Tiba di France

Semalam selamat tiba di France! Tetapi, ni baru sempat online.

Terima kasih atas sokongan anda atas post saya sebelum ini. Saya baca kesemuanya tetapi tak sempat nak membalas setiap satu.

Sebenarnya, bagi saya untuk mencapai apa yang saya capai bukan perkara mudah. Memang perlu hard & smart work! Hendak bercerita sedikit…

Ketika di Birmingham tempoh hari, saya ada melawat 2 tempat yang agak istemewa:

  1. Rumah lama saya ketika saya masih bekerja sepenuh masa (selepas grad). Gambar rumah saya ada ambil tetapi esok lusa baru dapat post kan di sini. Rumah saya tu (flat sebenarnya) kecil sahaja… in fact, kecil sangat sehingga tiada bilik- tidur pun di ruang tamu. Flat kos rendah di Malaysia pun 2-3 kali lagi besar dari flat saya tu. Tetapi di situlah saya menjalankan perniagaan Internet saya.
  2. Rumah seorang kaya di depan flat saya. Rumahnya besar sangat- bunglow tiga tingkat… tetapi, siapa pemiliknya, saya tak pernah kenal. Saya selalu bayangkan pemiliknya seorang businessman. Tiap-tiap hari saya berangan di flat kecil saya, satu hari nanti saya pasti akan capai seperti orang ini.

Alhamdulillah, berkat doa dan usaha, banyak berubah sejak 8 tahun lalu!

*tip* Fikirkan keadaan anda kini, dan fikirkan apa yang ingin anda capai pada masa hadapan. Fikirkan hidup anda kini dan hidup ideal anda. Lebih banyak anda berfikir, lebih mudah untuk anda motivasikan diri anda untuk mencapai hidup ideal anda tidak kira apa keadaan anda sekarang!

ps: kadang kala kita akan rasa malu untuk fikir hidup yang ideal sekiranya hidup kita amat kebelakang. Tetapi, malu jenis inilah yang merugikan. 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

22 thoughts on “Tiba di France

  1. betul tu
    malu yg tak bertempat yg payah benor tuh..

    jiran hadapan rumah (rumah kampung) sy nih pun..(adik kepada opah saya).. setiap kali cuti sekolah mesti penuh dgn anak menantu melawat..stay sampai 2-3 hari… meriah sgt2..

    apa yg menjadi inspirasi sy…luxury cars anak2 menantu punyelah besar..yg tak jumpe s-class dgn 7series je..yg lain sumer complete..

    tak salah kalo sy katakan.. sy juga ingin menjadi spt mereka…apa2 itulah dia ‘cuti sekolah yg menguja dan penuh inspirasi’ bagi saya…

  2. Tahniah di atas Kejayaan yang begitu cemerlang berkat usaha tanpa mengenal jemu & penat lelah. Saya Doakan akan terus sukses di hari mendatang dengan usaha yang lebih tanpa menoleh ke belakang lagi. Teruskan usaha yang murni ini demi membuktikan ANAK MELAYU juga mampu berjaya di bumi bangsa yang pernah menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

    PS: sampaikan salam saya kepada Zinadine Zidane kalo sempat jumpa dengan dia.

  3. assalamualaikum,

    terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk

    untuk berkongsi pengalaman…

    “Fikirkan keadaan anda kini, dan fikirkan apa yang ingin anda capai pada masa hadapan. Fikirkan hidup anda kini dan hidup ideal anda”

    kami sentiasa memberi sokongan… sat

  4. assalamualaikum.
    terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dengan kami…. “Fikirkan keadaan anda kini, dan fikirkan apa yang ingin anda capai pada masa hadapan. Fikirkan hidup anda kini dan hidup ideal anda”a

    keadaan saya masa sekarang seorang pelajar yang hidup sederhana,saya sentiasa membayangkan pada masa hadapan saya memberi manfaat kepada masyarakat…spu irfan khairi…

    terima kasih

  5. Malu biar bertempat.Malu untuk meningkatkan motivasi bagus tapi jangan malu untuk bertanya,malu untuk maju dan banyak lagi.Saya memang suka dengar cerita orang yang berjaya dari bawah macam Ada sesetengah orang tu dilahirkan memang dah kaya raya tak perlu susah-susah.Teringin jugak nak tau bisnes apa yang mulakan mula-mula sekali dalam perniagaan internet ni.. Lepas ni Speaking France pulak lah ye? 🙂

  6. Irfan, saya suka perkataan atau terminologi baru yang saya dapat hari ni dari blog doktor:
    [b]HIDUP IDEAL[/b]
    It sounds simple but actually very hard and complex to understand and learn to achieve it.
    Konsepnya macam apa yang semua orang pernah dengar dan cakap iaitu “Berjaya di dunia dan akhirat”. Semua orang tahu, tapi berapa kerat yang faham..saya pun tak faham-faham lagi..hehe. Kalau ikut dari management perspective, itulah yang sebenar-benarnya TOP-DOWN Approach. Aisey..apa la aku melalut ni..

  7. dah sampai perancis ka? semoga selamat dan sihat di sana.

    tips hari ni best bagi saya,
    utk makluman semua setakat hari ni, impian saya utk bergelar jutawan dan menolong semua umat Islam agar berjaya dlm hidup mereka spt cara tan sri syed mokhtar albukhary, hanya saya kongsi dgn isteri dan sahabat2 yg rapat saja dgn saya.

    apabila saya kurang semangat utk menjalankan perniagaan akibat tekanan dan dugaan kehidupan seharian, cepat2 saya teringatkan segala impian yg telah saya kongsikan bersama2 isteri dan sahabat2 tadi, secara tak langsung, menaikkan semangat saya kembali utk buat bisnes secara bersungguh2.

    ok ka cara saya ini dan rakan sekalian?

  8. Saya sokong 100% apa yang katakan.Semenjak saya jumpa blog anda saya bersemangat ingin membuat sesuatu yang bernas bahkan sedang mencari idea untuk perniagaan.Saya berada di Singapura bagaimana saya boleh beli CD ?

  9. Assalamualaikum.

    Dah selamat sampai ke france ye…
    bila ye saya akan dapat jejakkan kaki ke sana?
    takpe..saya ikut tip hari ni. berangan untuk masa hadapan yang lebih baik.

    Wassalam.

  10. wah sama lah..saya pun duduk flat sekarang..semoga ada rezeki melimpah dari ILLAHI..mcm Irfan..
    saya pun berangan-angan ingin mempunyai sebuah rumah yg selesa..khas utk ibu saya sebelum beliau tiada lagi di dunia ini..semoga beliau merasai kehidupan yg selesa…

  11. hari ni bila am baca entry ini… am bayangkan… satu hari nanti am akan jadi cam irfan… i hope so… tambahan lagi am dalam proses… melancarkan perniagaan am sendiri..

  12. banglow tu memang penting. kalau boleh hari2 tengok apa yang kita nak capai.. makin kuat semangat nak bekerja.

    tengok2 gambar yg post makin semangat nak wat keje. heheh.. thx

  13. Lame saya x bagi komen…bile saya bace balik tips..idup lebih bersemangat walaupun hanya berkongsi bende2 yang simple…TEruskan usaha…Congrate

  14. tahniah atas pelancaran buku tersebut. Harap2 lepas ni mungkin boleh buat buku untuk versi arab pulak. Bolehlah pulak buat promosi kat tanah arab sana..insyallah meletup selain tu dapatlah memperkenalkan lagi malaysia kat sana. Saya baru start bisnes internet ni dan impian pertama saya bila dah ada duit lebih sikit ialah..tunaikan haji bersama ayah dan ibu.Sebabnya nabi ada bersabda yg lebih kurang maksudnya..’barangsiapa yg mati tanpa menunaikan haji sedangkan dia mampu maka nerakalah tempatnya’.Kalau tuan tunaikan haji..buatlah juga sedikit catatan moga menjadi inspirasi kepada semua. Amin.

  15. d.r zairi saya rasa bebangga atas kejayaan kamu di dalam bidang internet masa waktu muda. saya juga ingin melangkah seperti kamu, tapi saya juga mempunyai idea untuk berniaga melalui internet. cuma saya tak tahu macam mana nak salurkan dan kemana nak di bawa. jadi saya ingin buat appointment dengan d.r dalam masa terdekat ini. macam mana tuu? dari insan susah hati..

  16. Askum. this is the first time, i buka blog ni.
    actually my hubby & i dah pernah berniaga..
    tapi semua tak jadi.sekarang ni tengah survey
    nak pasarkan product makanan kat initernet. tapi
    tak tahu mcmana? pls advice. tq

Leave a Reply

Your email address will not be published.