Tak heran dengan LAMBORGHINI!?

Saya ni bukannya minat sangat dengan kereta. Tetapi, bila keluar, pastinya suka melihat kereta-kereta sports. Dan di Dubai memang banyak kereta sports di jalan raya.

Hinggakan…

Orang ramai di sini tak heran pun dengan Lamborghini. Ada di mana-mana sahaja!

Pertama kali saya tiba di Dubai 2014 atas jemputan membuat talk di sini, sangat teruja melihat banyakya kereta sports di jalan raya. Tetapi kini, apabila sudah menjalankan perniagaan di sini, saya pun selalu sangat melihat kereta sports yang terlalu banyak dan sudah menjadi kebiasaan melihat kereta sports di jalan raya.

Image

Tetapi begitulah resminya. Apa yang kebiasaan di satu-satu tempat, di tempat yang lain bukanlah kebiasaan.

Contohnya, di pedalaman Afrika, memakai kasut bukanlah satu kebiasaan. Oleh kerana ramai yang tidak memakai kasut, maka, TIDAK memakai kasut adalah kebiasaan.

Tak kira, sama ada contoh Lamborghini atau kasut, kedua-duanya adalah contoh yang extreme mengenai “kebiasaan”. Apa yang biasa adalah subjektif untuk kita bergantung pada persekitaran.

Teringat saya pada kata-kata seorang motivator usahawan, Jim Rohn:

You are the average of 5 people you spend your time with
Sekiranya kita sering bersama orang-orang yang berjaya, maka kebiasaan adalah kejayaan. Kita juga akan menjadi orang yang berjaya.

Sekiranya kita sering bersama mereka yang negatif, maka kebiasaan adalah berfikiran negatif. Kita juga akan sering berfikir negatif dan tidak yakin dengan kebolehan diri kita sendiri.

Sering saya kenang kembali. Mengapa saya mulakan perniagaan di Dubai?

Antara sebabnya adalah untuk meletakkan diri saya dalam keadaan “kebiasaan” yang lebih tinggi dari saya. Ia seakan-akan mencabar diri saya sendiri untuk menjadi lebih baik dan lebih hebat lagi oleh kerana “kebiasaan” di Dubai ini adalah kejayaan yang hebat-hebat.

Dan itulah yang kita perlu lakukan pada diri kita sendiri.

Kelilingi diri kita dengan kejayaan. Jadikan kejayaan itu sebagai satu kebiasaan. Dan untuk berjaya, pastinya memerlukan ilmu. Kelilingkan diri kita dengan mereka yang berilmu. Jadikan mencari ilmu itu satu kebiasaan.

Dampingi mereka yang mempunyai matlamat yang sama, atau lebih tinggi dari kita. Jadikan satu kebiasaan untuk mempunyai matlamat yang tinggi dan mencapai matlamat-matlamat kita.

Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan Internet, atau kembangkan lagi perniagaan sedia ada anda, kelilingi diri anda dengan ilmu dan mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan internet.

Sebab itulah Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah melahirkan paling ramai usahawan online berjaya dari dulu hingga kini di Malaysia.

Suasana pembelajaran, rakan-rakan usahawan dan bakal usahawan baru, 10 modul yang teratur dan penuh struktur menjadikannya satu kebiasaan untuk peserta-peserta lebih mudah mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Tidak seperti program atau seminar perniagan lain, program ini adalah terhad dan ekslusif untuk lingkungan 30-40 peserta sahaja. Bukan 400 atau 4,000 atau 40,000! Saya ingin membantu 30-40 peserta terpilih sahaja. Terhad dan Eksklusif!

Klik di bawah untuk maklumat lanjut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.