Sat 4 Nov 2006
Saya tidak tahu siapa yang mencipta pepatah “Jauh perjalanan, Luas pandangan”, tetapi ianya memang spot on! Hari ini hari terakhir di UK (dah balik dari France malam semalam).
Melancong ke luar negara (terutama negara barat) memang memakan belanja yang besar… bayangkan, pagi tadi sarapan pagi £6.97… dah RM49.00 dah tu, untuk makan pagi!
Naik teksi dari hotel ke airport (tak sampai 10 minit) dah RM70.00…
Tetapi, sekiranya kita peka dengan apa yang ada di negara orang, bermacam-macam idea yang kita boleh dapat dan implementasikannya kepada perniagaan Internet dan bukan Internet.
10 hari yang lepas walaupun saya sibuk dengan pengambaran Strategy X, pelancaran buku, meeting dan sebagainya, tetapi, macam-macam saya dapat catit dalam buku nota saya untuk di implementasikan di Malaysia!
*Tip* Bawa buku nota ke mana sahaja anda pergi oleh kerana idea datang dengan tiba-tiba, dan kebiasaannya sekiranya anda tidak menulis idea anda, anda akan lupa idea tersebut selepas beberapa minit sahaja.
Tambahan, sekiranya anda menulis, anda akan letakkannya di atas kertas, dan minda anda akan berfungsi mencari idea-idea tambahan berasaskan idea yang anda tulis!
Semalam selain dari penggambaran Strategy X, saya bercuti di Disneyland Paris. Dapat la bergambar dengan Minnie Mouse
- insyaallah Isnin nanti ada la saya letak gambar di sini.

Salah satu kebaikan being financially free adalah anda bebas untuk melancong ke mana-mana dan melihat negara orang. Sebenarnya, bukan kali pertama saya ke France hari tu. Saya sudah ke France berkali-kali (tidak terkira). Setiap kali melancong, fikiran kita akan terbuka kepada berbagai-bagai idea.
Alhamdulillah, trip saya ke UK & France kali ini banyak dapat lakukan. Walaupun terdapat beberapa rintangan dalam pengambaran Strategy X (Sebenarnya hanya dapat 40% daripada apa yang dirancang), tetapi tidak mengapa… boleh improvise. Sebagai contoh, sekiranya footage/klip kurang, saya akan menulis Strategy X dalam bentuk report. Asalkan maklumat yang ingin disampaikan dapat di sampaikan, bukan?
Hari ini hari rehat. Flight ke Malaysia petang nanti… hari ni duduk di hotel sahaja. Tapi rehat-rehat pun, kena kerja juga. Saya perlu tulis artikel untuk Dewan Ekonomi keluaran Disember!
Oh ya, satu lagi berita baik. Beberapa hari lepas, saya mendapat panggilan bahawa ada satu lagi rancangan Reality TV inginkan saya sebagai juri profesional. Rancangan TV apa, belum dapat maklumat lanjut lagi, tapi, takkan rancangan reality menyanyi kut??
*Tip* Sekiranya anda melancong ke mana, mana, pastikan anda ambil big breakfast. Makan banyak-banyak ketika breakfast (especially negara-negara Eropah) oleh kerana breakfast adalah paling murah sekali berbanding dengan lunch & dinner. Kalau simpan stock breakfast banyak2… takde cepat lapar sebab di negara sejuk, memang cepat lapar. Boleh jimat pada lunch nanti!
See you in Malaysia!
Tip Satu Minit yang berkaitan:

November 4th, 2006 at 6:32 pm
dr,
“Jauh perjalanan, Luas pandangan”
saya setuju dgn pandangan tersebut.
setakat hari ni, saya hanya berpeluang melawat singapura dan thailand saja. walaupun baru 2 negara luar saya jelajahi, banyak ilmu yg baik dpt saya amalkan terutama sikap rakyat singapura yg begitu maju dan profesional berbanding negara kita.
terfikir dihati saya, kalaulah rakyat kita berfikiran spt mereka, kemungkinan wawasan 2020 akan berlaku pd thn 2010 saja.
betul tak rakan2 ebiz lain?
November 4th, 2006 at 6:46 pm
tahniah krn akhirnya perjalanan berakhir dgn jayanya. ini kali pertama sy msk laman saya tertarik dgn cara n idea bernas diharap akn terus berjaya. hem..realiti show apa agaknya ek?..:) sampai di sini dulu.
November 4th, 2006 at 7:09 pm
jgn lupa utk bawa balik idea2 bernas dlm memperkembangkan bisnes internet atau apa saja ok
November 4th, 2006 at 7:55 pm
haha..takkan jadi juri menyanyi kot
Maybe something that more informative, hopefully…hehe
November 4th, 2006 at 9:08 pm
Tak sabar nak tahu tentang Strategy X yang masih lagi rahsia.
kalau tak keberatan,kami harap dapat berkongsi dengan kami idea-idea yang dapat sepanjang berada di UK & France
November 4th, 2006 at 11:21 pm
dah nak balik malaysia dah….
singkat tapi banyak info
tq IK … datuk irfan ??? coming soon
November 5th, 2006 at 2:59 am
yerp.. kita kene kaut semua ilmu yg ada kat luar negara nuu bawak balik sini…dan implementkan mengikut kesesuaian islam..
kompem wawasan2020 dapat dipendekkan…
betul le kata pakcik donald teramp “think big”
hehe…
November 5th, 2006 at 9:06 am
Selamat pulang ke Malaysia dengan idea-idea yang bernas untuk dikongsi bersama di workshop pada 18-11-2006.
November 5th, 2006 at 9:26 am
Mesti best gi negara orang.
Saya tak pernah keluar negara,
November 5th, 2006 at 10:00 am
Jauh perjalanan, luas pandangan.Mmg tak syak lagi, tapi jauh perjalanan bukan free, kena keluar modal juga tu.Jadi, saya ingatkan kwn2 & saya sendiri, kalau pegi jalan jauh2 ( tmpt org ),bwk balik sesuatu yg berfaedah utk diri & org lain ( macam buat ).
November 5th, 2006 at 11:45 am
wa seronoknya kalau la dapat pegi Disneyland Paris. bersama anak-anak ke di Disneyland Paris?
November 5th, 2006 at 4:14 pm
Tahniah. Selamat Kembali Ke Tanahair .. Moga banyak pengalaman baru dapat dikongsi bersama rakyat Malaysia.
November 6th, 2006 at 7:13 am
Wah kali ni dua tips sekali gus..satu tips perniagaan satu lagi tips berjalan-jalan cari makan… seronok betul ye jalan-jalan tengok tempat orang…tapi kalau ada objektif yang nak dicapai lagi bagus..orang kata sambil menyelam minum air..
November 6th, 2006 at 8:45 am
bila dah tiba kat malaysia nanti.. cerita-cerita lah lagi pengalaman berharga kat sana ye…
November 6th, 2006 at 9:07 am
selamat kembali…eh pergi disneyland hari apa, sy pun pergi juga disneyland tu hari rabu..rugi pula, kalau tak boleh jumpa irfan yg glemer..hehe
November 6th, 2006 at 11:48 am
mm..moga2 saya dapat la ikut jejak langkah .saya pun teringin nak ke negara bersalji nih
ada sesape nak sponsor tiket?
November 6th, 2006 at 11:53 am
syukur…saudara dah selesai urusan kt sana..sebenarnya ini kali pertama e-mail kat saudara…saya sehari suntuk minggu lepas tengok tip 1 minit sejak dilancarkan…alhamdulillah byk yg saya dpt..t/kasih byk2..betul jauh perjalanan banyak pengalaman dapat…saya pernah jugak sampai kat negara orang spt london/paris/germany/australia/bangkok/indonesia….memang byk kita boleh buat utk negara kita dan memang kita mampu lakukan tambah2 lagi kalu ada orang seperti saudara yg membimbing..kita sama2 lakukan ya…zamri shah alam
November 6th, 2006 at 2:23 pm
tahun depan tahun melawat malaysia, jangan lupa kita cuti2 malaya untuk menambahkan pengalaman dalam perjalanan kehidupan yang berliku ini.
sama2 berjaya dalam bisness!
selamat maju jaya!
November 6th, 2006 at 2:26 pm
kalu kerja kena masuk ontime. kalu tak masuk ontime dah tentu kena warning oleh company. kalu kerja sendiri memang anda boleh melancong ke mana2 yang anda suka.
November 6th, 2006 at 3:05 pm
“Jauh Perjalanan Luas Pandangan”
–> Betul apa yang katakan tu… saya setuju…
November 8th, 2006 at 12:58 am
cikgubiz> ya. pergi dengan family bawa anak2… kita yang dah besar pun jadi macam budak2 di disneyland
nanti saya akan kongsi idea2 di sana di tip satu minit. di sana, kalau nak guna internet, macam guna telefon awam pun ada… phone awam bersama screen untuk masuk internet. kalau nak guna, masuk syiling. kat malaysia tak pasti ada ke tak?
December 26th, 2006 at 12:34 am
Saya harap dapat berhubung dengan doktor. Afda sesesuatu nak dibincangkan.
January 17th, 2007 at 4:59 pm
well, i’m taking medicine
it’s tough enough ang hopefully i can make it well
jauh perjalanan luas permandangan
dari kaca mata islam
ia amat menakutkan…
alhamdulillah permandangan ciptaan Illahi amat menakjubkan namun,
banyak yang telah disalahgunakan
tengok saja anak-anak muda zaman sekarang yang sudah rosak akhlak
maafkan saya selaku hamba Allah yang hina ini tidak pandai dalam memberikan kata2 hikmah seperti saudara
saya berharap agar saudara dapat menghasilkan lebih banyak tip2 yang dapat membentuk akhlak individu
jangan hanya kita pandai berjalan namun kita tidak pandai menggerakkan diri untuk membetulkan akhlak rakan seagama
March 13th, 2007 at 2:23 pm
Wau!Memang hebat!Kalau makan kat kedai mamak pun saya tak sanggup keluarkan wang sebanyak tu.
-budak baru belajar
June 22nd, 2007 at 9:37 pm
Good tip!..I planning nak pegi Paris utk kali 2 dis coming Nov with family. 1st time was in 1999. Saja-saja nak cari tips especially during starting winter kat sana. I ada 2 smaller kids jadi nak prepare some info for the trips.
May 20th, 2008 at 6:24 pm
thank u 4 ur tips.i slalu ke luar negara.kerja yang membuatkan saya kesana sini.tapi tak pernah terpikir pulak pasal intai2 peluang perniagaan kat sana untuk dibawa ke malaysia.
insya-Allah,selepas ini mungkin saya mempunyai idea untuk produk yang perlu saya dagangkan di internet.
(mengikut buku RJJIT, kna beri deadline dulu walhal satu idea pun takde:)
dari RJJIT jugak..cari produk yang diperlukan pasaran,berdasarkan apa yang kita minat.betul tak IK?