mulakan perniagaan internet

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan Internet

Pernah terfikir untuk memulakan perniagaan Internet? Apabila melihat rakan-rakan yang sudah menjalankan perniagaan Internet dan mendapat untung, memang terasa best. Tetapi, dalam diri sendiri, mungkin tiada keyakinan untuk memulakannya. Tidak punyai keyakinan diri seringkali datang kerana kurangnya ilmu dan pengetahuan dalam sesuatu itu. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Perkongsian saya kali ini adalah untuk mengenalkan anda dengan perniagaan Internet dengan memberi 5 sebab utama mengapa ANDA JUGA perlu memulakan perniagaan Internet…

5sebab

SEBAB #1: Kerjaya yang TERJAMIN

Ramai yang mungkin kata ianya risiko menjalankan perniagaan Internet dan merupakan kerjaya yang tidak terjamin. Bagi saya dan ramai usahawan diluar sana, risiko kecil sememangnya ada, tetapi ianya berbaloi. Bukan hanya kerana pulangan rezeki perniagaan 9/10 yang kita boleh dapat, tetapi apabila mengetahui selok belok perniagaan, ia memberi keyakinan kepada diri kita sendiri memulakan apa sahaja perniagaan.

Mungkin ada kalanya perniagaan gagal, namun, dengan mengetahui selok belok perniagaan Internet, pada bila-bila sahaja kita boleh memulakan perniagaan Internet tidak kira di manapun dan menjadikannya kerjaya yang terjamin.

SEBAB #2: Lakukan apa yang ANDA SUKA

Sekiranya anda berminat dengan fesyen, ia boleh menjadi perniagaan anda. Sekiranya anda minat muzik, muzik boleh menjadi perniagaan anda. Sekiranya anda berminat sukan, tiada masalah menjadikan sukan sebagai usaha perniagaan anda.

Adakalanya kerjaya kita kini bukan mengikut minat dan kesukaan kita. Namun kita terpaksa melakukannya untuk menyara hidup dan diri kita dan keluarga.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kerja yang anda lakukan kini, apa kata anda cuba sekurang-kurangnya separuh masa mempelajari berniaga apa yang anda minat di Internet!

SEBAB #3: Pasaran yang lebih BESAR 

Tidak lagi seperti membuka kedai yang mungkin memakan kos yang tinggi hingga beribu ringgit, dan mendapat pelanggan terhad yang hanya berkunjung di kawasan kedai anda. Pastinya anda juga tahu, dengan membuka “kedai” di Internet, walaupun hanya menggunakan blog atau Facebook yang sememangnya percuma, anda boleh mencapai pelanggan bukan sahaja setempat, tetapi seluruh Malaysia dan menjangkau seluruh dunia. Semua hanya dari keselesaan rumah anda.

Pernahkah anda terbayang mempunyai perniagaan global? Internet memudahkan cita-cita anda ini.

SEBAB #4: Tingkatkan PENJIMATAN

Sekiranya berumah tangga dan mempunyai anak kecil, dengan menjalankan perniagaan Internet yang berjaya, anda dapat mengurangkan perbelanjaan keluarga. Mungkin salah seorang suami atau isteri dapat menjalankan perniagaan Internet dari rumah dan menguruskan perihal keluarga dengan lebih lancar dan kos efektif.

Ini adalah satu perkara yang agak menarik, tambah-tambahan dengan kos membesarkan anak dan juga kos sara hidup yang semakin meningkat.

SEBAB #5: Tingkatkan PENDAPATAN

Jika bekerja makan gaji, mungkin amat sukar mencapai kebebasan kewangan yang sering diimpikan. Sukar kita dengar kisah lahirnya seorang jutawan dengan kerja makan gaji. Ini kerana, apabila bekerja, kita terhad kepada masa dan pendapatan yang diterima.

Namun, apabila berniaga, pendapatan tidak mempunyai had. Sering kita dengan usahawan online yang berpendapatan 5 angka sebulan, tetapi, mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Ada juga kita dengar kisah jutawan Internet dilahirkan melalui berniaga online – tanpa kos yang besar dan bangunan pejabat yang mewah.

Adakalanya kita inginkan kenaikan gaji mungkin 5%, dan nak dapat 10% pun mingin sukar. Tetapi dengan menjalankan perniagaan, peningkatan 50% atau 100% atau lebih pendapatan bukan sesuatu yang mustahil. Hadnya hanyalah usaha anda!

*Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan Internet, InsyaAllah, kami di IKSB dapat membantu anda dalam program separuh masa “Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial”. Program bersemuka ini telah membantu beribu usahawan Internet bermula dari kosong hingga berjaya menjalankan perniagaan Internet sendiri.

girls

Pengambilan terbaru kini telah dibuka dan daftar segera sebelum tempat yang terhad ini dipenuhi. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran program seterusnya atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk sebarang pertanyaan.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

3 thoughts on “5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan Internet

Leave a Reply

Your email address will not be published.