Cabaran yang dihadapi oleh usahawan dan cara mengatasinya

Perjalanan hidup sebagai usahawan pastinya pelbagai cabaran yang perlu dilalui. Pengalaman saya menjalankan perniagaan kini hampir 17 tahun juga pastinya melalui pelbagai cabaran. Bak kata, kalau tak berani menghadapi cabaran, jangan pilih keusahawanan sebagai kerier…

Namun dalam apa sahaja cabaran pun, pastinya ada penyelesaian. Apa yang menariknya apabila menghadapi cabaran adalah, kita akan menjadi lebih baik dan lebih kuat selepas itu. Teringat lagu “What does not kill you will make you stronger!” dan betapa benarnya bait lirik dalam lagu itu.

cabaran-pic

Berikut adalah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan dan cara mengatasinya…

1. Cabaran pesaingan

Pastinya mencabar apabila perniagaan yang dijalankan penuh dengan pesaing. Masalahnya tidak semua pesaing bersaing dengan sihat.

Ada yang menggunakan teknik dan strategi kotor untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar seperti menipu orang ramai, menjatuhkan pihak lain, menyebarkan berita buruk mengenai perniagaan lain, dan 1001 lagi cara dan teknik kotor. Pastinya sangat mencabar.

Anda yang baca ini, saya yakin tidak menggunakan cara tersebut oleh kerana ianya tidak akan berpanjangan. Lambat laun cara tersebut akan diketahui orang lain juga dan akan merugikan perniagaan sendiri. Usah cerita soal halal dan haram lagi!

Apa yang perlu dilakukan oleh usahawan sekiranya menghadapi cabaran sebegini pertamanya tentulah bersabar. Keduanya, jangan dibalas cara kotor dengan cara kotor yang lain. Mat Salleh kata ‘two wrongs does not make it right!’. Sebaliknya, pelajari teknik dan strategi pemasaran yang lebih berkesan dan lebih berpanjangan. Fikirkan cara meningkatkan jenama perniagaan anda. Apabila jenama perniagaan kita meningkat, tidak kira apa yang pesaing lakukan, orang ramai tetap akan fikirkan perniagaan kita.

Cara untuk menang dalam perniagaan dikalangan pesaing adalah dengan lebih banyak berusaha. Lebih dari pesaing. Fokuskan usaha pada penjenamaan perniagaan anda.

2. Cabaran sukar mendapat pelanggan

Adakalanya perniagaan meningkat naik apabila ramai pelanggan. Adakalanya juga perniagaan jatuh bila kurangnya pelanggan. Bila ini terjadi pastinya usahawan akan mula goyang menghadapi cabaran sukarnya mendapat pelanggan. Mana taknya, pelanggan adalah nadi dalam menjana pendapatan perniagaan.

Sukar mendapat pelanggan adalah akibat beberapa faktor. Contohnya seperi yang disebutkan tadi, mungkin pesaing menggunakan teknik kotor mengakibatkan pelanggan kita berkurangan. Tetapi yang paling kerap terjadi kurangnya pelanggan adalah apabila kita kurang melakukan pemasaran atau marketing!

Perlu ingat, sekiranya jatuh jumlah pelanggan kita pada bulan ini, tidak semestinya kerana kurang pemasaran pada bulan ini. Tetapi, kurangnya pemasaran pada bulan lepas. Pemasaran mengambil masa untuk mendapat sambutan.

Lihat semula teknik dan strategi pemasaran yang dilakukan beberapa hari, minggu atau bulan yang lepas. Adakah ianya berkurangan yang mengakibatkan kurangnya jualan dan pelanggan kini?

3. Cabaran kos yang tinggi (dan kos terkejut!)

Kos terkejut adalah apabila tiba-tiba pula kita perlu keluarkan duit tambahan untuk perniagaan yang tidak diduga. Mana tak terkejut dibuatnya! Mungkin peralatan rosak, mungkin komputer rosak, mungkin perlu bayar cukai yang tidak terduga, mungkin bermacam-macam lagi kemungkinannya oleh kerana nama pun kos terkejut yang tidak diduga.

Sebagai usahawan, perkara ini amat memeningkan terutamanya apabila bajet perniagaan berkurangan. Cara menghadapinya?

Sediakan tabung kecemasan. Sebaiknya jangan jalankan perniagaan pada tahap cukup-cukup makan atau ada orang kata, bak paras di hidung- sebelum lemas. Oleh kerana inilah pentingnya untuk sentiasa berjaga-jaga dalam perniagaan. Keuntungan perniagaan sememangnya digunakan untuk kembangkan lagi perniagaan dan membayar diri sendiri. Tetapi, sediakan juga tabung kecemasan perniagaan.

Setiap bulan, simpan ketepi 5% dari jumlah keuntungan untuk tabung kecemasan ini. Jangan disentuh melainkan terdapat kecemasan sahaja. Sekiranya ia tidak digunakan dihujung tahun, ia merupakan untung tambahan untuk perniagaan anda!

Teringat pesanan orang tua, sediakan payung sebelum hujan!

4. Cabaran hilangnya motivasi

Usahawan tetap manusia juga dengan emosi dan perasaan. Apatah lagi dengan pelbagai cabaran yang disebutkan di atas, ada kalanya perasaan marah, sedih, risau akan menghantui dari masa ke semasa dan ada kalanya juga terasa hendak putus asa.

Ubat terbaik apabila dalam keadaan ini adalah, lupakan perniagaan untuk seketika. Take a break! Lakukan apa yang anda suka dan menggembirakan anda. Kosongkan minda anda oleh kerana ketika emosi kacau, waktu inilah jangan lakukan sebarang keputusan perniagaan.

Keluar dengan keluarga atau rakan-rakan. Bagi yang minat sukan, pergi bersukan atau menonton wayang bagi peminat movies.

Waktu ini juga terbaik untuk mendampingi rakan-rakan usahawan yang lain atau mentor usahawan anda. Minta pendapat, kongsi pengalaman dan juga ‘aura’ positif. Mendampingi mereka yang positif akan berjangkit positif tersebut kembali kepada kita. Tambahkan kenalan anda dikalangan usahawan-usahawan yang berjaya, bukan sahaja ilmu anda akan dapat, tetapi juga motivasi yang berterusan!

Sememangnya pelbagai cabaran akan dihadapi usahawan dalam liku-liku perniagaan.

Namun sentiasa fikirkan bahawa apa sahaja cabaran tentunya ada penyelesaiannya yang akan menjadikan kita usahawan yang lebih hebat untuk tahun-tahun yang akan datang!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “Cabaran yang dihadapi oleh usahawan dan cara mengatasinya

Leave a Reply

Your email address will not be published.