Category Archives: 9/10

Rezeki berlimpah-limpah “abundant”

Konsep “abundant” seringkali di paparkan dalam buku-buku motivasi barat. Ertinya, banyak, berlebihan, berlimpah-limpah dan sewaktu dengannya.

Ianya amat penting untuk melihat bahawa semua rezeki yang ada di dunia ini adalah banyak dan unlimited.

Ramai yang mempunyai konsep yang SALAH iaitu memikirkan rezeki adalah terhad. Di ibaratkan seperti anda mempunyai kek. Dan bila anda makan satu slice kek tu, maka, kurang satu pecahan. Kalau anda bagi kawan anda makan satu lagi slice, makin kurang pecahan. Lagi ramai yang makan kek kita tu, makin kurang sehingga kek tu habis. Maka, tiada siapa, termasuk anda boleh merasa dah kek yang habis…

Sebenarnya rezeki adalah berlimpah-limpah di dunia ni dan tak habis (unlimited). Rezeki pula bukan sahaja wang atau harta, tetapi, rezeki termasuk ilmu, pengetahuan, kenalan, kasih sayang, dan macam-macam lagi.

Ertinya, kalau ada ilmu, kongsi ilmu dengan orang lain. Kalau ada wang, sedekah dan berikan zakat. Kalau ada pelanggan, kongsikan dengan usahawan-usahawan lain. Rezeki kita tidak akan habis, malah akan bertambah-tambah berpuluh dan beratus kali ganda lagi.

Lihat rezeki dunia ini melimpah-limpah, dan rezeki juga akan melimpah-limpah datang kepada kita šŸ˜‰

p1000136.jpg
IK setiap Ahad 7.30am TV1, Hujung Minggu Malaysia

Mulai semalam (Ahad) insyaallah saya akan bertemu anda setiap minggu di TV1 jam 7.30 pagi untuk segmen bersama saya topik kewangan, motivasi & perniagaan di Hujung Minggu Malaysia. Tip di atas adalah sedikit ekstrak dari segmen semalam šŸ˜‰

9/10 rezeki dan perniagaan Internet

Sempena hari Jumaat, saya letakkan artikel mengenai saya yang di paparkan oleh majalah islamik I- keluaran karangkraf. Artikel ni dipaparkan 2 tahun lepas, cuma baru-baru ini bila saya upgrade laman web rahsiainternet.com sahaja, baru dapat update dengan artikel tersebut. Moga memberi manfaat pada anda!

=============

“Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet”Ā
majalah islamik “I”.

Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya golongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padat yang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan internet. Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar serius mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadiri kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka, kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yang pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet, sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet. Sejak munculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, perniagaan internet di Negara ini mula menampakkan perkembangan rancak, meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluh tahun yang lalu.“Industri ini masih baru di Negara ini. Cuma sejak kebelakangan ini ia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaan orang ramai. Saya harap dengan kehadiran saya dalam industri internet sejak tahun lepas sedikit sebanyak membuka lebih banyak mata terutama di kalangan masyarakat bumiputera tentang peluang perniagaan melalui internet ini,” ujar Irfan Khairi yang ditemu bual baru-baru ini.

FENOMENA BARU

Fenomena ini jelas dapat dilihat apabila buku tersebut menjadi Best-Seller di kedai-kedai buku terkenal seperti di MPH dan Kinokuniya. Cakera padat bertajuk Manual Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Perniagaan Internet turut mendapat sambutan di samping Workshop Jutawan Internet yang dikendalikan sendiri oleh Irfan Khairi. Itu belum lagi diceritakan tentang produk-produk seumpamanya yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan internet lain.
Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidak harus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbuka luas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkan Malaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaan perniagaan melalui internet.

“Masih terdapat terlalu banyak ruang yang boleh dieksploitasi oleh kaum bumiputera di arena internet. Sebagai contoh, ketika saya bersiar-siar di kedai buku agama, terlalu banyak buku agama yang ada di pasaran tetapi tidak ada dijual di pasaran internet. Di situ saja satu idea memulakan perniagaan internet – menjualbuku-buku agama – boleh dilakukan,” kata Irfan.

POTENSI MASA DEPAN

Tambah Irfan, potensi perniagaan internet pada masa hadapan akan menjadi semakin luas. Seperti televisyen, radio, surat khabar, dan majalah yang merupakan media yang tidak luntur dek masa, demikian juga dengan internet.

“Pada masa ini pengguna internet di Malaysia mencecah 10 juta orang. Pada tahun lepas, jumlahnya adalah sembilan juta orang, bererti kenaikan sebanyak 1 juta pengguna setahun. Tetapi kita harus ingat, kenaikan itu tidak berlaku secara linear.

Tahun hadapan bukan bermakna lagi satu juta pengguna internet, tapi mungkin 1.5 juta atau 2 juta. Saya yakin, pengguna internet dan penerimaan internet akan terus berkembang di Malaysia seiring dengan usaha kerajaan yang turut menekankan kepentingan industri ICT di Negara ini.”

Mungkin ramai yang teruja membaca kisah Irfan Khairi, tetapi masih tidak tahu untuk bertindak. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan internet sekiranya ada minat untuk melakukannya. Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang tinggi, kerana ia boleh dimulakan dengan modal serendah RM500 sahaja. Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi kerana hari ini terdapat banyak buku-buku panduan mengenainya serta perisian-perisian yang membolehkan seseorang itu membina laman web nya sendiri.

“Sebenarnya untuk memulakan perniagaan internet, seseorang itu tidak perlu ilmu yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat. Sudah memadai bagi seseorang yang tahu menggunakan internet – samada untuk melayari laman-laman web, menggunakan emel atau membuat penyelidikan.

Sekiranya tahu menggunakan perisian mudah seperti Microsoft Word, maka, sudah cukup untuk memulakan perniagaan internet. Asalkan mereka sanggup belajar dan ambil langkah demi langkah,” kata Irfan. Irfan menjelaskan adalah amat rugi bagi seseorang usahawan yang sudah memiliki perniagaan sendiri tidak mahu merebut peluang ini.

Ini kerana, menjual produk di kedai konvensional hanya dapat menerima kunjungan orang-orang yang berada di persekitaran kedai itu. Tetapi dengan cara mengembangkan perniagaan itu di internet, usahawan tersebut boleh mencapai pengguna internet satu Malaysia yang jumlahnya melebihi 10 juta orang.

Bahkan, mereka boleh pergi lebih jauh dengan menjual produk mereka ke seluruh dunia dengan jumlah pengguna internet kini melebihi 1 billion orang.

Internet memiliki banyak kelebihan berbanding perniagaan konvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi, bangsa dan agama.

Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di internet jika rajin berusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri sendiri.

PENYELESAI MASALAH

Perniagaan internet adalah penyelesai kepada banyak masalah. Ia boleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi kesesakan lalu lintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta kepada mereka yang masih menganggur.

“Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaan mereka, termasuk juga mereka yang tidak ada kerja. Mereka ini harus memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaan melalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yang sungguh minimum.

“Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dan tidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukan sahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satu cara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomi” kata Irfan lagi.

KISAH KEJAYAAN IRFAN KHAIRI

Saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet kira-kira 7 tahun yang lalu ketika berada di United Kingdom. Pada mulanya, saya tidak berapa pandai berniaga melalui internet. Minat berniaga sudah ada sejak di bangku sekolah, tetapi, berniaga di internet adalah perkara baru.

Pada mulanya saya hanya melakukan perniagaan internet secara sambilan. Pada mulanya juga, amat sukar untuk saya mendapatkan pelanggan!boleh dikatakan selama setahun saya gagal dalam perniagaan internet – malah mengalami kerugian. Saya bertekad untuk terus berjaya.

Jadi saya berusaha mengumpulkan wang untuk menghadiri kelas perniagaan internet dan membeli bahan-bahan rujukan perniagaan internet.

Selama 2 tahun saya bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya untuk menampung bahan-bahan pembelajaran serta menghadiri seminar mengenai perniagaan internet. Alhamdullillah, secara perlahan-perlahan saya dapat memperbaiki perniagaan saya. Pengalaman juga turut membantu sehingga saya berumur 25 tahun (empat tahun lalu).

Allah Maha Pemurah memberi rezeki kepada perniagaan internet saya untuk meraih lebih dari RM1 juta keuntungan dalam masa 3 tahun. Dua tahun lepas saya kembali ke Malaysia dan mendapati perniagaan internet di Malaysia tidak mendapat sambutan.

Ketika itu, saya bertekad untuk mendidik masyarakat Malaysia serta memberi kesedaran tentang peluang yang terdapat melalui perniagaan internet melalui buku serta bengkel yang saya anjurkan di RahsiaInternet.com.
Alhamdullillah, kini masyarakat lebih ramai dapat menerima perniagaan internet dan saya juga akan terus dengan usaha saya selagi termampu, Insya-Allah.

MELABUR PADA DIRI SENDIRI

Seringkali saya di Tanya. “Irfan, saya ada wang simpanan RM 5,000 yang saya boleh laburkan. Dimana boleh saya laburkannya untuk mendapat pulangan tertinggi?”

Jawapan saya adalah : Laburkan pada ilmu.

Kawan baik saya, jutawan Azizi Ali sering memulakan ceramahnya dengan soalan “Berapa banyakkah anda sanggup melabur untuk memperolehi pendapatan sebanyak RM1 juta?”. Pelbagai jawapan yang diterima. Ada yang menjawab RM1,000.00. Ada yang menjawab RM10,000. Ada juga yang menjawab RM100,000!

Walaupun soalannya berbunyi agak simple, namun, jawapan yang diberi menggambarkan sama ada anda serius dalam mencari ilmu untuk menjana pendapatan yang tinggi.

Melihat orang-orang yang berjaya di seluruh dunia,mereka merupakan orang yang suka mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Orang yang berjaya adalah mereka yang sering dahagakan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu untuk mencari idea-idea baru, teknik dan strategi yang mereka boleh gunakan dalam memperbaiki diri sendiri dan menjana lebih banyak pendapatan.

Fikiran adalah anugerah yang paling tinggi nilanya pada setiap manusia. Manusia juga dikatakan tidak pernah menggunakan keseluruhan potensi kuasa fikiran yang mereka ada.

Berapa banyak anda patut melabur pada ilmu?

Di sini terdapat satu formula mudah untuk melabur untuk ilmu. Formulanya berbunyi laburkan 3% daripada pendapatan bulanan anda kepada ilmu yang dapat memperbaiki nilai diri anda.

Ini bermakna sekiranya pendapatan bulanan anda adalah RM2,000 sebulan, laburkan RM60 setiap bulan untuk ilmu memperbaiki diri anda. Mungkin dengan jumlah ini, anda akan dapat membeli 2 atau 3 buah buku yang berkaitan dengan industri anda. Ataupun, simpan 3% selama 4 bulan untuk mengumpul RM240 untuk anda menghadiri kursus yang boeh memperbaiki nilai diri anda.

Sekiranya anda melabur pada ilmu, sebanyak 3% daripada pendapatan anda setiap bulan, ilmu tersebut akan menambahkan pengetahuan dan kepakaran anda dan ia turut akan menambahkan pendapatan bulanan anda.
Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Untuk menjadi lebih baik – ilmu diperlukan!

Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana. Sekiranya anda mempunyai kepakaran yang tinggi atas hasil anda mendalami ilmu bidang anda sendiri, anda juga akan mendapat pulangan yang tinggi dalam bidang anda.

Katakan dengan melaburkan wang anda dalam memperbaiki diri anda pada setiap bulan sehingga anda menerima pendapatan RM4,000 sebulan. Dengan hanya menyimpan 10% setiap bulan daripada pandapatan tersebut ke akaun pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, akaun simpanan anda akan mencecah RM1 juta dalam masa 31 tahun sahaja! Anda akan pencen sebagai seorang jutawan!

Ramai yang akan mengeluh. Menjadi jutawan dalam masa 30 tahun adalah waktu yang lama! Bagaimana Irfan melakukan dalam masa 3 tahun?

Di sinilah pelaburan pada ilmu pengetahuan menjadi lebih penting. Sering saya dengar kisah kejayaan di mana seseorang itu mendapat satu idea atau mempelajari satu teknik dari menuntut ilmu yang telah memberi mereka pulangan sehingga RM5,000, RM10,000, RM20,000 atau lebih setiap bulan!

Secara peribadi, diri saya sendiri juga turut menerima pendapatan yang berganda hasil daripada mendapat idea dan teknik daripada sering mencari ilmu. Dalam mencari ilmu, memang perlu kita melabur.

Cara-cara mencari ilmu :

1. Melalui buku-buku. Jangan lupa,tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.

2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!

3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!

Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.

=============

Sabda Rasullullah saw:

Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.

Apa kata kita mulakan perniagaan berbentuk ilmu (produk informasi). Bukan sahaja ia adalah sesuatu yang amat mulia dalam agama, ia juga boleh memberi pulangan, untuk ekonomi ummah.

Berbagai-bagai produk boleh dijual di Internet. Produk terlaris yang dijual di Internet adalah produk informasi. Sekiranya anda berminat untuk mendalami teknik dan strategi menghasilkan dan memasarkan produk informasi di Internet, sertai Workshop Jutawan Internet, Terhangat di Pasaran. Klik di sini untuk maklumat lanjut- lebih banyak maklumat telah di tambah!

Perniagaan Ummatan Wasatha

Dalam surah Al-Baqarah, Allah menggelar umat kita sebagai ummatan wasatha. Yang bermaksud yang Terbaik. Wasatha juga bermaksud Adil seperti disebut dalam al-Asas fit Tafsir.

Ummatan Wasatha = Terbaik + Adil

Sekiranya konsep ini dipegang dalam perniagaan, perniagaan kita perlulah perniagaan yang terbaik dan adil. Keuntungan yang kita dapat juga adalah yang terbaik dan adil. Usaha yang kita lakukan juga perlu yang terbaikĀ dan adil.

Bila dalam perniagaan, bila usaha kita terbaik, produk kita terbaik, dan perniagaan kita keseluruhan adalah terbaik, memang tiada sebab kita tak boleh dapat untung yang terbaik- sehingga boleh digelar jutawan.

  • Oleh itu, dalam perniagaan, kita perlu dapatkan untung yang terbaik. Bukanlah untung yang sikit-sikit.
  • Sebaiknya jadi jutawan atau billionaire, dan bukannya sekadar “bisnes cukup-cukup makan” atau “untung sikit-sikit je” … atau ramai selalu sebut “boleh la… surviving!”
  • Sebaiknya perniagaan terus berkembang dan maju, dan bukan di takuk lama seperti 5-10 tahun yang lalu. Atau 5-10 hari yang lepas.

Itulah dianya perniagaan konsep ummatan wasatha. Terbaik dan adil.

Bagaimana caranya? Jawapannya dalam surah Al-Imran yang menyebut tentang golongan ulul albab. Iaitu golongan yang berakal + berilmu + berfikir.

*tip ni sepatutnya untuk semalam (sempena hari Jumaat), tapi terlajak pula sebab sibuk šŸ™‚

Strategi perniagaan unta Abdul Rahman bin Auf

Sedikit strategi perniagaan sejarah Islam…

unta.jpgPada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Hebat!

Menjadikan perniagaan sebagai tabiat

Kesemua usahawan jutawan yang berjaya yang pernah saya jumpa menjadikan perniagaan sebagai tabiat!

Apa kata anda fikirkan konsep ini- jadikan perniagaan sebagai tabiat anda. The habit of doing & running Ā business.

Diri saya sendiri juga sudah menjadikan perniagaan sebagai tabiat. Kebanyakan masa dalam sehari saya luangkan dalam perniagaan dan fikirkan mengenai perniagaan. Bila perniagaan menjadi sebahagian daripada diri kita, dan ianya menjadi tabiat, ianya amat sukar untuk gagal dalam perniagaan.

Bagaimana hendak menjadikan perniagaan sebagai tabiat? Saya ada satu jawapan yang amat bernas…

Sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21 “ā€œ 30 hari seterusnya, ianya akan menjadi tabiat dan kalau tidak, ilmu itu akan mati.
“ā€œ Rasullullah S.A.W

Bukan sahaja perniagaan sebagai karier pilihan… tetapi, perniagaan dijadikan sebagai tabiat. Tabiat mencari rezeki perniagaan!

============= Pengumuman =============

Workshop Jutawan Internet terakhir sebelum kami cuti 2 bulan sempena puasa & Raya…

wslogo.gif

“Pelajari Cara Memulakan Perniagaan Internet yang menguntungkan dari Rumah di Workshop Jutawan Internet!…”

Wah… sibuk saya hujung bulan ni. Dalam sibuk-sibuk… tapi, sekarang ni saya tengah cuti sebentar. Cuti apa? Nanti esok saya kasi tau… šŸ˜‰ Cuti special ni…

Kekayaan menurut Islam

Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang saya ingin kongsikan bersama:

IKĀ : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul keĀ dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?

DDFKĀ :Ini adalah salah satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama”ā„¢-ulama”ā„¢ yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah “Ėœumattan wasata”ā„¢Ā  ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.

Pertengahan itu dikatakan seperti “Āala, kalau kita mati nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk kubur”Ā. Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: “Allah amat kasih akan hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang terbaik “. Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.

Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?

Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama”ā„¢-ulama”ā„¢dan ulama”ā„¢ mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu “Ėœbalance”ā„¢. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya seimbang.

Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi “Ėœjumud”ā„¢ atau terikat dengan tekanan dengan kata-kata, “ĀBuat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya”Ā. Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.

IKĀ : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya juga akan jadi cemerlang juga.

So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan berkata-kataĀ “buat apa lah nak kaya-kaya… bukan boleh bawak masuk kubur pun…”, anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah Kamsah lagi šŸ™‚

Nasihat perniagaan Abdul Rahman B Auf

Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Jawabnya:

  1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
  2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
  3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…

Apa yang dimaksudkanĀ mengikut pendapat saya:

  1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
  2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.
  3. Cash transaction only šŸ™‚Ā 

Saya pasti, 3 tip perniagaan Abdul Rahman B Auf boleh diperkembangkanĀ lagi dan menjadi antaraĀ strategy anda dalam menjalankan perniagaan šŸ˜‰Ā 

Dengan ini, saya pun buka satu kategori baru dalam Tip Satu Minit: 9/10 iaitu tip perniagaan berkonsepkan sejarah Islam. Setuju?

Semoga Tip PerniagaanĀ 9/10 dapat memberi manfaat kepada anda!