Irfan Khairi- Nota dari UK (dan France)

Lama tak menulis di sini sempena cuti raya… anda semua masih bercuti raya?

Esok saya akan bertolak ke UK seperti yang telah dimaklumkan. For the next 10 days or so, kita cuti lagi dengan tip satu minit oleh sebab saya ingin membawa anda bersama ke UK (& france) melalui ruang ini insyaallah. 7 hari di UK dan 3 hari di France.

Cadangannya adalah masih menulis sedikit tip perniagaan, perniagaan Internet dan juga kejayaan melalui pengalaman yang saya akan lalui dalam masa 10 hari ini di samping memberi update kepada anda project2 yang saya jalankan. Ada beberapa project, termasuk:

  1. Merakamkan dokumentari mengenai *satu* strategi perniagaan Internet (dan bukan Internet) yang AMAT PENTING. Sehingga rakaman perlu dilakukan di UK & france untuk menjelaskan kepentingan strategi ini. Apa strategi itu? perlu follow perjalanan kita ok?
  2. Pelancaran buku Secrets of Internet Millionaires Revealed. Akan diadakan di Oxfordshire. Ada juga pembaca tip satu minit yang kini berada di UK ingin menyertai, tetapi, harap maaf… majlis adalah tertutup dan dengar cerita ada beberapa tokoh-tokoh akan hadir. Siapa? perlu follow Nota dari UK ni… Menurut penganjur, ini adalah kali pertama buku tulisan anak Malaysia di lancarkan di UK. Saya sendiri pun tak pasti 🙂
  3. Berbincang dengan pihak-pihak tertentu mengenai membawa persijilan UK ke Malaysia untuk project “Irfan Khairi Academy of E-Commerce”.

Di sana ada beberapa lagi perlu dilakukan, termasuk jemputan, menerima anugerah dan sebagainya yang tidak kurang pentingannya… itu, akan saya update dari semasa ke semasa.

dopod.gifMemandangkan I will be on the road, nota-nota juga akan tidak mengikut masa… saya akan login dan tinggalkan nota di blog ini menggunakan PDA saya sekiranya mendapat access point Wi-Fi (Bagi mereka yang techie, kalau nak tahu PDA saya jenis apa, saya guna Dopod 900- gambar sebelah.) Jadi, boleh saya ambil gambar guna PDA dan masukkan di blog ini sekali…

Dan bagi mereka yang pernah bertemu saya (peserta Workshop), kalau nak tahu mengapa saya pakai seluar yang banyak pocket, jawapannya, nak taruh benda alah ni la sebab memang saya heret merata-rata! 😉

*tip* gunakan teknologi sebaik mungkin. teknologi seperti PDA dapat MENJIMATKAN MASA anda; dimana-mana anda boleh membalas email, check order perniagaan Internet, kemaskini laman web, membuat entry blog dan sebagainya! Ia seperti anda membawa laptop didalam poket anda…

So, enjoy! see you in my next post… di mana agaknya?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

16 thoughts on “Irfan Khairi- Nota dari UK (dan France)

  1. Saya doakan kejayaan di sana.Saya cuti macam biasa je..ikut standard public holiday.InsyaAllah kalau perniagaan dah berkembang nanti teringin juga nak pakai PDA.Buat masa ni check email pakai GPRS je.Kalau tak guna teknologi yang ada memang rugi.Salam Usahawan! 🙂

  2. Tahniah! kami semua tumpang bangga dgn kejayaan Semoga terus berjaya,tak sabar rasanya nak tahu perkembangan selanjutnya dari

  3. Doa kami pembaca 1 minit mengiringi anda ke UK ..
    Betapa tenaga doa itu sungguh tinggi.. Bertempiaran hantu lari dengan getaran tenaga kalam TUHAN..

  4. Assalamualaikum dan para pengunjung

    nampaknya menggunakan sepenuhnya segala peluang yg ada.

    Tahniah dan syabas kerana tidak mengharapkan bantuan kerajaan Malaysia semata-mata.

    Kejayaan adalah kejayaan yg tulen

  5. waaa… bagus tu, duk mana2 pun boleh online. selamat maju jaya. teruskan usaha anda dengan jaya.

    selamat hari raya.

    masa untuk bekerja kembali selepas raya.

    kerja jangan tak kerja.

  6. hem..bestnya..dapat gi france..dapat jalan2..kitaorang ni ntah bila dapat gi..aku paling jauh pun sabah sarawak,pulau sipadan..brunei..golok..tak penah gi singapore..

  7. Insya-Allah kalau ada duit nanti nak beli satu Dopod 900 mcm Irfan pakai. Byk jugak kelebihan benda2 mcm nie yek. Tips jugak nie. Semoga Irfan selamat pergi dan selamat kembali. Amin.

  8. Insya Allah, jika jualan dinar laris nanti, sy akan menghadiri workshop yg dianjurkan oleh Setakat ini sy mengikuti Newsletter yg kirimkan ke E-mail sya termasuk 1 minit tip yg sediakan. Insya Allah Berjumpa nanti dipuncak kejayaan. Semoga kita semua mendapat Rahmat dari Allah -Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published.