Beberapa berita yang ingin saya kongsikan…

1. Kini, program radio saya “Irfan on Air” mendapat slot baru, iaitu Setiap hari Selasa jam 1.30pm (Sebelum ni hari Khamis 2.15pm).

irfan-on-air-logo.gif

Kali ini, Irfan on Air saya ingin membuat sedikit kelainan di mana setiap episod, akan membincangkan satu strategi perniagaan, di samping saya memberi tip perniagaan berdasarkan topik yang dipilih dan membuat temubual on air bersama pakar-pakar industri (seperti kenalan mentor-mentor Jutawan yang pernah saya temubual dalam program “Bersama IK” tahun lepas)

Bagaimana anda boleh membantu?
Apa kata anda cadangkan topik untuk diperbincangkan! ;)

Sebagai contoh, minggu lepas saya memilih topik “Komunikasi dalam perniagaan”. Minggu ini pula “Persaingan dalam perniagaan” dan sebagainya… bukan sekadar itu sahaja, inysaallah bila tiba masanya, saya akan buka posting di blog ini untuk anda bertanyakan apa sahaja soalan berdasarkan topik yang dibincangkan. Boleh kan? Dengan cara ini, program ini menjadi lebih interaktif… bukan sekadar di radio sahaja, tetapi juga secara online bersama penyokong Tip Satu Minit ;)

Irfan on Air akan ke udara pada hari Selasa jam 1.30pm di Radio24 93.9fm (Lembah Kelang). Sekiranya anda di luar Lembah Kelang, masih lagi boleh ikuti secara live streaming di http://www.radio24.com.my

2. Sebut tentang  Mentor Jutawan, pada hari Ahad lepas, saya berada di Jom Heboh bukit Jalil sempena promosi Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan di mana, saya adalah antara speaker yang akan mengendalikan Konvensyen yang diadakan buat julung kali ini.

Berikut antara gambar yang sempat di rakam guna handphone saya bersama Abang Abu- juga antara speaker Konvensyen jutawan ini di promosi Jom Heboh ini (Jom jom jom jom… jom heboh heboh - buat macam lagu kat TV3).

jomheboh21.jpg
Saya bersama Abang abu, my friend & mentor
jomheboh1.jpg
Sesi autograf dan bergambar macam artist Jom heboh
jomheboh3.jpg
Sampai adik ni pun pening garu kepala… siapa la dia ni?
Tak dapat autograf Faizal Tahir, dapat autograf IK pun jadi laaa…

Jom Heboh was great. Ramai juga yang datang ke booth. Great job to graduan PBS (Peoplepreneur Business School) yang mengendalikannya dengan jayanya! Everyone had fun!

Sekiranya anda berminat untuk menyertai, pendaftaran telah dibuka. Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan akan diadakan pada 17hb Januari 2010 dan dikendalikan oleh Peoplepreneur Business Community. Klik di sini untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

So, jangan lepas kan 2 perkara ini: Irfan On Airdi Radio24 dan juga Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan sebagai pembuka 2010 anda! ;)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Terima kasih Radio24 sebagai Radio Rasmi “Revolusi Perniagaan Internet”
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim
  • Cara menjimatkan masa kita
  • JUTAWAN! Waktu baru, hari baru :)