Blog perniagaan Internet

Sejak setahun dua yang lepas, blog (Web Log) telah menjadi satu trend di Internet. Contoh blog adalah Tip Satu Minit Ini 🙂

Walaupun terdapat banyak blog peribadi yang menyuarakan pendapat individu, namun, blog bertemakan perniagaan adalah agak kurang. Sekiranya anda mempunyai perniagaan, bina sebuah blog bertemakan perniagaan anda. Blog bertemakan perniagaan akan dapat membantu dari segi…

  • Memberi maklumat dan info baru dan terkini. Untuk menambahkan jualan perniagaan anda, anda memerlukan pelawat yang berulang ke laman web anda. Blog dapat menarik pelawat berulang dengan memberi fresh contents dan menambahkan lagi jualan sesuatu perniagaan Internet.
  • Memberi suara yang lebih personal dan tidak formal untuk dikenali pelawat dan bakal pelanggan. Pelawat lebih mudah mendekati perniagaanyang dikenali. Blog bertema akan dapat mengenalkan pelawat kepada industri blog tersebut.
  • Memberi pautan (links) yang berguna sebagai maklumat tambahan kepada pelawat.

Esok saya akan berikan beberapa tip blog perniagaan Internet…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

16 thoughts on “Blog perniagaan Internet

  1. tq for info

    saya ada 3 blog. tapi lebih kpd google adsense, clickbank.com sahaja. ok ka?

    “Esok saya akan berikan beberapa tip blog perniagaan Internet! ”

    saya akan tunggu.

  2. Biasanya blog adalah percuma dan ada juga yang berbayar,adakah blog Tip Satu Minit Irfan Khairi nie adalah blog dari Blogger atau Blogspot? Saya rasa dari segi template Irfan design sendiri.Simple dan cantik.

  3. am pun ada 3 blog… satu dah lama am tinggalkan… satu yang sekarang dan satu lagi untuk catatan pribadi sahaja… yang 1st tu dah 3/10 page rank nya dengan google… tapi dah tak active dah…

  4. Saya pun masih berjinak-jinak dengan blog ni.Blog juga pada pendapat saya senang mendapat tumpuan search engine disamping website kita tambahan pulak kalau register blog kita di technorati.com dan kita ping blog kita di situ.

    Search engine cepat mengenal post terbaru kita dari situ.Kekadang tu blog lebih menyerlah trafik berbanding website mungkin blog mempunyai lebih keyword yang dituju.

  5. Thanks ..skang saya dah publish…blog untuk member2 mase study dulu..saya akan jadikan permulaan untuk memberikan info tentang bisnes kepada kawan2…walaupun…simple…thanks

  6. Sy baru je in process belajar nak buat blog. Banyak
    belajar sendiri je …. buat dulu then tanya.Kalau sesape ada idea boleh le bagitau.
    Thanks

  7. Alhamdulillah setelah mempelajari dan memahami konsep blogging saya mengambil inisiatif untuk cuba sesuatu yang baru. Syukur pada Allah sambutan blog semakin baik walaupun perniagaan saya hanya berasaskan prepaid tapi melalui blog saya mampu membawa mengembangkan lagi jaringan perniagaan saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.