Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO!

Siapa malu nak buat video?

Salah satu cara untuk meningkatkan personal branding, adalah dengan menghasilkan video. Kongsikan maklumat/info melalui video.

Tapi saya tahu, ramai antara kita malu dan tak yakin untuk hasilkan video. Saya dulu pun begitu juga. Public speaking/pengucapan umum adalah salah satu “ketakutan” yang ramai hadapi. Zaman ini, public speaking adalah melalui video. Sama juga, ramai tak berani.

Berikut adalah 3 perkara yang saya lakukan satu ketika dulu, untuk kurangkan perasaan “malu” dalam menghasilkan video lebih 15 tahun lalu:

1. Practice makes perfect.

Saya rakamkan diri saya bercakap sorang-sorang. Dengan niat tak nak upload pun sebab malu! Just rakam untuk simpanan sendiri. Mula-mula tengok diri sendiri bercakap di video memang “cringy”. Sebenarnya, sampai sekarang pun rasa begitu.

Tapi, bila dah lakukan banyak kali, practice makes perfect, ia membiasakan diri saya dalam keadaan merakamkan diri sendiri bercakap. Lama-lama baru la rasa yakin untuk kongsikan kepada orang ramai.

Berapa lama prosesnya? Tak silap saya selepas 10 kali.. 20 kali buat video sendiri baru la saya yakin untuk mula kongsikan di internet.

2. Ubah mindset membantu.

Saya ubahkan mindset dan fokus dari “saya” kepada orang lain – audience. Kalau saya focus pada diri saya sahaja, saya akan self concious. Saya akan overthink.

Tapi bila saya focus kepada mesej saya dan niat saya ingin membantu orang ramai, diri “saya” bukan lagi releven. Yang penting adalah saya ingin menyampaikan ilmu dan informasi kepada orang lain.

Faham kan? Bila fikir diri sendiri, semuanya macam tak kena. Tapi bila ubah mindset “membantu orang lain”, ianya memudahkan dan memberi keyakinan pada diri sendiri.

3. Tingkatkan keyakinan dengan ilmu.

Saya hanya bercakap mengenai apa yang saya tahu dan pengalaman saya sahaja. Ini memberi keyakinan pada diri saya. Pengalaman menjalankan perniagaan lebih 20 tahun adalah apa yang saya kongsikan.

Tapi kalau anda minta saya bercakap mengenai pelaburan, forex, crypto, masakan, kesihatan, kecantikan, fesyen dan 1001 topik lagi, semuanya saya tak yakin!

Sebab tu la video-video saya adalah fokus pada perniagaan, perniagaan online, dan motivasi/inspirasi sahaja! Ohw ya… sekali sekala video melawak.

Sekiranya anda ingin tahu bagaimana VIDEO dapat 10x tingkatkan Perniagaan ANDA, ikuti webinar percuma bersama saya hari ini di www.VideoPerniagaan.com

InsyaAllah banyak tips yang saya kongsikan di sana!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.