filem kapsul

Dedikasi buat seorang yang sangat istimewa. Pengarah filem KAPSUL.

martias

Pertama kali saya mengenali Martias Ali adalah pada tahun 2009. Beliau telah menghubungi saya melalui telefon dan menjemput saya untuk bertemu dengannya kerana hendak menceritakan tentang satu idea filem, iaitu “Kapsul”.

Sangkaan saya pertama adalah seperti mana ramai client saya, Martias Ali inginkan nasihat untuk mempromosikan filemnya. Oleh kerana saya minat menonton filem, saya fikir projek ini adalah satu yang saya ingin melibatkan diri- pastinya ia satu cabaran yang baru memasarkan sebuah filem. Oleh itu, saya pun bersetuju bertemu dengan Martias.

Pertama kali bertemu Martias di Hotel Shang Ri-La, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2009. Sangkaan saya salah kerana tujuan utama Martias bukanlah untuk pemasaran filem, tetapi untuk menjadikan saya antara barisan pelakon Filem Kapsul!

“… tapi saya bukan pelakon bro” alasan pertama saya.

“Takpe, yang penting aku nak engkau sebagai ikon ada dalam filem ni. Satu lagi, aku nak Tun Mahathir dalam filem ni juga” Jelas Martias bersungguh-sungguh.

filem kapsulVisi Martias Ali tercapai. Namun, tidak sempat dirinya melihat visi tersebut menjadi kenyataan

Pada malam itu, kami berbual panjang. Martias berkongsikan ideanya tentang filem Kapsul. Hinggakan ke dialog-dialog yang dirinya telah gambarkan sejak masa itu lagi. Dialog untuk saya tuturkan juga disebutnya sambil memberi gambaran babak dimana saya perlu berlakon.

Martias menjelaskan filem Kapsul adalah filem sejarah. Kisah seorang watak (Zohri) yang mengembara merentasi masa ke waktu-waktu bersejarah Malaysia.

Martias tahu, filem sebegini sukar untuk mendapat untung, tidak seperti filem gangster, polis, filem cinta, komedi, yang sering menjadi bahan filem tempatan, namun, katanya, mesej dalam filem ini adalah tanggungjawabnya untuk sampaikan kepada masyarakat. Sebab itu juga Martias ingin saya dan Tun Mahathir sebagai ikon penampilan khas (cameo) untuk melengkapkan filem ini. Itu kata Martias tahun 2009 lagi.

Sejak pertemuan pertama itu, saya dan Martias berkawan baik. Berjumpa beberapa kali, minum-minum dan sembang-sembang. Namun, tidak semuanya mudah dalam mencapai matlamat, projek filem Kapsul tidak dapat diteruskan oleh kerana tidak cukup dana dan tiada pelabur…

Walaupun idea projek dihentikan, namun, Martias tetap berusaha dan mencari jalan dalam menjayakan visinya dan tanggungjawabnya itu.

Sehingga 5 tahun berlalu…

2014 panggilan telefon dari Martias mengejutkan saya “Bro, filem Kapsul ON!”

Martias berjaya mendapatkan penerbit untuk filem Kapsul, Bro Amru dari 2 Tones Sdn Bhd. Seorang insan hebat yang saya juga beruntung dapat bertemu dan kenali. Amru sebagai penerbit, dan Martias sebagai pengarah filem, keduanya berhasrat untuk mereliasasikan filem Kapsul yang merupakan hasil tulisan Martias sejak 2009 lagi.

Tak sangka juga, Martias masih inginkan saya tampil sebagai cameo. Katanya, “Dah janji bro. Aku kotakan janji”

Tahun 2014 pengambaran filem Kapsul pun bermula. Watak saya sebagai Wan Ikmal, sebagai salah seorang antagonis bersama Dato Rahim Razali dan Dato Ahmad Tarmimi Siregar, mencabar Faizal Hussein (Zohri) untuk mencuri Kapsul masa yang ditanam oleh Tun Dr Mahathir. Kisah Kapsul pun bermula…

7kapsul00_450

Namun, tidak semuanya indah. Yang datang pastinya pergi. Martias Mohd Ali meninggal dunia akibat kanser darah pada bulan Mei 2014 sebelum filem disiapkan.

Kesedihan semua yang terlibat dalam pembikinan filem Kapsul, tidak dapat dikatakan. Bagi mereka yang mengenali Martias, pasti tahu betapa besarnya kehilangan seorang kawan. Saya sendiri yang hanya mengenalinya untuk seketika juga terasa kehilangan, apatah lagi kenalan yang lebih rapat, dan ahli keluarga. Isterinya, dan juga anak-anak.

Apa yang sedihnya bagi saya adalah ketika Bro Martias terlantar di hospital, tidak dapat saya melawat oleh kerana ketika itu berada di New York, USA. Hanya sempat melawat jenazah sebelum dikebumikan.

Apa yang sedihnya juga, Martias tidak dapat melihat hasil kerjanya yang telah diusahakan sejak 2009 lagi. Hasil yang dikatakan sebagai tanggungjawabnya untuk sampaikan kepada rakyat Malaysia.

Apa yang sedih juga, kini, ada suara-suara yang mempolitikkan filem ini oleh kerana Tun Dr Mahathir melakukan penampilan istimewa (cameo seperti saya) dalam filem ini. Filem dan idea yang dihasilkan pada tahun 2009.

Amru Najmi, selaku penerbit filem, telah berusaha dengan keras dan mengeluarkan modal untuk menyiapkan juga filem ini. Saya sendiri tak dapat bayangkan betapa sukar susah senang yang dilalui untuk menyiapkan filem berkualiti ini tanpa Martias lagi. Harapnya tiada pihak yang cuba menyekat rezeki sesiapa.

Namun apa pun, rezeki datangnya dari Allah swt. Dari Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita akan kembali.

Hanya sekadar tulisan dedikasi untuk my Bro Martias Ali dengan air mata membasahi pipi.

Al-fathihah kepada Alahyarham Martias Mohd Ali

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

3 thoughts on “Dedikasi buat seorang yang sangat istimewa. Pengarah filem KAPSUL.

  1. Manusia berjiwa besar tidak mengutamakan duit. Yang utama bagi mereka ialah idea dan sumbangan mereka sanpai kepada masyarakat. Fatihah untuk martias ali. Al fatihah.

  2. Sedih… semoga usaha arwah memberi manfaat kepada penonton. Bunyinya sedikit ‘berat’ ya plot Kapsul ni sifu? Mungkin tak glamor tapi insy padat dengan pengajaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.