain?

Program Rahsia Jutawan 2.0  ini  dikelolakan oleh pakar dalam industri ini. Irfan Khairi telah menjalankan perniagaan Internet selama 12 tahun dari rumah hingga kini! Pakej DVD ini akan menunjukkan cara-cara praktikal untuk menjalankan perniagaan Internet yang berjaya dari rumah.

Media televisyen dan media cetak telah menggelarkan Irfan Khairi sebagai "Jutawan Internet" dan "Jutawan Siber" oleh kerana pendapatannya yang melebihi RM1,000,000 melalui perniagaan Internet dari rumah ketika berumur 25 tahun!

Anda bukan sahaja akan mempelajari cara-cara menjana wang dari Internet. Anda juga akan mempelajari kunci-kunci asas dan prinsip-prinsip yang boleh menambahkan pendapatan anda! Irfan Khairi telah mempelajari psikologi kejayaan sejak remaja lagi. Oleh itu, beliau akan berkongsi kunci-kunci dan prinsip-prinsip yang sama yang boleh anda gunakan di Internet ataupun perniagaan bukan Internet.

" Irfan Khairi bukan sekadar mengajar ilmu internet, malah beliau mengajar kita rahsia mengenali potensi dan kekuatan diri serta bagaimanakah menggunakan potensi diri tersebut untuk manfaat diri, agama dan negara..." klik untuk testimonial sepenuhnya!

~Br. Izu
Motivator & penulis buku motivasi
www.motivatorpelajar.com



Malaysia Hari Ini

......
Irfan Khairi "live" di Malaysia Hari Ini, TV3 bersama Nizal & Abby

"Memperolehi RM1 juta pada usia 25 tahun bukanlah NASIB. Saya telah belajar mengenai kekayaan dan kejayaan sejak berusia 18 tahun lagi... pada masa itulah saya telah menetapkan matlamat untuk memperolehi RM1 juta. Sehingga kini sudah 10 tahun saya mendalami ilmu psikologi kejayaan.."

-Irfan Khairi, Malaysia Hari Ini




"Sebelum ini saya langsung tak mesra IT, malah baca email pun amat jarang sekali!...

Berbekalkan tips-tips praktikal yang diberikan, kini bisnes internet saya telah menjadi kenyataan! Lebih hebat lagi, saya berjaya memperolehi pendapatan melebihi RM1,000 dalam masa 30 hari selepas laman web saya dilancarkan..."
klik untuk testimonial sepenuhnya!

~Tazilan Ibrahim

www.ideaBISNESluarbiasa.com



Keratan AkhbarBerita Harian
Memperoleh untung lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usia muda menjadi impian setiap insan.

Irfan Khairi berkata kesungguhan dan yakin terhadap potensi diri menjadi kunci kejayaan beliau...


Lihat apa speaker profesional dan pakar motivasi Sean Roach katakan:

Sean Roach"If you want to learn about business, you need to go to a Business School. If you want to learn about medicine, you go to a Medic School...

...If you want to learn on how to get rich on the Internet, you'll need to learn from an Internet Millionaire himself! Irfan Khairi shows you step by step guide on how to start any business online and the secrets on how to maximize your profits!"

~Sean Roach
www.seanroach.com

Tip!

Siapakah Sean Roach? Seorang usahawan Internet, Cory Rudl (mentor kepada Irfan Khairi!) yang berpendapatan melebihi $9,000,000 setahun menggelar Sean Roach sebagai “my secret weapon”. Datuk Bandar Las Vegas memberi penghormatan kepadanya melalui “Hari Sean Roach.” Governor Nevada menganugerahkan beliau dengan pengisytiharan “Hari Usahawan”. Seorang penulis terlaris New York Times menggelarkan pendapat beliau "menakjubkan".

Sean Roach adalah seorang speaker, konsultan dan penulis yang berjaya, yang pernah berkongsi pentas bersama nama-nama terkemuka seperti Donald Trump (The Apprentice), Robert Kiyosaki (Rich Dad, Poor Dad) and Suze Orman (The Suze Orman Show).

Anda patut dengar kata-katanya!



Pesanan dari Irfan Khairi...

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana melawat laman web ini. Saya amat berbesar hati dengan kedatangan anda. Tahniah saya ucapkan bagi anda yang ingin mengambil langkah pertama dalam dunia perniagaan Internet.

Keratan AkhbarSaya memulakan perniagaan Internet ketika berumur 20 tahun ketika saya sedang menuntut dalam jurusan Multimedia di United Kingdom. Dengan sedaya upaya, saya membina sebuah laman web yang "perfect" untuk menjual kepakaran saya, iaitu mereka cipta grafik. Pelbagai cara saya cuba untuk menarik pelanggan dan jumlah wang yang besar sehingga berpuluh ribu ringgit juga turut dilaburkan.

Malangnya, setahun berlalu tanpa saya mendapat pulangan apa-apa dari Internet. Pada ketika itu, saya amat sedih oleh kerana, di merata-rata media, saya sering terbaca tentang jutawan-jutawan Internet.

Persoalannya.... kenapa saya tidak berjaya?

Kemudian, saya mula menyelidik jutawan-jutawan Internet tersebut satu demi satu untuk mencari kesilapan saya sendiri...

Amat terkejut saya apabila mendapati begitu banyak kesilapan teknik dan kaedah saya lakukan dalam menjalankan perniagaan Internet saya. Atas sebab-sebab inilah perniagaan pertama saya menemui kegagalan dan tidak mendapat keuntungan. Wang yang dilaburkan juga tidak mendapat pulangan darinya!

Keratan AkhbarJadi, saya mengubah kaedah melakukan perniagaan di Internet. Saya mengikuti jejak langkah jutawan-jutawan Internet. Dengan tidak disangka, perniagaan Internet saya mula memberi pulangan. Tiga tahun kemudian, saya mencapai sasaran saya- Saya berjaya mendapat keuntungan RM1,000,000 dari perniagaan Internet dari rumah saya!

Apa yang amat menarik adalah, pada ketika itu, saya cuba kaedah yang sama dengan memulakan beberapa perniagaan yang lain (menjual barangan dan juga perkhidmatan) di Internet dan keputusannya adalah serupa- saya berjaya meraih wang dari Internet!

Apabila saya lihat kembali beberapa tahun dulu, saya telah merugikan masa setahun di Internet oleh kerana saya menjalankan perniagaan dengan cara yang tidak betul. Dalam kata lain, saya memulakannya dengan langkah yang salah. Ya, walaupun latar belakang saya adalah Multimedia, saya masih melakukan kesilapan!

Rahsia Jutawan Internet 2.0 akan menunjukkan kepada anda cara untuk menjalankan perniagaan Internet dengan betul- tidak kira apa yang anda jual.

Majalah MaskulinSaya telah rugi masa setahun dan juga wang berpuluh ribu ringgit, dan saya tidak mahu anda melalui situasi yang sama. Pada ketika ini, ramai yang melakukan perniagaan Internet dengan cara yang salah. Sebab inilah kita sering dengar ramai yang merungut "Saya sudah cuba buat bisnes di Internet, tetapi tidak mendapat pulangan apa-apa pun". Rahsia Jutawan 2.0, saya akan membantu anda menjalankan perniagaan di Internet dengan cara yang betul.

Jikalau anda bercadang untuk memulakan perniagaan di Internet, nasihat saya adalah untuk anda memahami asas yang betul. Bina asas yang kukuh untuk perniagaan Internet anda. Dapatkan cara pemikiran yang betul dalam menjana pendapatan di Internet- ikuti jejak langkah jutawan-jutawan Internet. Membuat duit bukannya perkara yang mudah- anda perlu pendekatan yang betul dan memahami konsep cara mendapat keuntungan, kemudian, segalanya akan menjadi lebih mudah.

Saya akan tunjukkan cara yang terbaik untuk memulakan apa jua perniagaan di Internet untuk anda.

Saya akan mempersembahkan idea-idea dan teknik yang mudah dan menjimat kos untuk membantu anda. Anda akan dapat menjimat masa, wang dan tenaga dengan TIDAK melakukan perniagaan anda dengan cara yang salah. Anda akan mempelajari teknik-teknik perniagaan Internet berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini selama 12 tahun.

Sebagai pesanan akhir- bina asas yang kukuh dan segala-galanya akan memberi hasil...

Mudahan kita dapat berjumpa tidak lama lagi!




Keratan AkhbarKosmo
Dengan hanya bermodalkan wang sebanyak RM500, Irfan Khairi ketika berusia 25 tahun, sudah pun bergelar jutawan.

Melihat dari segi luarannya, penampilan lelaki ini cukup ringkas dengan baju kemeja T lengan panjang bewarna merah tanpa sebarang aksesori yang menunjukkan bahawa dia ialah seorang jutawan...


"...I see something which other Internet Marketers don't have: Your Honesty and Integrity." klik untuk testimonial sepenuhnya!


~Sunny Tan

Usahawan Internet Malaysia
E Learning Avenue & Tips.com.my


"...Whatever you have going on in there, it's magic!" klik untuk testimonial sepenuhnya!


~Gobala Krishnan

Usahawan Internet Malaysia

www.gobalakrishnan.com


"Irfan Khairi telah menunjukkan cara memperolehi wang dari Internet dengan menggunakan kepakaran saya sendiri. Sejak itu, saya bekerja sepenuh masa di Internet dan memperolehi pendapatan bulanan mencecah RM10,000! Agak baik bagi saya yang bekerja dari rumah di Besut, Terengganu!"

Mohd Razali B. Mohd Raub
Besut, Terengganu




Majalah Maskulin

Irfan Khairi di muka hadapan majalah lelaki popular, MASKULIN- takrif terkini lelaki muda bertajuk "Jutawan Siber".

"Orangnya agak simple dan tidak sedikit pun menunjukkan secara luaran dirinya berstatus jutawan. Apatah lagi seawal usia 25 tahun lagi menyaksikan Irfan Khairi mencatatkan jumlah pendapatan melebihi RM1 juta. Ibarat kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, mungkin pepatah ini sesuai dengan jutawan yang low profile ini. Langkah yang diambilnya beberapa tahun lalu menyenaraikan dirinya antara jutawan muda negara..." - Maskulin





Rahsia Jutawan Internet 2.0 yang merangkumi 18 DVD dan 149 Blue Print Rahsia Internet kini dalam harga pelancaran iaitu RM890.

Hanya 50 box set premium disediakan sempena pelancaran. Selepas ini, harga Rahsia Jutawan Internet 2.0 akan dinaikkan kepada RM990.

Hanya 50 12 box set tinggal!

Dapatkan hari ini pada harga RM890

BONUS BERNILAI RM160 PERCUMA SEKIRANYA ANDA
MENGAMBIL PELUANG INI HARI INI...

BONUS PERCUMA #1:
10 ISU MAJALAH IK (bernilai RM60)

Majalah IK memuatkan informasi dan juga isu semasa berkaitan perniagaan, kewangan dan motivasi yang praktikal untuk diamalkan oleh setiap pembaca.

Berkonsepkan santai, tetapi penuh dengan mutiara ilmu terbaik dari serata dunia, Majalah IK adalah peneman mereka yang impikan kejayaan dan dahagakan ilmu untuk mencapai matlamat perniagaan, kewangan dan juga diri.

BONUS PERCUMA #2:
DISKAUN RM100 WORKSHOP JUTAWAN INTERNET BERSAMA IRFAN KHAIRI

Workshop yang membongkarkan cara-cara memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan dari rumah- khas untuk mereka di tahap permulaan. Pelajari A-Z selok belok perniagaan Internet supaya anda juga boleh memulakan perniagaan Internet dari rumah!

Pelajari dari pakar perniagaan Internet Malaysia yang sebenar dan yang telah memperolehi pendapatan melebihi RM1juta melalui Internet ketika berumur 25 tahun!

BONUS PERCUMA #4:
AUDIO WANG & ANDA BERHARGA RM20

Untuk menjadi kaya, tidak semestinya berapa banyak pendapatan yang kita dapat. Tetapi, apa yang lebih penting adalah berapa yang kita boleh simpan dan laburkan.

Audio Wang & Anda bersama Irfan Khairi mendedahkan kepada anda asas kewangan dari segi minda dan juga aplikasi dalam menyiapkan diri menjadi seorang jutawan, tidak kira berapa pendapatan anda kini.



Rahsia Jutawan Internet 2.0 yang merangkumi 18 DVD dan 149 Blue Print Rahsia Internet + PEMBERIAN BONUS PERCUMA BERNILAI RM320

Dapatkan hari ini sebelum harga dinaikkan!

Hanya 50 6 box set tinggal!

Dapatkan hari ini pada harga RM890



Klik di sini untuk pembayaran
Kad Kredit secara online


Klik di sini untuk pembayaran
Bank-in / Mesin ATM / Online banking


*Tanya pada diri anda sendiri. Sekiranya nilai ilmu lebih 20 jam  yang disampaikan dalam 18 DVD dan 149 Blue Print Rahsia Internet ini dapat menjana pendapatan tambahan SETIAP BULAN kepada anda sebanyak RM500, RM1000, RM5000 atau lebih RM10,000, adakah ianya pelaburan yang berbaloi?

Sekiranya jawapan anda adalah YA, dapatkan JUTAWAN INTERNET 2.0 pada harga pelancaran RM890 + pemberian percuma bernilai RM160 pada hari ini oleh kerana  harga  pra pelancaran ini akan dinaikkan tidak lama lagi!

*Penghantaran pakej ini akan dilakukan dalam masa 7 hari bekerja selepas menerima tempahan anda.

Sebarang pertanyaan, sila email sales@rahsiainternet.com atau hubungi 03-77292277
(9.00am-5.00pm Isnin-Jumaat)

HakCipta terpelihara 2012-2013 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. Rahsia Jutawan Internet 2.0 Versi 1.0