Category Archives: Tip Perniagaan

4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL

Sekiranya anda menjalankan perniagaan, dan belum lagi menggunakan video, saya sarankan anda perlu lakukan.

Video adalah trend perniagaan penting terkini dan pastinya dapat membantu perniagaan anda oleh kerana…

1. Mudah untuk jelaskan produk/perkhidmatan

Video memudahkan kita kongsikan mengenai produk atau perkhidmatan kita. Orang ramai dapat melihat visual dan juga dengar audio untuk memudahkan lagi mereka tahu mengenai perniagaan anda.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa, dengan menggunakan video dalam perniagaan ia dapat meningkatkan kepercayaan penonton terhadap perniagaan anda. Bila pemahaman dan kepercayaan terbina, lebih mudah anda akan mendapat jualan dan keuntungan.

2. Percuma tetapi reach/view tinggi

Untuk menghasilkan video, ianya percuma sahaja. Pastinya anda mempunyai smartphone yang dapat mengambil video. Tak perlu pun mendapatkan profesional untuk mengambil video produk atau perkhidmatan anda.

Kini, media sosial seperti FB dan IG memberi keutamaan untuk video mendapat reach yang lebih tinggi dibandingkan dengan teks (artikel) dan juga gambar. Rugi jika tidak mengambil peluang ini.

Ramai yang mengeluh reach di media sosial adalah rendah. Hasilkan video untuk mendapat reach yang lebih tinggi. Tak percaya, anda perlu cuba!

3. Pelbagai jenis video

Terdapat pelbagai jenis video yang boleh dihasilkan mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.

Sekiranya pandai berkomunikasi, boleh hasilkan video live. Tetapi tidak semestinya hasilkan video live, boleh juga hasilkan video yang lebih pendek 20-30 saat seperti di TikTok, Reels dan Shorts.

Anda juga boleh hasilkan video tanpa perlu diri anda bercakap dalam video tersebut – menggunakan gambar dan music seperti sebuah slide show sahaja.

Pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.

4. Orang lebih suka menonton video!

Tidak dinafikan, orang ramai lebih suka menonton video betul tak? Mungkin kita juga begitu, lebih suka menonton video dari membaca.

Lebih 80% content di internet dalah dalam bentuk video oleh kerana, video adalah media pilihan ramai. Rugi sangat jika kita tidak menggunakan media pilihan ramai ini untuk meningkatkan jualan perniagaan kita.

Sekiranya anda tidak pernah atau kurang menggunakan video untuk perniagaan anda, inilah masanya untuk anda mencuba. Pastinya anda akan dapat lihat impaknya adalah lebih tinggi dibanding dengan posting biasa.

Sekiranya anda ingin tahu cara bagaimana video dapat 10 kali gandakan perniagaan anda, klik di sini untuk webinar percuma bersama saya.

Saya kongsikan 5 cara bagaimana video dapat menggandakan keuntungan perniagaan anda. Klik di sini untuk tahu caranya.

Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO!

Siapa malu nak buat video?

Salah satu cara untuk meningkatkan personal branding, adalah dengan menghasilkan video. Kongsikan maklumat/info melalui video.

Tapi saya tahu, ramai antara kita malu dan tak yakin untuk hasilkan video. Saya dulu pun begitu juga. Public speaking/pengucapan umum adalah salah satu “ketakutan” yang ramai hadapi. Zaman ini, public speaking adalah melalui video. Sama juga, ramai tak berani.

Berikut adalah 3 perkara yang saya lakukan satu ketika dulu, untuk kurangkan perasaan “malu” dalam menghasilkan video lebih 15 tahun lalu:

1. Practice makes perfect.

Saya rakamkan diri saya bercakap sorang-sorang. Dengan niat tak nak upload pun sebab malu! Just rakam untuk simpanan sendiri. Mula-mula tengok diri sendiri bercakap di video memang “cringy”. Sebenarnya, sampai sekarang pun rasa begitu.

Tapi, bila dah lakukan banyak kali, practice makes perfect, ia membiasakan diri saya dalam keadaan merakamkan diri sendiri bercakap. Lama-lama baru la rasa yakin untuk kongsikan kepada orang ramai.

Berapa lama prosesnya? Tak silap saya selepas 10 kali.. 20 kali buat video sendiri baru la saya yakin untuk mula kongsikan di internet.

2. Ubah mindset membantu.

Saya ubahkan mindset dan fokus dari “saya” kepada orang lain – audience. Kalau saya focus pada diri saya sahaja, saya akan self concious. Saya akan overthink.

Tapi bila saya focus kepada mesej saya dan niat saya ingin membantu orang ramai, diri “saya” bukan lagi releven. Yang penting adalah saya ingin menyampaikan ilmu dan informasi kepada orang lain.

Faham kan? Bila fikir diri sendiri, semuanya macam tak kena. Tapi bila ubah mindset “membantu orang lain”, ianya memudahkan dan memberi keyakinan pada diri sendiri.

3. Tingkatkan keyakinan dengan ilmu.

Saya hanya bercakap mengenai apa yang saya tahu dan pengalaman saya sahaja. Ini memberi keyakinan pada diri saya. Pengalaman menjalankan perniagaan lebih 20 tahun adalah apa yang saya kongsikan.

Tapi kalau anda minta saya bercakap mengenai pelaburan, forex, crypto, masakan, kesihatan, kecantikan, fesyen dan 1001 topik lagi, semuanya saya tak yakin!

Sebab tu la video-video saya adalah fokus pada perniagaan, perniagaan online, dan motivasi/inspirasi sahaja! Ohw ya… sekali sekala video melawak.

Sekiranya anda ingin tahu bagaimana VIDEO dapat 10x tingkatkan Perniagaan ANDA, ikuti webinar percuma bersama saya hari ini di www.VideoPerniagaan.com

InsyaAllah banyak tips yang saya kongsikan di sana!

Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana….

Semalam, saya kongsikan bagaimana saya berjaya memulakan perniagaan dan membina perniagaan saya dalam masa setahun sahaja di Dubai, UAE (negara asing!) – bermula dari kosong- di mana orang tak kenal pun saya.

Ramai yang terkejut oleh kerana mengatakan membina perniagaan dalam masa setahun sehingga memberi keuntungan yang baik adalah sangat pantas. Di Dubai pula tu!

Hakikatnya, bagi saya, bukanlah bermula dari KOSONG.

*Gambar tahun pertama saya di Dubai… muka masih muda!

Kerana pengalaman saya berniaga sudah melebihi 20 tahun. Dalam masa 20 tahun tersebut, sebagai seorang usahawan adalah pengalaman yang dapat dikumpulkan.

Walapun perniagaan bermula dari ZERO, tetapi pengalaman saya berniaga di internet adalah lebih 20 tahun.

Pernah tak anda dengar kisah seorang usahawan yang berjaya, mungkin kemudian gagal dalam perniagaan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan seperti, ditipu oleh business partner ataupun akibat pandemik.

Dengan pengalamannya, usahawan itu boleh mulakan perniagaan yang baru, dan perniagaan yang baru itu terus berjaya pula dengan lebih pantas!

Ya, pengalaman adalah matawang yang lebih penting dari wang ringgit. Pengalaman adalah sesuatu yang tidak dapat dijual beli.

Dengan pengalaman, seseorang itu dapat memulakan perniagaan baru, dan mempercepatkan kejayaan perniagaannya!

Sekiranya anda berminat untuk mulakan perniagaan online, InsyaAllah saya boleh bantu. Luangkan 10 minti di laman web berikut untuk maklumat lanjut…

Saya di Dubai dah 5 tahun atau 4 tahun?

Saya di Dubai dah 5 tahun atau 4 tahun?

Kalau tanya saya, jawapannya adalah 5 tahun

Tapi jika tanya isteri saya, Kak Shaz dan anak-anak, jawapannya adalah 4 tahun.

Ya, tahun pertama ketika saya memulakan perniagaan di Dubai, saya pindah ke sini seorang sahaja. Untuk beri fokus dalam memulakan dan membina perniagaan di Dubai (setiap bulan balik Malaysia ketika itu!).

Tetapi, begitulah resminya perniagaan. Pada peringkat awal, permulaannya pastikan perlu fokus dan tumpuan sepenuhnya. Saya mulakan perniagaan pada tahun 2016 di Dubai, dan selama setahun, membina perniagaan sehingga ianya stable dan boleh berdiri sendiri menjana pendapatan.

Ketika itu, perniagaan juga masih dijalankan di Malaysia, sebab itu saya perlu berulang alik setiap bulan Dubai – Kuala Lumpur.

Masuk tahun kedua, barulah mengambil keputusan untuk mebawa isteri dan anak-anak menetap di Dubai sebagai PR di sini. Dan pejam celik pejam celik, dah 5 tahun saya berada di Dubai, dan 4 tahun keluarga turut serta.

Pengajaran di sini adalah, semua perniagaan bermula dari ZERO. Apabila saya tiba di Dubai tahun 2016, tiada siapa mengenali jenama saya. Nama “Irfan Khairi” hanya dikenali di Malaysia sahaja. Saya juga perlu bermula dari ZERO untuk membina jenama perniagaan saya di sini. Dan ia mengambil masa hampir setahun sebelum perniagaan menjana pendapatan yang baik untuk bermastautin sekeluarga di sini.

Begitu juga dengan anda. Jika anda ingin mulakan perniagaan, anda juga akan bermula dari kosong.

Berniaga bukan seperti kerja makan gaji. Setiap hujung bulan, confirm dapat gaji. Berniaga mungkin mengambil masa beberapa bulan, atau sehingga setahun untuk menadapat pulangan yang berbaloi.

Tetapi, jika dibuat dengan cara yang betul, pulangan perniagaan boleh menjadi SANGAT-SANGAT BERBALOI!

Jika anda ingin mulakan perniagaan, tetapi tidak tahu nak mula di mana, apa kata sertai webinar saya di mana saya kongsikan cara bagaimana hendak memilih perniagaan terbaik untuk anda dan di mana hendak bermula?

Saya akan kongsikan apa yang saya lakukan, dan anda pun boleh TIRU di webinar percuma sahaja di www.NakJualApa.com

IDEA akan HILANG!

Malam tadi saya tak boleh tidur.

Dalam pukul 2 pagi sehingga 5 pagi waktu subuh, kepala saya berpusing-pusing. Bukan kerana pening, tetapi kerana memikirkan bermacam-macam perkara. Lebih-lebih lagi mengenai perniagaan.

Terfikir tentang idea perniagaan baru, strategi perniagaan sedia ada, tentang perniagaan industri pelancongan saya yang terhenti akibat pandemik dan akan bermula semula tak lama lagi, dan macam-macam lagi.

Pernah tak anda alami keadaan sebegini? Bangun di tengah-tengah malam sehingga tak dapat tidur kembali kerana pelbagai yang bermain-main dalam kepala.

Pastinya pernah kan?

Apa yang saya lakukan adalah, tidak buang masa, terus bangun dan tulis kesemua idea-idea yang datang dalam buku nota.

Sesuatu idea itu akan hilang jika tidak ditulis. Bila dapat sahaja idea, kalau kita tak tulis, sejam dua kemudian pastinya kita akan lupa!

Sememangnya dalam buku nota saya ada pelbagai idea perniagaan dan strategi perniagaan. Bila ketandusan idea, saya akan rujuk semula buku nota idea-idea perniagaan saya ini.

Minda kita adalah seperti otot. Jika kita tidak exercise, maka otot juga tidak akan berkembang. Jangan harap sekali sahaja pergi ke gym, badan terus jadi “abang sado”. Pastinya tidak.

Ianya memerlukan dedikasi yang tinggi berbulan-bulan (mungkin juga bertahun) untuk jadi abang sado.

Samalah seperti mencari idea perniagaan dan strategi perniagaan.

Jika kita tidak “exercise” kan minda, fikir banyak idea dan strategi, pastinya minda kita juga tidak akan berkembang.

Kita akan rasa sangat sukar mendapat idea dan strategi perniagaan yang terbaik. Tetapi, jika kita selalu memikirkan idea, menulis idea, makin lama, makin mudah untuk kita dapat idea-idea yang lebih hebat!

Mula fikirkan idea. Lebih kerap, lebih bagus. Nanti, anda juga akan mendapat idea yang terbaik untuk perniagaan anda setiap masa.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, tetapi TIDAK ADA IDEA nak mula di mana dan IDEA nak jual apa?

Sertai webinar PERCUMA bersama saya di sini: www.NakJualApa.com di mana saya akan kongsikan bagaimana caranya mencari idea perniagaan terbaik dan mulakan idea tersebut dari kosong.

Semuanya akan kembali pulih!

Ketika menulis ini, saya berada di kedai kopi di Dubai Mall. Sambil beristirehat, sambil buka laptop dan menulis. Kini, “buat kerja” bukan lagi terhad di pejabat, tetapi di mana-mana sahaja.

Ketika pandemic, kerja boleh dilakukan dari rumah menggunakan Internet. Tetapi sejak 20 tahun lagi saya “kerja” di mana-mana sahaja.

Ramai yang tahu kini saya tinggal di Dubai, dan sudah 5 tahun menjalankan perniagaan di sini.

Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu, saya pernah juga tinggal di UK (England) selama 7 tahun ketika memulakan perniagaan dan kembangkan perniagaan online di sana sekitar tahun 2000.

Anda tahu tak?

Ya, “kerja” saya sebagai usahawan online, tidak mengenal tempat sejak tahun 2000 lagi.

Sebuah quote dari Ibnu Batutta, seorang pengembara Muslim satu ketika dulu berbunyi “Travel will make you a story teller”.

Dan pastinya bagi anda yang rindukan “travelling” sejak bermulanya pandemik akan gembira dengan perkembangan negara InsyaAllah tak lama lagi, travelling keluar negara akan dibuka semula untuk urusan perniagaan dan juga melancong.

Bagi saya, saya amat teruja oleh kerana 2 dari perniagaan saya terhenti akibat pandemik. Kedua-dua perniagaan ini adalah dalam industri pelancongan. Perkhidmatan penghantaran bagasi di beberapa lapangan terbang antarabangsa, dan juga travel agent saya ke Dubai, Destinasi Dubai. InsyaAllah kedua-dua perniagaan ini akan mula semula tak lama lagi!

Begitulah resminya perniagaan. Adakalanya, sesuatu akan terjadi di luar kawalan kita. Seperti pandemik. Mungkin seperti saya, perniagaan anda atau kenalan anda juga terhenti buat sementara.

Tetapi InsyaAllah, segala-galanya akan pulih semula. Dan bagi mereka yang baru merancang untuk mulakan perniagaan, inilah masa yang terbaik tidak kira apa pun industri yang telah terjejas akibat pandemik oleh kerana permintaan akan meningkat semula!

****

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, tetapi tidak tahu nak mula di mana dan nak jual apa? Sertai webinar percuma bersama saya di sini… www.NakJualApa.com di mana saya akan kongsikan bagaimana caranya mencari idea perniagaan terbaik dan mulakan idea tersebut dari kosong. Jumpa di sana….

Nak pilih IDEA yang mana satu TERBAIK?

Sebagai seorang usahawan yang suka memulakan perniagaan-perniagaan baru, saya mempunyai satu masalah apabila ingin mulakan perniagaan baru…

Bukan masalah TIADA IDEA perniagaan.

Tetapi masalah, idea yang mana satu perlu saya mulakan dulu! Kadang kala terlalu banyak idea yang ingin dilakukan, tetapi tidak tahu yang mana patut saya mulakan dulu.

Pernahkah anda alami ini? Bukan tiada idea, tapi tak tahu nak lakukan yang mana?

Tak lama lagi akan masuk tahun baru 2022. Ya, ketika pandemik ini, terasa cepat sungguh masa berlalu dan setiap tahun saya akan mulakan beberapa perniagaan baru.
Inilah masanya untuk saya mula siap sedia untuk mulakan perniagaan baru sempena 2022 nanti.

Tetapi, apabila terlalu banyak idea perniagaan, idea yang mana satu yang saya akan pilih?
Berikut adalah 5 perkara yang saya akan pertimbangkan dalam memilih idea perniagaan yang mana…

1. Pesaingan

Salah satu yang saya pertimbangkan adalah, sama ada idea perniagaan itu mempunyai ramai pesaing atau pun tidak. Saya sering mengamalkan kaedah “Blue Ocean Strategy” iaitu memulakan perniagaan jika tiada pesaing, atau sangat kurang pesaing!

2. Modal yang rendah

Saya lebih suka memilih untuk mulakan idea perniagaan yang mempunyai modal yang rendah. Ini kerana saya tahu bahawa modal bukanlah segala-galanya dalam perniagaan, tetapi ilmu dan strategi adalah jauh lebih penting.

3. Kepantasan

Jika diberi beberapa idea perniagaan, saya akan pilih yang mana saya dapat mulakan dengan lebih pantas. Ini kerana “masa” adalah matawang yang penting dalam perniagaan. Perniagaan memerlukan momentum, jika ia mengambil masa yang lama untuk mulakan, mungkin momentum akan hilang.

4. Keterujaan!

Ini juga penting. “Excitement”. Saya akan pilih perniagaan yang paling saya excited untuk mula jika diberi beberapa idea perniagaan. Excitement juga akan memberi momentum dan keseronokan untuk mula dan kembangkan idea tersebut.

5. Bolehkah ianya diautomasikan?

Kini saya menjalankan lebih 15 perniagaan. Kebanyakannya adalah diautomasikan atau dideligasikan. Sebagai seorang serial entreprenuer, automasi adalah elemen yang penting dalam perniagaan. Soalan yang penting adalah, bolehkah perniagaan ini dijalankan mengguna internet sepenuhnya? (atau 80% daripadanya)

Dengan 5 pertimbangan ini, apabila diberi beberapa idea perniagaan, menjadikan ianya lebih mudah untuk saya memilih.

Dan Alhamdulillah, minggu ini saya telah memilih satu idea perniagaan baru berdasarkan 5 pertimbangan di atas dan beberapa bulan lagi, saya akan lancarkan perniagaan baru ini dan tak sabar untuk kongsikan bersama anda InsyaAllah!

Jika anda ingin mulakan perniagaan, tetapi tidak ada idea perniagaan apa yang patut anda mulakan, sertai WEBINAR PERCUMA bersama saya “Nak Jual Apa? – Mula dari ZERO”
Ingin tahu cara yang terbaik mencari idea perniagaan? Ikuti webinar PERCUMA “Nak Jual Apa?” bersama saya hari ini! Klik di di sini: www.NakJualApa.com

Sebab #1 Mengapa IDEA Perniagaan TAK JADI!

Baru-baru ini, saya menulis mengenai mencari idea perniagaan. Idea perniagaan ada di mana-mana sahaja. Tetapi, idea yang difikirkan tidak akan memberi pulangan jika ianya tidak dilakukan.

Namun, bagaimana caranya untuk memastikan sesuatu idea yang kita dapat tu akan menjadi?

What if, idea itu adalah idea yang tidak baik?

Sebelum memulakan perniagaan “all out” saya akan “test market” terlebih dahulu.

Ini adalah fasa pertama dan MESTI dilakukan oleh usahawan.

Sekitar awal tahun 2016, sebelum saya menubuhkan syarikat saya di Dubai, saya terlebih dahulu “test” market.

Apa yang saya lakukan adalah, saya menyewa bilik seminar di sebuah hotel di bandaraya Dubai, yang boleh menampung 50 peserta.

Kemudian saya meletakkan beberapa iklan menjemput orang Dubai datang ke seminar perniagaan online tersebut.

Keputusannya, terlalu ramai yang datang sehingga melebihi 80 peserta!

Respon yang saya dapat mengendalikan event pertama saya itu selama 2 jam adalah sangat positif. Ya, saya mengedarkan borang “survey” di akhir seminar tersebut untuk mengetahui feedback dari peserta.

Hasil daripada saya “test” market tersebut, memberi keyakinan kepada saya untuk menubuhkan perniagaan saya di Dubai, UAE.

Sama juga dengan jika anda ingin menjual produk, contohnya produk kesihatan.

Adakah anda terus membeli stok sehinga berpuluh-puluh unit, atau beratus-ratus unit terlebih dahulu?

Cara yang bijak adalah untuk test market dulu. Cuba jual 5 unit… atau 10 unit terlebih dahulu (walaupun tak banyak keuntungan) sebelum melakukan order beratus unit.

Jika tidak boleh jual 10 unit, bagaimana hendak menjual 100 unit kan?

Seringkali saya melihat usahawan melakukan kesilapan ini. Mungkin kerana semangat untuk berniaga terlalu tinggi, terus membeli beratus stok, dan tidak dapat menjual produk pun. Stok-stok menjadi stok terbiar menangkap habuk sehingga expire.

Pesanan kepada usahawan dan bakal usahawan, test market terlebih dahulu. Anda tak akan rugi!

Nak mulakan perniagaan tapi tak tahu nak jual apa? Apa kata sertai webinar PERCUMA bersama saya “NAK JUAL APA?” dan saya akan kongsikan cara mendapat IDEA PERNIAGAAN yang TERBAIK! Klik di bawah untuk sertai…

2 Cara Dapat Idea Hebat!

Pernah tak anda mendapat idea perniagaan, tetapi anda tidak melakukan apa-apa mengenai idea tersebut. Sedar-sedar, beberapa bulan kemudian anda lihat orang lain yang melakukan idea perniagaan itu!

Ya, saya sendiri juga pernah mengalaminya. Sedar-sedar orang lain mereliasasikan idea itu! Dan setiap kali terjadi, terdetik dalam hati saya “Eh, itu kan idea saya dulu!”

Betul, memang idea kita, tetapi jika kita tidak melakukan apa-apa, pastinya orang lain yang mendapat idea yang sama akan melakukannya. Jika dia tidak melakukannya, pasti akan ada juga orang lain pula yang tetap akan melakukan juga!

Siapa yang akan mengaut keuntungannya adalah, siapa yang “melakukan” idea. Bukan siapa yang “fikirkan” idea!

Berikut adalah 2 cara untuk mendapat idea perniagaan

1. Lihat masalah sendiri

Perniagaan adalah penyelesaian kepada masalah. Apa sahaja penyelesaian kepada masalah yang pernah kita hadapi, jika diteliti, boleh menjadi idea perniagaan.

Pernah satu ketika itu saya membawa anak-anak saya ke doktor gigi, dan masuk waktu solat Asar. Saya mahu solat tetapi tidak jumpa surau di bangunan tersebut pula. Apa yang saya lakukan adalah, solat di tepi fire exit, atas lantai sahaja tanpa lapik!

Ketika itu, masalah yang saya hadapi adalah ingin solat, tetapi tiada lapik. Umpama lampu mentol menyala didalam kepala saya, saya mulakan perniagaan Sejadah Poket SUJUD! Sejadah yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Maka, wujudlah www.Sujud.com.my

2. Lihat masalah orang lain

Banyak berfikir dan bertanya pada diri sendiri untuk mencari idea. Minda kita adalah seperti otot. Kalau tak berusaha, ianya tidak akan berkembang.

Lihat dan perhatikan disekeliling anda. Ada tak masalah orang lain yang boleh diselesaikan?

Ketika saya travelling (sebelum pandemik) sering saya lihat travellers mempunyai masalah di hotel.

Ramai yang tiba di sesuatu negara, menunggu beberapa jam di lobi hotel sebelum waktu checkin. Checkin seringkali jam 3 petang. Tetapi ada yang tiba di negara itu di awal pagi, dan terpaksa tunggu beberapa jam sebelum checkin.

Dari situ saya mendapat ilham untuk mewujudkan idea perniagaan www.luggez.com iaitu perkhidmatan untuk travellers tinggalkan bagasi di lapangan terbang, dan boleh explore sesuatu bandaraya itu sebelum checkin di hotel.

Perkhidmatan Luggez akan kemudiannya hantar bagasi ke hotel mereka tepat jam 3 petang. Sementara menunggu waktu checkin, traveller boleh explore bandaraya tanpa risau dan bawa luggage mereka!

Perniagaan adalah penyelesaian kepada masalah. Fikirkan masalah sendiri, dan juga masalah orang lain.

Banyak berfikir. Makin banyak kita berfikir, makin kreatif dalam mencari idea perniagaan yang terbaik untuk diri anda!

Ingin tahu cara yang terbaik mencari idea perniagaan? Ikuti webinar PERCUMA “Nak Jual Apa?” bersama saya hari ini! Klik di bawah…

Mengapa saya minat dengan perniagaan?

Nak kata keluarga saya mempunyai latar belakang perniagaan, pastinya tidak kerana ketika saya kecil, ayah bekerja dan ibu surirumah. Saudara mara terdekat juga tiada yang merupakan ahli perniagaan.

Jawapan kepada soalan ni lebih kepada apa yang saya TIDAK MINAT yang membuatkan saya mulakan perniagaan.

Mungkin anda seperti saya juga…

1. Saya tidak berminat untuk kerja dengan orang

Sejak dulu lagi saya selalu fikirkan saya tidak berminat untuk kerja dengan orang. Ada yang kata oleh kerana saya anak yang tengah (ada abang dan adik), anak yang tengah suka melakukan perkara yang pelik dan berlawan.

Saya sejak dulu tidak suka bekerja dengan orang. Lebih suka jika saya dapat kerja untuk diri saya sendiri. Ini lah sebab utama saya ingin mulakan perniagaan.

2. Saya tidak minat untuk pergi kerja pagi dan balik petang waktu pejabat

Melihat ayah saya yang sungguh rajin bekerja satu ketika dulu, setiap hari ke pejabat (bekerja dengan kerajaan) dari pagi sampai petang, saya kurang minat dengan karier sebegitu. Semestinya tidak salah malah bekerja atau berniaga adalah usaha yang mulia, cuma hanya sekadar minat saya sahaja.

Saya lebih minat kepada “freedom of time”. Memang berniaga memerlukan usaha dan waktu, adakalanya lebih banyak waktu yang diperlukan berbanding dengan kerja makan gaji – berniaga ni tak kenal pun cuti atau public holiday!

Tetapi, prospek dapat kerja mengikut masa sendiri dan pilihan sendiri, menarik minat saya untuk menjalankan perniagaan.

3. Saya tidak minat dengan pendapatan terhad

Saya lebih berminat kepada prospek, lebih kuat dan banyak berusaha, lebih tinggi pendapatan perniagaan. Pendapatan bukan bergantung kepada masa tetapi bergantung kepada usaha. Lagi kuat saya berusaha, lebih tinggi pendapatan.

Oleh itu, kerja makan gaji bukanlah menjadi pilihan saya.

Walaubagaimana pun, selepas saya graduate dari universiti, saya tetap kerja makan gaji juga untuk beberapa tahun.

Sebabnya, tiada pilihan. Maklumlah, dalam mulakan perniagaan pastinya terdapat pelbagai risiko. Oleh itu, saya bekerja makan gaji 2 tahun di sebuah syarikat sambil menjalankan perniagaan separuh masa.

2 tahun kemudian, apabila pendapatan perniagaan adalah lebih dari pendapatan kerja, barulah saya dapat fokus kepada perniagaan sepenuh masa.

Ramai yang tanya, patutkah kita berhenti kerja untuk mulakan perniagaan.

Jawapan saya pastinya TIDAK!

Cari ilmu dan pengalaman dulu. Mulakan perniagaan separuh masa terlebih dahulu. Kerja makan gaji sememangnya memberi sekuriti yang lebih baik dan mengurangkan risiko.

InsyaAllah bila lebih yakin dalam perniagaan dengan ilmu dan pengalaman, barulah ambil keputusan untuk berhenti kerja. Itupun jika berminat – seperti saya!

Ingin saya bantu anda mulakan perniagaan? Klik di bawah…