Nabi Muhammad (s.a.w.) sebagai usahawan muda

Pasti anda tahu bahawa Rasulullah saw adalah seorang usahawan. Tahukah anda baginda sudah bermula sejak berumur 12 tahun?

Di bawah jagaan Abu Talib, Rasulullah saw telah mula mengikut Abu Talib berniaga sehingga ke Syria. Abu Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Ketika itu baginda dikenali sebagai “Al Ameen”, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.

usahawan

Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul!) ketika berumur 25 tahun.

Apa yang diniagakan oleh baginda? Ianya termasuk, herba, kain, wangian, kismis, kurma, dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada. Ada satu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperolehi keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama- ini menunjukkan kehebatan baginda dalam berniaga!

Semoga boleh menjadi inspirasi kepada kita semua dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan dengan sempurna. Jadilah seorang usahawan Al-Ameen!

Sekiranya anda berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan, perniagaan melalui Internet adalah pilihan ramai pada zaman ini. Program 6 bulan Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama pakar perniagaan Internet #1, Irfan Khairi telah mendapat sambutan yang hebat dan berjaya melahirkan ramai usahawan-usahawan Internet berjaya oleh kerana bantuan dan bimbingan yang diberikan sepanjang tempoh program.

Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut dan daftar untuk pengambilan seterusnya, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

41 thoughts on “Nabi Muhammad (s.a.w.) sebagai usahawan muda

  1. Salam IK!

    Sepatutnya kita semua sudah bermula dari awal apabila ingin menceburi bidang bisnes ni. Sebab apa, kisah bisnes Rasulullah SAW ini sudah kita ketahui sejak dari bangku sekolah lagi dan ianya telah di ulang banyak kali oleh ustaz-ustazah di kaca t.v.

    Sebab apa kita tidak terlintas untuk mengikuti jejak nabi? Sebab kita mendengar hanya untuk mengetahui cerita sahaja tanpa menghayati maksud penyampaian cerita itu.
    Jadi, apa lagi teladanilah cara bisnes nabi nescaya kita akan berjaya dan bisnes yang dijalankan lebih berkat….

    Sebelum saya lupa, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya ‘idul fitri kepada IK sekeluarga dan rakan-rakan semua!
    Maaf Zahir Batin. Wassalam.
    http://www.glowglokal.com

  2. Sesungguhnya contoh insan terbaik dalam kehidupan kita ialah Nabi Muhammad (S.A.W). Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan dalam kehidupan kita.

    Saya jugak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada IK sekeluarga termasuklah semua pembaca Tip Satu Minit. Maaf Zahir Batin.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  3. Salams,

    Saya pernah cari informasi tentang Rasullah sebagai peniaga tetapi very limited. Selain daripada status “Al Ameen”. Butir-butir lain seperti perjalanannya hingga ke negeri China tidak ada yang ditulis. Pernah dengar pasal ni tapi tak tahu sahih ke tak. Nak baca juga kalau ada details-details kan.

    Tetapi yang saya lagi tahu bahawa rakan-rakannya seperti Abu Bakar dan seperti dikatakan isterinya Khadijah adalah antara peniaga yang lagi hebat, maka mereka juga boleh menjadi rujukan untuk memahami cara-cara berniaga..

    Selamat Hari Raya…
    Saya tak ada Kampong ah..hehe..Hari Raya kat Singapore jer!

    Fadzuli
    http://www.fadzuli.com

  4. kejujuran dalam perniagaan adalah sesuatu yang tidak boleh ditukar dengan apa sekalipun.

    kadang-kadang kerana keuntungan yang sedikit kita korbankan kejujuran kita tetapi ingatlah itu akan mengorbankan kita sendiri akhirnya.

    jadi, sentiasalah berlaku jujur kepada diri sendiri mahu pun orang lain.

    Selamat Tinggal Ramadhan,
    Selamat Datang Idul Fitri Al Mubarak.

  5. Betul, cara hidup Rasulullah saw memang patut kita contohi. Semua sahabat baginda berjaya kerana mereka mengikuti sunnah Rasulullah saw. Itu menunjukkan bahawa, setiap sunnah Baginda pasti ada kejayaan 🙂

    Oleh itu, marilah sama-sama kita mengikuti cara hidup Nabi Muhammad saw. InsyaAllah berjaya dunia dan akhirat. Amin.

    Last but not least, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Kullu aa’min wa an tum bikhair

    Daripada, semua warga kerja MajlisImpian.com.

    p/s: IK, i luv the word “impian” too..ha-ha

  6. haa..ada lagi satu,

    korang dah tengok belum iklan raya petronas?
    mungkin iklan tu boleh juga ditujukan kepada semua usahawan internet..ha-ha

    Moral daripada iklan tu:
    Kalau kat kampung nanti takde line internet, jangan la sampai nak tidur kat pekan pulak..Bisnes, bisnes jugak..tapi, family tetap no 1.

    Utk raya ni, kita cuti dulu ye..sehari ke – 2 hari ke – 7 hari ke..hehe..raya sakan tahun ni 🙂

  7. Salam IK dan semua..

    Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah sebaik2 mentor utk dijadikan idola dalam segala bidang..

    IK,

    Saya nak minta izin utk menjadi PIONEER yang promote Program IMPIAN – Perniagaan Telekomunikasi U Mobile di sini.. 🙂

    Akhir kata, buat IK sekeluarga dan semua pengunjung setia di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Meneruskan Ibadat Puasa & Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

    -HAFIZ=

  8. erm…

    sebut fasal impian ni, saya punya impian setahun dari sekarang pendapatan bersih
    rm2,000-rm3,000/month.

    sudah tentulah ia berkaitan dengan internet, hehe..

    rasanya saudagar muslim di dalam bidang ini yang berjaya tidak begitu ramai,apa kata kita sama-sama mengisi kekosongan ini.

    Selamat hari raya kepada IK, dan semua pembaca setia blog anda..

    Maaf ZAhir Dan Batin..

    ps:jangan lupa bayar zakat ye……

  9. Salam,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

    Sesiapa balik kampung tu, pandulah berhati-hati. Baginda Rasulullah saw pernah bersabda, Jika menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China kerana disana terdapat ilmu yang hebat-hebat.

    Abang Taib.

  10. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Selamat Hari Raya AidilFitri
    Buat IK Dan Semua Rakan Usahawan

    Dunia perniagaan adalah dunia yang dipenuhi dengan rezki yang melimpah ruah.
    Tepat sekali apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w ” Sembilan persepuluh rezeki itu terletak di dalam perniagaan”.
    Semoga Ramadhan ini akan menguatkan lagi semangat kita semua untuk berjaya dalam apa jua perniagaan yang sedang kita lakukan….

    Maaf Zahir & Batin…

    .

  11. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PENGUNJUNG TIP 1 MINIT IRFAN KHAIRI 😀

    COMMENT FREE – THANKS

  12. Assalamualaikum,

    Rasulullah S.A.W dan Siti Khadijah patut
    dijadikan contoh oleh semua golongan usahawan
    terutamanya umat Islam itu sendiri.

    Mudah-mudahan kita juga berjaya seperti
    baginda dan isteri. Amin.

    Akhir kata, Selamat Menyambut Aidlfitri buat
    IK sekeluarga dan semua pembaca.

    Maaf Zahir Batin jika ada salah dan silap.

  13. Betul tu. Nabi MUhammad SAW merupakan salah seorang ikon usahawan yang perlu kita contohi. Lagi satu, selamat hari raya kepada Ik. Jangan lupa bagi duit raya, maklumlah kan jutawan

  14. Memang Nabi Muhammad SAW itu Uswah terbaik untuk kita, Baginda rasullullah menunjukkan bahawa etika dan kebijaksanaan berniaga terbit dari akhlak yg terpuji dalam diri yg sememangnya terbentuk sejak kecil. Mengigatkan saya juga bahawa kita sebagai umat islam punya role model terbaik sepanjang zaman. Thanks IK…selamat hari raya..

    http://www.kisahjutawan.blogspot.com
    ~Jadikan Mimpi Satu realiti~

  15. Selamat Hari Raya kepada IK dan keluarga, tak lupa juga buat rakan-rakan dan usahawan IT yang sama=sama menyumbang idea dalam blog tip 1 minit ini..

    Berhati-hati dijalan raya..:)

  16. Salam Eidulfitri buat SEMUA! Semoga berjumpa lagi..Hati2 dalam beraya..!

    Abu Gibriel

    ps1: Sifu, nak makan lemang, moh le ke ghumoh teman di Sayong Tengah..
    ps2: Bro Razzi tok buat tapei ko tahung nih?

  17. Antara entri yang ramai memberi respon sempena Eid.

    Tuan IK dan rakan-rakan,

    Salam Aidilfitri kepada semua.

    Mohon maaf atas kesalahan dan kesilapan saya di alam siber ini. Mohon dihalalkan apa jua yang dihulur dan diambil sepanjang perkenalan.

    Mari kita doakan kejayaan sesama kita dengan kejayaan impian di dunia dan kejayaan di akhirat.

    Salam Aidilfitri daripada penulis tempatan, ZAMRI MOHAMAD kepada Tuan IK dan rakan-rakan dihormati.

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis tempatan
    http://www.zamrimohamad.com

  18. Suka betul saya bila membaca tip-tip perniagaan dari zaman Rasulullah ni kan. Dan banyak pula konsep perniagaan yang dilakukannya, ditiru pula oleh orang bukan Islam. Bangga saya jadi umat Nabi Muhammad s.a.w!

    Hj Hayat : Tahun ni tok buat tapei ko, gapo pun tok buat. Open house pun dok… sibuk benar doh rasonyo, demo kelik talipong kawe deh! Kita gi make di kbmall lah. Kedai nasik berlauk tok bukok, coti bohh!

    Kawe bawok dok Sifu Ik gi tepak kawe. Bawok demo lah pulok 😆

  19. ASSALAMUALAIKUM KPD SEMUA,

    Untuk renungan bersama,

    Bila berkahwin lebih drp 2,mungkin 3 mungkin 4-jwbnya nak ikut sunnah Nabi Muhammaad S.A.W (Tp kalau berkemampuan apa salahnya)

    Persoalannya…Kenapa kita tidak@jarang berfikir dan berkata begini-Aku nak berniaga nak ikut sunnah(ikutan/cara) Nabi?

    Saya ambil Mafhum drp Hadis Nabi kita lebih kurang begini “sebaik2 pekerjaan adalah drp hasil usaha sendiri”(kalau ada silap/salah bole beri teguran)

    Semoga bulan Ramadhan ini menjadi titik permulaan untuk menukar mindset kita mebuat sesuatu perniagaan yang diberkati Allah.

  20. ALHAMDULLILAH..Lama dah cari tips-tips perniagaan internet ni(jumpa pun web ni)

    TO:Bro Irfan Khairi-u are my idol

    P:S-Cita-cita saya pun nak jadi “JUTAWAN INTERNET”

  21. Contoh teladan baik atau “uswatun hasanah” memang telah ditunjukkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Tahniah IK jd duta,i want to do henna,hehe. Salam aidilfitri buat IK n family serta pembaca blog ni,Semoga RAMADHAN memberikan pengajaran buat kita semua.

  22. salam…
    boleh x terangkn tentang sejarah perniagaan islam iaitu sebelum n selepas kedatangan islam…pas2 mcmne perniagaan islam semasa zaman rasulullah s.a.w n semasa zaman para sahabt…

  23. Semua riwayat itu jelas menunjukkan yang Nabi Muhammad SAW memulakan pekerjaan sebagai pedagang pada peringkat awal kehidupan bangida. Bangida juga mungkin memulakan pekerjaan itu dengan modal yang kecil.Setelah mendapat pengalaman dan menempa nama sebagai peniaga yang jujur (al-Amin),bangida ditawarkan peluang berniaga dengan menggunakan modal orang lain seperti yang dilakuan kepada Khadijah (r.a).Selain itu,Nabi Muhammad SAW pernah bekerja sebagai penggembala kambing bagi penduduk Makkah untuk mendapat sedikit upah ketika masih kanak-kanak lagi. Kemudian bangida menjalankan perniagaan Khadijah(r.a) dan bangida di beri seekor unta sebagai kenderaan pada setiap perjalanan ke kota Yaman yang berdekatan.Itulah kelebihan dan peribadi mulia Nabi Muhammad SAW yang patut dicontohi.Bangida bekerja dengan penuh tekun dan sabar.Semua kerja yang bangida lakukan itu membentuk keperibadi yang unggul. Dan satu lagi contoh yang ada pada Nabi Muhammad SAW paling amanan dan jujur dalam menunaikan janjinya.

  24. Rupa2nya modal paling penting dalam berniaga adalah jujur , boleh diharap..dan dipercayai! Susah oooo mau dapat….

Leave a Reply

Your email address will not be published.