berniaga tanpa modal

Tiada modal dalam memulakan perniagaan… ini caranya.

Rata-rata, bila ditanya memang minat memulakan perniagaan. Tetapi, ramai juga antaranya yang melengah-lengahkan waktu untuk memulakan perniagaan.¬†Lebih-lebih lagi kerana tiada modal untuk memulakan perniagaan. “Takde Modal” sering menjadi kekangan dalam berbisnes. Apatah lagi kalau perniagaan yang ingin dimulakan adalah perniagaan yang besar.

Hendak melakukan pinjaman perniagaan dari bank, waktu ini agak sukar, tidak seperti dulu. Ada juga yang bergantung kepada ingin mendapat bantuan modal dari kerajaan untuk memulakan perniagaan. Tidak salah kedua cara ini, namun kedua cara ini adalah cara yang tidak pasti akan dapat.

Apa yang pasti adalah usaha kita sendiri dalam mencari modal dan bukan alasan tidak mahu mencari modal.

nomodal

Pernah saya bertanya kepada seorang rakan yang ingin memulakan perniagaan restoran, kekangannya memulakan restoran kerana tiada modal. Saya bertanya, apa yang diperlukan? Jawapannya sewa premis, tukang masa, meja, kerusi, kaunter, barang hiasan dan seribu satu lagi perkara. Jumlah modal yang diperlukan dalam RM200,000.

Saya tanya semula kepadanya, kenapa tidak mula kecil. Buka gerai, atau pushcart, atau gerai mobile yang agak murah, dan kumpulkan duit dulu sehingga cukup untuk membuka restoran.

Jawapannya pula “Alaa… susah la camtu”

Susah?

Terkejut juga saya mendengarnya. Menunggu modal RM200,000 untuk membuka restoran, tidak pula susah. Tetapi memulakan perniagaan kecil dilihat susah? Cuba mencari pinjaman bank atau cuba mendapat geran kerajaan tidak pula susah, tetapi berusaha berniaga dari kecil dan kembang menjadi besar, susah pula?

Pelik juga manusia ni ūüėČ

Tetapi, hakikatnya itu yang terjadi selalu. Ramai yang ingin memulakan perniagaan yang terus besar. Terus nampak hebat, mempunyai premis, pekerja yang ramai, dan peralatan yang canggih. So,  bila keluarga, saudara mara  atau kenalan lihat, nampak agak gah perniagaan yang kita jalankan.

Tidak ramai yang sanggup bermula kecil dahulu, untuk mengumpul modal sedikit demi sedikit, dan kembangkan perniagaan secara berperingkat. Mungkin mereka tidak dapat lihat, perniagaan kecil hari ini, 10-20 tahun yang akan datang boleh menjadi besar dengan usaha yang dilaburkan.

ontable

Masalah yang lebih besar adalah, sekiranya bermula perniagaan yang bermodal besar terus, tanpa pengalaman berniaga, besar kemungkinan perniagaan itu akan gulung tikar. Yang bankrupt pun ramai. Nauzubillah. Mana taknya, pengalaman berniaga kecil pun tiada, masakan pula nak berniaga terus besar? Modal besar, maka tanggungjawab juga besar. Ianya tidak semudah yang dilihat.

Tetapi, sekiranya bermula kecil, maka risiko juga adalah kecil. Namun, apa yang lebih penting adalah pengalaman dan ilmu yang dapat dikumpulkan dalam membesarkan perniagaan yang kecil itu. Pengalaman berniaga akan menguatkan kita sebagai usahawan peringkat demi peringkat. Nanti, bila perniagaan menjadi besar, InsyaAllah segala ilmu perniagaan telah dipelajari dalam perjalanan dari berniaga kecil hingga besar.

Peringatan saya kepada bakal usahawan, tidak perlu menjadikan modal sebagai alasan. Mulakan kecil dahulu. Hendak terus membuka kedai atau jaringan jenama kosmetik sendiri, memang memerlukan modal yang besar.

Tetapi, cuba dulu niagakan barangan kosmetik orang lain sebagai agent kecil-kecilan katakan- bina pengalaman dan tambahkan ilmu. Modal juga akan menjadi kecil.  Fikirkan, kalau tidak boleh menjual 100-200 produk orang lain, bagaimana pula hendak menjual 10,000-20,000 atau lebih produk sendiri.

Fikir besar… tetapi mula kecil!

*Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai saya selama 6 bulan di Porgram Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Sekiranya anda mempunyai masa untuk berjumpa untuk tahu lebih lanjut program 6 bulan ini, hubungi kami di 03-77292277.

Sekiranya tidak dapat berjumpa, klik di sini  untuk keterangan lanjut. Kami juga menyediakan pembelajaran secara online khusus bagi mereka yang jauh dari Kuala Lumpur (baca di ruang Soalan Lazim untuk keterangan lanjut)

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ūüėČ

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

59 thoughts on “Tiada modal dalam memulakan perniagaan… ini caranya.

  1. asalamualaikum encik irfan..saya anak felda .saya berminat untuk membuka fitness gym di kampung saya..tapi saya tidak tahu bagaimana untuk mulakan dan dimana patut saya cari modal perniagaan seperti pinjaman ..boleh bantu saya encik

  2. Assalamualaikum en. Irfan. Mak saya dahulu seorang peniaga kantin sekolah. Disebabkan pelbagai ragam dan sponsor pihak sekolah minta, mak saya bekerja cuma dapat semula modal. Sekarang, mak tak berniaga sejak tahun lepas. Mak nak bukak kedai makan dengan jual kuih kecil-kecilan. Tapi komisen dan barang Mahal. Di Mana boleh dapatkan modal meniaga

  3. Assalamualaikum en. Irfan. Mak saya dahulu seorang peniaga kantin sekolah. Disebabkan pelbagai ragam dan sponsor pihak sekolah minta, mak saya bekerja cuma dapat semula modal. Sekarang, mak tak berniaga sejak tahun lepas. Mak nak bukak kedai makan dengan jual kuih kecil-kecilan. Tapi komisen dan barang Mahal. Di Mana boleh dapatkan modal meniaga?

  4. Saya Luqmanul Hakim dari Melaka. Berumur 20 tahun. Sangat berminat berniaga. Saya nampak potensi yang baik berniaga gerai burger di tempat tinggal saya. Tetapi saya mempunyai masalah modal permulaan. Selepas mengalami kemalangan jalanraya, duit untuk modal habis untuk rawatan. Bagaimana dan apakah caranya untuk saya memperolehi modal kecil untuk memulakan perniagaan kecil saya.

  5. ASSALAMUALAIKUM TUAN,SAYA AZRI BEKERJA DIM PUTRAJAYA,BERMIANT NK MULAKAN BISNES KECILAN CYBER CAFE DAN MASALAH UTAMA KEKURANGAN MODAL,ADAKAH CARANYA UNTUK PIHAK KAMU YANG MUAL BERNIAGA MENDAPAT KEMUDAHAN PINJAMAN DENGAN MANA2 PIHAK YANG SDUI MEMBANTU.

  6. Saya ingin berniaga,selalu tiadak mendapat pulangan walaupon modal kecil.
    kos sara hidup yang tinggi yang menyababkan saya ingin berniaga lagi tapi tidak ada ilmu.

  7. Saya ingin berniaga,selalu tidak mendapat pulangan walaupon modal kecil.
    kos sara hidup yang tinggi yang menyebabkan saya ingin berniaga lagi tapi tidak ada ilmu.

  8. Saya seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak.Sebelum ni bekerja di kawasan pekan dengan gaji cukup belanja saja, saya terpaksa berhenti kerja selepas arwah bapa saya meninggal ,untuk mengurus anak2 dan mak saya yang sakit di rumah.Bagaimana ka saya hendak mencari modal untuk berniaga warung kecil kecilan depan rumah saya ,untuk memudahkan untuk saya mengurus anak2 saya dan mak di rumah sambil menjajah makanan di warung yang dekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.