Kenapa jual informasi di Internet?

Minggu ini saya nak teruskan perbincangan mengenai “Terhangat di Pasaran”.

Apakah kebaikan menjual informasi online dalam format ebook?

  • Produk terhangat di pasaran.
    Pengguna Internet paling ramai menggunakan internet untuk mencari informasi. Maksudnya, permintaan untuk informasi di Internet adalah amat tinggi. Oleh itu, menjual info di Internet adalah menjual sesuatu yang sedia hangat di pasaran 🙂
  • Ebook tidak mempunyai kos (per unit).
    Ia hanyalah file sahaja. Ertinya, kalau anda jual ebook anda pada harga RM10, maknanya, RM10 lah untung anda… kalau jual pada harga RM20, maka RM20 lah untung anda… kalau jual pada RM50, maknanya, RM50 lah untung anda untuk setiap belian. 100% untung pada anda.
  • Kos pengendalian yang rendah
    Memulakan perniagaan Internet menjual ebook dari rumah tentunya kos pengendalian adalah rendah. Mempunyai PC & Internet pun, dah boleh jalan perniagaan (of course, elektik pun perlu :)) Kerja dari rumah, dan kos perniagaan adalah rendah- tidak perlu mempunyai kedai yang memakan kos sewa, elektrik, air, pengangkutan, dan sebagainya…
  • Tidak perlu menyimpan stok.
    Menjual produk keras (hard goods? :)) di Internet memerlukan anda menyimpan stok. Kalau nak jual buku di Internet, pastinya anda memerlukan menyimpan stok-stok buku. Saya tahu, kerana di pejabat kami ada >1,000 stok buku perlu simpan! Tetapi, menjual ebook, tak perlu menyimpan stok, kerana sekali lagi, ia hanyalah file kecil yang tersimpan di komputer anda.
  • Cepat untuk disiapkan.
    Dengan dedikasi dan usaha yang bersungguh, ia boleh mengambil masa satu bulan atau kurang untuk menyiapkan satu ebook. Bila sudah siap, anda mempunyai produk yang akan memberi anda pulangan sampai bila-bila selagi anda menjualnya.
  • Cepat untuk dipasarkan.
    Untuk memasarkan ebook, jangkamasa yang di ambil adalah cepat. Bila siap sahaja menulis, boleh terus jual. Kalau buku betul, selepas menulis, perlu mencari penerbit. Dan penerbit akan memproses buku tersebut… mendapatkan pengedar… sampai ke kedai… dan sebagainya. Ada kalanya mengambil masa yang lama untuk buku sampai pasaran.Pengalaman saya, buku saya ada yang ambil masa 6 bulan selepas hantar penerbit untuk sampai di pasaran. 6 bulan! Saya dengar keluhan rakan-rakan penulis novel ada yang perlu menunggu setahun atau lebih sebelum novel mereka diterbitkan. Kalau ebook, lepas 6 minit menulis, dah boleh start jual 🙂 Yea! (namun begitu, mempunyai buku betul mempunyai kebaikan tersediri juga… yang saya akan kongsikan lain hari)
  • Tak perlu takut kehabisan stok.
    Ebook berformat digital. Tak perlu takut stok habis. Sekiranya anda menjual produk, dan produk tersebut kehabisan stok, sudah pasti perniagaan anda juga akan terganggu. Menjual informasi dalam format ebook, tidak akan ada kehabisan stok- maka, perniagaan boleh dijalankan tanpa sebarang gangguan sampai bila-bila.
  • Tiada pesaing yang tepat.
    Sekiranya anda mencipta produk informasi, produk itu adalah 100% milik anda dan tidak mempunyai pesaing. Anda menjual produk informasi yang unik tanpa pesaing. Sekiranya anda menjual produk seperti handphone, ipod, buku yang sedia ada di pasaran, atau sebagainya, pastinya, produk-produk tersebut mempunyai pesaing tepat. Orang lain pun boleh jual juga!
  • Menarik minat kumpulan pengguna.
    Sekiranya anda menjual informasi mengenai bercucuk tanam (gardening). Peminat cucuk tanam akan membeli daripada anda sebagai “collection”. Bukan bermaksud, sekiranya mereka sudah memiliki buku gardening yang lain, mereka takkan beli buku gardening sudah. Produk informasi (ebook atau buku) adalah complementary products.Walaupun topik/subjek yang sama, kumpulan pengguna akan masih membeli. Contoh, adakah anda memiliki buku Robert Kiyosaki “Rich Dad Poor Dad” sahaja, atau anda masih lagi membeli buku-buku lain mengenai kewangan? Daripada Azizi Ali, Donald Trump, IK, Chef Li dan sebagainya…
  • Terlalu banyak topik ebook yang belum ditulis- terutamanya pasaran Malaysia!
    masih ada banyak ruang untuk ebook di luar sana, terutamanya untuk pasaran Malaysia. Abook mengenai cara bermain golf belum ada, ebook mengenai cara main sepak takraw belum ada, ebook mengenai mempertahankan diri dengan silat belum ada, ebook mengenai bagaimana wanita boleh belajar skill-skill asas mempertahankan diri pun tiada lagi. Ebook mengenai mencantikkan rumah mengikut citarasa Malaysia pun belum ada. Ebook mengajar graduan bagaimana hendak menghadapi temuduga kerja pun tiada di pasaran… dan senarainya berterusan.Terlalu banyak ebook (berbahasa Malaysia) yang masih belum ditulis. Dan seperti biasa, sekiranya anda pertama di fikiran, anda akan jadi pioneer dan ramai akan ingat anda (seperti yang terjadi pada saya). TETAPI, sekiranya anda bukan pioneer pun, apasalahnya… lihat tip “Menarik kumpulan pengguna” di atas.
  • Boleh menjalankan perniagaan di mana sahaja
    Menjalankan perniagaan menjual produk, anda tidak boleh menjalankannya di mana sahaja (melainkan mempunyai staff untuk uruskan penghantaran). Tetapi, menjual informasi dalam format ebook, anda boleh menjalankan perniagaan di mana sahaja.Dengan membawa laptop, balik kampung raya atau bercuti di luar negara, perniagaan boleh terus dijalankan pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja kerana stok anda adalah file digital. (Teringat saya dulu, masa awal-awal penglibatan saya menjual peta Malaysia di Internet, saya terpaksa bawa beberapa stok peta Malaysia ketika cuti di Venice kerana kalau ada orang buat pesanan, boleh saya terus hantar!)
  • 100% anda yang control
    Mempunyai perniagaan dari rumah is great. Tiada boss, tiada perlu bergantung pada sesiapa, kerana perniagaan 100% milik kita. Sekiranya menjual produk, kita perlu bergantung pada pengeluar, pemborong, penghantaran, dan sebagainya. Pada bila-bila masa sahaja, boleh berlaku kesilapan dan menganggu perniagaan. Menjual informasi berformat ebook, 100% tanggungjawab kita. I like! 🙂
  • Residual income/passive income
    Residual income yang bermaksud buat kerja sekali, pendapatan datang berkali-kali. Apabila kita menulis satu ebook, mungkin mengambil masa 1 bulan, tetapi, kita boelh menjana pendapatan darinya untuk bertahun-tahun akan datang!
  • Terlalu banyak idea = Multiple source of income
    Terlalu banyak idea-idea ebook boleh ditulis. Dalam buku idea saya sahaja ada lebih daripada 10 ebook idea yang saya belum sempat menulis! Ini bererti, simpanan produk kita untuk masa hadapan sudah sedia ada… tinggal tunggu masa untuk menulis sahaja. Ini juga memberi multiple source of income!
  • Kalau tak pandai menulis?
    Belajar menulis… saya sendiri pun bukan pandai sangat menulis. Just look at this blog… bahasa pun berterabur 😉 tetapi, with practice, dan pelajari asas menulis, semua orang boleh menulis (akan ditunjukkan di workshop mini Terhangat di Pasaran). Ada juga cara-cara yang tidak memerlukan kita menulis pun ada.

Berikut adalah antara kebaikan-kebaikan menjual informasi di Internet. Bukan sahaja produk informasi “Terhangat di pasaran”, tetapi juga, memberi berbagai pulangan (bukan sahaja dalam bentuk wang) kepada kita. Makes a perfect home business.

Oleh kerana ramai yang berminat dan mengikut tip saya untuk melakukan kerja & perniagaan dengan pantas di sini, saya pun menetapkan tarikh Workshop mini Terhangat di pasaran seperti berikut…

 

 

Workshop Mini Terhangat di Pasaran, Irfan Khairi
Tajuk: Cara mencipta Produk Informasi (ebook) yang Terhangat di Pasaran dalam masa 30 hari!
Tarikh: Sabtu 25hb Oktober 2008
Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur
Waktu: 9.00am-1.00pm (morning coffee/tea & 1 break)

Kita jumpa di sana!

Oh ya…. harga! 😉

Ni yang selalunya ramai berdebar-debar sebab IK selalu taruh harga tinggi ;). Harga tinggi with great content + u can make money, kira ok la kan? 🙂

Untuk pengenalan dan especially untuk penyokong tip satu minit, saya membuka harga pengenalan special pada RM340 sahaja. Ramai tentu tahu harga Workshop Jutawan Internet saya yang full day berharga RM890. Workshop half day Terhangat di Pasaran pada harga RM340 is a bargain. Less than half price!

Tetapi, tentunya harga ini adalah harga special. Harga special maknanya, harga untuk bekas peserta Workshop Jutawan Internet dan… 10 peserta terawal yang daftar.

Harga sepenuhnya, saya cadang hendak letak pada RM360-RM390… belum decide lagi. Berkemungkinan RM390 kerana “Workshop Mini Hartanah Azizi Ali” adalah pada harga RM390. Jadi, untuk selaraskan harga pasaran… berkemungkinan besar harga Workshop Mini Terhangat di Pasaran juga akan menjadi RM390 sejurus selepas mendapat 10 pendaftaran pertama.

So, harga pengenalan RM340 ini hanya untuk 10 pendaftaran terawal sahaja (tak termasuk peserta Workshop- peserta workshop, bila-bila pun harga pengenalan).

Jumpa di sana! Workshop mini seterusnya belum tahu bila atau akan ada seterusnya bergantung kepada jadual kesibukan saya… so, baik datang yang ini kerana yang ini dah confirm 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

32 thoughts on “Kenapa jual informasi di Internet?

  1. memang bagus product ebook ini..saya pun sekarang tengah menulis untuk ebook seterusnya ini(keuntungan kita boleh dapat 100%)-tapi yang masalahnya,ramai orang di Malaysia ini tidak percaya akan product digital seperti ini-tak tahula kenapa..

    maklum la sapa yang nak percaya kalau tak tengok isi dalam betul tak??.so untuk memepercayakan orang kita perlukan memepercayai ebook kita sendiri-(dalam maksud ini)-Tak gitu IK??.

    saya rasa maybe lepas raya akan publish ebook saya itu..harap dr irfan suka la dengan product ebook saya itu..hehehehe..

  2. Saya minat sangat nak sertai.. 🙂
    Saya nak pergi Mini Workshop dan Workshop Jutawan Internet tu.
    Saya xsabar sangat..
    Saya minat menulis tetapi saya ingin belajar di Workshop mini nie..
    Menulis e-book ni boleh menjana pendapatan..
    Tapi sempat ke saya nak daftar?Saya kna tunggu gaji 28hb nie..
    Arghh sempat ke IK saya nak daftar?

  3. banyak betul kebaikan menjual informasi online dalam format ebook.

    Tapi kenapa harga ebook selalunya lagi mahal drpd buku betul.

  4. tgk tu, tak lokek.. IK siap bagi idea lagi. so anda semua (termasuk saya)mulai sekarang dah boleh siapkan material.

    RSK> IK mmg suka kasi contoh golf

    cheerio

  5. Nampak senang tapi proses awal tu susah jugak , kalau dah complete tu baru lah boleh di automasikan. Apa yang hangat sekarang ni…Jus Manggis Xango pun hangat jugak di pasaran tapi ini produk fizikal laa….

  6. lubuntu > Pada saya, harga ebook kadang-kadang lagi mahal berbanding buku biasa kerana kualitinya.

    Kandungan ebook selalunya fokus untuk menyelesaikan satu masalah, idea penyelesaian yang unik dan banyak menjimatkan masa pembeli (berbanding jika mereka mencari maklumat sendiri di internet).

    Selain tu, biasanya ebook mahal kerana ada bonus dan support system. Which is sangat berbaloi kepada pembeli.

  7. Berminat nak join. Klu boleh nak join w/shop mini yg pertama ni.. Tapi macam ina jugak… esok lusa baru ada ongkosnya… 😉 Tak dapat la nak daftar terus hari ni. Sempat ke agaknya nak daftar dan dpt diskaun RM 50 tu ye? Hmmm…

  8. sy pun kena belajar2 menulis juge kalo macam ni….mmg market Malaysia mmg luas lagi ni….isk2……

  9. TQ for the support… seat discount tinggal 8 sahaja sebab 2 dah signup! 🙂

    Ok, beberapa free gift yang akan diberi termasuk…

    1# FREE : Software untuk membuat ebook secara percuma- e-Writer Pro (bernilai RM50). Rujuk http://www.ewriterpro.co.uk/

     

     

    2# DISCOUNT RM70 sekiranya ingin menghadiri Workshop Jutawan Internet

  10. waah memang betul la setakat ni banyak ebook belum ditulis lagi lagi pun kalau dah ada apa salah menuliskan at least pembaca ada choices tengah buat buku pasal unit trust….tak tau bila boleh siap hehe

  11. Saya setuju dengan Amalia.

    Ebook kadang-kadang boleh jadi
    lebih mahal berbanding buku fizikal
    di pasaran kerana kandunganya yang lebih
    spesifik untuk permasalahan spesifik.

    Support system dan bonus yang releven
    juga adalah faktor kukuh mengapa Ebook
    boleh dijadikan sumber pendapatan sambil
    menyelesaikan masalah orang.

    Ebook dengan niche yang betul pasti boleh
    menghasilkan pulangan yang lumayan. Yang
    penting kita menyelesaikan sesuatu masalah
    dengan passion kita 🙂

  12. Tak rugi kita pergi belajar.
    Sudah pasti banyak informasi yang berguna kepada yang berminat.

    …pelaburan yang tidak merugikan…
    saya dah signup!

  13. “Jumpa di sana! Workshop mini seterusnya belum tahu bila atau akan ada seterusnya bergantung kepada jadual kesibukan saya! so, baik datang yang ini kerana yang ini dah confirm”

    Kena belajar guna ayat ni.Sape yg baca tentu berdebar..Takut terlepas peluang!Hahaha…

  14. Assalamualaikum…

    Penerangan IK panjang lebar tentang kebaikan ebook tu rasanya dah menambat hati saya. Semua yang dikatakan itu sememangnya masuk akal. Namun permasalahan tentang kepercayaan orang kepada produk yang dihasilkan itu memang sesuatu yang akan dihadapi oleh penulis atau bakal penulis. Teruja sungguh saya dengan jalan ebook Mentor Jutawan IK tu. Rezeki Strawberry ke? Syabas pada IK atas kebijaksanaan berusaha.

    Insyaallah jika dipermudahkan dan berkesempatan, saya juga berhajat nak sertai kursus tu. Hari ni last day anak sulung ambil peperiksaan. Past one week saya pun ikut sama belajar sekali (busy tu), rasa macam kita pulak yang ambil periksa. Lepas Raya periksa sekolah agama pula. Once again, saya ambil periksa juga. Lepas tu saya merdeka. Insyaallah saya cuba mengambil kesempatan atas peluang yang dijana oleh IK, MENTOR RAHSIA INTERNET TERHANGAT DI MALAYSIA. Mudahan-mudahan mendatangkan kebaikan. Insayaallah!

    Salam dari Adilla.

  15. Salam Semua,

    Boleh tak IK allocate sometime at the end of the session untuk hands-on for those yang dah ada written subject?

    Kalau tengok masa macam tak cukup sebab banyak nak cover dalamasa 4jam tu tapi bagi yang tak berapa IT savvy dan right-brainer lagi, nak kena hands-on baru faham. Otherwise bila balik rumah stuck lagi. For your kind consideration…

  16. dude, aku pun berhasrat gak nak tulis ebook, tapi aku tkde mase lah. Dan frankly, aku rasa, hanya ebook pasal buat duit paling laku kat internet.. tapi kalo kite sendiri pun x pernah buat duit, camner nak tulis ebook pasal buat duit arh?? Bleh bagi cadangan x??

  17. IK saya dah bayar pun.Mmg xsabar nak pegi.
    Tapi mcm Kak Salmah ckp tu cukup ke masa?
    Klu bleh bt hands-on skli….
    sbb bila blik terus blurrrrrrrr
    Bila IK nak bukak
    forum untuk alumni peserta wokshop?
    Boleh kami berkongsi maklumat

  18. Kak Salmah & Borhan > Actually nak create the ebook, is not an issue. You type the ebook in Microsoft Words (Word Document), lepas tu, convert it menjadi ebook menggunakan software percuma like http://www.primopdf.com (download yang free)

    Majority of 4 hours digunakan untuk generate ideas and also nak dedahkan topik apa yang terhangat di pasaran. check out http://www.rahsiainternet.com/terhangat untuk module-module yang ada. Mostly info & activities.

    Kalau nak hands on pun, hanya memakan masa 5 minit je untuk tunjuk cara convert Microsoft Word menjadi PDF (ebook). So, tak berbaloi untuk hands on.

  19. Quote IK, “Ebook mengajar graduan bagaimana hendak menghadapi temuduga kerja pun tiada di pasaran”

    Alhamdulillah, saya sudah berjaya menyiapkan e-buku Tip Karier untuk Wanita Moden. Ia adalah menjawab saranan Tuan IK. Berbeza dengan buku lain, ia mendedahkan rahsia calon temuduga yang berjaya menggunakan kaedah booksmart dan street-smart.

    Terima Kasih Tuan IK atas saranan. Ini menjadi buku ke sembilan saya di pasaran.

    Pra-pelancaran E-buku Tip Karier Untuk Wanita Moden di pautan ini;

    http://motivasimindamu.blogspot.com/2008/09/tip-karier-untuk-wanita-moden.html

    ZAMRI MOHAMAD

Leave a Reply

Your email address will not be published.