tanda orang berjaya

10 LAGI TANDA adakah ANDA akan berjaya?…

Semalam saya telah berikan 10 tanda-tanda seseorang yang berjaya. Hari ini, saya suka ingin berikan 10 lagi untuk melengkapkan senarai 20 tanda-tanda orang yang berjaya. Cuba lihat, adakah anda mempunyai ciri-ciri ini…

Sekiranya tiada, pastikan and amalkannya InsyaAllah!

10lagi

  1. Anda minat pada apa yang anda usahakan

    Seringkali, mereka yang berjaya minat dan suka sangat pada apa yang mereka lakukan. Kerja umpama hobi yang tidak terasa penat lelah berhadapan dengannya.

  2. Anda faham kekuatan dan terima kelemahan diri

    Mereka yang berjaya menggunakan kekuatan diri untuk kehadapan, namun tidak ego dan akui kelemahan yang ada pada diri sendiri dan sentiasa usaha memperbaiki kelemahan tersebut.

  3. Anda mengaku sekiranya anda tersilap

    Sekiranya anda melakukan kesilapan, anda akan mengakuinya dan tidak menuding jari pada orang lain atau memberi alasan. Menyalahkan orang lain dan memberi alasan tidak akan perbaiki diri sendiri.

  4. Anda seorang yang penyayang

    Anda mudah didekati orang lain dan anda saling menghormati dan sayang pada makhluk Allah swt. Anda akan rasa bahagia apabila melihat mereka di keliling anda bahagia. Itulah kunci kejayaan.

  5. Anda mengambil tanggungjawab dan tidak menyalahkan orang lain

    Anda sanggup mengambil tanggungjawab walaupun yang besar dan sekiranya sesuatu terjadi anda menerima tanggungjawan tersebut adalah tanggungjawab anda dan bukan salah orang lain.

  6. Anda suka sangat belajar perkara-perkara baru

    Anda tahu pentingnya mendalami ilmu dan anda berasa seronok mencari ilmu-ilmu baru dan cuba mengaplikasikannya dengan pantas.

  7. Anda sentiasa mempunyai matlamat untuk menjadi lebih baik

    Anda sentiasa terbayang bahawa diri anda boleh mencapai lebih lagi dari keadaan sekarang. Anda sering menolak diri anda untuk kehadapan dan menjadi lebih baik

  8. Anda banyak bertanya perkara yang anda tidak tahu

    Anda suka bertanya dan belajar dari bertanya. Anda tidak malu untuk bertanya kerana kalau malu bertanya, maka nanti jalan pula yang sesat!

  9. Anda jarang putus asa

    Anda menjadikan usaha sebagai tabiat dan tidak putus asa. Apabila terjumpa kesukaran, anda mengubah cara anda namun tetap tidak putus asa.

  10. Anda yakin pada diri sendiri

    Dan yang paling penting, mereka yang berjaya mempunyai keyakinan diri. Anda yakin anda boleh capai sesuatu yang hebat, mungkin walaupun belum nampak jalannya lagi… tetapi anda tetap yakin dalam hati bahawa satu hari nanti, matlamat anda pasti akan tercapai!

*** Teringin menjadi usahawan? Mulakan perniagaan yang anda minat terus dari rumah anda dengan memulakan Perniagaan Internet. Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia berjaya. Modul dan penyampaian oleh Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut sekarang.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

3 thoughts on “10 LAGI TANDA adakah ANDA akan berjaya?…

  1. Assalamualaikum. Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika gelaran yang saya panggil salah. Abg. Sy ni masih student di universiti. Sy ni nama je pelajar u tetapi hala tuju sy xtetap. Pendirian sy jgak x tetap. Skjap tu sekejap ni. Maaf lah jika sy mganggu abg. Sy keliru n buntu sbnrnya. Xtahu apa yg sy mahukan. Paling menyedihkn sy xtahu na mulakn sesuatu perkara tu mcm mana. Sy lokek dari segi kewangan malah ilmu jgak. Sy nak berjaya dlm dunia dan akhirat. Sy minat dan tringin na blajar dgn abg mcm mana abg lalui hidup sehingga berjaya ke peringkat ini. Sy ad jgak lihat abg di YouTube.. sy anggap abg sbgai idola sy dan sy bersyukur sbb dpt kenal abg wlaupun hnya di YouTube. Alhamdulillah. Dpt guna internet pun sbb duduk di kolej. Maaf skali lagi dan terima kasih kerana membaca.

  2. info yang baik dan bermanfaat, semua org ingin berjaya. tetapi mesti la dengan cara yg betul. buat sesuatu pekerjaan kena la iklas dan dengan tujuan yg betul. usaha tangga kejayaan

  3. Semalam saya melalui keadaan yg amat mengecewakan saya sebagai seorang rakan baik kpd sahabat saya dan juga leader saya di dlm perniagaan yg saya buat. Saya kecewa sebab saya merasakan rakan niaga saya cuba mengketepikan saya tp pada masa yg sama menggunakan saya utk meningkatkan lagi perniagaan yg kami jalankan. Pendek cerita takde teamwork. Saya fedup betul dgn attitude mereka dan secara tak langsung ingin menarik diri dari team mereka. Walaupun saya minat dgn apa yg saya usahakan. Bagaimana ayat ini boleh membantu saya dalam masaalah yg saya hadapi ini –“Apabila terjumpa kesukaran, anda mengubah cara anda namun tetap tidak putus asa.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.