Tip kewangan!

Suka saya umumkan kategori baru di Tip Satu Minit… iaitu TIP KEWANGAN!

awanilogo1.gifTip kewangan semestinya akan mengandungi tip-tip kewangan peribadi. Insyaallah saya akan muatkan tip-tip yang saya kongsikan di ruang saya “WW-Bersama Irfan Khairi” di Astro Awani setiap Khamis (11.30 pagi / 4.30 ptg / 6.30 pagi).

wanganda-small.jpgJuga, sebagai susulan kepada CD motivasi kewangan saya “Wang & Anda” yang bakal diedarkan dalam bulan Ramadhan ini oleh Telaga Biru Sdn Bhd.

Mula-mula terfikir juga untuk buat blog berasingan “Wang & Anda”, tetapi, takut tak cukup masa maintain 2 blog sekali. Jadi, Tip-Satu-Minit berubah sedikit jadi Tip Perniagaan, Tip Kewangan & Tip Motivasi… boleh kan? 🙂

Tip Kewangan pertama sepertimana di WW semalam…

Bulan perayaan ini, pusat membeli belah, kedai-kedai, shopng complex semua akan mula menurunkan harga dari 20% hinggalah ke 70% discount.

Penurunan harga ini adalah untuk menarik emosi orang ramai membuat belian oleh kerana apa sahaja keputusan membuat belian, 90% datangnya dari emosi (bukan logik!)

Musim perayaan pula, emosi adalah pada tahap yang amat tinggi dan pusat membeli belah semuanya tahu berkenaan ini. Dengan itu, harga pun diturunkan sehingga 70%!

Beringat-ingat untuk tidak membazir. Bulan Ramadhan bukanlah perayaan membeli belah dan makan-makan. Tetapkan budget berapa anda ingin belanjakan bulan raya ini, dan stick to the budget. jangan terlebih budget anda. Inilah caranya untuk mengawal keputusan belian secara emosi- yang 90% tu!

Gagal merancang adalah merancang untuk gagal dalam kewangan!

ps: Di WW, saya akan beri 3 tip kewangan berdasarkan topik sebab diberi 7 minit. Di Tip Satu Minit, saya tulis 1 sahaja untuk memenuhi konsep Tip-Satu-Minit.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

24 thoughts on “Tip kewangan!

  1. salam IK…
    ini kali kedua saya bukak blog ianye betul-betul menarik minat saya…and this is the first time I give a comment. 3 tip kewangan berdasarkan topik hanya akan disiarkan di â€WW-Bersama Irfan Khairi” di Astro Awani setiap Khamis (11.30 pagi / 4.30 ptg / 6.30 pagi) sahaje ke? bagaimana pula dengan pelajar universiti macam saya nak tau tip yang len-len tu? kami tak sempat nak tengok astro lah..

  2. salam…
    bagi kaum perempuan, berbelanjalah berpada-pada. ingat, rancanglah kewangan (list down what u want to buy) before g shopping..

  3. Ada cara tak mcm mana nak mengawal emosi semasa membeli belah ?Kadang-kadang dah set minda beli berdasarkan list tapi last minutes ajer terbeli jugak benda yg tak diperlukan.

  4. Sebenarnya tip tip kewangan ni patut di ajar dari sekolah rendah lagi, tapi kebanyakan kita tak diajar dan di universiti pun susah mahu belajar cara cara menguruskan kewangan ni kecuali terlibat dalam subjet yg khusus. Sebenarnya tips kewangan perlu untuk semua orang kerana ini membantu dalam pergurusan kewangan kita semua.. terima kasih kerana mennyediakan tips tips kewangan ini..

  5. eloklah dikeluarkan CD kewangan tu.kadang2 kita ni bila dah bulan puasa teringin macam2.

    berapa harganya?

    katne boleh saya dapatkan cd tu?

  6. assalamualaikum..

    thanks byk2 ,nasihat amat penting dalam mengawal kewangan..memang bagi kaum hawa bila berbelanja lebih2 lagi musim raya akan terpengaruh dgn emosi dalam membeli-belah..bila nampak sahaja 70% sale terbeliak mata.. 🙂

    harap dapat bagi tips yang berguna bagi kaum hawa seperti saya.. MiZ

    “usahawan kerjaya pilihan”

  7. Assalamualaikum Irfan…

    Tq di atas tip & link yg diberi bersamanya. Fuhh! I appreciatte it so & very much!

    I dont have time to watch at all those times given.
    11.30pg – Sy sdg bekerja kat hotel.
    4.30ptg – Baru habis keje tapi masih ada kat tpt kerje.
    6.30pg – Kat dlm lrt, on the way pg keje.

    Insyaallah sy akan dptkan cd tersebut dan akan sentiasa baca tips 1 minit ni.

    Tq Irfan, Tq di atas segala keprihatinan dan care yg berikan.

    Good Luck & all the best to u…

  8. slmt pg ,
    topik ni saya lebih suka kalau perempuan yang membaca…hehe…
    biasanya pepermpuan yang suka membeli ikut emosi…tak boleh tengok benda murah…hehe..
    lelaki ni ada la juga tapi tak ramai la…
    sory ek kaum perempuan…hehe…

    han

  9. wah bergaya nampak dalam cover tue ekeke…’Tip Kewangan’ ermm boleh belajar menguruskan wang nie..10q doc

  10. Saya setuju 100%, without any doubt, yg Tip Kewangan ni sgt berguna dan dinantikan kehadirannya dlm Tip 1 Minit ni.

    Saya pun takde Astro, so klu Irfan dah blh kongsi sedikit sebanyak tips tu di sini, then it will be great for us yg tak ada Astro di rumah….

    Belanja ikut emosi? Mmg saya sbg perempuan pun admit yg bab shopping ni, kami mmg lebih dahsyat! hehe… Tp, kena cuba utk SHOPPING SMART – stick to ur budget and list, dan gunakan waktu jualan murah utk dapatkan barang yg kita memang mahukan! Klu kita mmg nak cari periuk nasi… haa time ada diskaun ni la elok beli. Blh save RM 15-20 for example. Jgn pulak nampak benda yg murah, sbb diskaun 70% kita terus beli sbb berkenan. Sudahnya blk rumah, takde tempat pun nak letak benda tu… Last2 tersorok je la dlm almari/bawah katil…. 😉

    Mazny ~ buat apa pun perlu berpada2….

  11. “Gagal merancang adalah merancang untuk gagal dalam kewangan!” – Saya suka ‘Quote’ ni 🙂

    Boleh Doc bagi Tip bagaimana untuk menahan diri berbelanja untuk perkara yang tak perlu? 😀

    Hisham;

  12. Assalamualaikum .

    Saya dah lama berminat nak start perniagaan di internet. Tapi, saya lebih berminat nak jual barang dalam Ebay je.

    Tapi, lepas buat survey, masalah utama adalah tak boleh withdraw duit dari Paypal untuk Malaysian.

    Dalam buku ada jugak cakap boleh terima bayaran dari Paypal, tapi kalau tak boleh keluarkan duit tu, cemane nak rolling..

    Harap leh bagi tips atau caranya. Terima kasih.

  13. Salam. Irfan, baguslah kerana mengetengahkan topik ini. Penurunan harga daripada pasaraya2 besar di seluruh negara menjelang musim perayaan bukan setakat memberikan peluang orang ramai tersenyum lebar untuk membeli suatu yang murah malah antaranya adalah strategi untuk bisnes atau mungkin untuk penghabisan stok untuk mendapatkan keuntungan bersih. Bijak jika kita hanya membeli waktu penurunan harga, tapi walau bagaimanapun beli yang perlu walau telah diturunkan harga. Namun begitu adalah dinasihatkan agar kita membuat tinjauan harga barang sebelum adanya penurunan harga ini. Ini adalah kerana ada pasaraya yang mengaburi mata dengan membuat diskaun walhal harga yang telah di’diskaun’kan itu adalah harga sebenar sebelum di buat penurunan harga. So berhati-hatilah kawan2 ye…
    http://www.successidea4u.com

  14. boleh bg tip mcmmana nak bukak bisnes sendiri…apa yang harus sy buat?…how to start?..

Leave a Reply

Your email address will not be published.