Bersama Azizi Ali hari ini!

“Jutawan! bersama Irfan Khairi” hari ini, saya akan berbual bicara dengan jutawan yang tidak perlu pengenalan lagi- Azizi Ali, mllionaire’s coach! Jadi, jangan lupa temujanji kita pukul 3pm-5pm di Radio24 (93.9FM) atau bagi yang diluar Selangor, ikuti di http://www.radio24.com.my (saya diberitahu, kalau guna browser Firefox tak dapat hubungi- saya tak pasti)

Hari ini saya akan banyak tanyakan tentang “Minda Jutawan” kepada Azizi Ali oleh kerana mindset jutawan adalah yang paling penting sebelum seseorang itu boleh mencapai kejayaan kewangan- lebih-lebih lagi yang mengimpikan jutawan. Juga, apakah rahsia sebenar JUTAWAN! akan dibongkarkan 🙂

Ini siri “Jutawan!” yang ke-2. Minggu lepas kita bersama Jutawan MLM Azman Chin berkongsikan strategi-strategi menjadi Jutawan terutama dalam MLM.

Pagi ini juga saya akan berada di Astro Awani (saluran 123) untuk “WW-bersama Irfan Khairi” pukul 11.30am. Hari ini saya saya berikan tip “Minda Usahawan Berjaya”. So, ikuti saya di TV & Radio!

Jangan lupa, nanti ketika “Jutawan”, anda boleh call-in dan bertanyakan apa sahaja soalan! Kali ini saya sendiri & Azizi Ali akan menjawabnya! So, bagi yang belum savekan nombor keramat ni, lakukan sekarang: 03-26927939

Bila lagi nak online bersama saya & Azizi! Pertama kali saya & Azizi digandingkan di media! Susah macam mana pun soalan anda, pasti kami akan jawab- so, call… jangan tak call!;)

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

21 thoughts on “Bersama Azizi Ali hari ini!

  1. “Minda Jutawan”,
    Itulah ‘rahsia’ sebenarnya, thanks Irfan semoga ramai yg benar-benar berjaya membongkarnya hingga sama faham, sama yakin dan sama haluan, agar ‘gelombang perubahan’ lebih ‘menggegar’ bangsa MALAYSIA.

  2. sblm ni sy hanya mendapat pengajaran dari buku-² beliau..mungkin ini dpt memberi kupasan yg lebih mendalam ttg ‘minda jutawan’ ini..x sabar nak mendengar wawancara ‘JUTAWAN!’ petang ni!!

  3. slmt pg ,
    hari ni memang tak boleh terlepas lagi…
    minggu lepas rugi betul…
    sampai hari ni pun masih ada lagi rasa rugi tu… hehe…

    han

  4. saya x sabar nak dgr temubual Irfan bersama Azizi Ali hari nie…
    Anda berdua memang idola saya 🙂

  5. rugi betul saya tak dapat dgr…
    tunggu punya tunggu…
    last2 tak dpt dgr… 🙁

    saya tanya kawan pun ada yang mereka tak dapat dgr radio tu…entah kenapa…
    sebelum ni ok je…

  6. irfan!
    tx a lot.
    anda merupakan mentor saya.
    begitu juga azizi
    slps meniti buku mxe.
    saya betul betul faham
    bagaimana menjadi seorang extremis!
    jika irfan menetapkan umur 30 untuk menjadi jutawan
    saya menetapkan 25 tahun untuk menjadi jutawan

    ps: mane tau saya dapat jadi jutawan dalam tempoh 22 ke.kikiki.

  7. Irfan,
    Saya memang meminati program yang Host kan, tapi kekadang kita tak sempat mendengar atau tak dapat mengikut jadual yg ditetapkan. Kalau dapat disiarkan dalam bentuk rakaman audio untuk dipaparkan dalam page ini elok jugak. Bagi mereka2 yg ketinggalan.

  8. alhamdulillah, temuramah dengan Azizi berlangsung dengan lancar! banyak tip2 Azizi dikongsikan.

    Han> saya pun tak tahu mengenai masalah itu. setahu saya, tiada masalah yang mendengar melalui radio.

    pencarian> untuk pemberitahuan bila rakaman siap untuk diedarkan, lawati http://www.jejakjutawan.com

    update terbaru> oleh kerana permintaan yang amat baik dengan rancangan “JUTAWAN!”, mulai semalam, break untuk berita dikurangkan 🙂 daripada 4 kali break, kini 2 kali sahaja… atas permintaan dan komen ramai di sini minggu lepas…

    kami menghargai komen dan pendapat anda untuk jadikan “JUTAWAN!” program radio yang popular!

  9. Rata-rata mereka tulis banyak dapat tips tapi masih ramai juga yang terlepas siaran. Saya pun… sedih..

    Ramai di kalangan kita sibuk dengan tugasan masin-masing, nak ke radio24 melalui internet ada juga halangannya. Saya juga di luar Selangor.

    Saya syorkan radio24 perluaskan ‘coverage’ agar dapat didengari di seluruh Malaysia bukan setakat di Selangor sahaja. Rancangan di siaran radio24 bagus-bagus dan banyak informasi ‘Real Life Real Time’.

    Dengan itu dapatlah semua orang mendengar siaran JUTAWAN kerana sekarang ni sudah ramai pengguna mempunyai telefon bimbit yang ada kemudahan radio. Maka bila tiba sahaja hari Khamis jam 3.00 petang (dengan deringan ‘alarm’ dari ‘reminder HPhone’) mereka semua pendengar akan bertukar kepada frekuensi JUTAWAN di radio24. ( Naiklah ‘rating’ radio24 )

  10. YES!

    Sifu Irfan, saya Azam. AzamWahid, ingat tak pemanggil dari kelantan tu? (yang pada mulanya senyap dan yang bertanyakan bagaimana untuk mendapatkan semangat dalam penumpuan matlamat)

    that’s was my first time on air! tu yang gemuruh tu! 😀

    even kena tunggu 9 minit 19 saat (selepas dapat panggilan menunggu daripada abang Fadli – thanks bro – ), saya begitu SERONOK sekali!

    tambahan pula, soalan saya dikupas dengan perincian dan tips yang amat terkesan sekali!

    thanks Sifu Irfan! thanks COACH Azizi!

    😀

    = AzamWahid@yahoo.com =

Leave a Reply

Your email address will not be published.