Cuba sesuatu yang baru- explore!

Manusia adalah insan yang mempunyai “habit”– sering mengulangi perkara-perkara yang sama.

Sebagai contoh, apabila pergi makan di restoran, sering kita memesan makanan yang sama, lauk yang sama dan minuman yang sama. Apabila pergi bersiar-siar, sering pergi ke shopping complex yang sama.

Dari masa ke semasa, pecahkan habit anda oleh kerana ia akan memberi momentum kepada diri anda mencuba sesuatu yang baru. Walaupun habit simple seperti memesan makanan lain, ia akan memberi a sense of “exploration” kepada diri anda.

Dan sekiranya anda sudah amat selesa dengan kerja makan gaji, apa kata pecahkan habit itu dengan membuat perancangan sebuah perniagaan. Buat perancangan sahaja… jangan pula berhenti kerja dan mulakan perniagaan terus 🙂

Latihan-latihan kecil ini akan membuka minda kita untuk explore sesuatu di luar zon selesa kita. Keluar dari zon selesa adalah langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

18 thoughts on “Cuba sesuatu yang baru- explore!

  1. ha..betul tu..keluar dari comfort zone..jangan terlalu selesa dengan makan gaji sahaja, pe;ru buta bisnes sampingan untuk tambahkan simpanan wang..

  2. Kebanyakan kita takut untuk berubah bila dah dalam zon selesa nii… saya pernah melakukan perubahan besar dalam hidup nii iaitu berhenti kerja sebagai kakitangan kerajaan dan sertai sektor swasta….ramai kawan kawan dan saudara mara terkejut dengan tindakan saya tuu…tapi alhamdullilah sekarang nii masih ok ..dan sekarang ni merancang pulak perniagaan …mulakan dengan perniagaan internet dulu laa….

  3. saya setuju tu….disebabkan duduk lama sangat makan gaji ni, saya susah nak buat keputusan yang berisiko…saya akan cuba hadiri workshop jutawan internet untuk keluar dari comfort zone sepenuhnye…awal tahun depan.

  4. That’s right. It is always uncomfortable to do things out of our comfort zone. But when we make the first step to make the ball keeps rolling, eventually we will get used to it. So we’ve all gotta be comfort with stepping out of our comfort zone. A bit deep hey? It makes sense. I am still learning so let’s keep encouraging one another, like Irfan does.

    Sincerely,
    Clement

  5. saya sokong ,
    sebab tu la, sejak mengenali jauh sahaja setakat skrg, saya mulai meminati ilmu ebiz. setiap hari, bermula jam 5.30pagi hinggalah 11.00mlm, asyik berfikir mcm mana nak ubah kehidupan saya.
    dan target saya lagi 7 thn, insyaALLAH, kalau dimakbulkanNya, saya nak jadi jutawan dan seterusnya membantu mereka yg memerlukan bantuan saya terutama dari segi peluang menambahkan pendapatan seharian.
    yg bestnya, setiap detik masa yg berlalu tu, saya rasa amat rugi sgt kalau tak dpt dimanfaatkan utk ebiz ni.
    kadang2 wife saya pun terkejut dgn perubahan jadual harian saya skrg, yg asyik fikir/baca/dok dpn pc utk fikir dan buat pasal ebiz.
    pesan saya kpd beliau, jika nak saya jadi jutawan lagi 7 thn, kena la berkorban dari skrg.
    “biar susah dahulu, bersenang2 kemudian hari”

  6. Selalunya kita rasa kurang yakin untuk melangkah keluar dari zon selesa terutama mereka yang rasa sudah cukup dengan gaji yang diterima. Kita perlu ada transformasi minda untuk keluar dari kepongpong selesa.

    Change your mind you will change the world.

    Regards Sharifah Azran Alam

  7. untuk hapisol..saya amat bersetuju, nampaknya kita serupa, asyik fikir pasal eBiz 24/7, cuma bezanya saya masih bujang dan berumur 19 tahun..kalau Irfan bole jadi jutawan internet, maknanya kita bole juga, cuma perlu ‘learn under coorecet knowledge’ dan ikut strategi yang diajar oleh pakar yang sebenar…

  8. Emm..saya telah pun mengorak langkah dalam perniagaan internet ini. setakat ini saya memiliki 2 buah perniagaan internet yang agak jayanya..saya bermula dengan adsense dulu sebelum masuk ke bidang lain. Nasihat saya buat perniagaan anda secara part time dulu dah ok terpulanglah nak berhenti atau terus bekerja…

  9. emm, sy pn setuju dgn kate2 doc tu. oh ye, hari ni sy jumpa 2 perkara baru. keluar dlm berita harian online. selalu juga sy cek iklan2 yg ada dlm news tu. 2 perkara tu ialah misi jutawan dan swisscash. sy dh bc iklan tp xfhm sistem yg mereka pakai. ada sapa2 yg dh cuba? ni pn satu benda yg baru. tp tkt benda2 ni mengarut.

  10. Saya beruntung kerana tdk berada dlm zon selesa dlm erti kata makan gaji, dan ada pendapatan tetap bulan2. Sbbnya saya mmg tak pernah bekerja secara serius! Saya seorang homemaker, dan byk buat odd jobs rumah. Dan finally, saya telah ditakdirkan bertemu dgn buku RJJIT, dan segalanya berubah! Saya mmg mencari sesuatu yg bermakna utk dilakukan rumah supaya ijazah yg saya ada tak sia2… (bak kata ramai org kpd saya) dan dlm waktu yg sama menambah pendapatan utk keluarga. Alhamdulillah… saya telah mula berusaha ke arah itu… w’pun hasilnya masih blm membanggakan, tapi sekurang2nya saya telah mencuba.

    Yg pasti dgn bisnes internet, saya tak akan putus asa! Kerana apa lagi yg anda mahukan, bekerja dari rumah, dgn kos yg rendah berbanding perniagaan konvensional, tapi klu kena gaya dan caranya, insyaAllah…. akan lahirnya seorang lagi jutawan internet!! :)Sama2 kita berusaha dan berdoa ke arah itu!

  11. zon selesa, kadang2 tak selesa.tapi ramai yang memilih untuk berada dalam zon selesa. Apa yang saya nampak kebanyakan manusia sekarang suka ikut trend perniagaan. Tanpa tetapkan matlamat secara terperinci dan planing yang terbaik.Manusia sebenarnya tak perlu keluar dari zon selesa. tetapi kekalkan zon selesa disamping itu ubahkan zon selesa untuk lakukan business. Insyallah akan berjaya.

  12. Berhati-hati ketika hendak membuat keputusan untuk keluar dari comfort zone, dan juga jangan teragak-agak untuk membuat tersebut. Once dah rasa yakin dah tahu bagaimana untuk mengatasi masalah yang bakal timbul, then baru make a move. Persiapkan diri sepenuhnya terutama dari segi kewangan. membuat sesuatu yang luar dari kebiasaan sememangnya menyeronokkan terutama apabila mendapat hasil dan ganjaran yang positif. Namun begitu harus difikirkan, keluar dari confort zone tidak lah semudah memesan makanan yang lain daripada yg biasa kita pesan di restoren…ehehehhe

  13. Mungkin kita takut nak keluar dari comfort zone sebab kita kenal ramai yang gagal dari yang berjaya, jadi ini membuatkan kita tak yakin dengan ‘impian’ kita. Bagaimana nak ‘kenal’ dengan orang yang berjaya? atau pun bagaiman nak meletakkan diri dalam golongan-golongan yang berjaya? No idea.

  14. Inilah yg saya cuba lakukan sekarang….

    Memaksimakan pendapatan bulanan saya. Selain dari gaji yang diterima bulanan, ditambah dengan pendapatan sampingan.

    Perniagaan Internet adalah salah satu langkah ke arah itu.

  15. mmm..zon selesa? sebenarnya tak seselesa manapun. Dapat gaji hujung bulan, adakah tu selesa? Dapat gaji, bayar hutang sana bayar sini, adakah tu selesa? Gaji beribu-ribu, tapi dok kena arah dek bos buat tu buat ni, adakah tu selesa? mm.. keluar dari zon selesa pergi ke ke zon yak selesa.. nak betul2 selesa, usahakan dulu yang tak selesa.. kemudian bandingkan hasilnya.. mana anda akan pilih? kalau tanya pada saya, zon yang tidak selesa lah. kenapa? kita pegang pada prinsip law of attraction.. tak selesa lawannya selesa..fikirkan. yang dah selesa jgn terlalu selesa, usahakan lagi agar sentiasa selesa..

Leave a Reply

Your email address will not be published.