Rakaman pilot “Tip Irfan Khairi”

Hampir satu tahun lalu saya ada menulis ura-ura mengenai “Tip Satu Minit Menjadi Program TV?” Malangnya, ura-ura pada ketika itu tidak menjadi 🙁 takde rezeki! Kerana terdapat masalah teknikal sedikit dengan production company yang memberi proposal tersebut… lagi pun, ura-ura sahaja masa tu- belum masuk studio penggambaran pun.

Tetapi, berita terbaru untuk pembaca Tip Satu Minit, saya tak mahu meletakkan harapan anda tinggi sangat sebab perancangan tahun lepas tak menjadi, tetapi, perkembangan terbaru…

Hari ini saya menjalankan satu penggambaran pilot untuk Astro! Saya mengendalikan satu segmen khas memberi Tip – tapi bukan satu minit… sebab diberi dalam 6-7 minit. mungkin “Tip Irfan Khairi” (belum tetapkan nama segmen lagi). Pilot maksudnya rakaman pertama. Sekiranya tiada aral melintang dan pihak Astro setuju, maka, segmen saya akan menjadi segmen tetap setiap minggu 🙂

brief.jpg   

…Gambar di atas, breifing oleh Mr Kam
Gambar di bawah, di set…

set.jpg

Sekiranya semua berjalan lancar, ia merupakan suatu yang baru untuk industri Internet Malaysia!- Pertama kali (?) blog menjadi segmen di TV. Mana lah tahu lepas ni boleh saya kendalikan program macam Aznil ke, AC ke, Kak Nita ke! 

Kalau ada rezeki kali ini! Jadi, doa-doakanlah orait? Cayalah! <"” boleh jadi trademark saya kat TV ni  🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

22 thoughts on “Rakaman pilot “Tip Irfan Khairi”

  1. Assalamaualaikum

    Assalamualaikum

    Irfan,
    Ini sebenarnya satu kerugian bagi kami sebab tidak ramai yang guna ASTRO.En Azizi Ali pun rasanya tak guna siaran ASTRO.Kalau Tv3 boleh Dail 1-800-88-6636 untuk toll free dan hampir semua rumah di Malaysia ada dan boleh dapat saluran TV3 untuk interaktif dan market yang lebih luas tapi kalau sasaran menumpu saya tak kata apalaa….

  2. Gua Cayalu! dan Tahniah buat Doc. 😀

    Bila nak di tayangkan di Astro? Mesti menjadi program yang ditunggu-tunggu oleh semua pembaca Tip 1 Minit. 😉

    Diharapkan “Tip Irfan Khairi” menghidangkan bukan saja tip yang berkaitan perniagaan, motivasi dan perniagaan internet tetapi dipelbagaikan supaya menjadi program yang diminati oleh semua golongan. 🙂

    Hisham;
    P2..DotCom Founder

  3. hakimi > azizi ali juga sering dijemput astro, bersama Reed Shamsudin (berita). awal tahun ini saya menerima jemputan TV3 (judge nescafe kick start), tahun ni juga host Get Set Go (RTM2), kira hujung tahun, dapat jemputan Astro pula untuk jadi host segmen. Ini juga strategi meluaskan lagi pasaran dan tidak tertumpu kepada satu saluran sahaja 🙂 Juga, ia bergantung kepada tawaran jemputan TV, bukan saya yang pilih – kalau TV3 memberi saya slot sendiri, saya ok sahaja 😉

    Hisham P2> bijak! sebenarnya, untuk segmen saya, saya tambahkan tip Kewangan supaya diminati semua golongan. Tip Kewangan tidak ada kat blog 🙂

  4. masuk TV lagi ni…cemburu rasanya…hehe
    bila lah entah saya pula boleh masuk TV mcm …
    rugi rasanya saya tidak ada astro…
    tp mmg btl kata kalau banyak siaran, lebih luas targetnya…
    utk sesiapa yang mempunyai astro tu, jangan lah lepas peluang ni ok…

    han

  5. Wow!!

    Graf pencapaian Irfan really EXPONENTIAL! Dahsyat tuuu…Tahniah !! Cemana nak dapatkan graf macam tu ye?

    sayang nye, rumah saya tak boleh ada astro sebab ada org tak habis study lagi :p kalau nak tengok, tumpang rumah jiran la jawabnya..hehe

  6. Irfan,
    rugi kalau ilmu tu tak dapat….sebab Astro tak ade kat rumah…kecewanya…

    senyum selalu…

  7. Hmm.. Cayalah! Best ler masuk tv jer.. Saya takde astro pulak tu.. oh ya.. Saya ni dah lebih 2 tahun tak tengok tv.. haha

  8. Tahniah sekali lagi! Dah berkalung2 tahniah kita ucapkan pada Irfan… bila pulak la org nak ucapkan tahniah pada kita?… hehe.. Takpe, perjalanan members Tip 1 Minit masih jauh lagi. Irfan dpt menikmati semua ni pun setelah bersusah payah, bkn dlm sehari dua. Betul kan Irfan?

    Saya pun setuju ngan Hisham. Tip tu harus dikembangkan, bukan terhad kepada perniagaan internet dan bukan internet serta kewangan sahaja. Tapi tip motivasi bagaimana mahu membina kayakinan diri dan empayar kejayaan. Semoga segmen ini akan memberi inspirasi utk org ramai memajukan diri dan membina kejayaan dan kesenangan hidup.

    P/s: Mazny pun takde Astro kat umah…. 😉

  9. CAYALAH SIFU!!!…I doakan you terus maju dan maju! Alright…everytime habis bagi tip, bila dah nak habis segmen you, cantik arrr kalau you sebut… “CAYALAH!”

    Jangan jadi tagline “wacchaaa” sudah, tak ada makna langsung. Ac ok, “sempoi”

  10. Assalamualaikum Irfan…

    Tahniah ! Ada tip irfan khairi pulak. Sy surprise sungguh!! Surprise & Happy dgn Cayalah.com blm habis dtg pula tip irfan khairi. You are always loaded with good news. How nice! Sy pun tumpang gembira juga..:)

    Syabas Irfan! Sy doakan agar dpt buat talk show spt Kak Nita dll tu. Dgn berkat usaha & doa apa saja yg diinginkan akan tercapai, insyaallah..

    Teruskan sgala perancangan. Semuga sukses selalu..

    P/s: Bila astro akan siarkannya?

  11. Asmkm Irfan dan kawan-kawan semua .. apa khabar? Shueqry here ..

    selepas baca post kali ini, semangat saya tiba-tiba naik mendadak, tambah bermotivasi untuk bekerja dengan lebih rajin lagi.

    Tip Irfan Khairi adalah pendekatan berbeza, satu kelainan yang cuba ditonjolkan Astro.
    Maybe ada lagi kejutan lain.

    – Shueqry –

  12. klu bole siaran lepas2 tu masukkan la dlm internet, dlm youtube ke..bole la org yg x de astro or tv ni tengok..

Leave a Reply

Your email address will not be published.