Saya suka sangat lakukan ini SELAMA 8 JAM!

Sedikit pengakuan…

Saya suka naik kapal terbang.

Klik pada gambar untuk follow saya di Instagram!

Bukan kerana saya sering naik business class atau first class, bukan kerana dalam 30,000 kaki di udara pun ada kawasan berlegar untuk minum dan makan mewah, atau bilik air mewah (klik di sini kalau nak tengok bilik air First Class), pendek kata bukan kerana “kemewahan” dalam kapal terbang Emirates…

Walaupun bila naik Economy class pun, saya akan tetap suka kerana…

MASA TANPA GANGGUAN!

Ya, dalam kapal terbang, contoh dari Dubai ke Kuala Lumpur, sekurang-kurangnya saya mempunyai 8 jam MASA di dalam kapal terbang tanpa di ganggu!

Tiada gangguan telephone atau Whatsapp, tak perlu keluar jumpa orang atau lakukan sesuatu, client pun tak kacau ketika dalam kapal terbang.

8 jam itulah saya dapat “me” time. Waktu untuk diri sendiri.

Dan sering kali, inilah waktu yang saya akan lakukan sesuatu yang sangat penting untuk perniagaan saya…

Berfikir, merancang, strategize, dan mula execute untuk mencapai matlamat saya. Take note, bukan maksud saya menghasilkan “business plan” yang lengkap (tak pernah pun saya hasilkan business plan!), tetapi banyak conteng-conteng sahaja di buku nota saya. Apa yang penting adalah saya mempunyai perancangan, strategi, dan tahu apa saya perlu lakukan.

8 jam tanpa gangguan memberi fokus pada matlamat dan perancangan perniagaan akan memberi impak yang sangat hebat dalam perniagaan.

Saya teringat satu kisah ini. Di mana seorang pekerja hanya terperap sahaja dalam pejabatnya berminggu-minggu tanpa menghasilkan kerja. Seorang lagi rakan pekerja mengadu pada bossnya mengatakan…

“Dah 3 minggu dia tak melakukan apa-apa! Buang masa sahaja!”

Jawab bossnya kembali:

“Biarkan dan jangan ganggu. 2 bulan lepas, selepas dia terperap begitu, dia dapat idea strategi yang sangat hebat hingga syarikat untung lebih USD1,000,0000!”

Adakalanya kita perlu berhenti dan merancang dan strategize untuk kejayaan perniagaan. Bukan setiap hari lakukan kerja sahaja, tetapi, luangkan masa untuk berhenti dan berfikir. Merancang dan execute.

Beberapa hari sahaja lagi saya akan naik kapal terbang lagi dan luangkan 8 jam dalam kapal terbang!

Sangat teruja, dan kini anda pun tahu mengapa. Inlah waktunya saya akan berfikir, merancang dan execute langkah seterusnya dalam perniagaan.

Tetapi bukan itu sahaja, teruja juga oleh kerana akan menjalankan pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, jika ada rezeki bersama ANDA, tak lama lagi….

Klik di bawah…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.