puas hati

Pelanggan perniagaan yang berpuas hati

Salah satu strategi pemasaran perniagaan kita adalah pemasaran mulut-ke-mulut, atau word-of-mouth- di mana ianya adalah strategi yang percuma dan datangnya dari pelanggan-pelanggan yang berpuas hati. Ianya dikatakan juga, 60% daripada keuntungan sesuatu perniagaan, datangnya daripada promosi mulut-ke-mulut yang positif.

Promosi sebegini hanya boleh dicipta dengan melahirkan rasa puas hati daripada pelanggan.

Pelanggan bergembiran dengan belian yang dilakukan, gembira dengan bantuan yang diberikan, dan merasakan mereka melakukan keputusan yang amat baik. Perasaan yang lahir dalam hati ini akan membuatkan mereka tergerak untuk kongsikan pengalaman dan keputusan belian mereka bersama rakan-rakan dan keluarga.

 

puas hati

Sebagai usahawan, kita perlu ingat bahawa perniagaan bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata. Tetapi, perniagaan juga adalah bertujuan untuk memberi kemudahan dan membantu mereka yang membeli.

Banyakkan senyuman ketika berniaga, di riwayatkan Rasulullah juga ketika berniaga amat murah dengan senyuman dan berlaku adil kepada semua pelanggan. Seraya mengakibatkan perniagaan baginda laris disambut pelanggan.

Istilah “customer is King” sering kali digunakan di buku-buku perniagaan barat. Lebih lagi, kita perlu melakukan tuntutan konsep persaudaran dengan Islam bersama pelanggan-pelanggan kita.

Dalam perniagaan, sekiranya pelanggan tidak puas, maka untung perniagaan kita juga tidak akan puas!

**********

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

6 thoughts on “Pelanggan perniagaan yang berpuas hati

  1. Setuju dengan IK. Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah. Dalam perniagaan juga kita perlu banyak memberi. Lagi banyak kita beri, lagi banyak yang akan kita terima. 🙂

  2. Pelanggan yang berpuas hati akan menjadi aset perniagaan. Pelanggan yang makan hati akan menjadi liabiti yang boleh meruntuhkan reputasi perniagaan kerana rangkaian info “kawan aku kata …” .Ini akan sentiasa meniti bibir pelanggan-pelanggan lain.

  3. Betu tu IK.. Saya setuju.. Pelanggan mesti kita utamakan dalam perniagaan.. Ingat pepatah barat yang mengatakan “Customers always Right”

    jadi kenalah jaga hati pelanggan.. Kalau hati mereka senang Insya Allah mereka akan menjadi pelanggan tetap kita..

    Saya rasa itu yang dilakukan oleh ramai peniaga Cina sehingga membolehkan perniagaan mereka berkembang..

    Mereka tidak lokek untuk menurunkan harga apabila sesi tawar menawar berlaku, bagi menjaga hati pelanggan..

    Saya pernah mendengar satu petua Orang Cina:

    Peniaga Cina akan menjaga hati pelanggan pertama mereka pada setiap hari.. Mereka percaya dengan menjaga hati pelanggan pertama, rezeki mereka akan terbuka pada hari tersebut..

    P/S: jadi kalau nak beli barang dengan harga yang murah, pastikan anda sampai lebih awal daripada orang lain ke mana-mana kedai peniaga Cina ..

  4. Baru – baru ini, saya terbaca komen ketidakpuasan hati pelanggan kerana dia merasakan ditipu oleh penjual produk.

    malang sungguh si pembeli itu….

    Saya setuju dengan IK, â€customer is King”. Tanpa pembeli siapalah kita. Jika pembeli berasa puas hati dengan produk dan layanan yang diberikan, sudah pasti kredibiliti dan jualan akan meningkat.

    Apa yang penting, kita mesti hormat dan melayan kerenah pelanggan yang pelbagai ragam itu jika ingin berjaya. 🙂

    Hanaffi Idris
    http://hanaffiidris.com
    Blog Usahawan Dan Perniagaan

  5. betul tu, dalam semua perniagaan pelanggan adalah aset. mereka juga boleh jadi pelanggan yang berulang-ulang jika mereka sangat berpuas hati dengan servis perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published.