|
Q
& A
Apakah
itu "Program Affiliate Mentor Jutawan"?
Program affiliate
Mentor jutawan membolehkan anda mempromosikan "Mentor Jutawan"
kepada orang ramai dan sekiranya terdapat jualan, anda akan menerima
komisyen sebanyak RM10 untuk setiap jualan.
Bagaimanakah
saya boleh promosikan "Mentor Jutawan"?
Kebiasaannya
anda promosikan Mentor Jutawan di laman web anda, atau di blog anda.
Anda juga boleh
mempromosikan melalui kaedah lain seperti email, forum, chatroom,
myspace, friendster dan sebagainya. Namun begitu, perlu diingat
bahawa anda perlu promosi secara beretika (tidak spam), kerana promosi
membuta akan mengakibatkan orang ramai tidak selesa dengan perbuatan
anda.
Apa
yang perlu saya lakukan untuk mendapat komisyen?
Apabila anda
mendaftar program affiliate Mentor Jutawan secara percuma, anda
akan menerima username & password akaun anda melalui email.
Login ke akaun anda, dan anda akan mendapat link, text link dan
juga banner link. Guna kan link ini di laman web, blog, email dan
lain lain untuk mempromosi Mentor Jutawan.
Sekiranya seseorang
klik pada link tersebut, dia akan dibawa ke laman web Mentor Jutawan.
Sekiranya dia melakukan belian, anda akan mendapat komisyen RM10.
Saya
tidak tahu menggunakan link/ text link/ banner link. Bagaimana?
Caranya mudah
sahaja. Di bahagian "Banner/Links" akaun anda,
anda boleh mendapatkannya. Anda hanya perlu copy & paste kod
HTML yang diberikan ke laman web atau blog anda sahaja.
Manakala, gunakan
link anda seperti: http://www.irfankhairi.com/mentor/[ID ANDA]
untuk email, forum, chatroom dan sebagainya. Sekali lagi, kami mengingatkan
untuk anda promosi dengan cara berhemah & beretika supaya tidak
menganggu keselesaan pengguna Internet lain.
Saya
tidak mempunyai laman web atau blog dan ingin promosi menggunakan
email kepada rakan-rakan saya. Apa yang perlu saya buat?
Anda boleh menulis
email kepada kenalan anda seperti ini (CONTOH):
=============================
Hi
Danny,
Hari
tu saya teringat awak cerita yang awak minat Dato Dr Fadzilah Kamsah.
Just nak bagi tau awak yang Irfan Khairi ada menemubual Dr Fadzilah
Kamsah dab di muatkan di dalam buku terbaru nya. Awak boleh lihat
di sini:
http://www.irfankhairi.com/mentor/[ID
ANDA]
Bukan
setakat Dr Fadzilah Kamsah sahaja, ada ramai lagi ikon-ikon jutawan.
Mungkin dapat manfaat awak.
-Tommy
=============================
Ini adalah contoh
email antara Tommy & Danny. Email terbaik adalah berbentuk
one-on-one seperti ini.
Penting:
Anda di larang menghantar SPAM. SPAM bermaksud menghantar
email membuta kepada senarai nama dan alamat email yang anda sedia
tidak kenal. Sekiranya anda melakukan spam, akaun anda akan
di gantung dan bayaran akan dihentikan. Ini kerana SPAM adalah
salah disisi undang-undang siber dan merupakan perbuatan yang tidak
beretika. Kami mengambil tindakan yang keras keatas spammers. Hanya
hantar email promosi kepada kenalan anda atau mereka di dalam mailing
list anda sahaja (sekiranya anda memiliki mailing list sendiri)
Sekiranya
seseorang klik pada link saya dan membuat belian Mentor Jutawan,
apa akan jadi?
Tahniah,
kami akan membayar anda RM10! Kami akan lakukan bayaran terus
ke bank akaun anda.
Bila
saya akan di bayar?
Bayaran di
lakukan pada 1hb dan 15hb setiap bulan apabila jumlah komisyen anda
adalah RM20 atau lebih (minimum RM20). Anda juga boleh tentukan
sama ada anda inginkan bayaran pada RM20, RM50, RM100 atau seterusnya.
Asalkan, minimum untuk kami lakukan bayaran adalah RM20.
Kami akan bayar
terus ke bank akaun anda. Oleh sila isikan maklumat bank anda di
ruang profil anda.
Bagaimanakah
cara terbaik untuk saya promosikan Mentor Jutawan untuk mendapat
pendapatan maksima?
Cara terbaik
dan terbukti adalah dengan anda membaca dahulu Mentor Jutawan. Anda
boleh dapatkannya di http://www.irfankhairi.com/mentor
Kemudian, anda
lakukan review atau ulasan atau testimonial ikhlas mengenai Mentor
Jutawan. Orang ramai akan mendapat manfaat dari maklumat yang anda
berikan dan mereka akan klik pada link anda. Oleh review/ulasan
dan testimonial anda adalah positif (kami harapkan!) :), pembaca
anda akan bersemangat untuk memiliki Mentor Jutawan.
Apakah
jaminan bahawa saya akan di bayar komisyen atas setiap jualan Mentor
Jutawan?
Program affiliate
Mentor Jutawan dikendalikan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd. Satu nama
yang sedia dikenali dengan kredibiliti & kualiti sejak 2005
dalam arena perniagaan Internet. Pihak kami mengalu-alukan ramai
orang seperti anda untuk mempromosikan Mentor Jutawan.
Apabila kami
membayar anda, lebih anda bersemangat untuk mempromosi Mentor Jutawan.
Bila anda lagi bersemangat, kami pula dapat menambahkan jualan Mentor
Jutawan. Jadi, ianya adalah win-win situation, di mana, kami semestinya
akan membayar komisyen untuk memastikan anda gembira, dan bila anda
gembira, jualan Mentor Jutawan pula bertambah :)
Apakah
maksudnya dengan 2-tier?
2-tier adalah
di mana, sekiranya seseorang klik pada link anda, dan turut serta
menyertai program affiliate Mentor Jutawan, dia juga akan boleh
mempromosikan Mentor Jutawan seperti anda.
Sebagai tambahan,
sekiranya seseorang itu mendapat jualan, anda juga akan turut mendapat
komisyen sebanyak RM2 atas setiap jualannya!
Apakah
syaratnya untuk saya menyertai program affiliate Mentor Jutawan?
Buat masa ini,
syaratnya adalah anda perlu mempunyai akaun bank tempatan (Malaysia)
untuk kami membuat bayaran kepada anda! Penyertaan menjadi affiliate
adalah percuma.
OK!
Saya sudah faham dengan program ini dan saya ingin sertai secara
percuma. Apa perlu saya lakukan?
Mudah sahaja.
Daftar
secara percuma di sini. Mulakan perniagaan affiliate anda
sekarang!
*Sekiranya
anda masih tidak faham dengan program affiliate, hantarkan soalan
anda kepada info@rahsiainternet.com*
|