Perniagaan produk informasi & motivasi diri

Pagi tadi di WW, Wanita & Wang saya dapat berkongsikan sedikit mengenai menjual produk informasi di Internet. Ada beberapa tip mencipta produk informasi yang terhangat di pasaran di atas! Klik button play di atas untuk lmenonton. *Tip: tekan play, kemudian tekan pause. Apabila loading bar dah penuh, tekan play semula untuk memastikan klip tak tersekat-sekat macam Astro bila hujan*

Sedikit tambahan di sini, dalam klip saya sebut tentang “being in the driver seat” dan “menjadi own boss”… salah satu episod Wanita & Wang saya beri beberapa perbezaan minda kaya dan minda miskin. So, nak elaborate sikit di sini…

Ini kerana, tidak seperti menjual “produk” yang sudah sedia ada di pasaran di Internet, untuk meghasilkan produk informasi sendiri, perlukan usaha dan komitmen yang lebih tinggi. Kalau nak jual produk, kita boleh dapatkan produk dari pemborong, dan jual semula online.

Tetapi, kalau nak hasilkan produk informasi sendiri, perlu sit down and get to it! Perlu menulis dan menyusun produk anda untuk jadikannya terhangat di pasaran. Oleh sebab itulah perlu mempunyai MINDA KAYA untuk membuat keputusan dan memberi komitmen.

MINDA KAYA sebagai perumpamaan, perlu berada di “driver seat”. Seorang yang membuat keputusan hala tuju diri sendiri. Mereka ini jenis yang tak perlu di suruh untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan diri. Contohnya, dalam perbincangan di atas, maksudnya dengan inisiatif sendiri mencari masa dan mencipta produk informasi sendiri.

So, minda kaya mempunyai prinsip diri yang teguh untuk melakukan sesuatu tanpa perlu didesak orang- in other words, dengan inisiatif sendiri. Menganggap diri sebagai boss, dan tiada boss di atas diri sendiri.

Bila menganggap kita adalah boss kepada diri sendiri, tanggungjawab kita untuk melakukan apa sahaja untuk menjadi bebas kewangan. Dengan keputusan dan pilihan sendiri, mengambil masa dan memberi dedikasi mungkin satu bulan untuk menghasilkan produk informasi sendiri.

MINDA MISKIN pula adalah apabila kita umpama “penumpang” sahaja. Kita biar orang lain yang ambil keputusan untuk diri kita. Kita lihat orang lain buat sesuatu yang menguntungkan (tak semestinya wang), kita tak tentu akan ikut. Kita bersikap tunggu dan lihat. Selagi tidak didesak atau tidak di suruh, kita tidak lakukan sesuatu yang kita sendiri tahu memberi pulangan. Dalam erti kata lain, tidak dapat membuat keputusan dan memberi komitmen kepada diri sendiri. Mudahan dijauhkan minda miskin dari kita.

So, jangan lupa klik PLAY pada klip di atas untuk mengikuti perbincangan menjadi usahawan informasi. Dan aplikasikan MINDA KAYA anda hari ini πŸ™‚

(*Note: Maksud saya minda kaya dan minda miskin, bukan orang kaya dan orang miskin. Tetapi, MINDA kaya dan MINDA miskin)

Workshop Perniagaan InternetΒ – klik di sini

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

22 thoughts on “Perniagaan produk informasi & motivasi diri

  1. Ini bermakna untuk kebanyakan orang yang bebas kewangan mempunyai pemikiran ‘minda kaya’.
    Jadi boss sendiri, buat kerja yang diminati untuk kepuasan sendiri tanpa ada paksaan dari pihak lain…

  2. huhu, tue la btul gak video nie cakap.. kite kenelah jadi orang yang kat atas (boss) untuk bantu orang yang kat bawah.. Jangan jadik orang bawah tapi xhenti2 komplen orang atas (boss)

  3. Minda kaya mempunyai pendirian yang tegas. Minda kaya akan berfikir lebih mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan.Minda kaya tahu baik dan buruk sesuatu keputusan sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain.

  4. Tak semua orang kaya ada MINDA KAYA dan tak semua orang miskin ada MINDA MISKIN.

    Orang miskin / sederhana yang ada MINDA KAYA tentu berpotensi untuk jadi orang kaya. Orang kaya yang ada MINDA MISKIN tentu juga berpotensi untuk jadi miskin.

    p.s: Bukan saje KAYA HARTA, kita juga mahu KAYA IMAN πŸ™‚ Kita mahu kaya di dunia, dan kita juga mahu kaya di akhirat. Aamin.

  5. adakah MINDA KAYA comes naturally?

    boleh tak IK recommend buku rujukan yg boleh memperkayakan minda?

    terima kasih
    seri

  6. Bukanlah kaya itu terletak pada banyaknya harta tapi kaya sebenarnya terletak pada diri…Tak guna kaya kalau tak pernah puas dan bersyukur…

  7. Kenapa kat atas mukasurat saya ni kosong je, takde pun butang “play” ke atau apa-apa untuk di klik….. Tolong beritahu saya wat happen….dan nak buat mcmana. tq.

  8. Sama ada kita memiliki Minda Kaya atau Miskin bertitik tolak juga drpd keinginan diri sendiri utk berubah dan mengubah nasib. Bagi mereka yg mahu mencapai matlamat hidup spt mahukan Financial Freedom, sudah tentu mrk mesti memotivasikan diri utk memiliki Minda Kaya.

    Thomas L. Friedman ada berkata,
    “People don’t change when you tell them there is a better option. They change when they conclude they have no other option.”

    Ada benarnya juga kata2 beliau tu. Mereka yg mmg makan gaji contohnya tak semudah itu nak berubah dan cuba melakukan bisnes sendiri dan keluar dr zon selesa mereka (tiap2 bulan certain amount of income dah pasti masuk). Tapi org yg cthnya Work From Home Mom mcm saya ni yg terpaksa memotivasikan diri utk berubah utk kebaikan sbb dah tak ada pilihan lain lagi. Nak teruskan duduk di rumah menjaga anak2, sambil tu menjana pendapatan…

  9. Minda Kaya atau pemikiran ke arah
    financial freedom bermula dengan
    mengetahui apakah yang kita tak nak.

    Kita taknak keluarga kita hidup susah.
    Kita tak nak menyusahkan orang lain.

    Seterusnya, NIAT untuk mencapai financial
    freedom. Minda separa sedar kita akan membantu diri kita tanpa kita sedari untuk
    mengecapinya.

    Contohnya kaum cina yang sering dikatakan
    pandai dalam bidang perniagaan. Ini adalah
    kerana minda separa sedar mereka didedahkan
    dengan persekitaran perniagaan kompetetif
    sejak mereka kecil.

    Semula jadi atau tidak semulajdi.

    Kita yang menentukan nasib kita sendiri. Dengan niat, usaha dan ilmu, kita pasti
    akan mengecapi hasrat kita.

  10. kalau terpaksa kena buat sesuatu mmg rase x feel…….
    wat pun mcm nk x nk je…….
    tp berbeza bile buat sesuatu sbb nak betul2…..
    auranye berbeza n lebih bsmgt………
    hehehehehhe………..

  11. salam IK,
    kupon akan diberikan kepada peserta terhangat di pasaran sekiranya menghadiri workshop jutawan internet.
    adakah kupon istimewa juga akan diberikan kepada peserta workshop jutawan internet yang lepas sekiranya menyertai terhangat di pasaran ?? πŸ™‚

    ==========================================
    Ketahui rahsia terbaru meningkatkan minat
    kanak-kanak untuk belajar di :
    http://www.kamusgambar.com/
    ==========================================

Leave a Reply

Your email address will not be published.