Ramai menghadapi masalah tak fokus. Bererti, pada satu masa, macam-macam nak dibuatkan, sampai satu pun tak jalan. Masalah besar juga.
Ada laporan mengatakan manusia mempunyai 50,000 – 60,000 fikiran / thoughts perday. Oleh kerana terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala kita, tu yang terjadinya terlalu banyak perkara kita hendak lakukan, kerana apa yang kita fikir, adalah apa yang kita akan buat. Dan bila terlalu banyak difikiran, maka, kita hilang fokus.
So nak buat macam mana?
Permudahkan hidup kita. Simplify your life. Gunakan kertas dan pen untuk menulis apa yang anda perlu lakukan hari ini. Aksi menulis apa yang kita hendak lakukan bagaikan mengeluarkan buah fikiran kita ke kertas- suatu yang berbentuk nyata, dan boleh dipegang.
Fokuskan kepada apa yang anda tulis sahaja. Pada kertas tersebut, sebolehnya hanya mengandungi 3 kerja besar yang perlu anda lakukan hari ini. 3 kerja sederhana dan 3 kerja kecil untuk hari ini.
Rancangkan dan jadualkan hari anda. Kerana 10 minit merancang hari akan menjimat berjam-jam hari anda oleh kerana anda melakukan perancangan untuk lebih fokus.
Anda mempunyai masalah susah nak fokus?
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Terima kasih IK. 😉
Kesan daripada perkongsian di dalam blog ini dan juga buku IK, saya telah mula mengorak langkah menulis apa yang ingin saya lakukan pada sesuatu hari.
T/kasih sekali lagi. 🙂
Saya menulis apa yang saya perlu laksanakan esok..ternyata sangat berkesan untuk mengurus masa..saya tidak pernah terlupa melakukan sesuatu seperti yang dirancang..menulis apa yang akan dilakukan esok sangat penting..
Walaupun zaman sekarang semua boleh simpan dalam H/P, saya masih suka bawa buku notepad dalam poket baju untuk sebarai perkara perlu buat….mudah nak conteng2…buat planning
Ya, banyak fikir dari buat, tangguh, tak buat-buat hanya ada di fikiran.
Terima kasih atas panduan ringkas ini.
Hmm… saya suka topik ni.. teringat produk simplisiti… hehehhe
Kadang-kadang komitmen pada satu-satu task terpaksa ditunda sebab nak kena fokus kat task terkini. Dalam pada masa yang sama dapat lagi task lagi.
Hal ini sedikit sebanyak melambatkan kerja sedia ada yang memaksa fikiran untuk mencuba fokus pada task terbaru. Bila fikir 3-4 benda nak dibuat dalam hari y sama, dari benda simple semuanya jadi slow.
Apa pandangan IK, perlukah saya fokus lebih kepada task lama sehingga selesai dan menunda task (tugasan) yang baru ini.
Saya kerja buat coding-coding program web..
Banyak kena buat formula dan baca coding beribu riban.. 🙂
Perkara ini sering kali dipandang ringan, macam otak berkomputer!Tetapi hasilnya…masyallah. Ya lah mari kita mulakan sekarang, jangan tangguh2.
Nak masak for future pun kena….jadi kita boleh selamatkan makanan daripada rosak atau basi dalam peti sejuk. Atau boleh berjimat di pasar.
Betul juga yang dituliskan dlm artikel tu.
Orang panggil banyak hala dari tuju. Kadang-kadang kita buat kerja entah apa-apa sedang kerja yang sepatutnya tidak dibuat.
Terima kasih atas peringatan tu.
Syoknya berkongsi Tips dengan Saudara IK.
Memanglah bagus jika ada perancangan sebelum memulakan sesuatu kerja. Fokus kepada sesuatu kerja maknanya kita telah memprogramkan diri secara positif. Terima kasih IK.
Betul pendapat IK tu, kekadang waktu bawa kereta macam-macam idea perniagaan datang, tetapi akhirnya satu pun tak buat sebab tak catat. Sekarang saya selalu bawa buku nota kecil dalam kereta, teringat sahaja terus catit, begitu juga dengan kerja2 yang perlu dibuat hari2 saya catit dalam buku tu.
iya..sememangnya kita perlu fokus dan benar kata Dr.Irfan khairi kita,iyanya pernah berlaku pada diri saya,banyak sangat belajar sehingga saya tidak dapat fokus apa yang ingin saya lakukan..jadi sekarang saya sudah tahu apa ingin lakukan dan fokus pada satu perkara itu sahaja..
nice info..
Memang saya menghadapi masalah ini..Kadang2 dh menulis di kertas pun masih hilang fokus..
Harap2 dapat improve diri utk lebih fokus.
All the best to others too.
saya sudah lama mengamalkan notepad utk tugasan harian, mingguan dan bulanan. ia memang banyak membantu saya merancang masa.
walaubagaimanapun, tidak dinafikan juga, ada waktunya, saya tersasar dari fokus sebenar. Banyak idea-idea / kerja yg bermain di kepala, akhirnya, kerja yg sedia ada tak dapat diselesaikan dgn sempurna tetapi memulakan kerja baru pula.
bagaimanakah utk menjadikan diri kita FOKUS 100% pada 1 kerja sebelum memulakan kerja lain?
Memang betul dunia sekarang memang banyak informasi dan banyak juga idea yang timbul untuk dilaksanakan , bila dah banyak tah tahu mana satu nak buat dan rasakan semuanya bagus dan nak dibuat segera tapi tak jadi-jadi juga akhirnya.
Ni kena ikut nasihat mentor yang dah jadi jutawan. Insyallah kalau kita fokus dan tidak putus asa, kita pun boleh jadi jutawan.
Inilah yang selalu susah nak ikut. Saya cuba teknik baru.
Saya masukkan tugas-tugas itu di Handphone lalu letak alarm. Nak kena kasi time limit juga untuk setiap tugas yang dicatit.
info yg masuk terus ke dalam hati. hehe..
saya dh try tulis kat Tasks Outlook dan handphone tapi susah betul nak ikut. mungkin klu dapat pegang nota tu, mudah2n segala kerja2 harian dapat dilaksanakan.
tq.
saya pun agak kurang fokus sejak akhir2 ini sebab banyak sgt task dalam satu-satu masa..sekarang kena blaja bahagi masa
Cuba lihat kedai runcit yang menjual pelbagai jenis barang dan kedai makan McD. Lebih ramai orang nak pergi McD walaupun makanan mereka berkolesterol tinggi dan kurang baik untuk kesihatan. Adakah kerana fokus?
Kedai runcit fokus nak jual banyak barang. McD fokus nak jual makanan sahaja. Kita juga perlu fokus dalam satu perkara untuk lebih berjaya.
Tokei kedai runcit jangan marah,bukan bermakna kedai runcit tidak bagus ya. Saya sendiri pergi kedai runcit kalau nak beli roti…tak pergi pun McD..
terima kasih saudara IK yang memberi tunjuk ajar agar saya betul-betul fokus untuk melaksanakan sesuatu kerja.
Masa mula terlibat dalam dunia IM, memang masalah utama saya adalah masalah fokus.Macam2 ebook saya beli. Tapi saya xfokus pada 1. Last skali, semuanya hampeh.
fokus dan nekad perlu seiring..apabila kita sudah fokus pada sesuatu, kita pasti nekad untuk melaksanakannya
masalah hilang fokus terhadap sesuatu perkara memang sering terjadi kepada kita semua. contohnya saya lah dalam kelas cikgu mengajar dengan bersungguh2 tapi saya di belakang sembang ngan kawan saya. bila time nk jawab exam baru rasa nyesal nape aq x fokus dulu kang dah rugi tak boleh nak jawab soalan exam. jadi saya dah dapat pengajarannya disini kita mesti fokus dalam apapun kerja yang kita buat.cocentration first, work perfec.
hai…………nk tny le kan …cm ne ek nk bg otak kite ni mudah ingt???sy nk yau le.sy taun ni spm 2011.ley x bg tau tip2x yg ley tolong sy??
sy mate pljrn bm sy lulus.tapi yg len sy byk xlulus
Pada saya masalah kurang fokus ini berpunca dari minda yang bercelaru dan harus diubati segera kalau tidak semakin bercelaru dan tidak menentu kerana sistem aura badan sudah tidak menentu lagi jadi perlunya kepada pembetulan sistem aura tubuh untuk menjadikan minda dan hati selari dan seterusnya memberikan jawapan yang tepat dan terbaik untuk diri.