bina jenama

Ketahui cara membina jenama perniagaan anda

Dalam perniagaan, membina jenama adalah amat penting. Membina jenama akan memberi keuntungan yang tinggi dan juga berjangka panjang untuk sesebuah perniagaan– seperti saya sendiri membina jenama tempatan sehingga ke luar negara.

Sebagai usahawan, sudah tentunya kita sering mengeluh dan memikirkan mengapa tidak ramai orang membeli daripada kita? Ataupun mengapa keuntungan perniagaan kita tidak naik sehingga enam hingga tujuh angka? Tidak seperti perniagaan-perniagaan yang “popular” lain.

binajenama

Membina jenama, boleh diertikan juga sebagai, mempopularkan produk, perkhidmatan dan juga diri sendiri untuk tujuan perniagaan.

Ramai yang menyangka,membina jenama memerlukan modal yang besar. Ataupun perlu menjadi pelakon atau penyanyi terkenal. Ataupun perlu belanja beribu atau beratus ribu untuk pengiklanan.

Sebenarnya TIDAK.

Sememangnya sering kita lihat seperti produk kesihatan, perniagaan fesyen, program-program perniagaan dan bermacam lagi membelanjakan berpuluh dan beratus ribu untuk iklan setiap minggu di TV, membayar slot TV talk show, meletakkan iklan-iklan di akhbar, meletakkan billboard di jalan raya dan banyak lagi. Sememangnya, ini pasti akan membelanjakan wang ringgit yang besar.

Namun, bagi kebanyakan perniagaan kecil-kecilan dan juga sederhana tidak mempunyai modal yang tinggi.

Sebenarnya, membina jenama tidak memerlukan modal yang besar sekiranya teknik dan strategi yang betul digunakan.

Dengan mempelajari teknik dan strategi membina jenama perniagaan secara offline dan online, perniagaan kecil juga dapat membina jenama yang besar pada kos yang minima.

Pengiklanan sahaja akan merugikan sesuatu perniagaan sekiranya perniagaan tersebt tidak tahu strategi membina jenama. Pengiklanan mungkin akan memberi pulangan jangka pendek, tetapi, dengan membina jenama perniagaan, ia akan memberi pulangan jangka masa panjang.

Berita baiknya juga, saya akan mengendalikan program 6 bulan teknik dan strategi pemasaran dan membina jenama di dalam Program Intensif OpenEducation.

Program ini akan membantu usahawan dan bakal usahawan dalam meningkatkan jenama perniagaan mereka. Teknik dan strategi yang disampaikan akan lebih fokus kepada usahawan kecil-kecilan dan sederhana untuk memberi impak penjenamaan terbaik untuk perniagaan mereka pada kos yang rendah membina jenama di tahap tempatan ke antarabangsa.

Sekiranya anda adalah seorang usahawan, tidak kira menjual produk atau perkhidmatan, sama ada offline atau online, atau bakal usahawan yang ingin bersaing di dunia perniagaan yang amat sengit. Pastikan anda mendapat ilmu penjenamaan yang ramai pesaing anda tidak miliki ini. Teknik dan strategi yang disampaikan pasti akan melonjakkan pencapaian perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi.

Kini, hanya terdapat beberapa tempat sahaja lagi oleh kerana ianya terhad kepada beberapa peserta/usahawan sahaja untuk memberi impak terbaik kepada mereka yang menyertai. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan sertai segera.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

7 thoughts on “Ketahui cara membina jenama perniagaan anda

  1. Sangat berminat dan nak join. Tp ade baby berusia 8 month. Kalau ada di jhr sgt teruja nak join

Leave a Reply

Your email address will not be published.