Laman Utama | Apa Itu Simpan Challenge? | Sertai Simpan Challenge | Ikon Simpan Challenge


Apa itu Simpan Challenge?

Simpan Challenge adalah satu kempen menggalakkan budaya menyimpan dikalangan masyarakat Malaysia dengan menggunakan tip dan strategi menyimpan yang mudah dan praktikal.

Misi Simpan Challenge adalah untuk memberi tip dan strategi menyimpan kepada anda setiap hari supaya anda boleh menyimpan RM1,000 dalam masa 30 hari!

Apa yang saya akan dapat apabila saya menyertai Simpan Challenge?

Anda akan menerima tip, strategi dan juga pedoman hati setiap hari selama 30 hari melalui email. Tip dan strategi kewangan yang diberikan adalah mudah dan praktikal untuk membolehkan anda mencapai misi Simpan Challenge iaitu menyimpan sebanyak RM1,000 dalam masa 30 hari. Pedoman hati juga berbentuk nasihat dan motivasi diri untuk memperkukuhkan rohani kita dalam menyimpan & menjana pendapatan.

Tip, strategi dan juga pedoman hati di hasilkan oleh ikon-ikon seperti Irfan Khairi, Abang Abu, Dato Dr Fadzilah Kamsah, Dato Ustazah Norbahyah, Prof Izzi, Ustaz Zahzan, Dr Tuah dan ramai lagi ikon Telaga Biru Sdn Bhd.

Sekiranya gaji saya adalah RM800 sebulan. bagaimana saya hendak menyimpan RM1,000 sebulan? Mustahil!

Tiada apa yang mustahil di sini. Anda bukan sahaja akan menerima tip menyimpan, tetapi juga menjana pendapatan tambahan daripada ikon Irfan Khairi & Abang Abu pada setiap hari.

Adakah apa-apa bayaran untuk menyertai Simpan Challenge?

Ya. Bayaran untuk menyertai Simpan Challenge adalah hanya pada RM10 sahaja. Yuran kecil ini adalah untuk kos pengurusan Simpan Challenge. Ia juga adalah bertujuan untuk memastikan mereka yang menyertai Simpan Challenge adalah dikalangan mereka yang benar-benar komited untuk membuka email yang diterima setiap hari.

Simpan Challenge akan menjadi tidak efektif sekiranya tiada komitmen pada pihak peserta. Sekiranya Simpan Challenge adalah percuma, pastinya, ramai yang tidak akan membuka email dan melakukan tip dan strategi yang disarankan setiap hari. Anggap bayaran kecil RM10 ini sebagai komitmen anda untuk mengikuti cabaran ini dalam masa 30 hari.

Namun begitu, janji kami kepada anda, sekiranya dalam masa 30 hari, anda tidak dapan menyimpan walaupun RM10 dengan mengikuti tip-tip yang diberikan, kami akan memulangkan wang pendaftaran anda sebanyak RM10 tanpa sebarang soalan. Janji ini adalah untuk memastikan anda mendapat manfaat lebih daripada yuran pendaftaran yang dikenakan.

Boleh kah saya sertai walaupun terlepas tarikh 1hb November?

Boleh! Tiada masalah. Ini kerana pendaftaran Simpan Challenge di buka dari 1hb November sehingga 30hb November. Sekiranya anda daftar pada 15hb November, anda masih lagi akan menerima 30 tips setiap hari melalui email sehingga 15hb Disember.

Tidak kira bila, anda boleh sertai Simpan Challenge sepanjang bulan November!

OK! Saya ingin menyertai Simpan Challenge. Apa yang perlu saya lakukan?

Tahniah kerana mengambil keputusan dalam mencabar diri anda didalam Simpan Challenge. Untuk menyertai, klik di sini!


HakCipta terpelihara © 2009 Irfan Khairi Sdn Bhd (Malaysia) & Now Asia PLC (Singapore). Segala yang terkandung
di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik.