Dapatkan pulangan yang tertinggi

Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan dalam perniagaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda.

Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas  sambil lewa, pulangan anda terima juga adalah sambil lewa. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana.

Pastikan anda berusaha untuk mencapai apa yang dicapai oleh 10% teratas mereka yang mendapat pulangan tinggi dalam industri anda. Ini memerlukan usaha anda sendiri dalam memperbaiki ilmu dan mengaplikasikan ilmu tersebut.

Bolehkah anda namakan antara top 10% income earners didalam industry anda?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

17 thoughts on “Dapatkan pulangan yang tertinggi

  1. Assalamualaikum…

    4 Langkah kejayaan menurut Anthony Robbins:

    1) Know what you Want
    2) Take ACTION
    3) Be Flexible
    4) Persistance

    Sumber :
    Buku “UNLIMITED POWER”

    …………………………………………

    Untuk berjaya, anda perlu berfikir dan bertindak seperti mereka yang sudah berjaya melakukannya.

  2. betul ini undang2 keadilan dunia, siapa kerja kuat dia dapat siapa malas di tak dapat atau tinggal belakang.Ini lumrah dunia..tapi jgn kita lupa dgn kuasa Ilahi kerana ada org kerja kuat siang malam bagai nak gila tapi hasil sikit saje. ada yg kerja sikit saje tapi hasilnya melimpah ruah…inilah berkat dari Allah juga.apa yg penting selain berusaha bersungguh ,kuat, rajin dan pintar (smart)kita kena banyak bersyukur dan berdoa minta restu, petinjuk dan hidayat dariNYA. tanpa bantuan NYa siapa lah kita.
    ini juga adalah ketentuan dari Allah, ingat qadar & qadak…(rukun Iman)….kena reda apa saje pemberian NYA…dunia bukan SEMUANYA..tak dpt di dunia Allah beri di akhirat yg kekal abadi selama2nya.dunia yg fana hanya sementara saje.jgn komplen Allah maha mengatahui..mungkin kalau diberi kekayaan di dunia akan musnah dan rosak imannya, porak peranda hidupnya.jadi Allah simpan utk nya di Syurga nanti…amin

  3. Bagaimana untuk menjadi yang lebih baik dari mereka di dalam bidang anda?

    Anda perlu kreatif, inovatif dan terus berusaha dalam bidang anda. Jangan takut kepada kegagalan. Saya amat tertarik kepada mereka yang bermula dari zero menjadi hero.

    Anda punyai kenalan, saudara mara, mungkin adik beradik yang jutawan? Bagaimana sejarah mereka berusaha? Bagaimana tuah perniagaan mereka perolehi? Kongsikan bersama

  4. Tips yang amat-amat tepat pada masanya.. 🙂

    Ramai yang leka dan mengabaikan konsep ini. Pendek kata, kena ada perbezaan dan sentiasa lakukan peningkatan. 😉

  5. Benar juga tu..
    Misalnya kalau kita bekerja di sebuah organisasi, kalau kita menjadi orang bawahan yang terbaik (kadangkala org bawahan berperanan penting menarik dan menjaga hati pelanggan/MARKETING UNIT secara tak langsung), syarikat untung berlipat kali ganda, tapi yang sedihnya bila pembahagian bonus, muka2 bawahan dapat alahai.. cukup2 makan aje (kena sedar diri org bawahan).. org atas juga yg untung, dapat bonus melampau2..
    Kalau muka2 bawahan nie buka syarikat sendiri.. Wait and see what to be happen in LIFE CIRCLE…
    Pernah terjadi orang bawahan tidak dinaikkan pangkat bukan kerana kerja tak bagus, tapi siapa lagi yang boleh diharap untuk mendukung syarikat.. Lagipun orang yang buat kerja betul tak pandai membodek..
    Anyway, Tuhan Maha Adil, kdg2 bila jadi org atas, kedudukan lebih tergugat kalau tak kena gaya..
    So, lebih baik jadi org bawah dan buat bisnes sendiri.. BISNES INTERNET, haha..!
    P.S. Tak kira atas bawah, makan gaji atau buat kerja sendiri, yg penting KITA ENJOY…

  6. Untuk bersaing dgn mereka yang di dalam bidang kita, kita perlulah tingkatkan kualiti perkhidmatan dan perniagaan kita disamping menggunakan segala kelebihan yang kita ada, ini kerana mungkin hanya kita sahaja yang mempunyai kelebihan itu, dan tiada pada org lain, jadi kajilah kelebihan diri sendiri dan tingkatkan usaha, konsisten dlm mejalankan tugas, pasti akan menjamin kejayaan yang melebihi kejayaan pesaing yang lain…

  7. Salam Sejahtera,

    Ya, memang benar dan betul apa yang Irfan perkatakan. Kita juga melihat ramai orang bekerja keras untuk mencari rezeki, namun hasilnya tidak setanding dengan usahanya. Pada pendapat saya, usaha yang kuat dengan tenaga tanpa menggunakan minda untuk memperbaiki taraf hidup merupakan faktor seseorang itu tidak mencapai hasil yang diingini.

  8. “Dapatkan pulangan tertinggi”- Insyallah semua orang akan mendapat pulangan tertinggi. Tetapi bagaimana untuk mencapainya ? Setiap pendapatan adalah bergantung kepada usaha masing-masing dengan diizinkan oleh Allah S.W.T. Konsep yang mudah tetapi ramai tidak berkemampuan untuk mencapai nya kerana mempunyai “subconcious” yang rendah terhadap kemampuan diri. Formula yang mudah untuk diikuti iaitu sekiranya kita double up usaha kita, insyallah pendapatan juga akan menjadi double dan seterus nya.

    Sebagai kesimpulan kita perlu menanam atau mempunyai matlamat yang jelas dalam setiap kerjaya . Ramai yang berjaya adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai wawasan tinggi dan bermatlamat.

  9. saya setuju dengan kerja keras dan smart pasti akan membuahkan hasil.Jangan terlalu mengharapkan orang lain,sentiasa menjalankan perintahNya, kita pasti berjaya

  10. Saya setuju dengan Irfan.

    Bagi saya, ini merupakan proses ‘benchmarking’. Caranya, kita perhatikan TOP 10 income earners di dalam industri yang diceburi. Senaraikan apa yang mereka lakukan yang menyebabkan pulangan yang tinggi/jualan yang tinggi.

    Usaha untuk lakukan apa yang mereka lakukan. Kemudian, buat sesuatu yang baru sebagai tambahan untuk menyaingi mereka.

    Bagus juga ada ‘benchmarking’ atau ‘reference’ ni. Jika dalam perlumbaan, orang belakang mendapat kelebihan iaitu mendapat RUJUKAN daripada orang di depan! 🙂

    Apa kata ?

  11. Masih kurang faham 10% teratas mereka yang mendapat pulangan tinggi dalam industri anda?

    Adakah bermaksud keuntungan kita lebih 10% dari pesaing?

  12. Bercakap tentang pulangan ni..saya teringat sebuah petikan yang pernah saya baca…tapi sumbernya dah tak ingat..bunyinya..” A smart manager will increase the productivity with a very minimum amount of work, but a stupid manager will end up doing a lot of works but low productivity”….. Jika direnungkan ayat tersebut….dapat kita simpulkan bahawa, bekerja rajin, bersungguh-sungguh,bermati-matian tidak akan menjana kejayaan jika tidak dilaksanakan dengan kaedah yang berkesan dan kaedah yang pintar. Maka, kaedah perlaksanaan juga adalah penting. Itu sebab kadang-kadang kita tengok, ada orang bekerja bermati-matian tetapi tidak jugak kaya…sebaliknya ada orang tu bekerja seperti biasa tetapi mendapat keuntungan yang tinggi. KAEDAH dan PERANCANGAN STRATEGIK adalah satu ‘tambah nilai’ yang bagus kepada usaha yang keras…….

  13. Semua orang nak jadi yang terbaik dan berjaya. Tetapi masih ramai yang ada sikap, pemikiran dan tindakan seperti “SEMALAM” jadi mana mungkin akan ada hasil yang berbeza untuk “HARI INI”

    Kawan dan guru saya bagitau, untuk berjaya dan menjadi yang terbaik, kita harus sedia untuk BELAJAR dan DI AJAR

    wallahualam…

  14. Sy setuju dgn pendapat afizam. Sy ade satu cerita utk dikongsi bersama.
    Dlm sebuah kampung terdapat seorang penebang pokok. Suatu hari, dia telah diterima bekerja dgn seorang saudagar kaya..Lantas dia pun berazam akan menebang pokok dengan banyaknya…
    Hari pertama: 16 batang, penebang pokok amat suka hati.
    Hari kedua:15 batang…semakin hari semakin kurang.
    Maka dia pun pergi lah berjumpa saudagar kaya itu dan menceritakan apa yang terjadi.
    Lalu bertanya lah saudagar kaya itu kepada penebang kayu tersebut.
    “sudah berapa lamakah kamu tidak mengasah kapak?” Penebang pokok pun terpinga2.

Leave a Reply

Your email address will not be published.