Monthly Archives: February 2009

Minggu Pelanggan Tanpa Had: Pertemuan kali pertama = penampilan & keyakinan

Bila menjalankan perniagaan perkhidmatan, perhubungan pertama (first contact) adalah penting. Dan waktu paling penting sekali adalah minit pertama pertemuan dengan bakal pelanggan. Bak kata Mat Salleh…

First impression lasts forever

Di sini lah penampilan & keyakinan kita memainkan peranan penting.

Penampilan:

Bagi mereka yang “kureng” sikit bab-bab dressing (macam saya 🙂 ), nasihat saya, dapatkan majalah-majalah lifestyle yang berada di pasaran. Bagi lelaki, majalah MASKULIN is good dan bagi wanita, majalah NUR is good too. Keduanya mempunyai sisipan grooming & fashion. So, ini yang anda perlukan untuk memperbaiki penampilan diri anda.

Bakal pelanggan akan lebih yakin dengan penampilan yang lebih menarik oleh kerana first impression lasts forever!

Keyakinan:

Di sini, malu-malu kucing takkan menjadi. So, kena buang perasaan malu tu dan ctunjukkan keyakinan diri. Sekiranya anda “kureng” bab keyakinan berdepan dengan pelanggan, nasihat saya adalah untuk anda rajin practice. Practice di hadapan cermin apa yang anda hendak katakan pada pertemuan pertama. Sediakan beberapa “skrip” yang berkaitan dengan keadaan. Practice bercakap… practice senyum di cermin. Kalau anda malu practice bersendirian dihadapan diri anda… apatah lagi hendak berdepan dengan orang bukan?

Dengan penampilan & keyakinan yang tinggi, pastinya kita akan memberi good first impression kepada prospek kita. Dan lebih dekat prospek itu akan menjadi pelanggan 🙂

Boleh tak anda berikan juga tips penampilan & keyakinan… so, dapat bantu sesama kita 🙂 Tinggalkan tip anda di sini!

Minggu Pelanggan Tanpa Had: Kumpulan referal profesional

Salah satu cara terbaik untuk menambahkan pelanggan perkhidmatan kita adalah referal (recommendation) dari profesional yang lain.

Kita sering fikirkan recommendation datangnya daripada pelanggan-pelanggan sedia ada. Memang betul!

Tetapi, kita juga perlu ada sekumpulan profesional yang saling recommend produk dan perkhidmatan masing-masing.

Contoh, baru-baru ini saya membeli rumah dari seorang agent hartanah. Agent hartanah tersebut mempunyai satu kumpulan referal profesional seperti…

  • Peguam (untuk mengendalikan soal undang-undang berkaitan rumah pelanggan)
  • Bank (untuk mengendalikan pinjaman bank pelanggan)
  • Financial Advisor (untuk menasihatkan tentang investment pelanggan)

Dengan mempunyai satu kumpulan referal professional seperti ini, ia bukan sahaja memudahkan kerja agent hartanah tersebut, tetapi juga kumpulan profesionalnya juga akan sering menghantar pelanggan kepadanya untuk melipatkali gandakan pelanggan!

Kiranya satu keadaan win-win!

So, dalam menambahkan pelanggan perkhidmatan anda, bukan sahaja fikirkan referal dari pelanggan, dari orang ramai… tetapi juga golongan profesional-profesional lain yang berkaitan dengan industri anda untuk melipat kali gandakan pelanggan.

Dapatkan kumpulan referal profesional untuk perkhidmatan anda! 🙂

Keuntungan perniagaan daripada pelanggan-pelanggan yang lepas

Dalam keadaan ekonomi yang gawat kini, ianya merupakan satu cabaran dalam perniagaan untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru. Persaingan semakin sengit, serta kuasa belian semakin kurang.

Satu cara untuk meningkatkan keuntungan perniagaan anda adalah dengan cara mencapai pelanggan-pelanggan lama anda. Ini kerana, ianya difahami bahawa…

Untuk mendapatkan pelanggan *baru* adalah jauh lebih sukar daripada mendapat pelanggan daripada pelanggan-pelanggan yang lepas (past customers).

So, rujuk kembali database pelanggan-pelanggan atau client anda yang lepas. Ciptakan satu produk atau perkhidmatan untuk golongan ini. Dengan mencapai pelanggan/client yang lepas, 3 perkara penting ini telahpun berlaku:

  • Pelanggan lepas sudah sedia percayakan anda.
  • Pelanggan lepas sudah selesa dengan kaedah transaksi perniagaan anda.
  • Pelanggan lepas sudah tahu kredibiliti perniagaan anda.

so, bagaimana untuk menambahkan keuntungan perniagaan ketika kegawatan ekonomi? Antara caranya adalah- sasarkan pelanggan/client anda yang lepas 🙂

Gambar profesional di laman web perniagaan Internet

Salah satu cara untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai pada laman web kita adalah dengan memuatkan gambar-gambar dalam laman web.

Tetapi, berhati-hati kerana meletakkan gambar yang tidak berkualiti, ataupun tidak profesional sebenarnya akan menjatuhkan kredibiliti dan keyakinan orang ramai terhadap sesuatu laman web pula!

Di sini satu contoh asas fotografi yang anda boleh gunakan untuk produk laman web anda: “Latar belakang yang bersih”

bagbg.jpg

Nampak tak perbezaan kualiti gambar yang diambil dengan hanya memahami asas fotografi? Pastinya gambar berlatar belakang bersih memberi impak yang lebih kepada produk anda!

Tip ini di ambil dari ebook “33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi” oleh Noorizam Sabran (Ijam)

Berita baiknya adalah, Ijam, salah seorang Apprentice program Online Mentoring RahsiaInternet.com telah menyediakan ebook percuma ini untuk anda memahami 33 Asas penting fotografi untuk menjadikan gambar-gambar anda lebih cantik & profesional.

Sekiranya anda ingin pelajarinya, dapatkan ebook percuma ini dari sini: “33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi”

Thanks to Ijam for a great free product!

Bukan setakat gambar untuk laman web anda sahaja, melalui ebook percuma ini, anda juga dapat ambil gambar-gambar anda bersama keluarga yang lebih profesional gitu! 🙂

So, download the free ebook untuk mendapat tip-tip fotografi untuk perniagaan Internet anda 🙂

Di mana letaknya fokus anda

Teringat satu kisah saya terbaca lebih kurang begini…

Ada satu kilang ni, tiba-tiba terhenti segala jentera/peralatan kerana mengalami masalah peralatannya. So, pemilik kilang ini pun terpaksa panggil seorang expert/pakar untuk periksa seluruh peralatan, saluran elektrik, paip-paip dan segalanya. Bila pakar tersebut sampai ke kilang, beliau pun periksa, dengan hanya sebuah notepad dan pen sahaja berjalan dan menjenguk saluran elektrik dan paip…
Masuk hari kedua, sambil berjalan-jalan dalam kilang (sambil diperhatikan oleh pemilik), beliau bersuara…

“Aha! ni lah masalah dia!” sambil mengambil kapur dalam poket seluarnya, dan menandakan “X” pada salah satu saluran paip.

Pemilik kilang pun, berterima kasih, kerana kini beliau tahu masalahnya dan boleh memanggil engineer untuk memperbaiki paip tersebut.

Keesokan harinya pula, pemilik kilang terkejut kerana menerima bil daripada pakar tersebut. Bil nya menunjukan RM20,000!

Ha!??? Dengan hanya menandakan X pada satu saluran paip, aku kena charge sampai RM20,000!

Tak puas hati punya pasal, pemilik kilang minta pakar ni beri pembahagian bayarannya kerana, sudah pasti, takkan sebab taruh pangkah X je dah kena charge RM20,000.

Keesokan harinya, pemilik kilang menerima pembahagian bil. Dalam bil tersebut tertulis:

  • Harga kapur untuk menandakan X                            RM 1.00
  • Harga mengetahui di mana meletakkan X                  RM 19,999

🙂
Motif cerita…

Dalam hidup, untuk berjaya dalam perniagaan/hidup/kewangan dan apa sahaja, kita kena tahu di mana kita perlu letakkan X kita. Ini adalah kunci kejayaan yang paling utama.

Anggap kapur tersebut adalah apa yang kita ada (kepakaran/kewangan/motivasi/ masa atau apa sahaja). Dan X adalah di mana kita meletakkan apa yang kita ada di tempat/keadaan yang sebaiknya.

X adalah fokus kita dalam hidup. Kebolehan anda untuk memilih waktu yang sesuai, tempat yang sesuai, dan aktiviti yang sesuai untuk meletakkan X anda supaya memberi impak yang TERBAIK dalam hidup anda adalah kunci untuk mengoptimakan hidup kita sendiri.

Kita semua pencuri

Kita pencuri? Apa la IK ni buang tabiat 🙂

Yup… kita semua sebenarnya pencuri sekiranya kita tidak lakukan atau berikan yang terbaik.

Semestinya kita tak curi duit… tak curi barang… tak rompak orang, tetapi, kita masih lagi pencuri sekiranya kita don’t do our best.

Sebab nya, bila anda tidak lakukan yang terbaik, anda mencuri masa… anda mencuri waktu dari syarikat anda, anda mencuri usaha dari kawan-kawan pejabat anda, anda mencuri daripada keuntungan “yang sepatutnya” anda dapat dalam perniagaan, anda mencuri daripada pulangan yang anda dapat berikan kepada keluarga anda, dan yang paling penting sekali, anda mencuri daripada “potensi” sebenar diri anda sendiri.

So, lepas ni, kalau anda TIDAK lakukan terbaik yang sebolehnya anda berikan… just ingat bahawa, anda seorang pencuri! 🙂

Promosi dua bulan lepas, keputusan hari ini

Dalam perniagaan Internet dan juga perniagaan bukan Internet, promosi adalah amat-amat-amat penting. Kita pun tahu 94% kegagalan perniagaan adalah kerana tidak melakukan promosi.

Promosi perlu dilakukan secara berterusan- non stop. Sekiranya kita berhenti promosi, maka, keuntungan pun akan berhenti juga. Bererti, kalau kita rasa perniagaan kita sudah hebat oleh kerana kita dah melakukan promosi, sekiranya kita berhenti promosi… mungkin sebulan dua akan datang, keuntungan pula akan kurang.

Dalam kata lain, keuntungan kita hari ini adalah hasil promosi kita dua bulan lepas!

Jadi, kalau kita berhenti promosi hari ini, ia pastinya akan menganggu keuntungan kita akan datang.

Ada yang tanya… business IK dah hebat. IK tak perlu promosi pun, ramai pelanggan.

Jawapan: Betul ke saya tak perlu promosi? Selang 2 hari, saya tulis blog… selang seminggu saya tulis newsletter RahsiaInternet… Setiap bulan saya tulis artikel untuk beberapa majalah. Tak lupa pula radio & TV promotion 🙂

So, if perniagaan saya pun, saya promosi hampir every day untuk berjaya, perniagaan anda juga perlu promosi everyday untuk berjaya 🙂

Jangan lupa, promosi should be non-stop! 🙂

Dapatkan majalah I, Dara.com & Maskulin Feb 2009

Ok, hari ni saya nak jadi penjual majalah sekejap 🙂 not bad apa, since one of my mentor, Dato Husammuddin pengasas Karangkraf jadi jutawan bermula sebagai penjual majalah 🙂 Di ebook Mentor Jutawan, saya ada menemubual Dato Husammudin. Klik di sini.

Bulan ni, 3 majalah membuat coverage mengenai saya, keluarga & kawan-kawan. So, bagi anda yang selalu tanya…

“Bila IK nak tunjuk gambar family?”, here you go 🙂

montage-feb-magazines.jpg
  • Majalah I Februari 2009

Kisah saya & family di ruang “Jendela Keluarga”. Very interesting kali ni sebab first time anak-anak sekali saya masukkan dalam majalah. Sebelum ni tak pernah lagi 🙂 My wife Shaz pernah juga masuk majalah. So, kalau anda nak tahu cerita latar belakang saya, Shaz & kids, boleh dapatkan Majalah I keluaran Februari. Thanks to Azlin & Chip!

Nak tahu bagaimana saya & Shaz berjumpa? Dapatkan majalah ini! 🙂

  • Majalah Dara.com Februari 2009

Coverage majalah Dara.com pula mengenai kejayan saya dan beberapa orang lain di bawah tajuk “Resepi kejayaan”. Kisah kali ini mengenai tips untuk berjaya ketika muda-mudi. Khas untuk pelajar-pelajar IPT, ada beberapa tips sini bagaimana nak jadi kaya raya (bukan hantu raya) 🙂

Special thanks to team Dara.com & Siti Nurazlina

  • Majalah Maskulin Februari 2009

Coverage kali ini mengenai saya & kawan-kawan pula. kebanyakan anda dah tahu me and my boys mempunyai band Razzi.muz.ik yang dianggotai oleh myself, Razzi Rahman @ Bro Love dan juga Muzamil, so, this is the first time Razzi.muz.ik muncul dalam majalah.

Saya juga merupakan kolumnis majalah Maskulin, dan dalam edisi kali ini saya menulis mengenai Frekuensi Pemikiran Besar!– ada kena mengena dengan tip saya semalam.

Thanks to Izwa & lady boss Wan Mahani for the coverage.

So, bulan ni, ketepikan budget sikit ok… boleh beli majalah-majalah di atas from Karangkraf- ha ha!

Jangan lupa, esok (Khamis), saya akan on air secara live di WW Astro Awani 10.30am dalam segmen “Bersama IK” dan juga di Radio24 93.9fm dalam segmen “Yo!” jam 1.15pm.

Special thanks also to semua media massa, TV, radio yang sering support me all the way!

ps: Bagi yang ingin menghadari Workshop Jutawan Internet dan ketahui bagaimana saya make my million on the Internet, klik di sini untuk maklumat lanjut. C u there!