Zaman teknologi… masih terkejar masa

Hari ini saya ada persoalan yang nak dibawa berbincang… nak tahu pendapat anda.

Zaman sekarang, zaman teknologi, berbagai-bagai kemudahan teknologi digunakan untuk memudahkan manusia– seperti Internet, segala maklumat dihujung hari! handphone, dalam poket je boleh hubungi sesiapa… dah ada email. hantar email terus je, tak perlu tunggu beberapa hari untuk tunggu surat sampai. Ada video conferencing… tak perlu pergi meeting bersemuka. menjimatkan masa… mesin fax, pc, blueberry, pda, wireless internet, 3G, GPRS, Astro pun ada boleh mendapat berita dari seluruh dunia… semuanya memudahkan pengguna. Dan mempercepatkan segala urusan. tak begitu?

Tetapi, persoalannya, mengapa dengan penambahan begitu banyak rekaan-rekaan canggih yang bertujuan untuk mempercepatkan urusan manusia, kita masih lagi kelam kabut tak cukup masa? Segala-galanya masih mengejar masa… lebih teruk dari sebelum ciptaan-ciptaan ini?

Kalau di bandingkan dengan dolu-dolu… bila kurangnya penciptaan canggih manggih ni, seperti masa agak relax sikit. Ni, bila ada ciptaan canggih, yang sepatutnya mengurangkan kerja & masa kita… tetapi, kenapa masih kita terkejar-kejarkan masa lebih teruk dari zaman dulu?

Hmmm…. 😉 Apa pendapat anda?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

54 thoughts on “Zaman teknologi… masih terkejar masa

  1. teknologi menyebabkan kita sibuk. banyak pilihan alat juga punca kita tenggelam dalam kecanggihan teknologi.

    cuba kita ‘free teknologi’ dalam sehari tanpa ambil tahupun apa2. main dgn anak/ sembang dgn bini… insyallah kita rasa seronok.

    allah sudah bersumpah dengan masa bahawa manusia selalu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.

  2. ik,

    kenapa nama anak ik Cinta Strawberry Abadi?
    sangat unik…ada kelainan….sama seperti bisnes,,perlukan kelainan….
    mungkin ada sbb tertentu yg blh share dgn kami? =)

  3. salam.
    pd saya…perancangan yg kurg berkesan mnyebabkan kita selalu ‘kekurangan’ mase..
    jd..dengan adanya pelbagai teknologi zaman skrg ni..kita perlu bijak merancang apa yg perlu kita buat..apa yg perlu didahulukan supaya pengurusan masa kita berjalan dengan lancar..dan tidak berlaku pembaziran masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.