Matlamat seorang jutawan

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata. Tetapi, tetapkan matlamat anda untuk memperolehi ilmu dan pengalaman yang ditimba dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut.

Wang berjuta boleh habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Tetapi ilmu dan pengalaman tidak akan hilang.

Kata seorang pakar perniagaan dan jutawan, “Perniagaan bernilai berjuta yang anda bina boleh musnah dalam sekelip mata. Tetapi, dengan ilmu dan pengalaman yang anda ada, anda boleh melintas ke seberang jalan, dan membina empayar perniagaan baru yang boleh menjana berjuta ringgit lagi.”

Betapa benar kata-kata itu. Itulah sebabnya anda mungkin pernah dengar jutawan-jutawan yang gagal dalam perniagaan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, kemudian, membina empayar perniagaan baru yang kemudiannya meraih berjuta-juta lagi! Ilmu dan pengalaman tidak hilang!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

25 thoughts on “Matlamat seorang jutawan

  1. Kadang2 kita mgk pernah melihat duit kertas dilukis roda dan sayap.. Maka ILMU sgt penting untuk mengawal pergerakan duit itu..
    Jika tengok belakang not RM1 ada lukisan wau dan gunung..
    Jika difikirkan dalam2… Wau dan Gunung membawa maksud masing2.. begitu juga not2 lain yang mempunyai maksut tersirat di sebaliknya, mungkin..

  2. Melaburlah untuk diri anda sendiri Wang yang ada gunakan lah untuk mendapatkan ilmu. Sebelum ni agak terkejut jugak.. apa yang di nyatakan oleh Irfan tetapi setelah setiap hari berkunjung ke sini baru lah saya faham. Bagaimana dengan melabur kepada diri sendiri dalam memberikan pulangan yang lebih banyak. Terima kasih Irfan.

  3. Untuk yg telah berjaya mencapai matlamat, memang banyak ilmu dan pengalaman yg telah didapat. Tapi yg baru bermula, perjalanan ini nampaknya masih jauh, dan kadangkala terlihat semakin jauh. Tapi bak kata mereka, it’s never too late. Kebanyakan yang berada di sini masih dalam peringkat perancangan, sebahagian kecil lagi baru saja bermula. How nice kalau ada yg telah berjaya bersama menyumbang ilmu dan pengalaman berkongsi kejayaan (bukan kekayaan) bersama kami…

  4. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian…tolong sambungkan….

    Oleh itu, perlu kita bersungguh-sungguh, untuk mencapai matlamat kita, matlamat kita ialah berjaya dan berbahagia di dunia dan di akhirat.

    Apabila telah bejaya, janganlah kita lupa akan pengorbanan orang-orang yang telah membantu kita ke arah itu dan juga jangan sesekali lupa daratan, atau lupa diri, kelak akan memusnah diri…

  5. Terima kasih kerana tip-tip saudara Irfan. Saya setuju. Nikmat kemanisan kejayaan hanya dapat dihargai setelah menelan banyak kepahitan. Namun, untuk bangkit kembali bukan sesuatu yang mudah. Ada manusia yang boleh bangun dengan 2 kaki sendiri tetapi ada yang memerlukan tongkat jika dia jatuh dengan kuat sehingga 1 kaki patah. Ataupun mungkin dia terpaksa memerlukan kerusi roda. Namun, berapa kerat manusia yang sudi menolong?

  6. saya suka baca topik spt ini. betapa hebatnya kuasa wang pada zaman sekarang, tetapi hebat lagi kuasa ilmu dan pengalaman kerana ilmu dan pengalaman dapat bertahan selagi hayat dikandung badan, tetapi wang perlu diuruskan sebaik mungkin supaya tidak mudah kehilangannya.

    betapa dunia ini akan menjadi kucar kacir jika didiami oleh golongan yang hanya mempunyai wang yang berlambak, tetapi langsung tidak mempunyai ilmu untuk meguruskannya.

  7. Benar kata2 tu… dari ilmu dan pengalaman, kita bukan saja mampu kembali membuka empayar jutaan ringgit..bahkan kita juga mampu membantu orang lain menjadi seperti kita..

    Alangkah hebatnya mereka..dan, kita bersyukur di Malaysia ini sudah ada insan bertuah yang merealisasikannya…siapa dia yee..? Siapa lagi kalau bukan mahaguru kita nie πŸ™‚

  8. assalamualaikum buat Irfan dan semua kawan-kawan yang setia dengan blog ini.

    Saya setuju sangat2 dgn pendapat Matlamat seorang jutawan bukan semata-mata untuk kemewahan sahaja.Malah ilmu dan pengetahuan yang lebih penting. Bak kata Cef Li dalam bukunya jutawan senyap:berilah peluang kepada diri sendiri untuk menjadi usahawan.Dan kalau boleh biarlah status jutawan datang tanpa kita sedar

    kita semua sedar bahawa berniaga adalah pekerjaan para2 nabi,ia sangat mulia dan sangat digalakkan.

    Semoga nasihat2 Irfan sentiasa dapat dimanfaatkan oleh seramai mungkin rakyat Malaysia untuk menjadi usahawan taraf jutawan

    selamat maju jaya

    Sekian terima kasih

  9. Kita juga bukan sahaja hebat sebagai jutawan tetapi juga hebat sebagai orang yang berpengalaman dan berpengetahuan..Thanks ..go straight..don’t ever look behind..

  10. Pepatah mengatakan ‘Belajarlah walaupun sampai ke Negeri China’. Kita disarankan untuk menimba ilmu sehingga ke Negeri China. Bertapa pentingnya ilmu dalam hidup kita, ilmu merangkumi ilmu dunia dan ilmu akhirat.

    Wang yg banyak tapi tanpa ilmu dan pengetahuan (defense and attack), wang mungkin tidak akan kekal. Berterusan menimba ilmu dan put it into action, maka bertambahlah pengalaman.

    Apabila ilmu dan pengalaman bertambah, maka cara berfikiran pun bertambah tajam dalam mengharungi dugaan dalam hidup.

    Dan true enough seperti kata Irfan, ilmu dan pengalaman itu amat berharga dan tiada sesiapa dapat mengambilnya dan takkan hilang dari kita.

  11. Ya memang betul dan benar apa yang dinyatakan.
    Untuk mendapat keberkatan ilmu dan pengalaman elok kita mengajarkan kepada orang lain agar dapat ianya dapat dimanafaatkan oleh orang lain, seperti yang dilakukan oleh Irfan sendiri, syabas….

  12. Assalamualaikum…..
    wahh.,..sungguh abstrak komen dari mazura..dah berapa kali baca, saya masih tak faham2 lagi…anyway,bercakap mengenai matlamat seorang jutawan ni…..memang benar apa yang dikatakan oleh irfan, matlamat tak boleh berdiri semata-mata kerana wang ringgit kerana ia tidak akan berkekalan tetapi ilmu yang akan dipelajari adalah lebih bermakna dan kekal. Akan tetapi dalam perniagaan dan pekerjaan, tidak ramai orang yang betul ikhlas dan bercita2 untuk belajar, sebaliknya masing-masing cuba untuk merebut peluang untuk menjadi kaya secepat yang boleh…Orang sebeginilah saya rasa orang yg dimaksudkan oleh irfan iaitu orang yang tidak belajar tetapi berusaha menjadi jutawan dengan segera semata2. Dan bukanlah mudah untuk menetapkan matlamat untuk menjadi jutawan dengan hanya menimba ilmu dan pengalaman terutama dalam dunia yang penuh cabaran dan dugaan. Manusia mempunyai sikap kurang sabar dan tergopoh-gapah…tanpa ilmu yang kukuh, matlamat boleh jadi roboh….

  13. saya memang setuju dengan pendapat ilmu dan pengalaman memang lagi penting dari wang jutaan ringgit.Wang berjuta2 mmg boleh habis dalam sesaat.Tapi ilmu dan pengalaman takkan habis. Wang memang penting, tetapi takkan dapat mengatasi kepentingan ilmu.Tuntutlah ilmu sambil mencari wang.Saya juga percaya bahawa setiap kejayaan mesti ada kegagalan.Setiap kegagalan akan memberi kita ilmu tambahan dan pengalaman.Yang penting fokus matlamat anda.

  14. Bg saya, pengalaman dan ilmu lebih bernilai dari satu juta tu. Tidak boleh dibeli utk mendapatkannya..
    Tujuan saya sbnarnya utk mencari wang yg banyak utk sambung blajar disamping mencari pengalaman dlm net biz ni..
    Ini kerana walau skaya mana kita pun ilmu tetap kena cari..

  15. Ya betuuuullll apa yang tuan katakan mengenai ilmu πŸ™‚

    11 tahun dulu, saya cuma kerja kilang dengan gaji permulaan rm475 sebulan. Saya bayangkan mcm mana pada masa akan datang dgn gaji yng sama untuk menanggung keluarga saya sendiri. Ya, jawapannya saya perlu mencari ilmu sebanyak mungkin untuk mendapatkan gaji yang banyak.

    Dan, sekarang ini ilmu yang saya cari mampu memberi pengalaman yang tak terhingga pada saya dan secara tak langsung memberi pendapatan yang tinggi untuk menanggung keluarga saya sendiri.

    Tugas saya sekarang ini adalah untuk menjadi jutawan pada masa yang saya telah tetapkan. Apa yang perlu saya buat? Cari ilmu lagi dan belajar daripada orangΒ² yang telah berjaya!

    Siapa pulak idola jutawan saya? Irfan Khairi dan Azizi Ali πŸ˜€

  16. Rasullullah s.a.w bersabda :

    Barang siapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya dan

    Barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan kekayaannya dan

    Barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan

    barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya.

  17. Ilmu dan pengalaman memang tidak akan hilang tetapi harus kreatif untuk mengembangkannya. Jika tidak, ia hanya akan menjadi lipatan sejarah hidup kita.

    Kalau kita bermatlamat ingin membuat roti canai, kita kena belajar cara buat roti canai.

    Kalau kita bermatlamat ingin menjadi usahawan, kita kena belajar bagaimana usahawan bekerja.

    Kalau kita bermatlamat ingin menjadi jutawan, kita kena belajar cara menjadi jutawan.

    Selagi duduk goyang kaki, tidur, makan, tengok tv dan tidur balik, selagi itulah kejayaan hanya fantasi.

  18. Ilmu yang dimanfaat besar pahala..mcm blog ini menyumbangkan ilmu dari seorg insan yg bergelar jutawan dan dari kawan2 sekalian.Alhamdulillah..

  19. Kekayaan, Allah yang beri. Apa Allah perintah? Dia perintah kita supaya berusaha dan menuntut ilmu.

    Orang yang berusaha akan dapat pengalaman daripada usahanya.

    Jutawan segera yang tiada usaha, tiada pengalaman dan ilmu yang akan diperolehinya.

    Jutawan NO.2. Matlamat utama, menjadi ilmuan. πŸ™‚ Saya pasti, Irfan Khairi seorang yang ilmuan! Daripada ilmuan barulah dapat menjadi jutawan!

  20. Assalamualaikum..alhamdulillah tenang sedikit hati saya bile baca pendapt2 diatas,so syukranpada semua. apa tidaknya saya ari ni dikejutkan bahawa proses pengijazahan yg saya buat sekarang tidak akan diiktiraf oleh kementerian pendidikan malaysia maka kami tak boleh naik pangkat!! so saya pujuk hati ini saya belajar sekarang bukan untuk kejar pangkat tetapi ikhlas kerana nak tambah ilmu.minat yg mendalam saya terhadap bidang ini membuatkan saya bertekad apa jualah yg berlaku saya tetap nk teruskan jua.sorry ye emosional ckit.memang betul duit umpama air yang mengalir, kalau kita bijak macammana nak dapatkan sebekas air dengan mnangguk di air deras tu maka daptlah kita ambil air tu,demikianlah dengan duit yg ada ditangan kita kalau kita bijak mengurusnya maka hati pun sananglah.Ilmu pula ada kat mana-mana saja kite je yg tak sedar, kalau kita mahukannya tentulah sedaya upaya kita akan dapatkannya, maka jadilah kita jutawan ilmu.jangan hanya jadi jutawan yg banyak duit tapi sombong langsung tak mau bantu orang .Nauzubillah mintaklah dijauhkan Allah.Mahu berkat dunia akhirat tolong menolonglah kita.Wallahua’lam.

  21. setelah membaca saya pun turut ingin berkongsi sama… ‘nasib kita satu hari nanti tiada siapa pun yang tahu melainkan Tuhan… dan hanya diri kita sahaja yang dapat mengubah nasib kita..’ sekian

  22. matlamat seorg jutawan yg realistik.. sungguh kagum ,,, sbg seorg usahawan perjalanan yg penuh ranjau itu lah sbg modal kejayaan kita.

  23. Ilmu memang penting dalam apa jua perniagaan yang kita jalankan. Jadi persiapan terbaik adalah ilmu, no 2 pengalaman kita iaitu jatuh dan bangun kita dalam sesebuah perniagaan. No 3, Jangan gamble, dalam apa juga perniagaan kita jalankan, kita jangan main terjun jer, pastikan kita sudah membuat kajian dan tahu latarbelakang perniagaan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.