Tip menghasilkan video LIVE di Internet

Salah satu trend terkini dalam perniagaan online, adalah video marketing. Menurut majalah Forbes, 80% isi kandungan Internet adalah video menjelang 2020 nanti.

Antara strategi pemasaran video yang paling mudah dan popular adalah berkongsikan informasi yang relevan mengenai perniagaan anda.

Contoh:

  • Sebagai agen hartanah, kongsikan tip-tip hartanah
  • Sebagai penasihat kewangan, kongsikan tip-tip kewangan
  • Sebagai fitness coach, kongsikan tip-tip kesihatan

Tip #1:

Kongsikan informasi dalam video yang dihasilkan. Bukan promosi semata-mata. Video yang berbentuk promosi, kurang yang akan menonton.

Fikirkan seperti iklan di YouTube, di mana anda hanya “skip” sahaja iklan. Betul tak?

Namun, walaupun kongsikan informasi ataupun tip yang relevan dengan industri anda, selitkan juga sedikit promosi.

Fikirkan 80-20. 80% dari isi kandungan video anda adalah informasi, dan 20% adalah promosi. Sekiranya video anda adalah video 10 minit, penuhkan 8 minit dengan informasi yang membantu penonton. Lagi 2 minit, kongsikan mengenai perniagaan anda.

Dengan cara ini, anda akan dapat hasilkan video yang ditonton sasaran pasaran anda, dan dalam waktu yang sama, mempromosikan perniagaan anda!

Tip #2:

Sekiranya video anda adalah berbentuk “talking head”, bererti anda bercakap dan kongsikan informasi kepada orang ramai (seperti mana video yang sering saya hasilkan- contoh di bawah)

Contoh video “talking head”

Prepare-prepare dan prepare. Sediakan nota dan rancang apa yang anda ingin sampaikan.

Mungkin anda pernah melihat video saya seperti di sini, namun, sebelum menghasilkan video, saya akan rancang terlebih dahulu apakan point-point yang ingin saya kongsikan. Bukan terus bercakap sahaja!

Apabila kita prepare nota dan point-point yang ingin disampaikan, ini akan membantu melancarkan lagi apa yang ingin dikongsikan.

Jangan kongsikan terlalu banyak perkara dalam satu waktu yang singkat. Kongsikan maklumat yang padat dan membantu sasaran pasaran anda.

Pada hari lain, kongsikan maklumat lain pula. Jangan gabungkan terlalu banyak perkara dalam satu video oleh kerana ia akan mengelirukan penonton anda sahaja.

Oh ya, video informasi tidak lebih dari 20 minit sudah memadai. Kurang pun boleh- lagi padat, lagi baik!

Tip #3:

Tidak perlu laburkan wang untuk mendapatkan peralatan tercanggih dan terbaik!

Ada yang fikirkan perlu camera yang hebat, perlu setup lampu seperti studio, atau perlu peralatan bunyi microphone yang mahal.

TIDAK!

Gunakan smartphone pun sudah memadai. Zaman ini, camera pada smartphone yang kita miliki dapat menghasilkan video yang berkualiti.

Apa yang kita tidak mahu adalah alasan “tiada peralatan canggih” untuk bermula.

Keluarkan smartphone anda, dan mulakan rakaman (atau live). Practice makes perfect! Selagi kita tidak mula mencuba dan practice, selagi itu kita tidak akan hasilkan video untuk perniagaan kita.

Namun, mungkin satu pelaburan yang baik untuk peralatan yang boleh anda dapatkan, adalah TRIPOD!

Letakkan telephone anda pada tripod paras mata (eye level), cari tempat yang terang dan tidak bising, dan anda dapat hasilkan video yang menarik!

Tetapi, jangan pula ada alasan sekiranya TIADA TRIPOD- seperti gambar saya di atas di mana saya terlupa bawa tripod saya!

Yang penting, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selagi kita tidak mula mencuba, selagi itu kita tidak akan gunakan platform video marketing untuk perniagaan  kita yang sangat efektif ini!

Pelajari pelbagai teknik dan strategi yang efektif untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda di Program saya, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial! Klik di sini untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.