Dari seorang pemalu menjadi speaker antarabangsa!

Tahun lepas saya telah dijemput untuk memberi ceramah/talk di 4 buah negara. Termasuk Spain, Korea, USA dan India. Tidak termasuk mengendalikan pelbagai program di Dubai, UAE di “IK Institute of Business, Dubai”. Juga telah membina rangkaian kenalan perniagaan dari serata dunia.

Namun, satu ketika dulu, saya seorang yang sangat-sangat pendiam dan berat mulut. Teringat saya ketika di bangku sekolah, memang tidak pernah angkat tangan untuk cuba menjawab soalan guru. Ketika aktiviti berkumpulan, pastinya tidak mahu berinteraksi sesama rakan sekelas. Waktu rehat tengah hari pula, selepas makan, akan ke perpustakaan membaca buku. Waktu pendidikan jasmani pula pastinya menjadi pelajar terakhir dipilih untuk satu-satu pasukan kerana saya tidak pandai berkawan. Adakalanya, hendak bersama rakan-rakan juga akan rasa kurang selesa.

Ketika tingkatan 2. Cuba cari yang mana saya šŸ˜‰

Mat salleh menggelar orang seperti saya sebagai “introvert”

Mat salleh menggelar orang seperti saya sebagai “introvert”. Iaitu seorang yang pemalu, dan tidak suka bergaul dengan orang ramai. Tidak kira apa gelarannya, yang pasti, saya lebih selesa berseorangan, berdiam diri dan tidak bergaul. Biarlah orang lain yang menjawab soalan-soalan guru sebab jika saya jawab takut pula salah! Nanti lagilah malu…

Ketika saya di sekolah, saya seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Di sekolah rendah, keputusan UPSR pula gagal dalam Bahasa Malaysia (walaupun kini telah menulis 7 buah buku dan kolumnis majalah/akhbar), keputusan SPM juga gagal dalam Prinsip Akaun (walaupun kini menjalankan perniagaan peringkat global).

Tetapi, apa yang mengubahkan saya? Dan bagaimana seorang yang “introvert” boleh berjaya dalam bidang perniagaan yang memerlukan komunikasi, keberanian & keyakinan?

Teringat saya tahun 2005, ketika saya “dipaksa” untuk memberi talk di hadapan peserta-peserta mengenai perniagaan Internet. Ketika itu hanya dalam 30 peserta di dalam bilik seminar. Itupun dijemput oleh seorang speaker lain. Badan terasa berpeluh, tangan menggigil, apa yang nak disampaikan juga saya terlupa, terasa sakit perut pun ada! Ruang untuk saya berikan talk, hanyalah 20 minit ketika itu, tetapi terasa umpama 2 jam!

Selepas itu, saya mula mendapat lagi jemputan mengendalikan talk dan ceramah. Sememangnya bukan bidang saya. Sejak tahun 2000 hingga 2004 saya hanya fokus kepada perniagaan Internet saya yang menjana pendapatan RM1,000,000 bekerja seorang diri. Malah, disebabkan saya seorang yang pendiam dan suka berseoranganlah saya memilih perniagaan Internet!

Tetapi, pesan seorang guru yang saya sangat hormati…

“Irfan, kalau sudah ada ilmu, tidak baik untuk simpan untuk diri sendiri sahaja. Kongsikan ilmu itu supaya orang lain pun boleh dapat manfaat”

Saya gagah juga walaupun dalam ketakutan untuk berkongsi ilmu perniagaan bermula tahun 2005, lebih 12 tahun yang lalu. Pada mulanya, terasa seperti paksa rela. Tetapi, niat itu memang ada. Keperibadian saya yang merupakan seorang yang pendiam menyukarkan saya untuk berhadapan dengan orang ramai.

Tak kenal maka tak cinta

Namun, bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Yang bermula sebagai “terpaksa” diberikan masa, saya mula dapat lihat betapa seronoknya menyampaikan ilmu. Tambah-tambah lagi bila ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Tentunya pada mulanya, saya hanya dijemput untuk berbicara selama 20 minit, yang saya rasakan bagai 2 jam. Tetapi, hari ini, berbicara 2 jam pula saya rasa tak cukup dan tak puas oleh kerana ingin menyampaikan lebih banyak lagi!

Sekiranya ingin berubah, lakukannya sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan sehingga kita terasa selesa. Dulu, hendak kehadapan bilik darjah untuk presentation kelas pun saya tak berani. Tetapi, sekarang bercakap di depan peserta luar negara pun tiada masalah!

Dalam apa sahaja yang kita lakukan dan inginkan perubahan, pastikan kita sentiasa practice. Bak kata practice makes perfect. Pertama kali saya berbicara di depan orang ramai adalah pada tahun 2005. Manakala pertama kali saya dijemput untuk mengendalikan talk di luar negara adalah pada tahun 2014. Antara tahun 2005 hingga 2014 pastinya telah beratus kali mengendalikan talk dan ceramah. Setiap kali melakukan, setiap kali menjadi lebih baik.

Matlamat usahawan global sejak 2006!

Dan akhir sekali, dalam apa sahaja matlamat yang ingin dicapai, pastikan mempunyai matlamat yang jelas! Matlamat saya untuk menjadi usahawan dan speaker di peringkat antarabangsa telah saya pasang sejak tahun 2006 lagi. Kalau tak percaya klik di sini posting di blog saya mengenai idea saya ketika itu “Irfan Khairi Academy of E-commerce”,Ā (Click BACKĀ pada browser untuk datang ke sini semula) yang hanya menjadi realiti 10 tahun kemudian pada 2016, “Irfan Khairi Institute of Business, Dubai”.

Hanya 10 tahun kemudian matlamat tercapai…

Adakalanya, matlamat tidak akan tercapai seperti mana dan bila kita inginkan. Tetapi, apa yang penting adalah untuk mempunyai matlamat yang jelas dan sentiasa istiqamah dalam mencapainya. Rezeki Allah swt telah tetapkan untuk kita. Itu adalah janji Allah swt. Apa yang kita perlu lakukan adalah berusaha untuk mendapatkannya sama ada 1 tahun, 5 tahun, atau 10 tahun!

Tidak kira apa pun keadaan anda, sama ada anda orang yang pendiam, tiada keyakinan diri, introvert, pemalu, dan sewaktu dengannya, tidak kira apa sahaja matlamat anda, pastinya anda boleh mencapainya InshaAllah.

Sejak kecil, saya sememangnya seorang yang introvert, tidak sehingga umur saya 20-an baru dapat melihat potensi diri saya dalam bidang perniagaan. Sekiranya anda, atau anda mempunyai kenalan seperti ini, jangan dirisaukan oleh kerana dengan kemahuan sendiri, dan pendedahan sikit demi sedikit, kita dapat mengubahkan diri kita sendiri.

Kepada ibu atau bapa yang mempunyai anak yang seakan ini, pastinya akan rasa risau dan sedih melihat anak yang tidak mahu bergaul dengan orang lain.

Nasihat saya, tidak perlu risau atauĀ sedih. Banyakkan memberi bimbingan sedikit demi sedikit. Bantu mereka mencari apakah yang diminati oleh mereka dan beri sokongan. InshaAllah, tunggu masa dan rezeki, mereka akan dapat lihat potensi diri sendiri dan menjadi insan yang hebat satu hari nanti- jauh lebih hebat dari saya!

Kini anda telah tahu perjalanan saya dari seorang pemalu/introvert dan menjadi usahawan dan speaker peringkat global. Apa kata anda kongsikan kisah ini kepada kenalan anda yang anda rasa juga seorang introvert!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.