Dalam perniagaan, ianya amat penting untuk ketahui perihal pesaing anda. Ada kalanya, pesaing anda adalah kenalan anda juga sekiranya dalam industri yang sama.
Pelajari strategi-strategi yang dijalankan oleh pesaing anda dan ciptakan strategi yang lebih baik untuk mendapat pasaran yang lebih besar. Ianya satu kesilapan yang besar oleh sesuatu perniagaan sekiranya mengabaikan pesaing- walaupun pada mulanya anda menganggap pesaing tersebut kecil.
Sedangkan syarikat gergasi Coca Cola pun sering memantau pesaing-pesaing yang lebih kecil seperti RC Cola (siapa pernah dengar RC Cola?!). Apatah lagi untuk kita pantau pesaing-pesaing yang bersaing dengan kita. Melihat strategi MAS dengan Fireflyz respond kepada pesaing (Air Asia) pula , adalah kerana hasil pantauan pesaing. Begitu juga offer yang dijalankan oleh syarikat telco seperti Maxis, Digi, Celcom & U Mobile, kesemuanya respond kepada startegi perniagaan satu sama lain.
Apa yang anda perlu buat: Senaraikan 5-10 pesaing (terdekat) anda, dan lakukan pantauan- apakah strategi perniagaan mereka? di manakah pasaran mereka? bagaimanakah mereka promosi? apakah harga mereka? siapakah target market mereka? apakah lingkungan pendapatan pelanggan mereka? dan sebagainya…
Dengan menyenaraikan hasil pantauan anda, anda akan dapat mencipta strategi anda sendiri yang lebih baik dari pesaing anda 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
saya setuju dengan pendapat ik…
tp bagaimana untuk memantau pesaing bagi produk digital?
adakah cara promosi mereka dan harga yg mereka tawarkan?
harap dapat berkongsi
=)
Salam, Ya…, Kita boleh belajar dari pengalaman mereka.. jadi kerja kita jadi lebih mudah 🙂 Terima kasih IK
Apakah cara terbaik untuk mengenali pesaing kita dalam arena blog,kerana saya tidak tahu cara untuk mengetahui teknik promosi blog pesaing?
pesaing boleh juga dijadikan panduan dengan meliahat kelemahan yang telah dibuat dan belajar dariapda kesilapan mereka. kita sendiri juga perlu menggunakan strategi tersendiri untuk mengatasi pesaing. komunikasi amat penting di samping khidmat terbaik yang diberikan kepada pleanggan akan mengekalkan keduduka kita dalam bisnes.
Salam,bagaimana pula dengan penawaran harga?
Kalau pesaing kita tawar harga yang lebih murah macammana,takkan kita nak asyik lawan harga jer 🙂
Kalau tak silap IK ada terang pasal ni,tapi harap IK dapat beri lebih penjelasan 🙂
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com
Apakah teknik memantau pesaing yang paling berkesan.. tiap2 hari, seminggu sekali atau sebulan sekali ?
1: pantau pesaing online, guna search engine… ektahui siapa pesaing beli produk mereka + join newsletter mereka + hubungi support mereka untuk soalan berkenaan produk mereka etc… 🙂
2: sebaiknya 2 minggu sekali kira ok… supaya perniagaan anda sering one step ahead of pesaing
Salam;
1: setuju dengan pendapat IK
2: berlawan dengan cara sihat
3: untuk gagal, memang mudah tetapi untuk berjaya juga tidak mustahil.anda harus mengatur langkah dengan penuh yakin dan berstrategi
dengan melakukan kajian terhadap pesainglah kita dapat memikirkan jalan untuk mengalahkan pesaing. Kadang-kadang idea akan lebih mantap jika ada sumber sebagai rujukan.
Saya ada pergi kursus keusahawan dan penceramah tu kata jangan suka mulakan perang harga. Apa yang bagus tawarkan yang lebih baik dari pesaing. mantapkan promosi.
Pesaing adalah Benchmark kita…!
Jadi selalu ikuti perkembangan mereka …
Salam kekayaan,
THINKERICH
Memang betul apa yg bro IK tulis dan seperti kata2 komenter sekalian.
Mcm thinkerich ckp, kita jadikan pesaing kita benchmark.
Apa pun, usaha perlu kita lakukan supaya perniagaan kita terus maju dn tidak lupus dek kerana kegagalan memantau promosi yg dilakukan pesaing kita..
Persaingan secara sihat juga boleh menjadi motivasi paling berkesan dalam hidup kita.Takkan nak biar je pesaing kita untung kan 🙂
http://blog.joerzoe.com
Kita perlu ada strategi yg mantap untuk menghadapi pesaing.
persaingan yg sehat..bukan persaingan yg x sehat…….
pantau dan kaji….cool…:D
http://kamrie-ceramic.blogspot.com
Salam semua,
Pantau pesaing mesti fokus kepada apa kelebihan mereka, dan tindakan kita selepas itu bukan sekadar meniru apa yg mereka lakukan tetapi perlu fokus dan usaha lebih untuk mengatasi kelebihan mereka. Barulah kita berpeluang mengatasi pesaing tersebut.
Jaga-jaga IK, pembaca yg rajin tinggal komen kat sini mungkin selalu skodeng kelebihan blog IK. Depa nak bersaing tu, huhu, gurauan malam minggu je 🙂
http://bisnes-impian.blogspot.com
Sy pun setuju dgn artikel dan jawapan IK kepada persoalan rakan2 di atas.
Kalau persaingan secara online, sy suka kaji keyword yg pesaing selalu gunakan.
Terutamanya yg mendapat ranking terbaik kat enjin carian.
Memang betul. Kawan Chetz selalu cakap…
“Keep your friends close… Keep your enemies closer”
Kita mesti create keunikan untuk bersaing dan sentiasa berusaha memperbaiki produk dan servis yang kita berikan.
Chetz Yusof
smart.care ni mmg mantap!!!
thanks woo!
http://bodybuildingasian.wordpress.com
assalamualiakum…
firstly,sy nk ucapkan slmat ary raye aldiladha..smoge mymbut ary raye ngan pnuh keredhaan..amin..
sy student politeknik..sy teringin nk memulakan perniagaan smbilan tp bkn nk jual produk sndri..produk org..kre boss tmpt prktkal sy pnye share partner..sy mmg kagum ngan produk 2 sbb sy dpt rasekan produk ini bleh maju..
produk yg sy mksudkan adalah jual myk flushing engine..n fuel enhancer diesel..
belum pnh sy dgr owg melayu menceburi bidg ni..kbykn sume cine n india..klo bleh sy nk jd owg mlayu yg pertame menceburi bidg ni..klo xslp sy la..hehehe..
sy cme nk tw bleh ke kte jual produk owg 2??cmne carenye?sy hrp IK dpt mmbntu..n sy mmg bngge klo ade bgsa kte berjaya mcm IK..thanx..
owh..cenggitu yea…kononnya tanya produk diorg padahal tgh scout yea…
emm pantau pesaing ni tujuannya kita tak duplicate apa yang pesaing kita dah buat dan kita buat sedikit perubahan untuk menjadikan produk kita lebih unik..sebagai contoh jika kita buat buku resipi….kita tengok pesaing lain yg juga buat buku resipi…tgk apa yang tiada ditawarkan contohnya personal coach memasak,video percuma ke,jadi ini dapat membezakan kita dengan pesaing…
patutla skrg ni sykt telco berlumba2 iklankan produk mereka..mcm2 bonus mereka nk bg..rupanya mereka menggunakan teknik ini..anyway Thanks IK
aslm…bro IK…
sy nie peminat blog bro IK….
sy teringin gak nak buat bisnes dlm internet gak…mcm bro IK…
sy dapat banyak ilmu dan kata semangat untuk meningkatkan lagi keyakinan saya…
Iklas sy katakan ” sy bangga dengan kejayaan bro IK, semoga terus berbahagia..
trima kasih…
Salam semua..
Sy br berjinak-jinak ngan web ni..interesting..emm pasal pesaing.. something nk share..kami menjalankan perniagaan IKS buat kuih..d area rumah saya ada 4 usahawan buat kuih yg sama.. menariknya kami msg2 punya customer n kekadang bertolak sesama sendiri(bg order customer sendiri pd pesaing)bkn ape da x larat nk buat..yg buat kuih ni makcik2.. kami anak2 bekerja full time.. so IK sy terfikir utk kembangkan perniagaan ni..ada potensi.. market pon da ade..tinggal lg komersial kan..kembangkan.. n internet biz..sy berminat(n thinking of quit my job-100% fokus niaga) tp family x bg..mkn gaji lg bagos n pnat blajo tinggi2 katanye..tp bg sy pglmn keje n blaja bdg bisnes..cukup bg sy.. n tentulah kene blaja lg selok belok cam internet biz nih..so perniagaan kami stakat tu je la..kpd IK n kawan2 leh tolong saya??.. i need opinion.. motivated one..hehhe.. kalu ckp org yg bkn bisnes minded.. sy demotivated.. upset sgt..huhu