Anda tercari-cari jawapan kepada
"Bagaimana hendak jadi kaya?"
Pelajari
Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan
8 Mentor Jutawan Malaysia!
Kini,
mentor usahawan Jutawan, Jurulatih
Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan
Berani Gagal dan Jutawan
Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN
SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam
bidang kewangan dengan cepat!
Ikuti
transkripsi penuh temubual Irfan Khairi
bersama ikon & mentor jutawan Malaysia...
Dari:
Irfan Khairi
Lokasi: Kuala Lumpur
Memang
tidak dapat dinafikan lagi, kelapan-lapan jutawan ini tahu segala
rahsia, tip, strategi, teknik dan minda bagaimana hendak menjana
berjuta ringgit!
Apakah harga satu
ilmu yang boleh diperturunkan oleh satu jutawan kepada anda untuk
kejayaan anda?
Berapa banyak
wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan
mentor jutawan ini?
- Dato
Dr Fadzilah Kamsah,
mentor kepada mentor!
- Azizi Ali,
Jurulatih jutawan
- Chef Li
(Dato' Dr Rusly),
Jutawan Senyap
- Dato
Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
- Billi Lim,
Jutawan
Berani Gagal
- Dato
Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
- Abang Abu,
Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
- Irfan Khairi,
Jutawan Internet
Bayangkan anda
boleh duduk bersemuka dengan kesemua ikon jutawan ini dan mereka
mendedahkan mutiara-mutiara ilmu satu demi satu kepada anda!
Bayangkan setiap
jutawan ini membantu anda meledakkan pendapatan anda- hanya satu
kunci yang disampaikan boleh melipatkali gandakan pendapatan anda.
Tetapi, di sini, anda akan memperolehi seratus satu kunci kejayaan!
Apa
yang dapat saya katakan, WOW!!!! really amazing… memang hebat!
Saya seorang hamba Allah yang paling susah untuk membaca buku-buku
ilmiah. Melainkan betul-betul ada ransangan lain yang membuat
saya nak baca, seperti buku-buku Irfan Khairi dan Dr. Fadzilah
Kamsah. Tetapi ebook ni memang buat saya teruja sangat-sangat…
First
time baca buku siap ada buku catatan dan pen yang langsung
tak lepas tangan…ikut hati nak catat setiap word. Sebab setiap
perkataan memberi makna yang sangat-sangat hebat. Rugi sangat-sangat
pada mereka yang tak beli. Bukan senang nak dapat pendapat
dan pandangan peribadi daripada mereka yang dah sangat berjaya.
Kepada IK, krew & 7 lagi jutawan hebat, saya seikhlas hati
ucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih…seronok baca cerita
dan pengalaman anda…terima kasih sangat-sangat. Assalamualikum.
Siti
Rahmah Hj Mustafa
Dungun Terngganu
|
Setiap ikon jutawan
yang berkongsikan ilmu di dalam ebook ini telah terbukti kejayaan
mereka di mata masyarakat. Strategi-strategi yang mereka gunakan
adalah strategi jutawan-jutawan seluruh dunia, bermula daripada
zero, sehingga menjadi hero.
Dalam Mentor Jutawan,
saya menemubual 7 ikon jutawan selama 30-90 minit di rancangan radio
saya "Jutawan! bersama Irfan Khairi" di Radio24. Setiap
soalan ditanya secara direct untuk mengetahui rahsia-rahsia
kejayaan mereka tanpa berselindung. Oleh kerana temubual dilakukan
secara langsung, ia bagaikan memaksa setiap jutawan mendedahkan
rahsia mereka secara telus!
Ebook
Mentor Jutawan di WW saluran Astro Awani
Irfan
Khairi & Dangsuria membincangkan tentang Mentor Jutawan di Astro
Awani
Mentor
Jutawan Versi Ebook
Irfan
Khairi Menjelaskan 7 Perbezaan Minda Kaya & Minda Miskin di
Astro Awani
Sekiranya anda
mengikuti perkembangan blog saya di IrfanKhairi.com,
anda akan tahu bahawa saya mengambil masa yang lama dalam mendekatkan
diri dengan orang ramai sejak tahun 2006 lagi. Tujuan adalah untuk
memahami apakah masalah & soalan yang sering ingin ditanya kepada
para jutawan. Soalan yang saya tanya kepada mentor jutawan direka
khas untuk menjawab soalan-soalan yang berlegar-legar di kepala
anda.
Ada juga soalan
yang membuatkan mentor jutawan itu sendiri terkejut oleh kerana
tidak pernah ditanya oleh sesiapa sebelum ini! Semuanya untuk saya
pastikan dapat segala kunci dan strategi mereka untuk menjadi kaya
didedahkan on the spot.
Setelah
saya membaca Ebook ni, saya merasakan Ebook ini adalah wajib
bagi anda yang mahu berjaya dan menjadi Jutawan kerana ingatlah
resepi untuk berjaya menjadi jutawan adalah berguru dengan
jutawan itu sendiri, jadi dapatkan Ebook ini yang sarat dengan
info, tips dan strategi secara terus daripada bukan 1 tapi
8 mentor jutawan dalam ebook ini. Ebook ini ibarat gedung
ilmu jutawan-jutawan Malaysia yang tidak ternilai harganya
dan boleh dijadikan panduan buat kita pada setiap masa.
Saya
merasakan Irfan telah meletakkan harga yang terlalu murah
jika dibandingkan dengan ilmu yang ada dalam ebook ini, mungkin
di sebabkan Irfan sememangnya hendak berkongsi dengan anda
semua. Jadi pintu ke arah kejayaan sudah berada di depan anda,
cuma anda yang tentukan sama ada untuk membuka atau tidak
pintu tersebut. Terima kasih kepada Irfan Khairi kerana menghasilkan
ebook ini.
Hapiz
Rajali
http://www.hapizrajali.com
|
Setiap kali berdepan
dengan mentor jutawan, saya meletakkan diri saya dalam keadaan anda.
Apa yang anda ingin tahu daripada jutawan-jutawan ini? Ini untuk
memastikan anda dapat segala jawapan yang diperlukan dalam jangkamasa
yang telah di tetapkan program.
Ramai yang telah
bermanfaat daripada ebook ini dan sering ianya mendapat pujian daripada
pembaca!
Pada
mulanya saya teragak-agak untuk membeli buku Mentor Jutawan.
Saya fikir, mungkin isi kandungannya tidak jauh berbeza daripada
buku-buku lain yang pernah saya baca. Tetapi sebaik sahaja
membaca buku ini, persepsi saya mula berubah.
Buku
ini memang berbeza. Mungkin kerana di sebabkan ia adalah transkripsi
interview, saya dapat rasakan seolah-olah buku ini “hidup”.
Sebagai contoh, sewaktu membaca Bicarawara Dato’ Dr Fadzilah
Kamsah. Terngiang-ngiang suara Dato’ sehinggakan beberapa
kali saya ketawa sendirian.(Nasib baik orang tak nampak! Kalau
tidak, mungkin saya di cap gila sebab ketawa sorang-sorang).
Selain
itu, ada banyak (sebenarnya terlalu banyak) mutiara kata,
azimat dan highlights daripada mereka, yang perlu kita
ambil iktibar dan boleh diaplikasikan dalam perniagaan. Adakalanya
saya rasa benda yang disebutkan itu macam perkara biasa sahaja.
Tapi, rupa-rupanya...perkara itulah yang kita tidak boleh
terlepas pandang jika mahu berjaya dalam perniagaan.
Apa
yang boleh saya simpulkan, pelaburan untuk buku ini memang
berbaloi. Harganya sangat murah jika hendak dibandingkan dengan
nilai yang akan diperolehi selepas membaca buku ini. Percayalah,
anda tidak akan rugi kerana memilikinya. Tetapi anda mungkin
akan rugi, jika anda tidak memilikinya. Ikhlas,
Amalia
Ruslan
http://www.MajlisImpian.com
|
Anda akan pelajari
101 kunci, strategi dan prinsip mentor jutawan daripada mentor jutawan
popular Malaysia termasuk...
Mentor
Jutawan #1:
Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah
Pakar
motivasi #1 Malaysia, Dato' Dr Fadzilah Kamsah tidak lagi perlu diperkenalkan.
Telah mengendalikan lebih daripada 7000 ceramah motivasi. Dalam Mentor
Jutawan, beliau mendedahkan strategi-strategi bagaimana anda boleh
menjadi seorang usahawan yang cemerlang. Dato' Dr Fadzilah Kamsah
memberi petua-petua hebat berteraskan contoh moden dan contoh Islamiah
tentang minda seorang Jutawan.
Dato' Dr Fadzilah
Kamsah mendedahkan:
- kisahnya yang
tidak mendapat sokongan bapa apabila ingin memulakan perniagaan!
- rahsia kejayaan
beliau dalam bidang motivasi!
- walaupun 9/10
rezeki datangnya dalam perniagaan, tetapi apakah penyebab 9/10
perniagaan gagal!
- rahsia dalam
menggandakan ilmu di dalam diri sendiri
- cara menjadikan
stress suatu yang positif!
... dan banyak
lagi!
"Seseorang
yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan
mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang"
- Dato Dr Fadzilah Kamsah
Mentor Jutawan #2:
Azizi Ali
Jurulatih Jutawan
Pakar
kewangan #1 Malaysia, Azizi Ali mendedahkan apa yang diperlukan
untuk menjadi jutawan. Jurulatih jutawan telah melahirkan ramai
jutawan melalui buku-buku dan juga seminarnya. Penulis buku terlaris
termasuk, Jutawan dari planet Jupiter dan Lahirnya seorang Jutawan.
Azizi Ali mendedahkan apa yang diperlukan untuk menjadi seorang
jutawan ekstrem!
Antara topik yang
di dedahkan:
- apa satu perkara
yang dilakukannya setelah perniagaan pertamanya gagal yang menjaminkan
kejayaan perniagaan seterusnya?
- bagaimana untuk
memastikan lagi banyak wang kita dapat, tidak menjadi lagi banyak
wang dibelanja?
- 5 kunci menjadi
jutawan ekstrem
- faktor No #1
penting sebelum memulakan perniagaan!
- bagaimana menggandakan
pendapatan anda cara jutawan-jutawan lakukan!
... dan banyak lagi!
"Lalu
terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya
baca, maka saya bertambah kaya"
- Azizi Ali
Mentor Jutawan #3:
Dato' Dr Rusly B Abdullah (Chef Li)
Jutawan Senyap
Penulis
buku trilogi terkenal, "Jutawan Senyap", Chef Li mendedahkan
rahsia untuk menjadi jutawan bidang masakan (food & beverage).
Pengasas Institut Kulinari Anjung Seri, Chef Li bukan sahaja pakar
dalam bidang masakan, tetapi, beliau telah melahirkan ramai usahawan-usahawan
bidang masakan.
Antara topik yang
di dedahkan:
- apa yang membuat
Chef Li memulakan perniagaan gerai dan berhenti kerja sebagai
pegawai bank bergaji besar?
- tentunya langkah
beliau dikritik oleh keluarga dan kenalan- apa yang dilakukannya?
- masakan yang
sedap tidak menjaminkan perniagaan makanan anda berjaya! Ketahui
prinsip 3C
- perniagaan
makanan margin untung lebih 100%!
- apakah maksudnya
formula kejayaan Chef Li TNS x L?
- teknik di mana
walaupun perniagaan kecil- cara ini menjaminkan anda untuk menjadi
jutawan!
... dan banyak lagi!
"Jadi
apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat
yang positif"
-Chef Li
Mentor
Jutawan #4:
Dato' Dr Azman Ching
Jutawan MLM
Jutawan
MLM terkemuka, Dato' Dr Azman Ching mendedahkan kisah perit jerihnya,
bagaimana daripada zero, menjadi seorang hero. Pakar
motivasi dan juga usahawan yang disegani, Dato Dr Azman Ching mendedahkan
rahsianya bagaimana beliau menjadi jutawan MLM dengan lebih 250,000
orang downline!
Antara topik yang
didedahkan:
- pentingnya
komunikasi dalam perniagaan dan bagaimana sekiranya anda yang
pemalu juga boleh hebat dalam komunikasi!
- rahsia menjadi
hebat dalam MLM
- Teknik "Doktor
dalam peperangan" yang pasti akan melipatkali gandakan prospek
anda!
- strategi A-B-C
dalam mendapatkan downline pada bila-bila masa sahaja,
tidak kira keadaan kewangan anda!
- formula kekayaan
Azman Ching = K-A-S-H
... dan banyak lagi!
"Apa
yang paling penting adalah setelah kita miliki segala-galanya, maka
satu lagi yang kita beri adalah kepada masyarakat"
-Dato' Dr Azman Ching
Mentor
Jutawan #5:
Billi
Lim
Jutawan berani gagal
Jutawan
yang berani gagal, World's No #1 Failure Guru, Billi Lim. Sejak
kecil, dalam hubungan kekeluargaan, beliau gagal. Dalam pendidikan,
beliau gagal. Dalam cinta, beliau gagal. Dalam perniagaan beliau
gagal. Sehingga Billi jumpa formula berani gagal! Kini Billi Lim
merupakan penulis dan speaker yang terkenal dengan gayanya tersendiri
memberi fokus bahawa kegagalan adalah batu loncatan untuk berjaya.
Antara
topik yang didedahkan:
- kisahnya
yang gagal dalam segala-galanya!
- bagaimana
ubahkan kegagalan menjadi kejayaan
- menjadi gembira
tidak memerlukan syarat- rahsia berfikiran positif!
- cara menghilangkan
perasaan takut pada rejection dan bagaimana mengurangkan
rejection!
- apakah yang
dimaksudkan dengan X-Factor di mana semua jutawan perlu ada?
... dan banyak lagi!
"Sekarang,
jika kita tidak ambil risiko dan berani, kita tidak boleh jadi kaya.
Tidak boleh menjadi jutawan kerana peluang adalah lebih banyak daripada
dulu"
-
Billi Lim
Mentor
Jutawan #6:
Dato' Hussamuddin Yaacob
Pengasas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Karangkraf
kini merupakan pengeluar majalah terbesar di Malaysia. Juga, merupakan
syarikat percetakan terbesar di Malaysia. Apakah rahsia Dato' Hussamuddin
yang lahirnya dalam keluarga yang memiliki sebuah kedai majalah
(teramat kecil), dan kini memiliki syarikat penerbitan terbesar
di Malaysia?
Antara
topik yang didedahkan:
- kisah Dato'
Hussamuddin
- daripada
kedai majalah kecil, menjadi penerbit terbesar di Malaysia!
- rahsia memupuk
persekitaran kerja yang hebat
- kesilapan
utama yang kritikal ramai usahawan-usahawan lakukan!
- rahsia perniagaan,
walaupun sekiranya tiada permintaan!
- mindset
jutawan
... dan banyak lagi!
"Saya
fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya.
Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan"
- Dato' Hussamuddin
Mentor
Jutawan #7:
Abang
Abu
Usahawan Jutawan
Abang
Abu adalah motivator kewangan terkenal di Singapura! Seorang usahawan,
motivator dan juga ikon TV Singapura, Abang Abu mendedahkan rahsianya
menjadi jutawan pada umur 26 tahun. Bagaimana seorang insan ini
yang melalui satu kemalangan yang ngeri yang telah meragut nyawa
kedua ibu bapanya dan hampir mengambil nyawanya juga, telah bangun
dan menentang arus dan menjadi seorang jutawan?
Kisah
inspirasi yang pasti akan menyuntik semangat anda serta strategi
kewangan yang didedahkan di seminar terlarisnya di Singapura!
Antara
topik yang didedahkan:
- bagaimana
Abang Abu bangun daripada tragedi kemalangan yang meragut nyawa
kedua ibu bapanya sehingga menjadi seorang jutawan pada umur
26 tahun?
- kata Abang
Abu, semua orang yang ingin berjaya memerlukan PHD!
- mencapai
matlamat semudah A-B-C-D
- 6 Peringkat
penting bebas kewangan
- Cara INVEST
dalam perniagaan
- mengapa memilih
rumah kedai sebagai pelaburan dan bukan rumah?
- 8 Langkah
untuk jadi kaya... raya
...
dan banyak lagi!
"Kenapa
orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut
dengan minda"
- Abang Abu
Mentor
Jutawan #8:
Irfan
Khairi
Jutawan Internet
Peneraju
program "Jutawan", Irfan Khairi mendedahkan rahsia kejayaannya.
Apa yang dilakukan oleh pemuda ini untuk menjadi jutawan? Bagaimana
beliau perlu bekerja sebagai seorang tukang cuci pasaraya dan tandas
selama 2 tahun untuk mengumpul wang membeli buku motivasi dan ceramah
motivasi? Namun, kesemuanya telah memberi pulangan beribu kali ganda.
Ketahui tips dan strategi Irfan Khairi, jutawan Internet kita!
Antara
topik yang didedahkan:
- apa yang
memotivasikan Irfan Khairi ingin jadi jutawan ketika berumur
18 tahun?
- untuk mencapai
matlamat, Irfan Khairi terpaksa bekerja sebagai tukang cuci
tandas selama dua tahun. Mengapa?
- satu-satunya
formula untuk berjaya yang di akui oleh kesemua ikon jutawan
- 2 kaedah
promosi perniagaan Internet Irfan Khairi yang mengubahkan keadaan
dari 3 pelanggan setahun kepada 3 pelanggan setiap hari!
- strategi
membaca 100 buah buku dengan hanya meluangkan 1 jam sehari!
... dan banyak lagi!
"Apa
yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau
sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan
yang kita lakukan hari ini"
-Irfan
Khairi
Mentor Jutawan
memuatkan kisah suka & duka, kisah kegagalan, kisah inspirasi,
tip-tip untuk meniti kejayaan, strategi perniagaan & kewangan
dan banyak lagi dalam membantu anda mencapai kecemerlangan dalam
bidang kewangan.
Sekiranya
anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical
School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu
belajar di Business School.
Tetapi,
sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor
Jutawan!
Keratan
Mentor Jutawan di Utusan Malaysia
Dalami minda jutawan
supaya anda juga dapat mengaplikasikan minda yang sama.
- Apa yang membezakan
jutawan dan mereka yang berpendapatan sederhana?
- Bagaimana kesemua
ikon jutawan ini pernah menemui keagalan atau bermula dari ZERO
kini menjadi HERO?
- Bagaimanakah
mindset seorang jutawan Malaysia?
- Apakah persamaan
yang ketara antara kesemua mentor jutawan ini di mana anda juga
boleh amalkan?
- Apakah strategi
untuk memastikan apa sahaja perniagaan anda akan mencapai kecemerlangan?
- Bagaimana hendak
bangun setelah gagal, gagal, gagal, gagal, dan gagal lagi?
- Apa yang memberi
inspirasi kepada jutawan-jutawan ini?
- Apakah yang
dilakukan oleh jutawan-jutawan ini yang anda tidak lakukan?
- Mengapa antara
kita ada yang bekerja bertungkus lumus, tetapi masih tidak menjadi
jutawan?
Semuanya
dan banyak lagi telah terjawab dalam ebook "Mentor Jutawan"
bersama Irfan Khairi.
Berapakah harga
ebook mentor jutawan?
Ianya dikatakan
perjalanan beribu batu bermula dengan hanya satu langkah. Begitu
juga perjalanan mencapai RM1 juta, bermula dengan satu pelaburan
kecil. Segala kisah, tips dan strategi 8 mentor jutawan di atas
adalah milik anda untuk diimplementasikan pada harga RM40.00
sahaja.
Jika dibandingkan,
pelaburan kecil RM40.00 ini, adalah teramat kecil dengan
ilmu-ilmu yang didedahkan oleh mentor-mentor jutawan ini yang dengan
mudahnya adalah beribu kali ganda nilainya.
Mentor Jutawan
sememangnya harus dimiliki dan dibaca oleh sesiapa sahaja
yang mempunyai hasrat untuk menjadi jutawan pada suatu hari
nanti ataupun sekurang-kurangnya untuk berada di tahap bebas
kewangan. Pengalaman 8 jutawan yang terpaksa melalui pelbagai
kesusahan dan kegagalan yang berbeza sebelum berjaya dan bergelar
jutawan harus dijadikan panduan supaya kita tidak mengulangi
kesilapan mereka.
Pelbagai
tips, rahsia, pengalaman, panduan dan ilmu yang dicurahkan
oleh 8 jutawan adalah tidak ternilai harganya dan saya pasti
harga ebook ini tidak sepatutnya dijual dengan harga RM40.00.
Tanamkan tekad dan kuatkan semangat, Insyallah kita juga boleh
mencapai cita-cita untuk berjaya seperti mereka suatu hari
nanti.
Azmi
www.wavecommunications.com.my
|
Sekiranya bagi
anda, pelaburan ini adalah terlalu tinggi, ingin saya petik dari
temubual saya sendiri dalam Mentor Jutawan apabila ditanya oleh
Nizal Mohammad tentang pelaburan saya dalam menuntut ilmu kejayaan:
"... Sebelum memasuki
kelas ataupun kuliah, saya akan bekerja sebagai tukang cuci pasaraya
dan tandas untuk mendapatkan wang tambahan setiap pagi. Saya lakukan
ini selama dua tahun. Dengan wang tambahan tersebut saya akan ke
kedai buku pada hujung minggu untuk membeli buku-buku kejayaan untuk
melengkapkan lagi diri saya tentang ilmu-ilmu kejayaan."~Irfan
Khairi
Apa pula kata
mentor-mentor Jutawan mengenai program bicarawara "Jutawan
bersama Irfan Khairi":
"Program ini
sepatutnya sudah ada lama di mana kita berkongsi ilmu, tip, strategi,
pengetahuan tentang bagaimana kita menguruskan kewangan dan untuk
bagi mereka yang ingin tahu bagaimana hendak menjadi seoarang jutawan!"~Azizi
Ali, Jurulatih Jutawan
"Ini adalah
program yang bagus, baik dan FANTASTIC! Bukan hanya kita
dapat mengundang jutawan-jutawan menyampaikan pengalaman mereka,
ini juga adalah cara yang paling baik mendekatkan usahawan-usahawan
muda kita yang ingin memiliki cara-cara dan teknik-teknik untuk
lebih berjaya! Program ini akan benar-benar membantu mereka sepenuhnya!"
~Dato' Dr Azman Chin, Jutawan MLM
PERCUMA:
- Kupon
diskaun RM70 untuk Workshop Jutawan Internet kelolaan
Irfan Khairi.
- Koleksi
3 ebook kekayaan klasik Think and Grow Rich
oleh Napolean Hill (buku best seller yang disebutkan beberapa
kali oleh mentor-mentor jutawan!), The Science of
Getting Rich oleh Wallace Wattles dan As a
Man Tinketh oleh James Allen.
|
Seperti
yang anda lihat dari komen-komen pembaca, ramai tidak setuju dengan
betapa murahnya harga ebook Mentor Jutawan. Harga yang lebih tinggi
patut dikenakan.
Buat
masa ini, harga ebook ini adalah RM40.00. Sebagai usahawan, it
make sense untuk saya tambahkan harga untuk memaksimakan keuntungan
perniagaan saya. Krew-krew di Irfan Khairi Sdn Bhd juga mendesak
saya setiap hari untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dan berpatutan-
lagi tinggi keuntungan syarikat, lagi tinggi bonus mereka :)! Mana
tahu, saya akan tambahkan harga tidak lama lagi..
Oleh
itu, untuk memastikan anda mendapat segala ilmu mentor-mentor jutawan
ini pada harga yang terendah, sebelum timbulnya keputusan untuk
naikkan harga (maklumlah, harga minyak pun dah naik!) pastikan anda
dapatkan mentor jutawan hari ini juga!
Pelaburan
anda hari ini untuk ilmu kekayaan & kejayaan yang tidak ternilainya
dari 8 Mentor Jutawan adalah hanya RM40.00 untuk hari ini.
*Nota: Mentor Jutawan adalah ebook
(format digital) dan akan dihantar kepada anda melalui email dalam
masa 24jam selepas membuat bayaran. Anda hanya 24jam sahaja daripada
mengetahui permata-permata ilmu 8 Mentor Jutawan ini.
ps: On
a serious note, sebenarnya antara sebab kami meletakkan pada
harga yang rendah adalah kerana percaya ilmu yang terkandung dalam
ebook ini sebaiknya mencapai jumlah pembaca yang paling ramai. Antara
misi kami juga adalah untuk jadikan ebook "Mentor Jutawan"
ebook paling laris di Internet di pasaran Malaysia.
Kami berpendapat,
pada harga yang rendah, ia memudahkan anda untuk membelinya dan
kami yakin anda akan setuju dengan isi kandungan ebook ini yang
nilainya tidak terhingga dan tidak terkira dengan wang ringgit.
Kami berharap anda pula akan mengesyorkan ebook ini kepada kenalan-kenalan
anda yang akan mendapatkannya pada harga yang rendah. Maka, misi
kami untuk mencapai lebih ramai pembaca akan tercapai :)
pps: Infact,
sekiranya anda syorkan ebook ini kepada kenalan anda, bukan sekadar
anda dan kenalan anda mendapat ilmu yang tidak terhingga, kami akan
beri anda wang Ringgit Malaysia lagi tu! Dapatkan ebook "Mentor
Jutawan" dan anda juga boleh menjana pendapatan sampingan
di Internet hari ini!
ppps: Sekiranya
anda masih tidak dapat membuat keputusan untuk membeli, apa kata
anda baca testimonial yang kami terima
dalam masa 24jam selepas pelancaran Mentor Jutawan.
Sebarang
pertanyaan, sila email sales@rahsiainternet.com atau hubungi 03-77292277
(9.00am-5.00pm
Isnin-Jumaat)
Isi
kandungan ebook ini adalah transkripsi temubual Irfan Khairi bersama
ikon-ikon jutawan melalui program Radio 24, Jutawan bersama Irfan
Khairi. Hakmilik isi kandungan adalah milik Irfan Khairi Sdn Bhd
dan Radio24.
HakCipta
terpelihara © 2008 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn
Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di
cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran
pemilik.
|