Masa kecik-kecik dulu, saya dah mula menulis. Nak kata hebat menulis tu, tak lah… tapi, kalau SRP atau SPM, bila diberi pilihan karangan BM nak buat karangan berbentuk surat rasmi atau karangan bercerita, sememangnya saya akan pilih yang bentuk “cerita” :) Dapat juga A2 in BM ketika SPM. Kira ok lah tu ;)

Juga kalau di sekolah menengah (Bukit Bintang Boys School, PJ) kalau ada pertandingan menulis, selalunya untuk yearbook, saya mesti masuk. Menang nombor #1, memang tak pernah langsung. Tapi, setakat dapat tempat #3 dan sagu hati tu boleh la juga.

Bagi saya, menulis buku / ebook adalah cara yang baik untuk make good part time income. Menulis buku yang diterbitkan oleh penerbit dan dijual di kedai-kedai, anda akan menerima royalti. Selalunya dalam lingkungan 8%-15% (bergantung kepada kehebatan penulis).

Sekarang ni, 3 aktiviti menulis saya adalah:

  • Saya sedang menulis ebook terbaru “Hebat Affiliate”. Iaitu ebook menunjukkan bagaimana hendak memaksimakan pendapatan melalui program affiliate (menjual produk orang lain). Sekarang ni sudah makin banyak program affiliate, tetapi, RAMAI yang menyertai program affiliate tidak tahu kaedah sebenar mempromosi program affiliate. Sebabkan ini, langsung tidak menerima komisyen. Kalau ada pun sedikit sahaja. Sekiranya anda pernah menyertai program affiliate, berkemungkinan besar anda juga begini.
    Insyaallah akan berada di pasaran bulan hadapan!
  • Beberapa hari lepas, saya dapat panggilan dari penerbit saya Telaga Biru Sdn Bhd dan mengatakan buku terbaru saya dalam siri Nota Jutawan akan berada di pasaran bulan hadapan. Yea!Buku terbaru ini bertajuk “Nota Jutawan; Nota Perniagaan” susulan kepada buku bestseller “Nota Jutawan; Nota Motivasi”. So, bagi mereka yang dapat manfaat dari buku Nota Motivasi, pastinya akan dapat manfaat juga di Nota Perniagaan. Isi kandungan juga bergambar penuh dan berilustrasi cantik ;)
  • Setelah sekian lama senyap dengan buku berbentuk Internet secara printed, tak lama lagi juga TrueWealth Sdn bhd (syarikat Azizi Ali yang merupakan penerbit buku2 berbentuk Internet saya) akan mengeluarkan buku terbaru. Buku terbaru ini bertajuk “Soal Jawab Lazim Perniagaan Internet” yang memuatkan FAQ mengenai perniagaan Internet yang saya terima dari Workshop Jutawan Internet sejak tahun 2005 lagi.

So, itu antara projek menulis saya.

Minggu depan, saya juga akan mengendalikan “bengkel menulis” tapi, lebih kepada menulis “ebook” di Workshop Mini Terhangat di Pasaran. Sekiranya anda berminat untuk menulis ebook dan memperolehi pendapatan sampingan daripada menulis sebuah ebuku, apa kata sertai workshop mini (separuh hari) ini pada 25hb Oktober 2008. Untuk keterangan lajut, klik di sini.

Melalui hasil penulisan, saya mendapat pendapatan residual 5 angka setiap bulan.  Buku atau ebook adalah jenis pendapatan yang, buat kerja sekali, pendapatan akan datang berkali-kali. Tapi, apa yang lagi best, bukan sekadar pendapatan sahaja, tetapi, buku membolehkan seseorang itu berkongsi ilmu dengan lebih ramai lagi. In other words, parting of knowledge dapat dilipat kali gandakan :)

Bila kita berkongsi dan menyampaikan ilmu dan pengalaman dengan orang ramai, kita akan dapat kepuasan yang amat tinggi!

Jadi, itulah asal usul saya dalam “menulis” sejak sekolah hingga ke hari ini mengendalikan bengkel mini “Terhangat di Pasaran” sendiri! :)

ps: Panel Realiti di sebelah kanan blog ini sekarang memuatkan 3 aktiviti realiti saya terbaru. Jadi, boleh la tengok2 apa sebenarnya saya lakukan setiap hari. Checkout panel “IK’s Reality: LIVE!”

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menulis matlamat… menulis lagi!
  • Minda separuh sedar (Subconcious Mind)
  • Tulis… jangan tak tulis!
  • Berapa kerap kita perlu menulis di blog