Dalam perniagaan pastinya perlu menjual produk atau perkhidmatan. Kalau tak menjual, bagaimana pula hendak mendapat keuntungan. Namun apa yang kita jual, adakalanya tidak dibeli oleh pelanggan. Tambahan pula bagi mereka yang lebih banyak mendapat ‘rejection’ dari pelanggan berbanding dengan belian pastinya satu pengalaman berniaga yang amat menjatuhkan semangat kita.
Amat sukar menjalankan perniagaan bila ramai yang tidak mahu membeli dari kita tak kira apa yang kita jual. Berikut adalah 3 sebab mengapa kita tidak mendapat jualan dan bagaimana menanganinya.
1. Mereka tak perlukan apa yang anda jual!
Pastikan apabila menjual, anda mendapat sasaran pasaran yang betul. Menjual sesuatu kepada mereka yang tidak memerlukan produk atau perkhidmatan anda adalah sekadar buang masa. Bukan sahaja itu, kalau dipaksa-paksa beli juga, dan nanti mereka tidak menggunakan produk atau perkhidmatan anda, nanti lebih tinggi aduan dan pelanggan yang tidak berpuas hati.
Ingat bahawa tidak semua orang memerlukan produk atau perkhidmatan anda. Tidak kira betapa hebat produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan, sekiranya ianya tidak diperlukan, maka mereka tidak akan membeli juga. Fahami bahawa dalam perniagaan, JAUH LEBIH RAMAI orang yang tidak memerlukan apa yang anda jual berbanding dengan mereka yang memerlukan.
Tugas anda sebagai usahawan yang hebat adalah mencari sasaran pasaran yang paling tepat sekali yang memerlukan apa yang anda tawarkan. Kemudian, keputusan membeli semakin mudah…
2. Mereka takut keputusan yang salah!
Pernah tak terlihat keadaan ini. Mungkin juga anda mengalaminya sendiri. Apabila seorang jurujual cuba menjual sesuatu, kemudian prospek tersebut memberi alasan
“Nanti saya perlu tanya pada isteri (atau suami) terlebih dahulu”
Pastinya pernah bukan? Kalau tidak seperti diatas pun, pastinya ada juga alasan lain yang menunda-nundakan belian.
Keadaan ini berlaku kerana mereka takut keputusan belian mereka adalah keputusan yang salah dan memerlukan pandangan pasangan atau orang lain. Perkara ini sering terjadi mungkin kerana pengalaman mereka sebelum ini dalam membuat keputusan belian yang salah. Fahami perasaan prospek anda dan cuba cari dengan bertanyakan soalan apa yang membuatkan mereka tidak membeli atau menundakan belian.
Dengan mengetahui apa masalah atau isu yang dihadapi, lebih mudah anda sebagai usahawan dapat membantu dalam merungkaikan ketakutan itu. Caranya adalah dengan bertanya!
3. Mereka tidak yakin dan percaya pada anda!
Keyakinan dan kepercayaan perlu dibina. Lebih-lebih lagi sekiranya produk dan perkhidmatan anda berharga tinggi. Adakah anda akan membeli sesuatu barangan yang murah dari seseorang yang anda tidak percayai? Pastinya TIDAK. Apatah lagi barangan yang mahal.
Kepercayaan dan keyakinan orang ramai pada hari ini sukar untuk dibina dengan hanya mengiklankan perniagaan anda. Membuat iklan sana sini boleh mendedahkan perniagaan anda kepada orang ramai. Tetapi, oleh kerana terlalu banyak iklan kini, pengiklanan masih belum dapat menjanjikan kepercayaan dan kredibiliti pelanggan.
Apa yang penting untuk usahawan adalan membina hubungan bersama prospek. Soalan mudah. Adakah anda lebih mudah membeli dari rakan anda produk X atau anda lebih mudah membeli dari seseorang yang baru sahaja anda temui?
Tentunya lebih mudah membeli dari seorang rakan oleh kerana kepercayaan dan kredibiliti telah dibina mungkin beberapa lamanya.
Dalam perniagaan zaman ini, gunakan media sosial untuk membina hubungan dengan prospek dan orang ramai. Hubungan ini akan menciptakan kepercayaan dan kredibiliti untuk memudahkan pelanggan membeli dari anda!
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, Program yang akan membantu anda dalam mendapatkan prospek dan pelanggan yang lebih ramai untuk apa sahaja penriagaan yang anda jalankan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur, anda juga boleh mengikuti program ini secara 100% online. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
asalammualaikum. sy ingin tahu mcm mana kita mahu yakin kan seseorg membeli baranggan kita?
sebenarnya ini cabaran terbesar dalam bisnes bagi saya. Tambahan lagi dengan keadaan buying power pengguna yang semakin minima.
Tapi dah namanya pun caharan kan, mesti perlu di sahut dengan jayanya… 🙂
Perlu memberi informasi yg menyatakan mengapa perlukan perkhidmatan atau produk kita… Kadang-kadang pelanggan tidak sedar bahawa mereka memang perlukan produk atau perkidmatan kita.. Tanggugjawab kita sebagai peniaga hendaklah berkongsi tentang kebaikan produk atau servis kita bagi menyedarkan merekan seperti sifu IK selalu sharing informasi kepada bakal usahawan di media sosial..
-Ezwan Sahwan-
http://www.RahsiaBajuKurung.com
Terima kasih Sifu IK atas tunjuk ajar. InsyaAllah sy akan cuba terus perbaiki kelemahan dalam sales saya ????