Anda tak tahu IK melukis kartun… kan?

Ok, hari ni santai-santai sahaja sebab nak kongsikan sesuatu yang mungkin anda tak tahu mengenai saya…

Tahukah anda saya asalnya pelukis kartun? komik? haaa…. tak tau kan?

Selepas SPM saya bekerja sebagai kartunis untuk sebuah majalah komik/kartun yang agak popular pada ketika itu (takyah sebut ok?). Semasa student di sekolah menengah juga, saya mendapat pendapatan sampingan daripada melukis untuk majalah-majalah dan syarikat penerbitan…

Ni contoh beberapa lukisan yang sempatΒ  saya sketch semalam πŸ˜‰

allcartoons.gif

So, satu bakat saya yang mungkin ramai tak tahu adalah melukis kartun πŸ˜‰ Pernah juga ditemubual mencari kerja dengan syarikat animasi yang menerbitkan Usop Sontorian satu masa dulu. Tetapi, saya sebagai pelukis kartun tidak berpanjangan selepas mendapat tawaran belajar ke luar negara. Kalau tak, mungkin sampai sekarang saya melukis kartun πŸ˜‰

Baru-baru ni, saya cuba melukis kartun balik selepas lebih 10 tahun tinggalkan. Kenapa saya cuba melukis kembali? haaa… ada lah untuk projek buku saya terbaru akan datang ;))

Tip hari ini…

Ada tak ilmu atau bakat yang anda miliki yang sudah lama anda tidak gunakan? Apa kata cungkil kembali bakat-bakat tu dan mana tau boleh menjadi satu idea perniagaan!

ps: Teringat saya boleh melukis kartun lepas bercerita tentang menconteng buku beberapa hari lepas. Mana taknya… teks book sekolah saya dipenuhi kartun2… Kartun juga IK ni ya… πŸ˜‰

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

33 thoughts on “Anda tak tahu IK melukis kartun… kan?

  1. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Artikel di atas menarik, khususnya pada petikan ini
    “Ada tak ilmu atau bakat yang anda miliki yang sudah lama anda tidak gunakan? Apa kata cungkil kembali bakat-bakat tu dan mana tau boleh menjadi satu idea perniagaan!

    Idea praktikal yang boleh dimulakan serta-merta…t/kasih

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray Hard, Work Smart & Creative”

    Assalamualaikum

  2. Saudara IK memang berbakat besar.

    Bakat dan minat boleh menghasilkan produk yang berkualiti. Saya pun minat kartun jugak.

  3. Salam sejahtera.

    Artikel yang sangat menarik walaupun secara santai. πŸ˜‰

    boleh jadi kartunis pula selepas ini. :mrgreen:

    Terima kasih kerana perkongsian tip.

  4. Masa saya darjah 3 dulu saya pernah bercita-cita nak jadi kartunis. Habis satu buku latihan saya buat comic strip, lepas tu dengan bangganya saya tunjukkan kat mak dan bapak saya. Tapi diaorang buat bodoh je, pasal tak ada support dari sesiapa maka cita-cita tu pun terkubur.

    Sekarang bila baca komik, especially Lawak Kampus karya Keith kat Gempak saya terfikir kalaulah saya boleh melukis macam dia mesti best kan?

    Hey,masih belum terlewatkan kalau saya mulakan semula dan asah bakat terendam tu? Bila fikir-fikir balik saya faham kenapa parents saya buat bodoh je masa tu..

  5. Salam IK
    cute jer kartun tu..hehehe
    teringat saya juga ada bakat menulis cerpen dan sajak ..masa remaja hampir 20 tahun lampau selalu hantar ke majalah Dewan Siswa,Dewan Bahasa,Dewan Masyarakat..tapi tak pernah terpilihlah..huhu

  6. masa sekolah dulu pun ada bakat melukis cartoon juga ….tapi sekarang he he he skill pin dah lari.

  7. Salam Bro…

    Bro IK ni ada pelbagai cabang seni gak ya… emm..

    Nak tanya sikit la IK… kalau kita ada bakat.. tapi takde peluang nak kita salurkan bakat itu..atau pun peluang itu ada tapi belum jadi milik kita..

    Apa langkah yang patut saya ambil untuk dapatkan peluang itu..?

    Sesiapa sudi bagi idea… silakan.

    TQ

  8. Kita mempunyai bakat yang istimewa dalam diri..ada juga bakat yang terpendam..kembangkan bakat semulajadi itu..bakat yang terpendam asahkan agar menjana duit untuk kita..

  9. Salam IK,

    Bagus juga artikel sdra tulis.

    Kadang-kadang bakat yg kita ada tak dikeluarkan atau mungkin terlupa. Boleh difikirkan tu.

    Syabas.

  10. saya juga seorang pelukis kartun ketika di bangku sekolah. kartun-kartun saya diabadikan dalam majalah sekolah semasa sekolah menengah. pernah juga bercita-cita nak jadi kartunis πŸ˜‰

  11. Idea bernas. Tapi saya langsung tak boleh melukis kartun walaupun amat meminatinya. Kalau lukis pasti akan nampak kelakar. πŸ˜›

  12. Terima kasih kerana memberi inspirasi yang baik. Bakat akan terpendam terus jika tidak dicungkil.

  13. Wah memang tak sangka IK pandai lukis kartun.. cantik pulak tu kalau saya memang tak jadi langsung muka kartun tu..makmumlah tangan dah keras..

    Bagus juga idea fikirkan ilmu lama yang boleh digunakan kembali untuk menjana wang tu..sama-sama kita fikirkan..

  14. tak sgka plak melukis kartun salah satu bakat IK…

    anyway, bagitau laaa, majalah mana satu.. cam pernah tgk kartun tue.. he he he..

  15. ade sesiape yang memerlukan artist untuk buat storyboard bagi animasi atau sebagainya hubungi saya nashrin 017-2525946. 03-87360782

  16. as salam tak sangka ik ada bakat terpendam.saya salah seorang pelukis animasi usop sontorian suatu ketika dulu. kalau ik join usop dulu tentu kita dah jadi member.tapi tu lah hanya tinggal kenangan. bakat yang ada sekarang ni tak tau nak hala kemana. boleh bagi idea?

Leave a Reply

Your email address will not be published.