Peka kepada trend semasa

Sekiranya anda belum memulakan perniagaan lagi dan merancang untuk memulakan perniagaan, tetapi tiada idea untuk memulakan perniagaan apa , fikirkan trend semasa (fuh… habis nafas menyebutnya) :).

Trend semasa berubah selalu. Ia merupakan berita baik kepada usahawan-usahawan yang inovatif untukย  mengambil peluang perniagaan mengikut trend pada ketika itu.

Bila menyebut trend, mungkin ramai akan fikirkan golongan muda-mudi. Namun, “trend” bukan setakat itu sahaja.

Terdapat trend penggunaan handphone, trend mencantikkan halaman rumah, trend mencantikkan interior rumah, trend membaca buku kewangan, trend menonton wayang gambar seram, trend menjaga kesihatan, trend menjadi pengguna bijak, trend mengitar semula barang buangan, trend memakai fashion berwarna hitam dan sebagainya…

Perhatikan trend-trend disekeliling kita di Malaysia kini dan fikirkan bagaimana anda boleh take advantage of the trend dan menjadikannya idea perniagaan.

Apakah trend-trend yang sedang berlaku ketika ini di Malaysia? Mungkin anda boleh sertakan idea perniagaan sekali.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

11 thoughts on “Peka kepada trend semasa

  1. satu trend ketika ini adalah penggunaan SMS. salah seorang peserta Workshop Jutawan Internet baru2 ini Mr Irwan Dahnil dan pembaca/pengkomen tip satu minit ada membuat buku mengenai menjana pendapatan melalui SMS. berikutan trend SMS yang berleluasa di malaysia ini seperti AF, mentor, download ringtones, berkenalan, chat dan sebagainya.

    A very good idea perniagaan mengikut trend!

    Irwan: thanks for the ebook. very informative!

  2. yang saya nampak trend pengunaan online kali ni, trend friendster, myspace dan personal blog yang boleh share bermacam gambar, cerita dan hot stuff..

    apa kata kalau buat satu portal percuma untuk berkenalan ni, join free (trutama remaja & youngsters sedunia) kemudian offer produk yang sesuai, wallpaper ka, screen saver ka, lagu2 mp3 downloadable atau video music, tshirt, barangan cenderamata..produk tu pulak bole upgrade dari semasa ke semasa dengan pelbagai harga (price level)..kalau bole, kenakan weekly/mothly membership untuk dapat lebih perkhidmatan/product special diskaun ..kira long term profit juga tu..laku sampai bila2

  3. Rancangan TV realiti, menjadi satu trend yang bukan sahaja menjadi ikutan untuk stesen tv di Malaysia, malahan di seluruh dunia…

    Bukan sahaja mencari bakat dalam bidang seni ( rancangan realiti yang paling mendapat sambutan), daripada mencari seorang pembantu rumah, malahan mencari jodoh (?)

    Rancangan realiti kegemaran saya – Explorace ๐Ÿ™‚

  4. Trend bisnes yang sesuai adalah trend yang boleh menolong orang sebelum, semasa atau akan susah, contohnya dikala banyak kes pecah rumah (home alarm) dikala hujan (payung) harga petrol naik (asesori penjimatan petrol) pendek kata ekonomi gawat pun laku tak gawat pun laku juga macam teknologi perniagaan internet yg semakin ramai celik komputer makin banyak boleh buat duit.

  5. Satu lagi trend yg saya nampak sekarang adalah trend bekerja sendiri, dan trend bekerja dari rumah (terutamanya di kalangan wanita yg dah mempunyai anak/yg sedang bekerja makan gaji tapi berhasrat utk berhenti kerja dan mempunyai lebih banyak masa utk anak-anak di rumah)

    Ramai di antara kawan2 saya sendiri menyatakan hasrat mereka utk berhenti kerja apabila bilangan anak mencecah 2 org atau lebih (kata mereka krn kos menghantar anak ke nursery semakin tinggi bila bil. anak semakin ramai) Dan kebanyakannya bercita-cita utk menjalankan perniagaan.

    Ekoran trend ini, idea perniagaan internet sudah pastinya semakin mendapat sambutan (nampaknya bengkel jutawan s Irfan juga akan semakin hangat saya kira… ๐Ÿ™‚ ) dan mungkin lebih banyak buku-buku motivasi berkenaan bekerja rumah boleh dihasilkan.

  6. Tq Irfan,

    Sentiasa mencari2 peluang untuk menerbitkan hot selling book like yours ๐Ÿ™‚

    Insyallah, kalau tiada aral membina perniagaan internet sendiri seperti Irfan sendiri.

  7. Idea yang bernas yang boleh dipraktikkan dan boleh mengeluarkan lebih banyak ebook. Thanks to everyone who have contribute the ideas especially Irfan who has start with the ‘trend’ methodology. All of you are very creative and innovative.

    Regards Sharifah Azran Alam

  8. kalau kat tempat kerja saya pula, majoriti staf kumpulan sokongan “trend”nya, buat “part time business”. so, pelbagai idea “business” muncul di sini.
    cuma yg tak bestnya, mereka mudah tergoda dgn skim cepat kaya/perniagaan yg buat kerja sedikit, tapi mengharap untung berlipat ganda dlm masa terdekat.
    ini berlaku kerana kos sara hidup meningkat setiap thn. nak harapkan gaji, bukannya cukup.

  9. betul jugak, ikut trend semasa. kalau kawasan tempat saya tinggal, sekarang ni trend nak upgrade rumah. kalau saya ada pengatahuan berkenaan dengan decoration rumah, nak jugak saya take advantage dalam hal ni ๐Ÿ˜‰

  10. Bab ‘trend-mengetrend’ nii macam2 ‘bangsa’. Ada positif ada sebaliknya. Yang menyesakkan sekarangnya trend -ve, yang orang jemu nak cakap ialah pasal gaya mat rempit yang nak ditukar nama dengan macam-macam nama. Hal lain pulak trend berhibur dengan berbagai cara yang berlebihan / melampau-lampau ( hal-hal tadi tu pasal remaja dan dewasa juga lah ), jadi dalam hal trend -ve ni, nak buat niaga cam na ye ? tak kan nak beri nasihat mintak RM lak ?
    Ini hakikat masaalah sosial kita juga.. amacam..

  11. Lagi satu trend yang kita kena lihat ialah trend suka makan, memang soal makan kita tak perlu katalah sebab memang orang suka makan. Maksud di sini ialah orang suka makan di gerai terbuka, masakan panas di tepi-tepi jalan, di bawah-bawah pokok. Jadi , elok juga disarankan owner2 kedai-kedai sebegini mengamalkan alat anti habuk, debu yang sentiasa berterbangan dan masuk dalam makanan dan minuman yang hendak di makan/minum. Apakah alat yang sesuai ? Yang bakal digunakan oleh jutaan gerai-gerai di seluruh Negara ? Apalagi buat lee benda tuu, paten kan segera. Cadangkan WAJIB oleh Majlis PBandaran atau Kementerian Kesihatan. Kalau koi / den orang teknikal boleh lee di buat. Ramai orang makan hari-hari dengan makanan panas berresipikan habuk dan debu tanpa di sedari, mungkin habuk tuu ada kandungan karbon / ferum kee dll. Kan bahaya tuuu untuk 10 tahun lagi kepada penggemar makan di gerai…

Leave a Reply

Your email address will not be published.