Hari #6: Memaksimakan transaksi CaraPromosi.com

Hari ini masuk hari ke-enam Minggu Memulakan Perniagaan Internet. Setakat ini, berikut telah dilakukan:

  1. Pemilihan produk – Produk informasi mengenai Promosi (Masalah utama usahawan Internet)
  2. Pembikinan Laman Web & mendapatkan Domain Name CaraPromosi.com
  3. Pembinaan isi kandungan laman web atau Sales Copy
  4. Meletakkan cara-cara bayaran dan berbincang mengenai harga. Harga 101 Cara Promosi akan diumumkan ketika dilancarkan dalam beberapa hari lagi.

Untuk melihat update laman web, sila ke http://www.CaraPromosi.com

minggu74.gifHari ini pula perlu mengemaskini lagi produk informasi 101 Cara Promosi dan mengemaskini lagi sales copy di CaraPromosi.com. Sekiranya anda perasan, saya mengambil masa paling lama pada penyediaan produk dan isi kandungan laman web.

Seterusnya, untuk memaksimakan transaksi bagi setiap pelawat (conversion rate), dua lagi faktor yang kita belum abil kira. Iaitu faktor “FREE GIFT!” dan “BACK-END” product.

Free gift adalah satu daya tarikan yang boleh menutupkan suatu jualan (close the sale). Free gift juga memberi produk yang dijual bertambah nilainya. For example, rujuk Workshop Jutawan Internet http://www.rahsiainternet.com/workshop yang memberi pelbagai free gift untuk menarik peserta.

Back end product pula merupakan barangan jualan tambahan untuk memaksimakan keuntungan. Kita sedia mengetahui bahawa ianya lebih mudah dan murah mendapatkan pelanggan sedia ada daripada pelanggan baru. Oleh itu, pembeli 101 Cara Promosi adalah lebih mudah membuat belian yang seterusnya melalui produk Back-end.

Pada stage ini, ada 2 soalan perlu ditanya sebelum meneruskan pembinaan perniagaan Internet…

  • Apakah free gift yang boleh diberi sebagai daya penarik? dan…
  • Apakah back-end produk yang boleh dijual sejurus selepas pelawat membeli 101 Cara Promosi?

Kedua soalan ini adalah penting untuk memaksimakan keuntungan sesuatu transaksi. Jangan lupa, make an “offer you can’t resist”

ps: nanti bila siap semua, saya juga akan umumkan keuntungan yang dapat melalui project 7 hari kita ini. Harapannya untuk anda dapat melihat setiap langkah yang di ambil dari awal sehingga mendapat keuntungan. Mudah-mudahan anda juga dapat mulakan perniagaan Internet anda sendiri mengikuti langkah yang diberikan 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

9 thoughts on “Hari #6: Memaksimakan transaksi CaraPromosi.com

  1. Pada pendapat saya mereka yang telah lama dalam internet bisness tidak menjadi masalah untuk mencari ‘free gift’. Macam Irfan boleh beri ‘free gift’ dari produk atau perkhidmatan yang sedia ada ataupun memberi ‘Voucher Diskaun’ seperti mana yang saya lakukan untuk produk EBOOK saya 🙂 RAHSIA ‘Spam Email’

    Untuk ‘back end’ produk boleh le promote produk affiliate.

    Ini semua bergantung kepada kreativiti seseorang untuk memikirkan apa produk yang boleh diberi sebagai’Free Gift dan ‘Back End Produck’. Hendak seribu daya!!! betul tak ?

  2. apa yang tunjukkan adalah sesuatu yang berguna kepada semua bakal usahawan / usashawan untukmemulakan perniagaan dalam masa 7 hari.

    selamat berjaya semua..

  3. dr, tq for tips today.

    free gift :
    koleksi buku/ebook yg paling sayang/minat/menjadi rujukan utama.

    back-end produk :
    cd rom mengenai pengalaman bersusah payah dalam mengharungi pelbagai cabaran/dugaan/kegagalan sebelum menjadi jutawan.

    ok ker?

  4. boleh ke pakai produk petaling street, atau lain lain macam fake watch sebagai free gift..? menyalahi mana mana akta ke.. 🙂

  5. Bila saya mula bisness internet, perkara yg. paling susah ialah nak beri free gift pada pelanggan. Saya tak tau nak kasi apa. Ebook merupakan free gift yg baik, modal pun sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.