Apa maksudnya Resell Rights Mentor Jutawan

Sejak ebook Mentor Jutawan dibuka untuk lesen Hak Jualan Semula (Resell Rights), beberapa email saya terima bertanyakan apa bezanya antara:

  • Resell Rights (RR)
  • Master Resell Rights (MRR)
  • Private Label Rights (PLR)

Sebenarnya, Resell rights mula popular dengan penerbitan ebook, di mana usahawan Internet membolehkan pembeli ebook mereka menjual semula ebook, dan mereka mengambil 100% keuntungan.

  • Resell Rights (RR)
    Pemegang resell rights boleh menjual semula sesuatu ebook itu kepada orang lain dan mengambil keuntungan 100%. Namun, pemegang resell rights tidak boleh menjual kebenaran Resell Rights kepada orang lain. Bererti, dia hanya boleh jual ebook sahaja, tetapi tidak boleh menjual hak resell rights.
  • Master Resell Rights (MRR)
    Yang ni, sama seperti di atas, cuma, dia ni ada “Master rights”, kira lagi taiko. Maksudnya, pemilik Master Resell Rights bukan sahaja boleh menjual semula sesuatu ebook itu, tetapi juga, boleh jual “hak resell rights”. Bererti pembeli ebook dari mereka bukan setakat jadi pembaca sahaja, tetapi boleh jual semula ebook-ebook tersebut kerana mereka kini mendapat Resell Rights (RR)
  • Private Label Rights (PLR)
    Yang ni pula bererti, sesiapa yang memilikanya bukan sahaja boleh menjual ebook itu, tetapi boleh alter dan mengubah isi kandungan ebook tersebut. Siap boleh repackage, print menjadi buku dan jual di kedai, boleh ubah nama penulis kepada nama diri sendiri lagi!Pendek kata, bebas buat apa sahaja pada ebook yang dibelinya. Seumpama ebook itu adalah miliknya sendiri.

Jadi, Mentor Jutawan yang diumumkan beberapa hari lepas adalah “Resell Rights” (RR) dan bukan Master Resell Rights (MRR) atau Private Label RIghts (PRR)

Mendapatkan Resell Rights atau Hak Jualan semula adalah satu pilihan untuk memulakan perniagaan Internet sekiranya tidak mempunyai produk sendiri.

Ini kerana, penulis asal ebook (seperti saya ;)) telah bertungkus lumus menyiapkan ebook dan mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkan sesuatu ebook. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan resell rights dengan bayaran “lesen” yang dikenakan.

Saya mengambil keputusan membuka peluang Mentor Jutawan Resell Rights/Hak Jualan Semula kerana ramai yang masih tidak tahu hendak menjual apa di Internet. Dan daripada senarai produk dan perkhidmatan RahsiaInternet.com, ebook Mentor Jutawan adalah yang paling laris di pasaran (Ya, lagi tinggi dari jualan buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar!)

mtrblog.jpg

Juga, dengan nama-nama ikon yang sedia ada dalam Mentor Jutawan, ia memudahkan sesiapa sahaja membuat jualan. Sekiranya anda berminat untuk memiliki Hak Jualan Semula ebook Mentor Jutawan yang semamangnya laris di pasaran, klik di sini untuk maklumat lanjut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

19 thoughts on “Apa maksudnya Resell Rights Mentor Jutawan

  1. saya amat berbangga dengan usahasa IK,walaupun tujuan utama untuk pendapatan IK, tetapi secara tak langsung dapat bantu orang lain pula. yang pasti lepasni saya tetap turut serta. saya sokong usaha Ik.Ik No1 idolaku

  2. Terima kasih IK di atas penerangan yang sangat jelas. Selama ni.. saya pun tak berapa faham… TQ 😉

    Berita baik untuk pengunjung blog ni. Kalau nak register internet cara online.. klik je kat atas tu.

  3. Akhirnya, Saudara Ik telah mengeluarkan hak cipta RR kepada produk ilmiah yang bagus ni..

    Tidak sia-sia saya membeli produk ini. Ini kerana selain selain saya dapat ilmu dari para jutawan-jutawan ini, saya juga dapat kongsikan bersama dengan semua sahabat-sahabat saya…

    Terima Kasih Saudara IK.. 😉

  4. Salam IK,

    Info yang sangat membantu terutamanya utk newbie. Ramai yang masih keliru apa beza antara ketiga-tiga Right tu..
    Buat rakan-rakan yang belum tahu apa yang ingin dijual di internet, saya memang rekomen ebook Mentor Jutawan ni. Kualiti isi kandungannya memang setaraf dengan nama2 besar tu, mantap.

    TQ IK

  5. Assalamualaikum IK.

    Sayapun agak keliru jugak pada mulanya. Tapi selepas penerangan IK,semua yang kabur menjadi jelas. Saya telah mendapatkan hak reseller minggu lepas. Terima kasih IK kerana beri peluang kepada newbie macam saya dapatkan hak reseller untuk Mentor Jutawan. Kepada yang belum dapatkan hak reseller saya rasa anda patut dapatkan segera kerana ini adalah salah satu peluang kiter untuk menceburi bidang internet tambahan pula dapat 100% profit. Siapa tak nak kan …

    Pada rakan-rakan yang belum dapatkan ebook mentor jutawan, saya sarankan dapat segera… rugi kerana banyak tips2 dan motivati yang kita tak sedar dapat dipratikkan… Anda tidak akan rugi bila membelinya.

    Shamsul
    http://www.kilaunkerongsang.com

  6. Terima kasih diatas info yang diberikan, bagus jugak ada produk resell right berbahasa Melayu kerana produk sebegini masih kurang berbanding produk bahasa Inggeris yang telah lama mendominasi pasaran.

  7. IK! Nak tanyalah.. Mintak maaf kalau soalan ni tak berapa pandai.. Sebab sy kurang arif lagi dlm bab2 ni.

    Maka dgn terbukanya jualan RR utk Mentor Jutawan, adakah bermaksud jualan Mentor Jutawan direct dr IK bersama program affiliate akan ditutup? Jika ya, bilakah tarikh efektifnya?

    Terima Kasih.

  8. Saya sangat berterima kasih kepada IK, kerana sudi buat Resell Right. Saya dah lama tunggu produk Malaysia yang ada Resell Right.

    Dengan adanya Resell Right ni, capai produk Malaysia akan lebih luas dan kita sama-sama dapat berkongsi produk yang berqualiti tinggi seperti ini.

    TAHNIAH IK.

  9. Salam IK..saya merupakan salah seorang pemilik hak jualan semula mentor jutawan, terdapa sedikit pertanyaan yang bersarang di minda saya.. saya amat berminat untuk memulakan bisnes internet saya sendiri tetapi saya ingin tahu adakah saya perlu mendaftarkan perniagaan saya mengikut Akta penubuhan syarikat?? dan perlukah saya berdaftar sekiranya laman web saya mempunyai prisian unuk menerima bayaran drpd pelanggan saya?? dan dimanakah saya perlu mendaftarkannya???

Leave a Reply

Your email address will not be published.