All posts by Razzi Rahman

About Razzi Rahman

CEO Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) - Sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Lawati : www.openedu.com.my

Dari sudut perspektif si anak syurga…

Bagaimanakah keadaan kita jika segala-gala yang kita lihat dan dengar, 10x ganda lebih kuat, 20x ganda lebih banyak, lebih semuanya? Pasti kita sendiri tidak akan dapat hidup normal. Video ini memaparkan kempen untuk lebih memahami kanak-kanak yang mengidap Autisme.

Sememangnya, penyakit yang ada hubung kait dengan otak ini amatlah susah untuk dirawat. Jika kita dianugerahkan ‘anak syurga’ ini, apa yang kita boleh lakukan adalah bersabar, redha dan cubalah memahami dari sudut perspektif pengidap autisme. Bila kita lebih faham maka tidaklah kita merasa benci, rimas, susah dan sebagainya kepada mereka. Malah kita akan lebih bijak untuk menanganinya dan akan bersungguh-sungguh untuk berjaya melepasi cabaran hebat dari Tuhan itu.

Sebagaimana kita cuba untuk memahami kelemahan yang dimiliki oleh yang mengidap autisme, begitulah juga kita harus memahami, pekerja-pekerja kita, pasaran dalam perniagaan kita, pelanggan-pelanggan kita, apabila kita fahaminya, mudahlah kita untuk menanganinya dan berusaha untuk lebih berjaya lagi.

 

Cara promosi Red Bull yang sangat KREATIF!

Bukan tidak boleh mempromosi jenama perniagaan anda seperti biasa, seperti ramai-ramai buat, cuma hasilnya nanti juga akan biasa-biasa saja dan lebih kurang sama dengan orang ramai. Tetapi mempromosi dengan cara kreatif dan unik, pastinya akan meletakkan jenama anda ke hadapan dan lebih atas dari pesaing anda.

Video ini menunjukkan bagaimana jenama Red Bull, kombinasikan antara atlit-atlit tersohor dunia, dengan rekabentuk mekanikal khas yang mempamerkan cara genius, bagaimana setiap pergerakan itu boleh terus bersambung-sambung seperti cara domino. Aksi-aksi yang dipamerkan juga santai dan berkesan dalam menyatakan yang Red Bull adalah minuman untuk cergas, kreatif dan bertaraf dunia. Bayangkan jika idea ini, disalurkan ke dalam penjenamaan perniagaan anda, bolehkah anda bayangkan jauh mana anda boleh pergi?

 

Ambulan masa hadapan!

Setiap tahun hampir satu juta orang di Eropah mengalami serangan sakit jantung. Lebih menyedihkan hanya purata 8% sahaja, daripada mereka yang diserang sakit jantung ini yang dapat diselamatkan. Kebanyakannya, mati di tempat kejadian, akibat kelambatan respon daripada ambulan pasukan penyelamat kecemasan.

Idea untuk mengatasi masalah ini, mulai timbul. Lalu, Ambulan Dron tercipta! Percaya atau tidak, ambulan ‘masa hadapan’ ini mampu untuk menyelamatkan nyawa manusia. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan infrastruktur kecemasan yang sedia ada dengan rangkaian pesawat yang jauh lebih laju dan tiada sebarang halangan jalanraya. Dron yang direka khas ini boleh pergi lebih 100km sejam dan boleh sampai ke destinasi dalam masa lebih kurang 1 minit. Ini boleh meningkatkan peluang mereka yang diserang sakit jantung, untuk diselamatkan daripada 8% kepada 80%!

Dron mudah alih dan dicipta begitu ringan ini juga boleh ditukar menjadi ‘Medical Kit’ atau peti perubatan di tempat kejadian. Malah ia juga boleh dipersiapkan untuk semua jenis bekalan kecemasan. Pelaksanaan di masa hadapan juga akan memfokuskan bukan hanya untuk pesakit jantung, tetapi juga untuk kes kecemasan lain seperti lemas , kencing manis, isu-isu pernafasan dan trauma.

Bagaimana? Apa pendapat anda? Adakah anda sudah bersedia untuk Ambulan Masa Hadapan yang ditanggung oleh syarikat ‘Living Tomorrow’ ini?

 

terjunan

Terjunan dari ketinggian 128 ribu kaki!

Impian yang julung-julung kalinya tercapai adalah dari niat dan usaha yang berpanjangan. Bukan mudah untuk mengecapi kejayaan yang berpuluh tahun tidak dicapai oleh sesiapa. Inilah yang membuatkan kejayaan itu cukup manis dirasakan apabila ianya dikecapi. Keinginan yang tinggi, dan usaha yang tidak pernah putus asa adalah sikap yang harus kita terapkan ke dalam diri kita. Serta meletakkan satu sasaran untuk mencapai cita-cita.

Inilah yang ada pada lelaki ini… selepas diterbangkan ke ketinggian paras 39,045 meter (128,100 kaki) dengan belon helium , Felix Baumgartner telah memecahkan rekod ‘freefall space’ atau terjunan dari paras tertinggi angkasaraya. Yang mana, rekod pertama yang telah dipegang 65 tahun dahulu oleh Chuck Yeagar! Felix mencapai kelajuan maksima 1,357.6km/sejam atau 843,6 mph(Mach 1.25) – Pakar skydiving Austria berusia 43 tahun itu turut memecahkan dua rekod dunia yang lain ( terjun bebas tertinggi, penerbangan belon tertinggi dikendalikan )

 

Baju dibuat daripada rama-rama hidup?

Sukan, sains , muzik dan fesyen kini telah mengorak langkah lebih jauh apabila teknologi Intel, mulai menyertai bidang-bidang itu untuk meneroka potensi teknologi mereka sehingga mencetuskan pengalaman hebat di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada siri #ExperienceAmazing, video yang dikongsikan ini adalah sebahagian daripada projek Intel.

Fesyen dicampurkan dengan teknologi intel…hasilnya? AMAT MENGKAGUMKAN sekali. Intel dan pereka fesyen ini, telah membuat penemuan baru dan menolak inovasi jauh ke hadapan. Turkish Ezra dan Tuba Çetin, menggunakan Intel Edison untuk memberi rekaan pakaian mereka yang dinamakan ‘Butterfly Dress’ – Apa kelainannya? Setiap kali ada yang merapati dia yang memakai pakaian ini, rama-rama akan terbang dari pakaian itu. Percaya tak? Anda kena lihat sendiri video ini… Dunia fesyen kini mengorak lebih jauh dengan teknologi ini, lebih canggih dan tak terfikir minda.

 

Bagaimanakah caranya kalau orang buta melukis?

Kita yang celik ni pun kadang-kadang tak sempurna mana apa sahaja yang kita usahakan. Apatah lagi melakukan sesuatu yang kita langsung tak berbakat dan tak ada ilmu di dalam bidang itu. Jauh sekali nak buat kerja dalam gelap, lagi merapu jadinya. Tetapi, bagi si buta ini… dia tidak mengambil kelemahan dia itu sebagai penghalang.

Dia suka melukis dan tanpa mengira apa, dia tetap mencuba untuk melukis apa sahaja yang terfikir olehnya. Tanpa menghiraukan bagaimanalah lukisan dia akan kelihatan, dia terus saja menyiapkan lukisannya itu. Bagaimanakah akhirannya? Cantikkah lukisannya? Itu bukanlah yang menjadi ukuran, tetapi niat dan usaha untuk melakukannya di dalam ‘GELAP’ itulah yang menjadi inspirasi!

 

Eksperimen Video CentriPhone, buat duit!

Simple idea, tetapi besar keuntungannya itulah yang dilakukan oleh Nicolas Vuignier dari Switzerland. Apa yang dia mahu capai adalah penggunaan kamera video untuk dapatkan video capture ke sekeliling dirinya secara live sewaktu bermain ski. Lalu dia mulai mencipta sebuah bekas tempat untuk meletakkan kamera yang boleh dipusingkan ke sekeliling dirinya. Setelah berkali-kali ekperimen videonya tidak menjadi seperti yang diharapkan, dia tetap tidak putus asa sebaliknya terus membaiki dan mencari cara untuk berjaya.

Akhirnya, dia telah berjaya mencipta satu bekas yang dibuat dari kadbod untuk meletakkan kamera video yang dipanggil CENTRIPHONE. Dan kini ianya telah dijual diinternet. Malah sekarang beliau juga sudah mempunyai bekas yang lebih advance khas untuk Iphone pula.

 

Mesin muzik, kombinasi kesemua alat muzik!

Kreatif sungguh kumpulan Wintergatan dari Swedish ini, dengan mencipta satu mesin muzik yang mempunyai kombinasi kesemua peralatan muzik. Di mana apabila dimainkan, ianya berbunyi seolah-olah satu band muzik sedang mendendangkan lagu.

Inilah yang seharusnya setiap industri lakukan. Tambah-tambah lagi industri yang sedia ada ramai pesaingnya. Anda perlu mencari kelainan! barulah apa yang anda tonjolkan itu berbeza dan istimewa. Bila lain dari yang lain, ramailah yang akan berminat dengan produk anda, atau servis anda, atau pun berminat dengan anda!

 

Kerana kerjasama serasi, semua jadi cantik!

Juara Kanada dalam sukan Ice Skating ini membuktikan, untuk berjaya, selamat dari kemalangan dan nampak cantik rutin yang dilakukan, mereka perlu bukan setakat bekerjasama, tetapi mereka juga perlu serasi bersama. Jika tidak, akan berlakulah perlanggaran di tengah-tengah gelanggang ais itu. PLUS… mereka juga perlu berlatih selama 7-8 jam sehari hanya untuk mendapat langkah yang tepat dan sama. Bayangkanlah berkali-kali melakukan kesilapan sebelum mereka mencapai kejayaan ini.

Dalam kehidupan, perniagaan, perhubungan… samalah juga. Anda kena ada semua itu untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Kalau lari dari rutin biasa, jawabnya, hancurlah apa yang dibina.