Voices of Gaza (Voices in You) Razzi.muz.ik

Fikirkan perniagaan 24jam sehari pun tak boleh juga 🙂 Ada kalanya kita perlu berhenti sebentar dan fikirkan juga mereka-mereka yang dalam kesusahan. Seperti mereka yang tertindas dan tertekan di Gaza.

So, hari ni, apa kata kita hayati Voices of Gaza oleh Razzi.muz.ik (lagu terbaru), ciptaan lagu & lirik oleh saya sendiri…

Lagu: Voices of Gaza (Voices in You)
Oleh: Razzi.muz.ik
Vokal: Razzi Rahman (power! :))
Ciptaan & lirik: IK

Minta anda tinggalkan juga komen di YouTube serta beri rating 5 bintang kepada klip Voices of Gaza sebagai tanda sokongan 🙂

ps: First time saya cipta lagu pula kali ini… jangan makan hati M Nasir…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

20 thoughts on “Voices of Gaza (Voices in You) Razzi.muz.ik

  1. Salam..

    Kadang-kadang kita mesti mengambil tahu kesusahan saudara seagama yang berjuang sehingga ada yang tergadai nyawa mereka.

    Paling sedikit pun doakan kesejahteraan mereka.

    Syabas IK dengan lagu Voices of Gaza

  2. Tahniah Razzi Muz IK…satu usaha yang baik. Setidak-tidaknya bawa kita semua berfikir sejenak betapa deritanya penduduk di Gaza.

    Ambil iktibar dan buat apa yang perlu atau mampu untuk membantu mereka.

    Tidak kira dari segi bantuan kewangan, doa ataupun memBOIKOT sumber-sumber sahih yang membantu dalam pemusnahan GAZA!

  3. Pingback: Untuk Gaza: Voices Of Gaza(Voices In You) | Active Blogger
  4. Hebat IK dan Razzi…Boleh jadi komp. jutawan.

    Moga saudara kita di Gaza lebih tabah dan bersemangat untuk terus berjuang membela tanahair dan agama…Amin.

  5. Huh…berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sama2lah kita mendoakan kesejahteraan mereka. Amin.

    p.s: ok, dah kasi “excellent”.

  6. Assalamualaikum!

    Mendengar kepada lagu tu seolah-olah memetik loceng untuk saya terus dan lebih bersyukur atas apa yang saya ada.(Walau hakikatnya saya ni tiada sangat apa-apa dan bukan siapa-siapa.) Namun saya tahu dan pasti situasi saya lebih baik dari apa yang tergambar dalam klip tu. Alhamdulillah saya panjatkan pada yang Maha Kuasa.

    Kita rakyat Malaysia hidup dalam nikmat kesejahteraan dari Allah disamping nikmat lainnya yang pastinya tak terhitung dek kita. Namun, ramai antara kita selalu hanya memikikan bagaimana untuk senang atau lebih senang, kaya atau lebih kaya.(Saya tak ‘against’-kerana saya pun dalam golongan ni jugak)

    Untuk di Gaza, mereka fikir BAGAIMANA NAK TERUS BERNYAWA. Cuba dibayangkan hidup mereka cuma berlatarbelakangkan debu, darah, derita, sengsara dan airmata yang tah apakan ada kesudahan. Paling sedih nyawa insan pada si Yahudi bagaikan tiada nilai. Mereka berlagak TUHAN. (Untuk saya, Allah yang menghidupkan dan hanya dia yang berhak mematikan).

    Kita mungkin tanya kenapa pulak Yahudi bebas berperlakuan seperti itu? Ini kerana ada izin dari Allah. Hikmahnya – Ini dapat menjadi seruan untuk dunia melihat kekejaman Yahudi disamping meraih umat Islam untuk bersatu. Saya yakin hanya dengan perpaduan dan kesatuan yang teguh dan dari seluruh umat Islam (terutama nagara-negara Arab yang besar-besar tu)bersama rasa dan dasar cinta agama dan saudara seislam baru penderitaan itu dapat ditamatkan.

    Oh ya! bagus jugak lirik dari IK tu dan suara Razzi memang masih rock lagi!

    Wassalam.

  7. Wah IK ada lagu terbaru lagi ye… bagus ni..Fikirkan perniagaan 24jam sehari pun tak boleh juga Ada kalanya kita perlu berhenti sebentar dan fikirkan juga mereka-mereka yang dalam kesusahan. Betul apa yang IK katakan nie.

    Rasa tersentuh hati bila melihat mereka tertindas.

  8. Salam IK..

    Klu dapat izin lagu ni nak diputar selalu di stasen radio kami..

    Bagus lirik dan melodinya mampu melembutkan jiwa yang kering dalam melihat kesengsaraan orang lain.

    Teruskan usaha mendidik sambil berhibur.. berniaga!..

  9. sye da dgr lgu that.. sayuppp je jiwe..huhu..
    penah jgk suatu petang sebelum main bola tertengok tv dokumentari psl palestin, terkeluar jgk air mate sye akhirnye.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published.