Beri jaminan @ guarantee

Memberi jaminan atau guarantee adalah satu cara untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda. Jaminan merupakan satu kaedah meningkatkan kepercayaan orang ramai untuk menjadi pembeli.

Katakan,sehari, anda berjaya menjual 5 produk anda (tidak memberi jaminan).

Tetapi, sekiranya anda memberi jaminan (mungkin money back guarantee, atau tukar produk yang rosak), jualan produk anda meningkat kepada 7 produk sehari.

Sebulan, jualan produk anda meningkat kepada 60 produk tambahan dengan memberi jaminan (7-5)x30.

Lazimnya, sekiranya memberi jaminan, terdapat pelanggan yang memulangkan produk anda (selalunya kecil sekiranya apa yang anda janjikan pada produk anda ditunaikan). Mungkin sebulan 15 pulangan barang diterima. Maka, secara kasar dilihat, jualan anda bertambah melalui memberi jaminan adalah 45 produk sebulan.

Sekiranya satu produk anda menerima keuntungan RM50, ini bererti dalam senario ini, sebulan penambahan keuntungan anda adalah RM2,250. Setahun, anda akan dapat meningkatkan keuntungan perniagaan anda kepada RM27,000!

Dengan memberi jaminan, anda berjaya meningkatkan keuntungan perniagaan anda oleh kerana bilangan pembeli turut bertambah. Dengan mempunyai produk yang berkualiti, pulangan yang diterima adalah kurang berbanding dengan penambahan jualan. Perbezaan disinilah terdapatnya peluang untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

14 thoughts on “Beri jaminan @ guarantee

  1. saya bersetuju dengan pendapat sebab pelanggan akan lebih yakin kepada produk yg dijual itu ade kualiti dan bukannya scam!

    p/s: sabtu lepas dtg ke seminar ! best sgt n skang nie tgh susun strategi utk berjaya mcm !

  2. Terima kasih atas tips yang diberikan.Saya akan cuba tips yang berikan.Betul juga,lebih baik orang membeli dari orang yang boleh memberi jaminan dari yang tidak.
    Kadang-kadang jaminan tu ada,cuma tidak diletakkan.Dengan tips yang beri,boleh menambahkan jualan.Terima kasih

    Salam Ramadhan 🙂

  3. Selain jaminan camni, satu lagi yang tak kurang penting pada pengguna ialah khidmat selepas jualan/servis. Kalau nak dapatkan pelanggan berulang, cubalah… 😉

  4. Dalam dunia corporate dan business, selalunya diorg refer ke term [b]”SLG” (Service Level Guarantee)[/b]. kalau lambat install alat, refund balik sikit.
    apa-apa pun, bisnes besor ke, kecik ko, konsep dia sama lah cam yg Irfan sebutkan tu..
    thanks for the tips doc..
    🙂

  5. YOUR SATISFACTION IS OUR GOAL!!!!…
    dgn adanye jaminan..mmg org tak ragu untuk dapatkan perkhidmatan atau produk dari kite…
    pakat kite bagi jaminan lah ye..kalau kite ade jual barang2…ok..selamat..

  6. Tips yg simple (& sempoi?) tetapi amat berkesan utk menanam kepercayaan pelanggan & seterusnya meningkatkan jumlah jualan!

    Tahniah atas usaha murni yg berterusan! 😉

  7. Assm,

    saya inginkan tips bagaimana boleh saya boleh approach mine clients utk lunaskan hutang mereka yang tertangguh ie. rental of shops.

    wassalam,
    Md Firooz (Spore)

  8. Saya setuju dengan tips Irfan Khairi
    Tetapi boleh x beritahu apakah jaminan yang boleh saya berikan kepada pelanggan jika saya memberi perkhidmatan “Web & Graphic Design”?

    Terima kasih
    =)

Leave a Reply

Your email address will not be published.