Buat duit menggunakan blog Bahasa Malaysia

Dengan menggunakan blog sahaja, anda juga boleh menjalankan perniagaan Internet. Ramai kenalan saya yang makes a good living daripada blogging. Pendapatan beribu hingga berpuluh ribu pun ada.

Kalau blog berbahasa Inggeris, agak besar peluang untuk menjana pendapatan oleh kerana terdapat banyak program affiliate dan program pengiklanan yang boleh disertai. Tetapi, bahasa Melayu bagaimana?

3 cara menjana pendapatan melalui blog:

  • Jual produk atau perkhidmatan sendiri
  • Sertai program affiliate (agak limited pilihan untuk blog melayu di kalangan how to make money products)
  • Letakkan iklan di laman web (contoh: iklan di sebelah kanan browser anda ini —->)

Anda boleh mulakan perniagaan Internet terus daripada blog dengan menjual produk & perkhidmatan anda sendiri. Contoh: Klik di sini untuk mukasurat jualan buku Nota Jutawan:Nota Motivasi dalam blog ini. Tak perlu ada laman web yang khas untuk menjual. Terus dari blog pun boleh 🙂

Juga, sebagai peringatan, sekiranya anda tidak mempunyai produk sendiri (seperti buku), tak salah untuk anda beli dari pemborong atau penerbit apa sahaja yang anda ingin jual, dan jualkan semula di blog. Contoh, beli buku Nota Jutawan dari penerbit telaga biru, mungkin dapat 40% diskaun, kemudian jual semula di blog anda. Atau, beli ukiran Al-Quran dari pasar borong Nilai, kemudian jual semula di blog anda.

Pendapat saya, untuk maksimakan pendapatan melalui blog berbahasa Melayu, dapatkan produk atau perkhidmatan untuk anda jual terus melalui blog. Saya juga kenal blogger yang menjual barangan 2nd hand dari rumahnya (atau yang dijumpa di tempat2 bargain) terus melalui blognya!

Untuk menambahkan pendapatan melalui blog Melayu anda, sertai juga program affiliate dan letakkan iklan!

Bagi anda yang mempunyai blog berbahasa Melayu, apa kata kongsikan cara anda menjana pendapatan? Kalau boleh, sebutkan lebih kurang berapa pendapatan pun ok gak supaya mereka yang baru dalam dunia blogging dapat inspirasi & motivasi untuk jadikan blog sebagai sumber pendapatan.

ps: Workshop Jutawan Internet. Pelajari Cara Memulakan perniagaan Inetrnet yang Menguntungkan dari Rumah dalam masa 7 Hari. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

41 thoughts on “Buat duit menggunakan blog Bahasa Malaysia

  1. iya benar sama, sekali. dengan menggunakan blog pun boleh menghasilkan pendapatan.jika masih belum mempunyai laman web khusus untuk menjual, gunakan saja blog.ia mudah

  2. Salam IK & pembaca Tips 1 minit,

    Saya sebagai blogger yang baru rasakan pasaran blog dalam BM kurang kalau dibandingkan dengan blog dalam BI terumata dalam bidang yang saya ceburi iaitu career marketing (pemasaran kerjaya).

    Disebabkan pasaran kerjaya kebanyakannya dalam BI, sebab itu saya menceburi dalam blog BI untuk membina credibility dulu sebelum saya menyediakan service kepada potential customers saya.

    Alhamduliah, pada 12-July ni, saya dijemput untuk memberi career talk kepada student UITM di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Semoga saya berjaya dalam bidang ini, InsyAllah.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  3. untuk blog bahasa melayu,kalau letak iklan google adsense, ianya memang agak kurang berhasil..

    oleh itu, cara paling mudah.. adalah dengan menjual ruangan iklan secara direct..

    maksudnya.. jual sendiri, tanpa menggunakan third party program macam google adsense dan sebagainya.

    errmm.. kalau pembaca-pembaca blog ini nak tahu lebih banyak lagi kaedah buat duit dengan blog, mungkin boleh dapatkan buku “Rahsia Blogger”.. ops!

  4. shuth, boleh kongsikan tak di sini bagaimana cara terbaik nak charge untuk jual iklan secara direct especially untuk web melayu? monthly or CPM?

    kalau monthly/cpm berapa ya?

    sambil2 tu saya sedang “cuba test” keberkesanan nuffnang di blog ini. nanti saya akan kongsikan resultnya.

    mudahan IM lain juga turut kongsi pengalaman di sini… tq!

     

    -ik

    ps: shuth, dah reply email shuth rgrding gath WC 2-3 kali, tapi bounce.

  5. Salam IK,

    Saya adalah ahli MIBO dan sedang berusaha memasarkan produk2 MIBO secara online. Buat permulaan, saya gunakan laman Web tersebut untuk promosikan produk dan menerima permohonan secara online. Setakat ni hanya siap utk produk VOIP. Insya Allah yg lain akan menyusul.

    Dan selepas ini, saya memang bercadang menambah pendapatan saya melalui Internet, dan salah satu idea yg terlintas adalah menyediakan ruang iklan berbayar di laman Web. Selain itu, saya sedang usahakan juga Program Affiliate bagi produk2 MIBO yg terpilih.

    Terima kasih kpd IK, kerana sebab anda sebagai duta, saya tergerak utk join MIBO. Dan setelah join MIBO, seolah terbentang jalan utk saya memulakan perniagaan Internet. Saya dah lama berminat nak mulakan tapi sebelum ni tiada idea & produk untuk dijual. Nampaknya saya dah mulakan langkah pertama dalam perniagaan Internet.

    Terima kasih IK.
    p/s: Ingat lagi tak, kita pernah bergambar semasa taklimat MIBO di KL Hilton bulan lepas 🙂

  6. Jika ingin menambahkan pendapatan melalui blog Bahasa Melayu anda…

    Perkara pertama yang perlu dibina adalah KREDIBILITI dan juga kandungan Blog yang MENARIK yang dapat menarik TRAFIK yang Tinggi ke blog anda…

    Hasilkan juga bahan promosi secara percuma untuk menarik traffic ke blog anda seperti ebook atau info yang berguna ..

    Jika tidak …tiada guna anda sertai program affiliate dan letakkan iklan di Blog anda…kerana tiada pelawat yang berminat ke Blog anda…

    Tiada pelawat maka tiadalah hasil yang anda dapat daripada IKLAN tersebut…

    Salam kekayaan,

    THINKERICH
    http://www.PemikirKaya.com
    Motivasi kekayaan, kewangan & Peribadi

  7. Tuan IK, setakat pengalaman kecil saya Nuffnang adalah salah satu iklan berbayar yang berkesan.

    Sebagaimana digalakkan oleh Tuan IK, izinkan saya berkongsi petua buat duit daripada blog.

    1. Bahagian kanan blog disenaraikan khidmat atau servis yang ditawarkan.

    Jika ada blogger berkemahiran dalam bidang tertentu, inilah ruang tetap yang sesuai digunakan. Ia juga tidak terganggu dengan perubahan entri.

    Paling penting cara menghubungi perlu mudah, servis yang ditawarkan jelas dan berfokus.

    Saya kira ramai yang sudah melakukan kaedah ini termasuk saya selaku jurulatih penulis bebas, ia masih menunjukkan hasil yang baik.

    2. Selain buku-buku saya tulis, saya membantu rakan menjual buku-buku tulisan mereka di blog saya dan dibayar komisen bagi setiap pesanan yang dibuat.

    Saya menghasilkan blog buku bagi jualan setiap judul buku. Contohnya saya lakukan di http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com dan bisnesmamak.wordpress.com

    Saya dapati ia mudah dikesan search engine apabila ada kemaskini entri dari masa ke semasa berbanding laman web sendiri.

    Jika sudah terlalu banyak produk mungkin dapat gunakan shopping cart seperti Zen Cart.

    3. Jualan iklan dalam blog amat membantu, tetapi carilah klien yang selari dengan konsep blog yang diperkenalkan.

    Ini membantu menjadikan blog lebih kemas. Susunan iklan juga perlu diambil kira bagi mengelakkan keadaan ‘semak’ dalam blog.

    4. Saya mengenali seorang OKU yang menjual iklan dalam blognya. Malah beliau menjadikan entri di blog sebagai orang tengah.

    Sebagai contoh, apabila beliau menulis mengenai penternakan arnab, beliau mengenalpasti siapa yang terlibat dalam bidang berkenaan.

    Apabila ada yang bertanya mengenai bidang itu, blogger OKU ini akan menghubungi penternak berkenaan dan dihubungkan dengan individu berkenaan.

    Blogger OKU mendapat komisen daripada jualan yang dibuat oleh penternak itu.

    Insya Allah, jika ada lagi idea-idea dari rakan-rakan sekitar akan saya kongsikan.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.motivasimindamu.blogspot.com

  8. Saya bukan nak share pengalaman blogging..
    Tapi saya nak share pengalaman bekerjasama dengan blogger..

    Apa yang boleh saya belajar setakat ini,

    Satu strategi untuk meningkatkan jualan produk, pemilik website/minisite (esp) WAJIB ada sistem affiliate.

    Apabila kita ada sistem affiliate, pemilik blog akan berbondong-bondong datang mendaftarkan diri. Dan secara otomatik, kita dapat publisiti free di merata-rata tempat.

    Pemilik blog di Malaysia kebanyakannya lebih suka sertai sistem affiliate yang free. Sebabnya, kedua-dua pihak (pemilik web dan blog) akan win-win, dan proses untuk menjalinkan kerjasama sangat mudah.

    Saya nampak perbezaan yang ketara berlaku dalam jualan e-Book saya apabila, blogger ke-2 paling popular di Malaysia menjadi affiliate partner saya.

    Bukan sahaja menambah jumlah pelanggan, malah turut menambah askar yang sibuk buat duit untuk saya.

    Sekadar perkongsian.

    -MI-

    p/s: Sokong shuth..Rahsia Blogger Smart Usaha memang disyorkan 100%

  9. Salam,

    Rasanya dengan menawarkan program membership kepada pengunjung blog yang berminat. 🙂

    Sesiapa yang pakar dalam sesuatu bidang, kongsikan kepakaran di bidang mereka dan
    mengenakan sikit caj kepada ahli-ahlinya.

    Sekian.

  10. bagi blog berbahasa melayu, untuk mendapat income dari iklan & affiliate agak sukar.

    contoh blog berbahasa english yang pendapatan $30,000 sebulan. banyak… memang banyak. tetapi, secara purata blog tersebut mendapat 1,000,000 pelawat (page views) sebulan.

    –> katalah blog anda berbahasa english pun, dan pelawat anda 100,000 sebulan (3,333 sehari). kemungkinan pendapatan anda dalam lingkungan $3,000 sebulan

    –> tetapi, kalau laman anda hanya 1,000 pelawat sehari, mungkin sebulan pendapatan dalam $900 (RM2,700)

    *angka di atas sekadar contoh berdasarkan research awal- bukan definite*

    untuk blog berbahasa english, to make significant amount of money from affiliate & iklan, perlu lebih 1,000 visitors perday.

    untuk blog berbahasa melayu, saya masih research & eksperimen 😉

    any IM yang boleh kongsi maklumat mereka juga amat dihargai 🙂

    -ik

    ps: saya sedang fikir bagaimana hendak jadikan blog berbahasa melayu juga boleh buat a good/great income.

  11. Kebetulan saya telah lancarkan laporan percuma mengenai menjana pendapatan dengan Nuffnang di blog saya http://www.noorizamshah.com

    so far dari pengalaman saya sendiri, jika kita mempunyai blog berbahasa melayu anda pendapatan yang boleh kita hasilkan ialah:

    1. iklankan produk affliate
    2. pasang iklan ads network tempatan
    3. buka ruangan iklan diblog.
    4. berikan servis dan perkhidmatan
    5. jual produk sendiri

    Walau apapun, traffik ke blog memainkan peranan untuk kita menghasilkan pendapatan melalui blog.

    🙂

  12. noorizam, thanks for the info. boleh kongsikan pendapatan RM noorizam tak melalui blog- banners, links & affiliate?

    dari semalam takde siapa nak kongsikan pendapatan 🙂

    -ik

  13. saya kurang arif tentang perkara ini, isnt blog page meant for journal, share stories, pictures..etc

  14. Saya telah buat seperti apa yang IK katakan iaitu menjual produk sendiri, produk affiliate dan iklan nuffnang.Iklan adsense gagal dipaparkan. Walaupun baru 2 bulan beroperasi tetapi menampakkan kesan positif kepada pertambahan senarai mailing list saya. Trafik agak slow, dalam lingkungan 250 dalam masa 2 bulan. tak macam norizam 700-1200 sehari. Pada pendapat IK adakah kadar trafik blog saya ini yang paling teruk untuk blog berusia 2 bulan………ARB Dagang

  15. sy pun letak iklan dkt blog tp still x menjd mane lagi ni…
    byk kekurangan lagi ni.huhu…

  16. Erm.. cikgu saya menjual keris melalui blog.. Blog percuma pulak tu ha ha ha! Untung bersih hasil jualanya RM2k seminggu. Tu dulu, mungkin sekarang dah meningkat kot 🙂

  17. hye,

    tersangat-sangatlah setuju dengan apa yang dikatakan oleh Irfan Khairi.

    Saya sekarang masih mengendali blog berbahasa melayu iaitu http://jeniriamir.com dimana blog tersebut memberikan tip2 percuma terus daripada penulis prolifik Jeniri Amir.

    Beliau, iaitu bapa saya sendiri sudah banyak menulis buku. Di Sarawak khususnya, banyak pembeli buku beliau, begitu juga di Semenanjung Malaysia.

    Namun, niat saya untuk membantu dan juga dalam masa yang sama, untuk mendapat komisyen daripada setiap buku yang dijual. Maka saya memulakan langkah dengan mendaftar domain JeniriAmir.com

    Satu bulan pertama, memang tiada maklum balas. Pada bulan ke2 baru menunjukkan hasil. Pembaca blog mulai membeli buku tulisan Jeniri Amir. Saat itu, saya rasa amat gembira kerana mendapat wang pertama berurusan melalui internet.

    Sehingga kini, pembaca blog terus-terusan memnempah buku. Dan saya juga telah meningkat taraf blog beliau dari blogspot.com(sebelum ini saya riderect kerana tidak mahir langsung dengan wordpress.org) ke wordpress.org di cpanel.

    Cuma, yang saya harapkan lebih ramai pengguna-pengguna internet di Malaysia lebih terbuka untuk berurusniaga di dalam internet. Sungguhpun terdapat Scam atau Penipu di dalam dunia internet, namun tidak kurang bezanya dengan urusniaga secara offLine.

    Sekarang, saya juga membuat blog sendiri iaitu http://ShockingHomeBusiness.com Kebanyakkan mengenai Offline Marketing dan sedikit Internet Marketing tips.

    Terima Kash, maaf untuk perkongsian yang tidak seberapa.

  18. bagi anda yang inginkan panduan percuma meletakkan iklan nuffnang macam blog IK ini, boleh dapatkan di blog saya. saya edarkan percuma je 🙂

    Semoga ilmu ini dapat membantu kalian menjana sen yang pertama untuk anda.

    Biarpun sen yang pertama, setidak-tidaknya ia memotivasi anda untuk mendapatkan sen yang seterusnya melalui penyertaan yang sah!

    p.s: harap pembaca IK setuju dengan pendapat saya. 😀

  19. Salam Bro Irfan..saya baru lagi dalam dunia blog, pendapatan saya takla sebanyak mana.Dengan blog dapatla kira2 $200 USD sebulan..site income ajer..Semuanya hasil dari google adsense dan adbrite. Nuffnang masih dlam kajian jugak..web melayu pun baru nk establish..susah nak cakap performance blog bahasa melayu..tapi bagi saya, blog english lagi menguntungkan..

  20. Saya ni sebenarnya tersesat masuk blog IK ni. Tak berapa tau apa ke bendanya yang you all semua bualkan ni. Macam sembang pasal buat duit ni… boleh saya join sama? Saya ni hanya peminat dan pembeli tetap buku2 baru sifu IK. Agak-agak orang yang kosong knowledge pasal bisnes internet ni boleh jana apa-apa pendapatan ke satu hari nanti?

  21. Salam IK, Shueqry here..

    Saya juga sedang mengkaji potensi lain untuk menjana income tetap melalui minat menulis blog, terutama topik motivasi.

    Saya dah pernah menjual ruang iklan. Tapi yang membeli iklan kat blog tu adalah blogger dari niche lain, bukan motivasi.

    Saya juga pernah meletak link affiliate, tetapi salesnya kurang memberansangkan. Tak banyak produk digital tentang pembangunan diri dlm BM.

    Blog saya juga pernah diletak iklan Nuffnang, tapi tak ada iklan yang keluar! Tak taw sebab apa, maybe sebab tak ada advertiser dari niche motivasi untuk blog saya.

    Ataupun, ini petunjuk untuk saya gali potensi lain.

    Sponsorship, maybe? Tak pernah lagi ada mana-mana blogger melakukannya terutama yg menulis dalam BM.

    Blog saya dah ada lebih 1290++ Rss Feed subscribers, cuma saya kurang tahu apa lagi cara nak monetize blog tu .. the number gets bigger day by day!

    Anyone can help? Thanks!

    -Shueqry-

  22. Saya mula dpt exposal psl blog ni dah setahun tp satu sen pun xdpt. Kenapa? Saya byk blajar pslnya umpama beli system GPS tp yg sedihnya langkah pertama saya amat kecil dan tertangguh je. tp sejak saya tengok banyak org berjaya dgn blog ni saya bersemangat balik. positif-positif dan terus melangkah.

  23. Alhamdulilah memang blog bahasa Melayu membuahkan wang ke Bank saya belajar juga tips dari abang irfan khairi walaupun income tak cecah lebih RM5000 sebulan namun saya mampu mendapat lebih income 3 angka sebulan terima kasih abang irfan khairi Bagi saya bukan setakat produk sendiri tapi juga artikel yang memaparkan kebolehan yang memberi kepercayaan pada pengguna internet

  24. I’ve been promoting my biz blog for about 7 months through free classified and I’ve my Google adsense in my blog, tapi sampai hari I belum dapat apa-apa pendapatan dari biz blog. Bolehkah IK bagitahu macam-mana dapat traffic banyak?

  25. salam..

    cara terbaik untuk dptkan traffic ialah dgn buat blog tentang download.xkisah la download apa pn..sbb org skarang suka download lagi dr membaca..itu pandangan aku la..hehe..alhamdulillah..income g.adsense aku pn dh mngkat dr smasa ke smasa..hope leh dpt chek lebeh skit dr google..doa2 la ya..

    http://www.lunaih.blogspot.com

  26. Tidak betul jika rakyat Malaysia di ajak melihat betapa bahasa ibunda di negeri-negeri German, Korea dan Jepun mampu menjadikan negara dan rakyat negara-negara tersebut maju dan sofistaked. Ingat, itu bahasa ibunda mereka, bukan bahasa Melayu kita. Kita sepatutnya melihat apakah betul pesatnya ekonomi, sistem perdagangan, sistem kewangan dan perhubungan antarabangsa negera jiran kita yang JUGA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU – INDONESIA. Tidak kemana hebatnya pencapaian dan prestasi Indonesia yang menggunakan Bahasa Melayu itu walalupun digunakan dengan meluas. Nah, buktinya depan mata, bahasa Melayu dahulu kala memang hebat hanya untuk perdangangan zaman silam dahulu kala seperti jual beli cengkih, kayu cendana, damar, beras, gambir dan candu [antara lain], tetapi janganlah dikatakan perdagangan dahulu itu sama kompleksnya dan rumitnya dengan sistem ekonomi hari ini.

    Untuk syok sendiri, bolehlah Malaysia pakai Bahasa Melayu bagi maksud maksud persurantan dengan jabatan Kerajaan, dan jualan jualan gerai kecilan ala berniaga seperti di zaman Melaka itu bolehlah bahasa melayu ‘thrive’. Tetapi maaflah, bukan zaman derivatives, futures market, takeovers and mergers dan buku manual membaiki enjin kapalterbang Airbus A380 [nak manual enjin kapalterbang tu pakai BM? Sorry la ].

    Edarkan dan bincangkan isu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.