Pelancaran saluran baru: ASTRO AWANI

Hari ini saya menjadi personality astro!

awanilogo.gifPagi tadi berlangsungnya pelancaran sebuah saluran baru di astro, iaitu AWANI. Sebuah saluran yang khas untuk berita, informasi dan isu semasa yang akan bermula siaran pada hari Khamis 6hb September ini. Astro AWANI: “Gerbang Dunia Kita”

Astro membuka saluran baru dan memberi peluang saya mengendalikan satu segmen tip-tip kewangan peribadi melalui rancangan “WW – Wacana Wanita” yang di hostkan oleh Dang Suria. Saya sebagai host diberi slot khas setiap minggu yang diberi nama…

…”WW- Bersama Dr Irfan Khairi”. Konsep segmen saya adalah seperti album motivasi pertama saya, “Wang & Anda”. (bukan Tip Satu Minit seperti anda menyangka!)

onair.jpg
Personality-personality Astro Awani

Majlis pelancaran berlangsung pagi tadi pukul 11 pagi di Palace of Golden Horses. Berikut, adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk  pembaca Tip Satu Minit. Sekiranya ingin maklumat lanjut, insyaallah malam ini di berita Astro, akan terdapat liputan.

Susulan daripada mesej saya semalam…

Coverage akan dilakukan oleh media
Sudah pasti, liputan meluas akan dibuat oleh media! Astro melancarkan saluran baru.

Mungkin satu lagi berita baik untuk usahawan-usahawan Internet :)
Seperti saya kata, tiada kena mengena secara langsung dengan industri Internet, tetapi, dengan saya di dalam industri media, sedikit sebanyak dapat mempromosikan perniagaan Internet yang sebenar secara tidak langsung (bukan skim-skim cepat kaya online!). Mana tahu, lepas ini usahawan Internet lain akan menyusuli? 🙂

Salah satu matlamat saya tercapai!
Salah satu matlamat saya tahun ini adalah mengendalikan segmen saya sendiri! (sebenarnya rancangan TV, tetapi, segmen TV is a good start!)

vshape.jpg
Personality-personality Astro Awani

Dengan “WW- Bersama Irfan Khairi”, saya berpeluang berkongsikan tip-tip kewangan peribadi dan psikologi kewangan. Dalam kata lain, “Wang & Anda”

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

52 thoughts on “Pelancaran saluran baru: ASTRO AWANI

  1. Untuk pertandngan semalam, duka cita, tiada pemenang 🙁

    Ini kerana, jawapan yang di cari adalah:

    “SEGMEN Irfan Khairi mengenai WANG & ANDA” tu pun sudah memadai…

    yang hampir betul, menyebut:

    “segmen khas Tip satu Minit” – kurang tepat, sebab apa yang terjadi adalah segmen saya bertukar menjadi segmen Wang & Anda…

    “rancangan/program tv Wang & Anda” – kurang tepat juga oleh kerana 2 minggu lepas, saya menyebut, penglibatan saya adalah untuk “segmen” sahaja.

    maka, tiada pemenang 🙂 tapi, apa pun, jawapan-jawapan anda semalam telah memberi banyak lagi idea untuk saya jadikan matlamat tidak lama lagi! 😉

    terima kasih kepada semua dan juga atas sokongan anda!

  2. owh, sungguh bersemangat saya baca berita ni.

    saya turut memasang impian yang
    sama, mengendalikan segmen motivasi sendiri
    ala-ala “bersama Fadzilah Kamsah”
    bahkan menjadi cukup gemmbira tiap kali membayangkan suasana itu.

    Tahniah ! ni kali kedua nampak
    Irfan pakai kot 🙂

    – ShueQry –

  3. Maizul > tak silap saya saluran 96. bagi yang tiada astro, dapatkan astro 🙂

    Shueqry > Kalau syarat majlis pelancaran mintak pakai kot, baru saya pakai kot. kalau takde syarat, saya pakai macam mana shueqry nampak saya di Sabah hari tu! 🙂 tapi, nanti bila segmen saya di TV, saya tak pakai kot… 🙂

  4. Tahniah kepada Irfan, saya merupakan salah seorang peminat tip satu minit yang saya tidak lepas semenjak dari dulu lagi. Sekarang Irfan dah jadi superstar. Keep it up!

  5. Assalamualaikum Irfan & semua..

    Congratulations !!! Wah! berjaya lagi mencapai matlamat yg diidamkan. Alhamdulillahh, Seronoknya…:-)

    Kantoi la tekaan sy semlm, tapi xpe, sy akan teka lg lain kali..

    Sapa lg personaliti2 yg bergambar dgn tu?

    Klu xpakai kot nampak relax je. Lg best..

    Irfan, Selamat Maju Jaya…!!!

  6. tahniah , semoga bertambah2 lah rezeki , yang pasti rumah saya ada astro dan tak sabar2 nak tgk segmen yang bakal di kendalikan oleh nanti

    inilah yang membakar semangat usahawan2 internet untuk terus berjaya dan membuka mata rakyat malaysia yang perniagaan internet tu adalah benar dan sudah ada orang yang telah berjaya

  7. assalamualaikum doc..

    tahniah jutaan tahniah..doc telah menaikkan lagi semangat saya untuk terus menerokai perniagaan internet..thanks sekali lagi, saya baru menerima pakej doc semalam.. (“,)

    usahawan kerjaya pilihan..MiZ

  8. Mula dgn “perniagaan internet”
    kemudian terbit buku “Jutawan Internet”
    kemudian keluar dalam “majallah” , “akhbar”, “rancangan TV”
    kemudian “workshop jutawan internet” dan banyak lagi. Dari dalam negera ke luar negara.
    Dari beroperasi di rumah tak dikenali sekarang dikenali ramai.

    lepas ni ke mana yaa…..???

    Tahniah Irfan

  9. fuh,dahsyatlah !semoga dapat mempromosi perniagaan internet ni kpd rakyat Malaysia yang masih kelabu asap lagi dengan biz ni!hehe

  10. Oh ya, saya takkan lupa
    kenangangan ketika terjumpa Irfan sekeluarga
    hari tu, membuat saya gugup
    dan naik berpeuh satu badan!

    Insya Allah, satu hari nanti
    berkongsi pentas atau
    talk show motivasi pula 🙂

    Thanks pada Irfan dan Tip Satu Minit,
    melalui blog ni saya dah dikenali ramai,
    terima kasih yang tak terhingga 🙂

    – Shueqry –

  11. Antara personality popular yang lain adalah: Suhaimi Sulaiman, Dang Suria & Cam kesemuanya bekas personality TV3 dan juga Amir Mahmood Razak yang dah lama dgn Astro. Kesemua senior anchor ini banyak membantu saya bila berdepan dengan camera. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka kerana tidak kedekut berkongsi ilmu hosting (bukan web hosting :)) kepada saya. Bila berdepan dengan mereka, terlalu banyak yang saya pelajari!

  12. Tahniah ..

    Hampir semua media (tv, majalah..) dah involve…
    Semoga makin naiklah imej bisnes internet di mata rakyat Malaysia…

  13. Dengan adanya segmen ini, di harap dapat menyedarkan lagi rakyat Malaysia tentang peluang perniagaan melalui internet.
    Maka makin tinggi lagi lah peluang untuk mendapat income melalui internet.

  14. Yup tahniah. Nampaknya dah ada segmen kewangan yang boleh saya lihat di astro selain dokumentari, travel ho ho. Demam realiti sekarang ni memang hangat melanda bukan untuk program nyayian saja malah semua industri. Mungkin nanti akan ada TV/rancngan realiti untuk IM di Malaysia menfokus kehidupan seorang IM dan cara menjalankan perniagaan internet.

  15. waaaaaaaaaa…. berapa banyak tahniah daaa…
    nah hambik tahniah dari saya. TAHNIAH bebanyak2nya untuk irfan khairi.

    moga maju jaya hendaknya…

  16. saya baca banyak kali post ini, tiap kali membaca amat gembira saya dibuatnya,tak tahu kenapa tapi ia membuat saya teruja
    yang amat sangat.

    Jika Ifan boleh mencapai impian, bermakna saya juga boleh mencapainya!

    mungkin satu hari nanti, saya berkongsi segmen dengan Irfan pula! 🙂

    – ShueQry –

  17. Tahniah, my friend!

    Akhirnya dapat jugak segmen kat Astro tu (this is the one you mentioned to me, right?)

    Atau ada lagi yang lebih besar… he he… cuba nak korek rahsia sikit ni.

    Zamri

  18. Assalammualaikum.

    Pe khbr hope sihat di bln yg Mulia nie..nway Selamat Menyambut Ramadhan. sy nk wish tahniah kpd kerana mencapai satu lagi kejayaan..

  19. Salam kasih sayang,
    Tidak terlambat rasanya utk saya sama2 mengucapkan TAHNIAH !!!.. hrp2 ramai semakin bersemangat utk ‘terus melangkah’ atau ‘berlari’ kegaris ‘kejayaan’.
    Semoga diberkati. Amin…

  20. tahniah irfan,
    walau sebusy manapun diharap anda tidak mengabaikan atau melupakan kami utk berjaya seperti anda.

    syabas,!

  21. selagi tak dapat ape yang dihajati selagi itulah keraguan masih menjadi rujukan…
    let me nkow how to make mony..,, is that simple,,,.. sound so bat haaaa…,,

  22. Tahniah Irfan !

    Semoga rancangan ini akan dapat memberi manafaat dan semangat kepada usahawan-usahawan baru dan lama khususnya usahawan internet. Selamat berpuasa dan maju jaya selalu.

  23. Tahniah .. Sy belum bkesempatan menonton slot terbabit kerana sibuk dgn kuliah… Cuti sem nnt sy tonton k… Tahniah! Bangga dgn kejayaan anak melayu. Semoga sy juga menjadi sepeti anda…

  24. Salam.. TAHNIAH!! atas kejayaan I, dari dahulu, kini dan selamanya..

    Betul kata I, peluang datang sekali, jangan lepaskan.. tak tau bila ianya akan datang lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published.