Category Archives: Nota dari UK

Strategy X – Strategi perniagaan Internet & bukan Internet

Hi, kini saya berada di Birmingham UK. Waktu tempatan 7.00 pagi. Semalam alhamdulillah selamat tiba London Heathrow Airport. Perjalanan 13 jam flight dari KLIA to London dan dari London ke Birmingham drive selama 2 jam. Memenatkan 🙂

Di Birmingham bertujuan untuk pengambaran pertama dokumentari. Ada yang tanya apakah “strategi” yang nak diceritakan sampai jauh ke UK? Buat masa ni, kita panggil dia Strategy X sahaja dulu :). Startegy ini digunakan oleh perniagaan Internet dan juga bukan Internet.

Semalam juga ada meeting dengan pihak yang terlibat dan insyaallah saya akan berpeluang menemuramah seorang Professor beberapa hari lagi yang merupakan pakar dalam strategy ini.

Ada juga kemungkinan saya dapat melakukan interview dengan seorang pakar Strategy X Malaysia yang namanya sudah tidak asing lagi. Tetapi, yang ni perlu futher confirmation hari Isnin nanti 😉

Strategy perniagaan ini telah digunakan oleh perniagaan-perniagaan yang berjaya di dunia. Saya sendiri pun menggunakannya dalam semua perniagaan termasuk perniagaan Internet. Cuma masalahnya, strategy ini kurang diceritakan dan di jelaskan untuk perniagaan Internet. Serta, strategy ini amat kurang digunakan di Malaysia.

Pengambaran akan dilakukan di beberapa lokasi di UK & France (pendek2 sahaja), dan interview juga akan dilakukan. Saya pula akan mengolahkan bagaimana strategy ini dapat digunakan untuk perniagaan Internet dengan berjaya.

Saya amat teruja dengan projek ini… harapnya cuaca baik untuk pengambaran! Pengambaran dilakukan oleh team “semi-professional” (bukan professional) untuk mengurangkan kos. Jadi, tip kali ini adalah…

*tip* dalam menjalankan perniagaan, cari ruang-ruang dimana anda dapat mengurangkan kos. Caranya adalah mengurangkan kos pada perkara-perkara yang tidak berapa penting (bukan matlamat utama).

Dalam keadaan ini, kami menggunakan perkhidmatan semi-pro untuk mengurangkan kos oleh kerana project ini, yang penting dan matlamatnya adalah maklumat & info  yang ingin disampaikan dan bukannya pengambaran yang cantik-cantik ala-ala National Georgraphics 🙂

Irfan Khairi- Nota dari UK (dan France)

Lama tak menulis di sini sempena cuti raya… anda semua masih bercuti raya?

Esok saya akan bertolak ke UK seperti yang telah dimaklumkan. For the next 10 days or so, kita cuti lagi dengan tip satu minit oleh sebab saya ingin membawa anda bersama ke UK (& france) melalui ruang ini insyaallah. 7 hari di UK dan 3 hari di France.

Cadangannya adalah masih menulis sedikit tip perniagaan, perniagaan Internet dan juga kejayaan melalui pengalaman yang saya akan lalui dalam masa 10 hari ini di samping memberi update kepada anda project2 yang saya jalankan. Ada beberapa project, termasuk:

  1. Merakamkan dokumentari mengenai *satu* strategi perniagaan Internet (dan bukan Internet) yang AMAT PENTING. Sehingga rakaman perlu dilakukan di UK & france untuk menjelaskan kepentingan strategi ini. Apa strategi itu? perlu follow perjalanan kita ok?
  2. Pelancaran buku Secrets of Internet Millionaires Revealed. Akan diadakan di Oxfordshire. Ada juga pembaca tip satu minit yang kini berada di UK ingin menyertai, tetapi, harap maaf… majlis adalah tertutup dan dengar cerita ada beberapa tokoh-tokoh akan hadir. Siapa? perlu follow Nota dari UK ni… Menurut penganjur, ini adalah kali pertama buku tulisan anak Malaysia di lancarkan di UK. Saya sendiri pun tak pasti 🙂
  3. Berbincang dengan pihak-pihak tertentu mengenai membawa persijilan UK ke Malaysia untuk project “Irfan Khairi Academy of E-Commerce”.

Di sana ada beberapa lagi perlu dilakukan, termasuk jemputan, menerima anugerah dan sebagainya yang tidak kurang pentingannya… itu, akan saya update dari semasa ke semasa.

dopod.gifMemandangkan I will be on the road, nota-nota juga akan tidak mengikut masa… saya akan login dan tinggalkan nota di blog ini menggunakan PDA saya sekiranya mendapat access point Wi-Fi (Bagi mereka yang techie, kalau nak tahu PDA saya jenis apa, saya guna Dopod 900- gambar sebelah.) Jadi, boleh saya ambil gambar guna PDA dan masukkan di blog ini sekali…

Dan bagi mereka yang pernah bertemu saya (peserta Workshop), kalau nak tahu mengapa saya pakai seluar yang banyak pocket, jawapannya, nak taruh benda alah ni la sebab memang saya heret merata-rata! 😉

*tip* gunakan teknologi sebaik mungkin. teknologi seperti PDA dapat MENJIMATKAN MASA anda; dimana-mana anda boleh membalas email, check order perniagaan Internet, kemaskini laman web, membuat entry blog dan sebagainya! Ia seperti anda membawa laptop didalam poket anda…

So, enjoy! see you in my next post… di mana agaknya?