3 Soalan Asas Memulakan Perniagaan Online

1. Saya ingin mulakan perniagaan, tetapi tak tahu nak jual apa?

Sering kali saya akan nasihatkan mereka yang ingin mulakan perniagaan, mulakan perniagaan yang menarik minat atau merupakan pengalaman mereka.

Sekiranya minat dalam bidang kesihatan, maka, mulakan perniagaan dalam bidang ini. Sekiranya pengalaman dalam bidang mengajar, maka mulakan perniagaan yang kena mengena dengan menyampaikan ilmu.

Minat akan menjadikan perniagaan yang kita jalankan menyeronokkan. Maklumlah, ramai antara kita ingin mulakan perniagaan internet secara separuh masa ketika bekerja sepenuh masa.

Apa kata lakukan sesuatu yang kita suka sebagai perniagaan yang boleh menjanakan kita pendapatan. Tambahan, ianya adalah pilihan kita sendiri ingin mulakan perniagaan apa. Pastinya seronok kan, melakukan sesuatu yang kita suka, sambil jana pendapatan!

2. Perlu tak punyai laman web untuk menjalankan perniagaan internet?

Jawapan pendeknya, TIDAK PERLU. Kerana ada juga yang hanya menggunakan Facebook, Instagram dan Whatsapp untuk berniaga tanpa mempunyai laman web.

Namun, jawapan yang lebih panjang dan tepat adalah, laman web adalah SANGAT-SANGAT DIPERLUKAN untuk perniagaan Internet.

Dalam program yang saya kendalikan, saya juga mengajar pelajar-pelajar saya cara membina laman web dan copywriting, bagaimana caranya menulis isi kandungan laman web untuk meyakinkan prospek dan membeli dari anda.

Media sosial seperti Facebook & Instagram adalah media untuk bersosial. Tetapi fungsi sesuatu laman web adalah untuk close kan sesuatu sale – membuat jualan.

Dengan mempunyai laman web, sesuatu perniagaan akan dapat membuat lebih banyak jualan jika dibandingkan dengan media sosial sahaja.

Lihat sahaja perniagaan-perniagaan online yang berjaya seperti Lazada, Zalora, 11 street, atau GroupOn, Air Asia, Dominos Pizza, semua perniagaan yang berjaya mempunyai transaksi online mempunyai laman web.

Adakah mereka hanya menjual di Facebook, Instagram dan Whatsapp sahaja? Pastinya tidak.

Dengan mempunyai website, perniagaan anda akan dapat membina kredibiliti, kepercayaan dan jenama. Dan ini akan memudahkan lagi anda membuat jualan di Internet.

Jadi, mungkin ramai tidak nampak, tetapi untuk benar-benar berjaya di Internet dan kembangkan perniagaan untuk jangka panjang, anda perlukan laman web sekarang!

3. Tak tahu nak mula di mana! Bagaimana?

Dalam memulakan sesuatu yang baru, pastinya perlu mengambil langkah pertama. Dan langkah pertama dalam memulakan perniagaan internet, adalah dapatkan sedikit sebanyak ilmu dulu. Tak semestinya 100% ilmu kita faham dan tahu.

Bayangkan seperti menaiki anak tangga. Untuk sampai ke atas, kita mengambil langkah pertama dahulu. Kemudian, kita akan ambil langkah kedua, dan seterusnya.

Sering kali apabila ilmu yang sedikit kita tahu dan lakukan, ilmu seterusnya akan kita dapat lihat.

Silapnya kita adalah apabila kita ingin tahu segala-galaya dan ingin lakukan segala-galanya dan perasaan “overwhelming”/ terlalu banyak perkara dalam kepala membuatkan kita rasa konfius dan hilang motivasi.

Seperti saya pada mulanya dulu, saya dapatkan mentor, seorang yang berjaya dalam perniagaan Internet untuk menunjukkan langakah pertama dan seterusnya, langkah demi langkah.

Sekiranya anda ingin saya menjadi mentor anda dan bantu anda memulakan perniagaan di Internet, apa kata sertai preview bersama saya di bawah…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “3 Soalan Asas Memulakan Perniagaan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.